Anda di halaman 1dari 12

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

Arkeologi sebagai ilmu bersifat rentas disiplin,


1.0

PENGENALAN

1.1

Arkeologi

Arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu Arkhailogia yang bermaksud barangbarang purba. Arkeologi telah bermula lebih dari 100 tahun tetapi hanya terdapat
sebilangan kecil sahaja yang meminati dan mengamalkan bidang ini sehingga akhir abad
ke-14. Lebih 500 tahun dahulu telah wujud apa yang dikatakan kabinet- kabinet diraja
yang mengandungi barang- barang purba dan barang- barang inilah yang menjadi sumber
utama bagi kebanyakan muzium yang ditubuhkan selepas tahun 1800.[1]
Selain itu, arkeologi juga dikatakan bermula setelah penemuan artifak yang wujud di
Afrika Timur dan penemuan penting seperti makam Tutankhamun di Mesir. Tambahan
lagi, konsep mencintai arkeologi juga semakin mendapat tempat setelah kisah
pengembaraan dan penjelajahan lahir daripada penemuan dan pengumpulan dalam bidang
arkeologi.[2] Walaupun kegiatan gali cari barang- barang purba atau eskavasi yang
dilakukan adalah penting namun para arkeologis mempunyai tanggungjawab yang lebih
besar iaitu mereka perlu menerangkan, mengelaskan, merekodkan dan menterjemahkan
apa- apa sahaja maklumat yang wujud sama ada dari kepingan pepaku, patung- patung
mahupun serpihan tembikar.[3] Namun bagi orang kebanyakan istilah arkeologi
menggambarkan pengembaraan, harta karun dan kisah- kisah yang pernah berlaku dalam
tamadun purba seperti Mesir dan Mesopotamia.[4]
Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi ke-4, arkeologi merupakan kajian saintifik
mengenai sesuatu kebudayaan terutama kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian
dan penghuraian kesan- kesan tinggalannya.[5] Amalan cara hidup masyarakat seperti
kegiatan pemburuan, petempatan, teknologi, sistem kepercayaan, dan hubungan luar
sesama manusia adalah termasuk dalam pengkajian para arkeologis. Menurut pendapat
sejarawan barat iaitu Frank Hole dan Robert F. Heizer, arkeologi merupakan satu arahan
atau kaedah penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan
latihan akademik serta kegiatan peninjauan untuk menjadikan seseorang itu faham
tentang teori ahli arkeologi.
[6]Menurut pandangan ikatan ahli- ahli arkeologi Malaysia pula, arkeologi merupakan
satu disiplin yang menekankan pendekatan antara disiplin.[7] Pandangan ini bertepatan
dengan sifat arkeologi itu sendiri yang multi- disiplin dan memerlukan disiplin ilmu lain
dalam melengkapkan bidang pengkajiannya. Oleh itu, arkeologi dapat memberi
sumbangan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan dalam masalah sejarah kebudayaan
zaman prasejarah, protosejarah dan sejarah serta dalam bidang antropologi budaya.
Arkeologi merupakan salah satu daripada bidang sains dalam mendapatkan bukti- bukti
fizikal masyarakat silam yang telah pupus dan untuk mengetahui sejarah dan tamadun
masyarakat terbabit. Tujuan utama mempelajari arkeologi hanyalah semata- mata untuk
memahami kemajuan kebudayaan dan sosial masyarakat, membina semula sejarah dan

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

kebudayaan manusia, mengkaji dan menganalisis proses perkembangan sesuatu budaya.


Bidang arkeologi juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu arkeologi klasik
yang merujuk kepada pengkajian sejarah yang berlaku di Greece dan Rome iaitu bermula
pada 4000 hingga 1500 B.P. Arkeologis awal yang kagum dengan tamadun Greek dan
Rom hanya menumpukan perhatian mereka terhadap pencarian mata wang lama dan
bentuk- bentuk ukiran sahaja. Namun begitu, penekanan juga hanya diberikan terhadap
pengumpulan dan penyusunan dan biasanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja
daripada untuk pengetahuan umum.[8] Arkeologi klasik ini mencirikan kepada proses
mencari perkaitan antara peristiwa sejarah pada zaman klasik.[9]
Jenis arkeologi yang seterusnya ialah arkeologi awam yang memerlukan tugas para
arkeologis untuk memulihara dan melindungi tinggalan purba malah turut
bertanggungjawab memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang kepentingan
tinggalan arkeologi. Selain itu, arkeologi sejarah pula merupakan pengkajian terhadap
tinggalan tapak- tapak peninggalan purba yang didasarkan kepada sesuatu tempoh dalam
lingkungan peristiwa sejarah.[10] Arkeologi maritim dan underwater pula merujuk
kepada kaedah penerokaan bahan-bahan purba yang dijalankan di bawah dasar laut serta
pelabuhan seperti kajian terhadap kapal-kapal karam dan sebagainya. Underwater
arkeologi adalah berkenaan dengan kapal-kapal karam di Mediterranean iaitu di sekitar
Florida dan kawasan-kawasan lain.[11] Namun, sikap manusia kini yang menggangap
bahawa underwater arkeologi lebih dikaitkan dengan peninggalan harta karun dan
muncullah satu golongan yang dikenali sebagai antikuarian yang bertindak
menghapuskan data sebelum para arkeologis sampai di tempat tersebut. Teknik- teknik
merekod khas perlu diaplikasi bagi mendapatkan bukti- bukti kapal karam di kawasan
tersebut.
2.0

