Anda di halaman 1dari 4

ULASAN ARTIKEL

What is an Historical Event? By Dean W. R. Matthews

PENGERTIAN TAJUK ARTIKEL – MEMAHAMI TAJUK ARTIKEL


Menurut Dean W. R. Matthews, penulis kepada “ What Is An Historical Event” menyatakan
peristiwa merupakan sesuatu yang asas dalam sejarah. Hal ini demikian kerana secara
umum, sebagaimana yang kita percaya, seseorang individual sentiasa sedar akan apa yang
mereka katakan atau mengenai apa. Menurut beliau, peristiwa bersejarah itu adalah sesuatu
yang para sejarawan perihalkan sahaja. Beliau juga turut menjelaskan bahawa peristiwa
merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk didefinisikan sekiranya digunakan dalam
pentafsiran dunia fizikal. Kemungkinan juga bahawa peristiwa itu hanyalah sebuah cara
yang lain untuk menyatakan sesebuah perubahan.

Di samping itu, beliau juga turut mengkaji mengenai aspek-aspek yang dapat memberi
definisi dan juga pendapat mengenai bagaimanakah sesuatu perkara itu dapat dilihat
bergantung dengan pandangan generasi pada masa lalu dan juga pada masa yang semakin
maju dengan teknologi ini. hal ini demikian adalah untuk memastikan makna itu tidak akan
dipersoalkan dan menjadi kebiasaan dalam kalangan komuniti. Malah, beliau juga turut cuba
dalam mencari perbezaan di antara

Namun demikian, terdapat juga beberapa implikasi dalam konsep peristiwa ini yang tidak
dapat dijumpai dalam sebarang perubahan. Secara positifnya, peristiwa ini menyiratkan
bahawa perubahan mempunyai sebuah watak atom yang dibuat oleh mereka yang
bertujuan untuk menggunakannya dalam mengecualikan idea perubahan berterusan.
Namun, secara negatifnya, peristiwa mempunyai sebuah kelebihan berbanding perubahan
dimana peristiwa tidak menimbulkan persoalan dimana ianya boleh berubah tanpa sesuatu
itu berubah. Perkara ini menurut beliau tidaklah dimaksudkan sebagai kritikan kepada
penggunaan kata peristiwa dalam bidang fizik namun hanyalah dengan tujuan untuk
menunjukkan bahawa satu kemungkinan penyelesaian masalah adalah dimana peristiwa
bersejarah merupakan sesuatu yang lebih kompleks berbanding apa yang kita tau.
LIPUTAN PERKARA UTAMA YANG DIBINCANGKAN DALAM ISI ARTIKEL
-KENALPASTI ISI KANDUNGAN ARTIKEL

Dean W. R. Matthews menyatakan bahawa beliau sendiri tertanya sekiranya mengikut


aturan pengetahuan yang sedia ada, adakah peristiwa bersejarah itu adalah lebih awal
daripada peristiwa berbentuk fizikal atau kita hanya membentuk sebuah idea seperti
peristiwa berbentuk fizikal itu yang diambil daripada peristiwa bersejarah. Namun, semasa
proses pengambilan ini berlaku, semua kualiti semakin pudar sehingga istilah "peristiwa"
ketika digunakan dalam sejarah mempunyai kepentingan yang sangat berbeza dengan
penggunaannya perkataan tersebut dalam bidang fizik di mana istilah itu menjadi lebih tidak
jelas.
PANDANGAN PENULIS ARTIKEL – CONTOH PETIKAN TENTANG IDEA UTAMA

“It occurs to me, however, that some light may be thrown on the matter if we ask how we
come to think in terms of events. We must not expect to find any conclusive testimony from
an inquiry which is in its nature psychological and cannot, therefore, give us the final word
on the nature of reality, but something of value does, i believe emerge”

“I incline to think then that the idea of “event” originates as a result of our individual
experience beginning from almost the earliest moments of life, but it is not contained in the
primary experience”.

SOKONGAN PANDANGAN PENULIS LAIN- DARI BUKU OR JURNAL

Anda mungkin juga menyukai