Anda di halaman 1dari 6

ULASAN BUKU

E. H. Carr : What is History?, Bab 2, Society and The Individual, Hlm. 31 – 55.
1.0 PENGERTIAN TAJUK BAB

Dalam bab 2 buku What is History? yang bertajuk “Society and The Individual”, E.H.Carr
telah menyatakan bagaimana persekitaran seseorang ahli sejarawan itu dapat
mempengaruhi proses penulisan sejarah. Beliau turut menyatakan masyarakat dan
seseorang individu adalah dua benda yang tidak dapat dipisahkan dan memerlukan satu
sama lain. Malah, beliau juga mengemukakan antitesis yang tajam antara masyarakat dan
individu dan penekanan diberikan kepada “Orang hebat” dalam sejarah dan dijelaskan
dengan tepat dari segi kekuatan sosial yang bertindak ke atas orang-orang hebat ini. Beliau
mengemukakan idea bahawa sejarah yang bermaksud penyelidikan sejarawan dan fakta-
fakta masa lalu yang telah dicantumkan oleh beliau merupakan proses sosial di mana
individu tersebut telah terlibat sebagai makhluk sosial.

Namun, menurut J.S.Mill pula, “Men are not, when brought together, converted into
another kind of substance”.1 Pada pandangan E.H.Carr, semestinya perkara ini adalah tidak
benar. Selepas kita dilahirkan, dunia telah mengubah kita dari sekadar menjadi seorang
individu manusia menjadi sebuah unit sosial yang besar. Pada setiap peringkat sejarah
mahupun pra-sejarah, setiap individu atau manusia yang dilahirkan dalam sebuah
masyarakat akan dibentuk oleh sesebuah masyarakat tersebut. Sebarang bahasa yang
diucapkan oleh seseorang individu tersebut bukanlah bahasa mereka tersendiri, namun apa
yang seseorang individu tersebut perolehi daripada kumpulan sosial dimana mereka telah
membesar. Malah, Ahli antropologi sering mengatakan bahawa seorang manusia primitif
adalah lebih kurang berindividu dan lebih dibentuk oleh masyarakatnya berbanding seorang
lelaki beradab.

Beliau turut menjelaskan bahawa pada ketika itu beliau ingin lebih meneliti dengan lebih
mendalam mengenai hubungkait diantara individual dan sosial. Sejauhmanakah juga fakta
kepada fakta sejarah mengenai seorang individual dan sejauhmanakah fakta sosial? Selain
itu, E. H. Carr turut menyatakan bahawa masyarakat dan individual saling berganding bahu
dan berkongsi diantara sama lain dalam menjalani perkembangan yang mereka alami. 2

1
Carr, E.H., What is History?, New York: Penguin Books, 1987, hlm. 31.
2
Ibid., hlm.32.

1
2.0 ISU UTAMA DALAM BAB

Isu utama dalam bab 2 iaitu “Society and The Individual” dalam buku E.H.Carr menjelaskan
dua kebenaran yang penting iaitu anda tidak dapat memahami atau menghargai karya
sejarawan sepenuhnya melainkan jika anda pertama kali memahami sudut pandang dari
mana dia sendiri menghampirinya. Seterusnya, sudut pandangan itu sendiri berakar pada
latar belakang sosial dan sejarah seseorang sejarawan itu. Selain itu, Perkembangan
masyarakat dan perkembangan individu berjalan beriringan dan saling mempengaruhi
antara satu sama lain.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa fakta sejarah sememangnya fakta mengenai
individual, namun bukan tentang perkara dan tindakan yang dilakukan dalam diam. Hal ini
demikian kerana semuanya adalah fakta-fakta yang berkaitan dengan hubungan diantara
individual tersebut dengan masyarakat mengenai kekuatan sosial yang terhasil dari tindakan
seseorang individu dimana hasilnya sentiasa berbeza dan bertentangan dengan hasil yang
mereka sendiri mahukan. E.H.Carr turut menjelaskan bahawa tidak semua masyarakat
adalah homegen. Perkara ini demikian kerana setiap masyarakat merupakan sebuah arena
kepada konflik sosial. Malah, E.H.Carr turut menyatakan:

“History, then, in both senses of the word – meaning both the inquiry conducted by the
historian and the facts of the past into which he inquires – is a social process, in which
individuals are engaged as social beings; and the imaginary antithesis between society and
the individuals is no more than a red herring drawn across our path to confuse our
thinking”.3

Malah, beliau mengeluarkan idea sejarah itu yang bermaksud kajian para sejarawan dan
fakta masa lalu yang mereka tanyakan adalah proses sosial, di mana individu tersebut
terlibat sebagai sebuah makhluk sosial. Selain itu, E.H.Carr turut menjelaskan bahawa beliau
mengesan bagaimana kedudukan seseorang sejarawan itu dapat mempengaruhi proses
penulisan sejarah. Di samping itu, E.H.Carr telah menyatakan berulang kali bahawa
masyarakat dan individu sememangnya tidak dapat dipisahkan dan saling memerlukan di
antara satu sama yang lain.