ARKEOLOGI BERSIFAT RENTAS DISIPLIN

Sejarah adalah pengetahuan bagi masa yang lalu dan mempunyai nilai-nilai berguna
dalam kehidupan manusia . Arkeologi adalah salah satu cabang sejarah tersebut.
Arkeologi adalah satu disiplin membina semula masyarakat silam terutama yang tidak
mempunyai rekod-rekod bertulis melalui kajian-kajian rekod arkeologi seperti artifak,
ekofak, ciri-ciri (feature) dan data-data konteks yang ditemui di tapak-tapak tertentu.
Melalui penemuan-penemuan tersebut , ahli-ahli arkeologi boleh menghuraikan keadaan
sesuatu kelompok masyarakat silam dari pelbagai aspek umpamanya aspek pola ekonomi,
petempatan, kebudayaan,kronologi menurut ruang masa tertentu iaitu zaman Paleolitik,
Neolitik ,gangsa, zaman Besi dan lain-lain. Menurut Gordon Childe iaitu seorang ahli
sejarah arkeologi ada menyatakan bahawa ,"Arkeologi sebenarnya mengkaji semua
perubahan dalam dunia material yang diakibatkan oleh kegiatan manusia serta rekod
arkeologi yang terdiri daripada tinggalan hasil tingkah laku manusia silam dan apa sahaja
yang mereka lakukuan ." Bukti-bukti arkeologi adalah testimoni sejarah yang lebih
dipercayai (reliable) daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertakluk kepada ruang
dan wakti tertentu. Namun begitu timbul masalah sehingga kini berikutan semua jenis
tinggalan artifak, sisa makanan, tempat kediaman, perkuburan dan segala tinggalan
fizikal yang dapat dikesan di sesuatu tapak sebahagian besarnya telah musnah atau

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

mengalami pereputan.
Oleh itu, kajian arkeologi merupakan kombinasi ilmuan sains tulen dan sains sosial.
Kombinasi disiplin sains tulen dan sains sosial ini telah menjadikan arkeologi bersifat
rentas disiplin untuk mengukuhkan penemuan artifak dan fakta sejarah. Arkeologi adalah
satu disiplin yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kepelbagaian ilmu- ilmu lain.
Hal ini dibuktikan oleh pandangan para tokoh arkeologi iaitu J.de.Leaf yang menyatakan
bahawa arkeologi sebagai disiplin sains dan cabang kepada sejarah. Ini membawa
maksud bahawa terdapat disiplin ilmu lain dalam arkeologi atau lebih dikenali sebagai
sifat arkeologi itu sendiri yang multi- disiplin. Multi-disiplin dalam arkeologi meliputi
disiplin prasejarah, sejarah, antropologi, sains, arkeologi maritim, biologi, geografi dan
botani. Kepakaran dalam kepelbagaian disiplin ini amat diperlukan bagi mendapatkan
hasil yang memuaskan dalam setiap eskavasi yang dilakukan oleh para arkeologis.
2.1
Disiplin Prasejarah
Prasejarah merupakan zaman sebelum wujudnya rekod- rekod bertulis. Para arkeologis
mengkaji tinggalan-tinggalan purba kawasan yang dikenal pasti sebagai penempatan awal
zaman prasejarah dengan tujuan untuk membina semula sejarah manusia yang lampau.
Arkeologi prasejarah berhadapan dengan skala evolusi manusia yang sangat luas iaitu
dalam lingkungan 5.6 juta tahun yang lampau. Perkembangan manusia awal dikatakan
bermula dengan manusia Homo Erectus kepada Homo Sapiens seterusnya kepada Homo
Sapiens Sapiens.[12] Evolusi perkembangan manusia ini juga menjadi antara aspek yang
dikaji dalam arkeologi. Peninggalan data-data oleh manusia prasejarah membolehkan
para arkeologis melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan melakukan kaedah eskavasi
bagi merekonstruksi semula sejarah.
Data- data dapat dibahagikan kepada empat iaitu artifak, ekofak, features dan data alam
sekeliling. Artifak merupakan hasil kerja tangan manusia seperti alatan batu manakala
ekofak pula merupakan sesuatu yang bukan merupakan hasil kerja tangan manusia seperti
sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh manusia. Features pula merupakan hasil kerja
tangan manusia yang tidak boleh dibawa ke makmal seperti peninggalan tapak-tapak
prasejarah. Data alam sekeliling pula lebih tertumpu kepada persekitaran yang ada di
sekitar manusia yang boleh menyumbang kepada kewujudan sesuatu tapak sejarah seperti
tasik dan pantai.[13] Jelaslah bahawa para arkeologis melakukan sesuatu eskavasi adalah
berdasarkan kepada peninggalan data-data oleh manusia bukannya mengikut kehendak
sendiri.
2.2
Disiplin Sejarah
Sejarah bermula sejak adanya rekod-rekod bertulis seperti dokumen dan rekod. Tulisan
awal manusia yang dijumpai adalah dalam bentuk rekod- rekod ringkas. Walau
bagaimanapun, arkeologi sejarah juga adalah penting walaupun telah wujud rekod-rekod
bertulis kerana terdapat sebilangan rekod sejarah yang tidak sempurna dan tidak semua
aktiviti dicatatkan.[14] Sejarah juga adalah hasil penulisan manusia dan selalunya
mengandungi unsur bias. Kekurangan data yang terdapat dalam bidang sejarah ditambah
oleh eskavasi dalam bidang arkeologi yang pada asasnya didasarkan kepada rekodrekod sejarah itu sendiri. Sebagai contoh, tamadun sejarah yang telah hilang boleh ditulis

