Anda di halaman 1dari 8

Isu Konflik Kesempadanan dan tuntutan bertindih di Asia Tenggara.

ISU TUNTUTAN BERTINDIH TERHADAP PULAU BATU PUTUH DAN IMPLIKASI


TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA.

1.0 Latar belakang Pulau Batu Puteh.

Pulau Batu Putih atau turut dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura merupakan sebuah
pulau yang menjadi rebutan dan dituntut oleh dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura.
Malaysia yang merupakan pemilik sah Pulau Batu Putih terpaksa memperjuangkan hak
negara dan berlawan dengan Singapura yang hanya bertugas sebagai negara yang
menjalankan operasi menaik taraf dan menjaga Pulau Batu Putih berdasarkan perjanjian yang
dilakukan suatu ketika dahulu. Pulau Batu Putih ialah pulau yang menjadi rebutan dan dituntut
oleh dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Pulau ini terletak 7.7 batu nautika (nm) dari
tanah besar Malaysia tetapi 25.5 nautika (nm) atas laut dari Singapura. Jarak Pulau Batu
Putih adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu
nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim
Pengerang) Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac
dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan
19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British,
penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Putih.

Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada
pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini
sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan
serta penguasaan di perairan pulau terbabit . Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura
hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri
perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu.
Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan
pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar
barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka .

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut
semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia . Pulau
kosong tanpa hidupan dan tumbuhan itu pada asalnya tidak dipedulikan oleh sesiapa
sehinggalah terbina rumah api di pulau tersebut. Di sebalik wilayah yang cukup kecil iaitu
seluas padang bola, kedudukan pulau berbatu itu amat strategik sehingga menimbulkan
pertikaian di antara Malaysia dan Singapura berhubung siapa pemiliknya. Mengikut tulisan
R. Haller-Trost, Historical Legal Claims: A Study of Disputed Sovereignty Over Pulau Batu
Puteh (Pedra Branca) 1993, pada tahun 1842, seorang bendahari, James Horsburgh telah
mengumpulkan yuran di Canton, China daripada para pedagang untuk disumbangkan kepada
kerajaan Negeri-Negeri Selat . Sumbangan itu bagi membina rumah api untuk kemudahan
kapal-kapal yang melalui perairan bahaya di bahagian timur Selat Singapura, terutama bagi
mengelakkan kapal-kapal mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan berkenaan
akibat pertambahan lalu lintas kapal.

Masalah pemilikan bonjolan batu itu hanya berbangkit selepas Malaysia mengeluarkan peta
baru yang menunjukkan wilayah perairan dan sempadan pentas dunia pada 21 Disember
1979 yang menyatakan bahawa Pulau Batu Putih itu terdapat dalam kawasan kelautan
Malaysia, dan perkara ini telah menyebabkan Singapura membangkitkan isu pemilikan Pulau
Batu Putih pada 14 Februari 1980. Tiada kenyataan atau bukti tentang sebarang pertikaian
Pulau Batu Putih ditimbulkan sebelum 1979. Walaupun pada tahun 1953, setiausaha
kerajaan negeri Johor yang menjawab soalan daripada kerajaan Singapura bahawa ia tidak
menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu Putih kerana kedua-dua kerajaan pada masa itu di
bawah kawalan kerajaan British.

Malaysia terus menyandarkan fakta bahawa Singapura hanya dibenarkan menguruskan


rumah api sahaja dan ia tidak melibatkan kesan hak milik ke atas pulau itu. Manakala
Singapura pula terus beranggapan bahawa ia mempunyai hak sepenuhnya ke atas
kedaulatan dan kuasa perundangan di Pulau Batu Putih berdasarkan Perjanjian Inggeris-
Belanda. Malah ia juga berdasarkan fakta bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris yang
membina rumah api dan menyelenggarakannya sejak 1851 dan kemudian menyerahkan
pengurusannya kepada Singapura. Malaysia dan Singapura sudah mencapai persetujuan
untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Puteh kepada ICJ di The
Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya
pada 6 Februari 2003.