3
Carr, E.H., What is History?, New York: Penguin Books, 1987, hlm.55.

2
3.0 PANDANGAN SEJARAWAN YANG MENGUKUHKAN PANDANGAN PENULIS.

“Society and the individual are inseparable; they are necessary and complementary to each
other, not opposites” 4

“These are not struggles between individuals as such and society as such, but between
groups of individuals in society, each group striving to promote social policies favourable to
it and to frustrate social policies inimical to it.” 5

“The historian, then, is an individual human being. Like other individuals, he is also a social
phenomenon, both the product and the conscious or unconscious spokeman of the society
to which he belong.” 6

“My purpose is merely to show how closely the work of the historian mirrors the society in
which he works.” 7

“But i shall continue to regard all this individuals thinking and oil-burning as a social
phenomenon, the product and expression of a fundamental change in the character and
outlook of our society since 1914” 8

“Geyl, the Dutch historian, in his fasinating monograph translated into English under the
title Napoleon For and Against, show how the successive judgements of French nineteenth-
century historians on Napoleon reflected the changing and conflicting patterns of French
political life and thought thoughout the century. The thought of historians, as of other
human beings, is moulded by the environment of the time and place.” 9

“It is not that the view of a man as an individuals is more or less misleading than the view
of him as a member of the group; it is the attempt to draw a distinction between the two

4
Carr, E. H., What is History?, New York: Penguin Books, 1987, hlm. 31.
5
Ibid., hlm. 34.
6
Ibid., hlm. 35.
7
Ibid., hlm. 42.
8
Ibid., hlm. 43.
9
Ibid.

3
which is misleading. The individuals is by definition a member of a society, or probably of
more than one society – call it group, class, tribe, nation, or what you will.” 10

4.0 PANDANGAN SARJANA YANG LAIN.

Menurut kata-kata terkenal Donne’s, beliau menyatakan “ Every man is a piece of the
continent, a part of the main ”.11 Kata-kata beliau ini menunjukkan bahawa individu dan
sosial sememangnya memerlukan satu sama lain.

Manakala menurut Aristotle, beliau menyatakan bahawa pada hakikatnya, manusia selalu
tergolong dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat memenuhi semua
keperluannya dan memberikan keselamatan. Setiap manusia lahir, membesar, hidup dan
mati dalam masyarakat. Di samping itu, beliau menyatakan tanpa masyarakat, kehidupan
manusia ini adalah seperti ikan di luar air. Oleh itu terdapat banyak hubungan erat antara
manusia dan masyarakat.12

Rousseau (1769) menyatakan bahawa individu tidak dapat hidup tanpa masyarakat dan
masyarakat pula tidak akan wujud tanpa ahli komunitinya. Hubungan antara individu dan
masyarakat telah menjadi sebuah permasalahan yang sangat menarik namun pada masa
yang sama, sebuah masalah yang kompleks. Hal ini demikian dapat dikatakan bahawa ianya
telah menentang semua penyelesaian setakat ini. 13

Menurut Durkheim pula, beliau menyatakan “Man is only being because he lives in
society, since morality consists in solidarity with the group, and varies according to that
solidarity. Cause all social life to vanish, and moral life would vanish at the same time,
having no object to cling to.” 14

Kesemua pandangan ini telah menyokong dan mengukuhkan lagi idea E.H.Carr iaitu
“Society and the individual are inseparable; they are necessary and complementary to each
other, not opposites.” 15

10
Ibid., hlm. 47.
11
Carr, E.H., What Is History?, New York: Penguin Books, 1987, hlm. 31.
12
Hossain, F.M.A. & Md.K, Relation Between individual and society, Open journal of Social Sciences, Vol.2,
2014, hlm. 132.
13
Ibid., hlm. 133.
14
Emile Durkheim, The Division of Labour in Society, New York: Free Press, 2014, hlm.311.
15
Carr, E. H., What is History?, New York: Penguin Books, 1987, hlm. 31.

4
RUJUKAN

1. Carr, E.H. 1987. What is History?. New York: Penguin Books.


2. Durkheim, Emile. 2014. The Division of Labour in Society. New York: Free Press.
3. Hossain, F.M.A & Md.K. 2014. Relation between individual and Society . Open journal
of Social Sciences. Vol.2. Hlm. 130 – 137.

Anda mungkin juga menyukai