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

semula melalui eskavasi yang dijalankan oleh arkeologis seperti yang dilakukan terhadap
tamadun Harappa di Lembah Indus.[15] Jelaslah bahawa sifat arkeologi yang multidisiplin dapat menyesaikan masalah sejarah dengan mengesahkan, memperbetulkan
rekod-rekod sejarah serta menambah kekurangan dalam bahagian sejarah.
2.3
Disiplin Antropologi
Antropologi ialah ilmu yang mengkaji semua aspek kehidupan manusia termasuklah dari
segi budaya, linguistik dan biologi.[16] Antropologi juga merupakan satu disiplin ilmu
yang amat berkait rapat dengan arkeologi. Ilmu ini berkait dengan kesucian dan
perbandingan mengenai manusia yang merentasi masa dan ruang. Jumpaan arkeologi
yang dikaji melalui disiplin antropologi ini menginterpritasikan jumpaan seperti bekas
tembikar yang bercorak dan gelang-gelang manik kepada keadaan masyarakat pada
waktu itu. Antropologi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu biologikal antropologi,
antropologi budaya dan antropologi bahasa. Biologikal antropologi atau dikenali juga
sebagai fizikal antropologi adalah pengkajian yang melihat manusia sebagai organisma
biologi. Contohnya yang berkenaan dengan evolusi manusia iaitu perkembangan manusia
Homo Sapiens.[17] Bagi merungkaikan persoalan ini mereka perlu menyusun rajah
pokok keluarga manusia yang telah lepas, bekerja dengan bukti fosil secara meluas dan
pemerhatian terhadap kehidupan mamalia yang paling tinggi termasuk manusia, kera dan
monyet.
Antropologi budaya pula ialah sub bidang dalam antropologi yang menekankan aspekaspek teknologi, sosial dan agama. Bidang ini menghuraikan dan menganalisis budaya
kumpulan masyarakat hari ini dan kaitannya dengan manusia lepas.[18] Pengkajian
kumpulan khas pada masa tertentu di kenali sebagai ethnography dan maklumatnya di
kenali sebagai data ethnographic. Perbandingan dalam pengkajian budaya pula adalah
untuk melihat sama ada budaya tersebut mempunyai persamaan atau tidak dikenali
sebagai ethnology.
Para ethnography perlu melakukan ethnology untuk membolehkan kita mempelajari
budaya secara umum[19]. Antropologi bahasa pula bertindak untuk mentafsir
penggunaan bahasa dengan lebih mendalam dari segi bunyi, hubungan antara bahasa dan
sistem bahasa yangc mengalami perubahan mengikut peredaran masa.[20] Selain itu,
bidang ini turut digunakan untuk menghubungkan carta sejarah dan kesan migrasi kuno.
2.4
Disiplin Sains
Sains ialah satu sistem formal untuk mempelajari benda- benda baru dan mempunyai
pendekatan yang spesifik untuk mentafsir idea-idea baru. Sains adalah berdasarkan
eksperimen dan objektif yang membawa maksud hanya objek yang wujud, boleh
diperhati dan dirasa. Sains tulen hari ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu sains fizikal yang meliputi fizik, kimia dan geologi manakala sains natural iaitu
biologi yang meliputi disiplin botani dan zoologi.
Ahli- ahli sains fizikal perlu mengaplikasikan pendekatan sains dalam mengkaji
masyarakat prasejarah melalui beberapa kaedah seperti kaedah radiokarbon untuk
mengukur jumlah radio aktiviti karbon yang berparas rendah yang masih ada dalam