2.0 Asas Tuntutan Kedua-kedua Negara.

Malaysia dan Singapura masing-masing mempunyai asas tuntutan yang kukuh dan
mempunyai bukti-bukti yang menyokong asas tuntutan yang mereka kemukakan kepada ICJ.
Asas tuntutan yang dilakukan atau dinyatakan oleh Singapura telah disangkal kebanyakannya
oleh Malaysia kerana semua hujah yang dilemparkan oleh Singapura bersifat hujah yang tidak
kukuh. Buktinya, Singapura mendakwa Pulau Batu Putih (terra nullius) atau tidak bertuan
pada tahun 1847. Malaysia menyangkal hujah Singapura dan menyatakan bahawa Pulau
Batu Putih ialah pulau yang mempunyai tuan dan pemiliknya ialah Kesultanan Johor.
Keduanya, Singapura mendakwa membuktikan pada tahun 1847 sehingga 1851, Britain
mempunyai pemilikan ke atas Pulau Batu Putih tanpa perlu mendapat kebenaran sebarang
Sultan tempatan. Malaysia menyangkal hujah Singapura, Sultan dan Temenggung Johor
memberi kebenaran kepada British melalui surat bertarikh 1844 kepada Gabenor Butterworth
untuk membina dan mentadbir rumah api di pulau tersebut.

Ketiganya, Singapura mendakwa berjaya membuktikan dalam tempoh 1847 sehingga 1851,
British memperoleh hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dengan memenuhi syarat dua
kriteria, iaitu niat dan kegiatan yang menggambarkan British mempunyai hak kedaulatan.
Malaysia tidak perlu mengemukakan sebarang bukti effectivites atau pentadbiran berkesan
ke atas pulau tersebut, kerana Malaysia mempunyai hak milik asal ke atas pulau tersebut.
Keempatnya, Singapura mendakwa pemangku setiausaha kerajaan Johor telah menulis surat
rasmi kepada Singapura bahawa Johor tidak menuntut hak milik pulau tersebut. Malaysia
berhujah tindak-tanduk pegawai kerajaan itu dari segi undang-undang antarabangsa tidak
meninggalkan kesan, kuasa dan kepentingan dalam kes ini.

Namun begitu, asas tuntutan yang dikeluarkan oleh Malaysia melalui penyangkalan terhadap
setiap hujah yang dinyatakan oleh Singapura sia-sia apabila, pihak ICJ memandang penting
dua aspek penting yang dinyatakan oleh Singapura iaitu pertama, Singapura mendakwa
pemangku setiausaha kerajaan Johor telah menulis surat rasmi kepada Singapura bahawa
Johor tidak menuntut hak milik pulau tersebut. Kedua ialah Singapura pula terus beranggapan
bahawa ia mempunyai hak sepenuhnya ke atas kedaulatan dan kuasa perundangan di Pulau
Batu Puteh berdasarkan Perjanjian Anglo-Belanda.

Asas tuntutan yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara ini mempunyai kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri. Hujah–hujah yang diberikan oleh Singapura disokong dengan
Lukisan artis tahun 1882 menunjukkan Pedra Branca sebelum Rumah Api Horsburgh dibina
di atasnya. Dipercayai John Turnbull Thomson telah memberi kebenaran kepada artis,
Kapten Thomas Robertson, untuk menghasilkan lukisan berdasarkan kepada lakaran tahun
1850 oleh Thomson. Tambahan lagi, surat dari pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
pada tahun 1953 menyatakan bahawa Johor tidak membuat apa-apa tuntutan pada Pulau
Batu Putih. Namun tiada salinan kepada Baginda Sultan Johor sebagai ketua negeri seperti
kelazimannya. Manakala, hujah dari pihak Malaysia juga disokong oleh bukti seperti peta dan
dokumen berdasarkan latar belakang sejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa
seperti penemuan, pemisahan, pertambahan, serahan, serta peraturan “uti possidetis” iaitu
sempadan negara-negara baru merdeka berdasarkan sempadan wilayah jajahan lama,
kesinambungan dan kesamaan sempadan.
4.0 Keputusan dan Pemilikan Pulau Batu Puteh.