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

bahan mati dan purba yang berasal daripada bahan organan bagi mengetahui usia sebenar
bahan organik purba.[21] Selain itu, kaedah asid amino yang dilakukan dalam bidang
kimia pula adalah bertujuan untuk menentukan rasimisasi iaitu tindakan kimia yang
selalu dipengaruhi oleh suhu dan air yang telah mendedahkan tulang dalam tanah.
Kaedah ini boleh menentukan usia kulit hidupan laut, tulang dan gigi.[22] Peninggalan
tulang dan bukti penempatan merupakan tanda bahawa manusia telah menetap di muka
bumi sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, keadaan bumi yang sentiasa terdedah
kepada perubahan sejak zaman Pleistosen kepada zaman Holosen menyebabkan berlaku
peralihan dan penimbunan bukti- bukti awal kewujudan manusia. Namun begitu,
sesetengah kaedah ini didasarkan kepada prinsip-prinsip stratigrafi untuk mengenal pasti
umur artifak berdasarkan kedudukannya ketika dijumpai sama ada di dalam lapisan atas
atau bawah tanah.[23]
2.5

Disiplin Maritim

Bidang ini adalah berkaitan dengan persekitaran laut atau lebih dikenali sebagai
underwater arkeologi. Kajian arkeologi ini kebiasaannya tertumpu di kawasan kapal
karam yang didasarkan kepada rekod- rekod pelayaran sesuatu kapal. Selain itu, bidang
ini juga menumpukan kepada kota yang telah tenggelam di dasar laut seperti sebahagian
daripada kota Alexandria di Mesir.[24] Bidang ini tidak berbeza dengan bidang arkeologi
yang lain cuma teknik dan pendekatannya agak sukar sedikit seperti kesukaran untuk
mencari tapak dan proses kajiannya yang lebih susah kerana masalah logistik. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kebaikan bekerja di bawah permukaan air seperti
eskavasinya adalah lebih mudah, tidak menggunakan banyak peralatan tetapi hanya perlu
mengipaskan tangan secara perlahan-lahan sahaja.[25]
2.6
Disiplin Geologi
Dalam kajian arkeologi moden, peranan disiplin geologi sangat penting. Ilmu geologi
digunakan secara saintifik untuk menganalis tentang asal usul struktur, komposisi bumi,
jenis tanah-tanih, kesan luluhawa, hakisan tanah, gerakan gempa bumi, kandungan
garam, mineral, jenis batuan, kesan ombak, gerakan air bawah tanah, gerakan kerak bumi
di dasar laut, letusan gunung berapi dan sebagainya.
Bahan-bahan bukan organik seperti batu, logam (emas, perak, gangsa dan lain-lain), kaca
dan tembikar ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna seperti dalam bentuk serpihan
dan jumpaanya adalah terhad. Manakala bahan organik seperti tulang, rambut, kulit lebih
mudah mereput berbanding bahan organik. Keadaan ini menimbulkan masalah
mentafsirkan dan memperoleh ketepatan sejarahnya dan memerlukan masa dan
pengkajian dalam tempoh yang lama dan panjang. Masalah pereputan dan kemusnahan
rekod-rekod arkeologi ini berkait rapat dengan keadaan iklim, luluhawa, hakisan,
kegiatan manusia seperti pembinaan dan perlombongan, serangga dan lain-lain lagi.
Dilihat faktor luluhawa menyebabkan kebanyakan batu atau tembikar ditemui dalam
keadaan tidak sempurna seperti dalam bentuk serpihan sahaja umpamanya batuan
mempunyai daya tahan yang kuat tetapi tindakan iklim dan cuaca yang berterusan
keatasnya membawa kesan samada pecah, rosak atau sebagainya. Fenomena ini sering

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

berlaku di kawasan Tropika yang mengalami iklim hujan dan panas, lembap dan sejuk
secara berselang seli menyebabkan batuan atau tembikar tidak dapat bertahan lama.
Manakala logam pula akan berubah warna samada berkarat atau sebaliknya diselaputi
debu melalui tindak balas oksigen di udara. Selain itu pergerakan pergerakan
tanah,tindakan glasier menyebabkan batuan akan terhakis secara perlahan, dalam tempoh
masa yang lama ia musnah dengan sendirinya. Air sungai dan laut yang membawa
bersama pasir dan batu semasa proses pasang surut antara penyebab batuan terhakis atau
berubah bentuk. Secara tidak langsung akan mengelirukan ahli arkeologi membuat
penyelidikan sehingga kini.
Ilmu geologi digunakan dengan meluas sebagai salah satu mekanisme penting yang
mana ianya digunakan untuk mencari dan membuat tinjauan dalam usaha mencari tapaktapak yang berpontensi untuk dikaji oleh ahli arkeologi. Teknik tinjauan magnetik, radar
dan sonar banyak membantuk usaha-usaha tinjauan sekunder arkeologi. Kepelbagaian
teknik ini membantu penemuan pelbagai jenis artifak meskipun persekitaran fizikal bumi
sukar untuk dihadapi kajian yang dilakukan didasar lautan[26].
2.6
Disiplin Georgafi
Pengetahuan ilmu geografi juga digunakan sebagai satu mekanisme untuk membantu
dalam mencari tapak kajian yang hendak dikaji atau dicarigali. Ilmu geografi digunakan
dengan luas contohnya dalam aspek pemetaan seperti peta topo dan ciri-ciri fizikal
semulajadi bentuk muka bumi. Disiplin geografi juga digunakan secara kuantitatif untuk
mengenal pasti pola penempatan sesuatu masyarakat hasil daripada penemuan kajian
arkeologi sesuatu tapak.
Kebanyakan daripada ketamadunan masa lampau banyak bergantung kepada alam
sekitarnya. Kemajuan pertanian pada zaman tersebut menyebabkan manusia ketika itu
berjaya memanafaatkan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil
dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan taraf
hidup bukan sahaja berlaku dari aspek kuantiti malahan kualiti kehidupan. Ini
menyebabkan sesuatu pola penempatan masa lampau itu semakin berkeupayaan
menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusia bertambah dan
bekalannya juga boleh diperolehi secara berterusan. Contohnya penempatan manusia
Mesir kuno banyak dipengaruhi oleh kesuburan tanahnya hasil daripada banjir lumpur
yang dihasilkan oleh Sungai Nil.
Hasil daripada kemajuan kehidupan akibat daripada penempatan yang subur dan sesuai
oleh masyarakat zaman lampau, telah berlaku revolusi pertanian. Manusia tidak lagi
berpindah randah bagi mencari lokasi baru. Hasil daripada bekalan makanan yang
berterusan, penggunaan alat-alat pertanian yang khusus telah wujudnya penternakan
binatang. Kesan daripada revolusi pertanian ini telah memberi kesan yang besar kepada
manusia kerana ianya menjadi peyambung kepada permulaan ketamadunan. Manusia
mula berhenti dengan cara hidup nomad dan mula hidup bermasyarakat. Ini mendorong
kepada pertambahan penduduk yang pesat kepada sesuatu masyarakat.
Jelaslah faktor geografi dan pengaruh alam sekitar telah mengubah corak corak