Selepas sekian lama menunggu, Malaysia dan Singapura akhirnya bertemu di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, untuk mengemukakan hujah-hujah lisan
bagi tuntutan bertindih Pulau Batu Putih. Pertikaian yang berlarutan hampir 29 tahun itu turut
melibatkan dua lagi pulau batu berhampiran yang dikenali sebagai Middle Rocks dan South
Ledge.

Isu konflik berkaitan dengan kesempadanan dan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih
telah dibawa ke ICJ iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa, oleh Malaysia dan Singapura.
Proses perbicaraan ini telah bermula hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi
sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan, tetapi keputusan mahkamah 16-ahli,
dengan majoriti 12-4, kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama 100 tahun
terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat oleh wakil
setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai tiada tuntutan oleh
kerajaan Johor berhubung dengan pemilikan Pedra Branca. Hujah Singapura berdasarkan
doktrin terra nullius (tanah yang tidak berpenghuni) atau pembinaan rumah api tidak
menunjukkan Singapura sebagai tuan asal Batu Putih, menurut penghakiman ICJ.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda,
memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih yang terletak di perairan luar pantai Johor
adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4. Batuan Tengah (Middle Rocks) pula
diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1. Bagi Tubir Selatan (South
Ledge), keputusan yang diberikan adalah agak kompleks iaitu kedaulatannya terletak di
bawah wilayah di mana ia terletak .

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa


Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih atau Pedra Branca,
manakala Malaysia berhak terhadap Batuan Tengah atau Middle Rocks. Kedudukan Tubir
Selatan atau South Ledge pula bergantung kepada persempadanan perairan negara yang
menguasainya. Ada pihak melihat keputusan ICJ lebih menyebelahi Singapura dan
merugikan Malaysia.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ
yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Keputusan yang dikeluarkan oleh ICJ itu dilihat sebagai sesuatu yang adil dan win-win
situation. Hal ini kerana Malaysia telah diberikan hak untuk menguasai The Middle Rock, atau
Pulau Middle Rock, dan ICJ telah menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Kedua-
dua negara telah mendapat sebuah pulau untuk negara masing-masing.
5.0 Implikasi Pendidikan Terhadap Kedua-dua Buah Negara

Masalah perebutan sesebuah kawasan ini akan memberikan pelbagai kesan negatif terhadap
sesebuah negara. Kesan-kesan negatif ini juga akan memberikan kesan terhadap bidang
pendidikan terutamanya. Walaupun belum mencetuskan peperangan antara dua buah
negara, konflik ini akan menjejaskan hak pelajar-pelajar di sesebuah negara untuk
mendapatkan sistem pendidikan yang terbaik seperti negara-negara maju yang lain. Hal ini
demikian, sistem pendidikan amat memainkan peranan yang sangat penting dalam
melahirkan sebuah negara yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Selain itu,
pendidikan merupakan hak dasar yang dipraktikkan oleh mana-mana negara. Pendidikan
bukan sahaja sebagai kegiatan pemulihan, malah sebagai pusat perkembangan manusia
secara nasional. Bidang pendidikan seharusnya ditekankan walaupun berada dalam pelbagai
konflik antarabangsa. Sikap mengharap bulan jatuh ke riba, di mana menuggu sehingga
sesuatu konflik itu berakhir adalah bukan satu tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh
sesebuah negara tersebut. Masyarakat antarabangsa serta badan-badan bukan kerajaan
(NGO) seharusnya mengembleng tenaga dengan pemerintah untuk memenuhi keperluan
pendidikan di sesebuah negara.