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

kehidupan dan ketamadunan sesuatu masyarakat. Situasi ini telah melahirkan tamaduntamadun awal seperti Tamadun Mesoptamia dan Tamadun Mesir yang lebih kompleks
sesuai dengan zamannya. Dalam masyarakat silam munculnya institusi-institusi
pemerintahan, keagaaman, pembangunan ekonomi. Pengetahuan dan banyak lagi ilmuilmu yag lahir selari dengan pembangunan tamadun masyarakat tersebut. Lama-kelamaan
sesuatu di penempatan itu telah terbahagi kepada dua kelas strata sosial masyarakat iaitu
kelas pemerintah dan rakyat. Oleh itu pemahaman dalam disiplin geografi amatlah
penting dalam sesuatu kajian ke atas tapak arkeologi.
2.7
Disiplin Kimia
Sains kimia merupakan salah satu ilmu sokongan dalam penyelidikan arkeologi
khususnya dalam membuat analisa artifak dan non-artifak seerti mendapan. Analisis
kimia tidak hanya tertumpu kepada pentarikhan malah juga boleh diguna pakai dalam
menganalisa tulang dan bahan organik lain. Antara kaedah kimia yang digunakan dalam
membuat pentarikhan ialah seperti kalium argon, termolumunesen (TL), fassion track,
asid amino dan paleomagnetik. Bagi menganalisa tulang, antara teknik kimia yang
digunakan ialah penentuan kandungan florin dan nitrogen dalam tulang. Kaedah panitasi
pula digunakan untuk mengkaji batu-batan. Dalam mengkaji teknik penghasilan
komposisi artifak logam dan batu, analisis kuantitatif digunakan bagi mengetahui tempat
asal artifak, jenis logam dan batu. Penggunaan kaedah kimia juga tidak terbatas dalam
analisis data tetapi juga pemuliharaan artifak. Artifak-artifak yang mengalami perubahan
kimia seperti logam besi dan seramik dari tapak dasar laut dirawati dengan menggunakan
bahan kimia. Ringkasnya ilmu kimia telah memudahkan dan mempercepatkan proses
interpretasi data dan maklumat penyelidikan arkeologi[27].
Prigogine menyarankan agar projek millenium ini hendaklah yang mengarah kepada
penolakan fragmentasi. Jawapan kepada masalah-masalah besar dalam dunia sekarang
hendaklah dalam bentuk antara disiplin (interdisciplinary) kerana pada hakikatnya hampir
semua keputusan yang dibuat oleh seseorang itu, khususnya pemimpin, akan mempunyai
kesan ke atas ekonomi, politik dan alam sekitar sekaligus. Dengan itu pendekatan
fragmentasi seperti yang dilakukan terhadap ilmu pengetahuan yang melahirkan disiplindisiplin ilmu seperti biologi, kimia, fizik, psikologi, sosiologi dll. perlu ditolak.
2.8
Disiplin Biologi
Biologi (biologycal science) adalah ilmu alam yang mempelajari organisme-organisme
hidup. Biologi merupakan salah satu cabang ilmu alam. Salah satu adalah ilmu sains fizik
(physical science). Pada awalnya, permasalahan biologi hanya salah satu fokus kajain
para doktor di abad pertengahan seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ibn Rushd. Ketika itu,
organisme hidup dianalisis secara kimiawi. Penemuan peralatan mikroskop, teori evolusi,
dan penemuan struktur molekul kromoson (DNA) menandai puncak pencapaian ilmu
biologi terhadap organisme hidup. Namun kini peranan disiplin sains biologi di dalam
kajian arkeologi moden adalah penting untuk mengenalpasti bahawa penemuan jantina
tengorak itu sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Sampel gigi juga di analisa untuk memastikan usia tengorak tersebut. Dengan adanya

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

ilmu sains biologi juga dapat membantu ahli arkeologi menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan dengan organisme hidup seperti penemuan manusia dan binatang zaman
purba.
Luas lingkup disiplin biologi antaranya ialah termasuklah:

Bio-fizik
Bio-kimia
Mikrobiologi
Viriolgi
Bakteriologi
Mycrology
Protozoologi

Andaian-andaian (assumption) disiplin biologi dan kajian arkeologi ialah:

Organisme hidup adalah sebuah sistem mekanik.

Sel merupakan balok-balok bangunan dasar dari organisme hidup (Abad ke19)
Semua fungsi biologi dapat dijelaskan dalam pengertian struktur dan mekanisme
molekul dengan DNA (dasar molekul kromoson) sebagai titik kulminasi pencapaian
biologi mutakhir.

Binatang (kemudian jadi manusia) berubah di bawah tekanan udara lingkungan,


dan bahwa binatang dapat menurunkan perubahan-perubahan ini hingga ke janin mereka.
Penurunan
ciri-ciri
itu
merupakan
mekanisme
utama
dalam
evolusi.

Pernafasan merupakan suatu bentuk oksidasi khusus yang menetapkan relevansi


proses
kimiawi
pada
fungsi-fungsi
organisme
hidup.

Transmisi impuls saraf berkaitan dengan arus electromagnetik. Kajiannya adalah


ilmu
tentang
neurofisiologi
dan
elektrodinamik.
2.9
Disiplin Matematik
Sebenarnya, menurut Jujun (1984: 97), matematik bukan merupakan ilmu, melainkan
saranan berfikir secara deduktif. Matematik mempunyai peranan yang sangat penting
bagi berbagai disiplin keilmuan termasuklah arkeologi. Walau bagaimanapun menurut
Jujun, matematik adalah bahasa yang melambangkan serangkaian makna dari pernyataan
yang ingin kita sampaikan. Lambang-lambang matematik bersifat artifisial yang baru
mempunyai erti setelah sebuah makna diberikan padanya. Tanpa makna, matematik
hanya merupakan kumpulan rumus-rumus yang mati.
Tetapi Immanuel Kant (1724-1804) berpendapat bahawa matematik merupakan
pengetahuan yang bersifat sitetik apriori di mana eksistensi matematik bergantung dari
pancaindera serta pendapat dari aliran yang disebut logistik yang berpendapat bahawa
matematik merupakan cara berfikir secara logik yang salah atau kebenarannya dapat
ditentukan tanpa mempelajari dunia empirir. Pendapat Kant ini kemudian diperkuat oleh
ahli matematik berbangsa Belanda, Jan Brouwer (1881-1966).
Disiplin ilmu matematik dewasa ini mencakup antara lain:

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

Aritmatik
Geometri
Pembilangan
Algebra
Trigonometri
Geometri Analitik
Persamaan dan pembezaan
Kalkulus
Topologi
Geometri Non-Euclid
Teori Fungsi
Kebarankalian dan statistik
Logik; dan
Logik matematik

Andaian-andaian (assumption) penggunaan matematik dalam kajian ilmiahnya seperti


kajian arkeologi ialah seperti berikut:

Pengunaan ilmu matematik dalam sesuatu kajian arkeologi adalah untuk


membataskan kajian tersebut hanya berdasarkan sebagai sebuah bahasa. Usaha-usaha
penggunaan matematik telah melenyapkan sifat kabur, majmuk, dan emosional dari
bahasa verbal.

Matematik itu adalah cara berfikir secara logik. Bertrand Russell mengatakan,
matematik adalah masa pembangunan logik dan logik adalah masa kecil matematik.

Kebenaran yang dihasilkan matematik tidak perlu dibuktikan oleh aliran/ilmu logik
lain.
2.10 Disiplin Botani
Manusia merupakan sebahagian daripada persekitaran semulajadi dan alam flora adalah
sebahagian daripada ekologi dan dietri kehidupan seharian. Sisa-sisa buangan manusia
merupakan maklumat masa silam manusia. Sebahagian daripada sisa-sisa buangan
tersebut adalah dalam sisa tumbuh-tumbuhan. Pengkajian mengenainya menghasilkan
bukti-bukti flora yang memberi maklumat tentang pentarikhan tapak, jenis tapak dan
bentuk kebudayaan si sesebuah tapak.
Kajian ke atas bahan-bahan botani purba dikenali sebagai paleobotani dan ianya
merupakan sub disiplin arkeologi. Maklumat dari ilmu geografi dan geologi akan dapat
membentuk kembali persekitaran masa lalu dan kronologinya membantu kepada
pemahaman evolusi manusia dari aspek fizikal dan kebudayaan[28]. Pada perkembangan
awal arkeologi, kajian terhadap alam flora tidak dapat dilakukan kerana kadar
kemusnahannya lebih tinggi berbanding dengan tulang dan bahan organik lain.
Kemunculan kajian palinogi pada tahun 1916 telah membantu ahli arkeologi untuk

Nota tambahan sjh3043

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

mengkaji tinggalan flora dalam bentuk tinggalan debunga. Analsis debunga amat penting
bagi pentarikhan relatif dan mutlak. Ini kerana debunga dapat dikenalpasti kewujudannya
meskipun ianya berusia ribuan tahun. Maklumat tentang penyesuaian ekologi di zaman
purba dapat diketahui berdasarkan kajian terhadap debunga dan sopra tumbuhan[29].
3.0
KESIMPULAN
Sebagai rumusannya perkataan arkeologi (dari Greek: - archaiologia, dari
- archaios, "asal, purba, tua" dan - logos, "kajian") atau juga dikenali
sebagai kaji purba merupakan kombinasi kajian pelbagai bidang sains yang melakukan
kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesankesan tinggalan.
Arkeologi pada masa sekarang merangkumi pelbagai bidang yang berkait dan pelbagai.
Sebagai contoh, penemuan mayat yang ditanam akan menarik minat pakar dari pelbagai
bidang untuk mengkaji tentang pakaian dan jenis bahan digunakan, bentuk seramik dan
cara penyebaran, kepercayaan melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut,
pakar kimia yang mampu menentukan usia tapak galian melalui pereputan unsur seperti
karbon 14, pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan manusia purba, dan pelbagai
bidang lainnya. Ianya bersifat rentas disiplin bagi mencapai matlamat kajian untuk
mengkaji peristiwa-peristiwa lalu berdasarkan apa yang telah tercatat khususnya melalui
manuskrip, dokumen dan penemuan yang dibuktikan dengan ilmu matematik, geologi,
geografi, biologi, botani, kimia dan fizik.
Jelaslah bahawa sifat arkeologi yang multi- disiplin telah membantu bidang ini dalam
melengkapkan pengkajiannya. Hal ini terbukti dengan kebergantungan bidang arkeologi
terhadap pakar- pakar dalam bidang lain untuk menganalisis setiap penemuan penting.
Eskavasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk merungkai kisah-kisah silam yang
selama ini menjadi misteri. Tidak dapat dinafikan bahawa arkeologi adalah penting untuk
memberi penjelasan tentang kehidupan masyarakat prasejarah di Asia Tenggara.