Konflik persempadanan dan tuntutan bertindih terhadap pulau batu putih antara Malaysia-
Singapura akan memberikan beberapa kesan buruk terhadap sistem pendidikan negara kita.
Antaranya adalah, sistem pertukaran pelajar antara Malaysia dengan Singapura akan terjejas
akibat perbalahan untuk mendapatkan pulau ini. Program pertukaran pelajar merujuk kepada
program pertukaran pelajar yang terpilih ke luar negara untuk belajar dan menerima pelajar
dari luar negara untuk belajar di sekolah kita sepanjang satu tempoh masa tertentu. Sekiranya
program pertukaran pelajar antara negara tersekat, pelajar tidak akan mampu untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu perkara. Hal ini demikian
kerana pelajar Malaysia tidak boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemahuan dalam
bidang sains dan teknologi negara-negara atas angin seperti Singapura. Minda pelajar-
pelajar Malaysia tidak akan terbuka dan berkembang dalam segi pemikiran untuk mempelajari
cara memajukan Malaysia seperti negara-negara maju. Tamsilnya, pelajar-pelajar Malaysia
akan ketinggalan dalam perkembangan teknologi yang telah dilakukan oleh Singapura dalam
pendidikan. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan kesan buruk terhadap negara
kita sendiri, kerana pelajar tidak mempunyai kesedaran tentang kemajuan teknologi dalam
negara Singapura dan seterusnya merencatkan ilmu dalam teknologi moden untuk
mewujudkan produk yang lebih kreatif dan inovatif di Malaysia.

Selain itu, para pelajar tidak dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan
negara masing-masing sekiranya konflik ini tidak dapat diselesaikan dengan baik. Negara kita
akan menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana tiada perkembangan dalam
pendidikan. Disamping itu, pelajar-pelajar di negara kita juga akan hanya tertumpu dengan
sistem pendidikan yang sedia ada. Penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara tidak
akan berlaku kerana tiada perkognsian ilmu dengan negara Singapura. Para pelajar tidak
mampu memberikan Ideologi yang bebas terhadap singapura untuk mendidik genersi muda
dalam memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan
pendapat. Pelajar akan kurang berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya.
Teknologi yang berkembang di luar negara tidak dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-
sumber manusia yang terpelajar oleh disebabkan konflik sedemikian. Selain itu, pelajar kita
tidak dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia yang terdiri daripada rakyat
berbilang kaum boleh hidup secara aman kerana mengamalkan semangat bertolak ansur
antara satu sama lain. Masyarakat dari negara Singapura tidak akan merasa tertarik untuk
mengenali budaya di negara kita dek kerana berlaku permusuhan. Budaya dan adat adalah
salah satu kelebihan negara ini. Negara-negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa
limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas
negaranya yang menunujukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat
mengawal kehidupan kita. Sebab itulah, sekiranya kita sentiasa berbalah mereka tidak akan
tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan seterusnya akan mengurangkan aset negara
melalui industri pelancongan. Hal ini kerana, penduduk-penduduk di Singapura akan merasa
tidak senang dan risau akan keselamatan mereka untuk datang ke Malaysia oleh kerana
konflik yang telah terjadi ini.