BIBLIOGRAFI
Fagan, M. B., (1997). Archeology Sixth Edition. New York: Longman Higham, C.
(2000). Early Cultures of Mainland Southest Asia. Thailand: River Books Ltd
Hole, F. Heizer, F.R. (1990). Arkeologi prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas ( Shahila
Yaacob, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian
Pendidikan Malaysia. (Karya asli diterbitkan pada 1997).
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
McIntosh, L. (1999). The Practical Acheologist: How we know and what we know about
the past. London: Thames and Hudson.

Nota tambahan sjh3043

10

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber- sumber sejarah. Shah
Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.
Sutton, Q. M. & Yohe II, M. R. (2003). Archeology: The science of the human past.
Boston: Allyn and Bacon.
Thomas H. D. & Kelly R. L. (2006). Archeology 4Th Edition. Thomson & Wadsworth
Bahan bacaan, Pengantar Arkeologi SKSE 2033, Baszley Bee B. Basrah Bee dan Mohd
Kamaruzaman Abd. Rahman, UKM, 2001
Bahn, Paul. 1996, Archeology: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University
Press
Hole, Frank & Heizer, Robert (terjemahan), 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu
Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sejarah penulisan: Dari Jieroglif Ke Multimedia, disunting oleh Anne-Marie Christin,
Flammarion (dalam bahasa Perancis, kulit keras: 2002, ISBN 2080108875)
Taylor, W.W, 1973, A Study of Archaeology, Southern Illinois: Chiw Press.
http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/kdh_sights2.htm
[1] Frank Hole dan Robert F. Heizer. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu pengenalan
ringkas (Shahila Yaacob, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm. 32
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Mark Q. Sutton dan Robert M. Yohe II. 2003. Archeology: The Science of The
Human Past. Boston: Allyn and Bacon, hlm. 3.
[5] Hajah Noresah Binti Baharom (Ketua Editor). 2005. Kamus Dewan Edisi keempat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 78.
[6] Frank Hole dan Robert F. Heizer, op. cit. hlm. 5.
[7] Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Shah
Alam: Karisma Publication Sdn Bhd., hlm. 60.
[8] Frank Hole dan Robert F. Heizer, op, cit., hlm 32.
[9] Charles Higham. 2000. Early Cultures of Mainland Southest Asia. Thailand: River
Books Ltd, hlm. 12.
[10] Brian M. Fagan. 1997. Archeology: A Brief Introduction, sixth edition. New York:
Longman, hlm. 25.
[11] Ibid. hlm, 26.
[12] Ibid. hlm, 29.
[13] David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Archeology 4TH Edition. Thomson
Wadsworth, hlm, 52-53.

Nota tambahan sjh3043

11

Ramlah Ghani, ipgkbm kl.

[14] Mark Q. Sutton & Robert M. Yohe II. 2003. Archeology: The Science of The Human
Past. Boston: Allyn and Bacon, hlm 10.
[15] Frank Hole & Robert F. Heizer, op.cit., hlm. 51.
[16] David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Acheology 4Th Edition. Thomsom
Wadsworth, hlm ,26.
[17] Ibid.
[18] Ibid, hlm, 27.
[19] Marx Q. Sutton & Robert m. Yohe II. 2003. Archaelogy: The Science of The Human
Past. Boston: Allyn and Bacon, hlm 6.
[20] David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Archeology 4Th Edition. Thomson
Wadsworth,hlm, 27.
[21] Frank Hole & Robert F. Heizer. Op cit,. hlm 219.
[22] Ibid. hlm, 230.
[23] Ibid, hlm, 251- 259.
[24] Mark Q. Sutton & Robert M. Yohe II. 2003. Archeology: The Science of The Human
Past. Boston: Allyn & Bacon, hlm 13.
[25] Jane McIntosh. 1999. The Practical Archeologist: How we Know and what we know
about the Past. London: Thames and Hudson, hlm. 94.
[26] Bahan bacaan Pengantar Arkeologi, SKSE 2033, hlmn 42, UKM 2001
[27] Ibid, hlmn 42 - 43
[28] Ibid, hlmn 42
[29] Ibid, hlmn 42

Nota tambahan sjh3043

12

Anda mungkin juga menyukai