Di samping itu, peluang untuk mempelajari bahasa asing antara dua negara ini akan terecat.
Minda pelajar tidak akan terbuka untuk mempelajari bahasa yang digunakan oleh pelajar-
pelajar di Singapura. Pelajar-pelajar di Singapura menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa
rasmi Singapura yang sememangnya agak berbeza dengan Malaysia dalam proses
pembelajaran mereka. Pelajar dari negara sukar untuk mengkaji keunikan kesusasteraan
sesuatu bahasa seperti bahasa Singapura melalui pertukaran pelajar dengan negara
Singapura. Seiring dengan itu, pelajar dari negara Singapura juga tidak akan mampu untuk
belajar bahasa Melayu dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Melalui cara ini,
segala urusan perniagaan dan peribadi akan menjadi lebih sukar mudah kerana kedua-dua
belah pihak tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan sesebuah pihak. Senario ini jelas
akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan singapura kerana
pelajar-pelajar tidak mampu mempelajari bahasa lain untuk mencapai persefahaman dengan
warga negara Singapura. Oleh itu, jelaslah bahawa konflik persempadanan ini akan memberi
pelbagai impak negatif antara kedua-dua belah pihak khususnya.
6.0 Kesimpulan

Konsep negara berasaskan kepada nilai sempadan adalah penting dalam meletakkan maruah
mereka selain daripada kedaulatan, pengiktirafan, penduduk serta kerajaan. Lantaran itu,
perletakan skala sempadan yang tertentu akan menaikkan prestij negara itu sendiri di mata
dunia. Malahan sesebuah negara itu dianggap hebat seandainya mampu mengawal
sempadan negaranya daripada dicerobohi dan menggunakan sepenuhnya asas
persempadan ini dalam memajukan taraf sosio ekonomi, politik dan budaya negaranya.
Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya sesebuah negara sanggup berperang kerana
mempertahankan sempadannya daripada dicerobohi oleh negara lain kerana nilai kedaulatan
sesebuah negara dilihat daripada keupayaan sesebuah negara mempertahankan
sempadannya daripada dicabuli oleh negara lain.

Walaupun begitu, konflik sempadan ini mungkin tidak akan berlaku seandainya semua negara
di dunia ini melihat kepada nilai keamanan dan keselamatan antarabangsa sebagai satu
landasan dan matlamat bersama. Malahan nilai idealisme keamanan dan keselamatan ini
akan mampu direalisasikan oleh setiap aktor dalam arena antarabangsa sekiranya konflik
dapat dielak dan diatasi berasaskan kepada faedah global yang sama.

Disinilah pentingnya peranan yang dimainkan oleh ASEAN. Sejak ditubuhkan pada tahun
1967, keanggotaan ASEAN mencapai 10 buah negara. Cabaran terbesar yang dihadapi oleh
ASEAN sekarang adalah usaha mewujudkan integrasi dan kerjasama terutama dalam
menangani konflik dikalangan mereka. Berlandaskan kepada prinsip inilah kebanyakan
konflik yang dihdapai berkaitan dengan persempadanan cuba diselesaikan secara sejagat
atas nama ASEAN di bawah perjanjian Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC)
kumpulan negara serantau itu.
7.0 Sumber Rujukan

 K.Askandar, C Sukim, (2016), Making Peace Over a Disputed Territory in Southeast


Asia: Lessons From the Batu Puteh/ Pedra Branca, The Journal of Territorial and
Maritime Studies Volume 3 Number 1, Northeast Asian History Foundation (Page 66).
 https://www.kln.gov.my/pbp-
icj/index.php?option=com_content&view=article&id=20:background&catid=25:backgr
ound&Itemid=27
 http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33222
 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz426U0kAsg
 http://www.ukm.my/juum/JUUM%202008/PULAU%20BATU%20PUTEH,%20ISU%2
0PERTIKAIAN%20HAK%20KEDAULATAN%20ANTARA%20MALAYSIA%20DAN%
20SINGAPURA.pdf
 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-
nasional/1398-isu-pulau-batu-puteh.html
 http://www.sinarharian.com.my/politik/hubungan-baik-malaysia-singapura-diteruskan-
1.248863
 http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/malaysia-singapura-perlu-tingkat-
hubungan-1.201712#sthash.C7fI2qy5.dpuf
 http://www.sinarharian.com.my/nasional/nazri-malaysia-terima-25-7-juta-pelancong-
asing-1.255356

Anda mungkin juga menyukai