Anda di halaman 1dari 10

1.0 Latar belakang Pulau Batu Puteh.

Pulau Batu Puteh atau turut dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura

merupakan sebuah pulau yang menjadi rebutan dan dituntut oleh dua buah negara iaitu

Malaysia dan Singapura. Malaysia yang merupakan pemilik sah Pulau Batu Puteh

terpaksa memperjuangkan hak negara dan berlawan dengan Singapura yang hanya

bertugas sebagai negara yang menjalankan operasi menaik taraf dan menjaga Pulau Batu

Puteh berdasarkan perjanjian yang dilakukan suatu ketika dahulu.

“Pulau Batu Puteh ialah pulau yang menjadi rebutan dan dituntut oleh dua

negara iaitu “Pulau ini terletak 7.7 batu nautika (nm) dari tanah besar Malaysia tetapi 25.5

nautika (nm) atas laut dari Singapura.Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik

terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3

km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang).

Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris- Belanda 17 Mac

dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura

dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak

British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh

Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara

bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada

tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya

mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.Pihak koloni British

dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi

kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau

Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta
kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu

kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil

perdagangan mereka

ANALISA KES PEREBUTAN PULAU BATU PUTEH

Pulau Batu Puteh kosong tanpa hidupan dan tumbuhan itu pada asalnya tidak

dipedulikan oleh sesiapa sehinggalah terbina rumah api di pulau tersebut. Singapura pula

mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun

1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Di sebalik wilayah

yang cukup kecil iaitu seluas padang bola, kedudukan pulau berbatu itu amat strategik

sehingga menimbulkan pertikaian di antara Malaysia dan Singapura berhubung siapa

pemiliknya. Mengikut tulisan R. Haller-Trost, Historical Legal Claims: A Study of

Disputed Sovereignty Over Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) 1993, pada tahun 1842,

seorang bendahari, James Horsburgh telah mengumpulkan yuran di Canton, China

daripada para pedagang untuk disumbangkan kepada kerajaan Negeri-Negeri Selat.

Sumbangan itu bagi membina rumah api untuk kemudahan kapal-kapal yang melalui

perairan bahaya di bahagian timur Selat Singapura, terutama bagi mengelakkan kapal-

kapal mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan berkenaan akibat

pertambahan lalu lintas kapal. Berikutan cadangan Horsburgh itu, rumah api yang

dinamakan sempena nama beliau dibina pada 1850 dan ia mula beroperasi pada 15

Oktober 1851. Tarikh inilah digunakan oleh Singapura sebagai tarikh bertapaknya kuasa

mereka ke atas pulau itu.

Sejak Singapura membina tempat pendaratan helikopter dan kemudahan radar

dan marin di atas batu itu. Pembuktian hak ke atas wilayah biasanya menimbulkan
masalah disebabkan penyediaan dokumen dan kandungannya yang tidak lengkap. Trost

yang membuat kajian ke atas Pulau Batu Puteh mendapati kebanyakan dokumen rasmi

yang ditemui di India Office Library dan Public Record Office di London, hanya

menunjukkan sedikit sahaja rujukan kepada Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Puteh,

dan tidak mengaitkan persoalan tentang kedaulatan ke atas wilayah berbatu itu sebelum

struktur binaan didirikan.

Masalah pemilikan bonjolan batu itu hanya berbangkit selepas Malaysia

mengeluarkan peta baru yang menunjukkan wilayah perairan dan sempadan pentas dunia

pada 21 Disember 1979 yang menyatakan bahawa Pulau Batu Puteh itu terdapat dalam

kawasan kelautan Malaysia, dan perkara ini telah menyebabkan Singapura

membangkitkan isu pemilikan Pulau Batu Puteh pada 14 Februari 1980.Tiada kenyataan

atau bukti tentang sebarang pertikaian Pulau Batu Puteh ditimbulkan sebelum 1979.

Walaupun pada tahun 1953, setiausaha kerajaan negeri Johor yang menjawab soalan

daripada kerajaan Singapura bahawa ia tidak menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu Puteh

kerana kedua-dua kerajaan pada masa itu di bawah kawalan kerajaan British.

Pada September 1991, Menteri Besar Johor ketika itu menyatakan bahawa dari

sudut pandangan sejarah, Pulau Batu Puteh adalah milik kita, dan kerajaan Johor bersedia

menyediakan bukti jika perlu bagi membuktikan sesungguhnya pulau itu milik Johor.

Pendapat ini diulangi pada forum khusus tentang Pulau Batu Puteh yang diadakan di Johor

Bahru pada Oktober 1991 yang dihadiri oleh ahli-ahli sejarah Malaysia, dalam menuntut

kembali kedaulatan pulau tersebut, Malaysia menunjukkan bahawa Sultan Johor

mempunyai hak ke atas kedaulatan Pulau Batu Puteh itu sejak 1513 apabila Kesultanan

Johor-Riau-Linggi ditubuhkan oleh Sultan Mahmud yang berundur setelah Portugis


menawan Melaka pada 1511. Berdasarkan teori warisan negara, Pulau Batu Puteh juga

menjadi milik Persekutuan Malaysia kerana penyatuan Johor yang menjadi sebahagian

daripada Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957.

Malaysia terus menyandarkan fakta bahawa Singapura hanya dibenarkan

menguruskan rumah api sahaja dan ia tidak melibatkan kesan hak milik ke atas pulau itu.

Manakala Singapura pula terus beranggapan bahawa ia mempunyai hak sepenuhnya ke

atas kedaulatan dan kuasa perundangan di Pulau Batu Puteh berdasarkan Perjanjian

Inggeris -Belanda. Malah ia juga berdasarkan fakta bahawa Syarikat Hindia Timur

Inggeris yang membina rumah api dan menyelenggarakannya sejak 1851 dan kemudian

menyerahkan pengurusannya kepada Singapura. Malaysia dan Singapura sudah mencapai

persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Puteh

kepada ICJ di The Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di

Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003.

PERJALANAN KES

Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ) telah menetapkan untuk mendengar

kes pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.

(Pedra Branca),Batuan Tengah ( Middle Rocks) dan Tubir Selatan ( South Ledge), yang

terletak di perairan luar pantai Johor,pada 6 November 2007 di The Hague,Belanda.

Perjalanan kes bermula dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua pihak

sebelum penyampaian hujah lisan oleh singapura pada hari pertama. Singapura diberikan

empat hari (6-9 November) umtuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, semntara

Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada (13-16 November 2007).

Manakala diikuti hujah lisan dua hari pusingan kedua oleh singapura pada 19 dan 20
November dan Malaysia pada dan 22 dan 23 November. Mahkamah membuat kesimpulan

berdasarkan titre de souverain Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia termasuk

kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan republik itu, bahawa pada

1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Puteh telah diserahkan kepada Singapura,

katanya. Mengenai Middle Rocks, Shawkat berkata, bentuk maritim itu mempunyai status

undang-undang yang sama dengan Pulau Batu Puteh dari sudut sejarahnya iaitu

kedaulatannya adalah di bawah kesultanan Johor. Katanya, mengambil kira fakta tersebut,

penyerahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang didorong oleh surat pada 1953 dan

kegagalan Malaysia bertindak balas terhadap tindak tanduk republik itu tidak memberi

kesan kepada Middle Rocks. Oleh itu, jelas Shawkat, hak milik asal Middle Rocks kekal

kepada Malaysia yang mewarisi kesultanan Johor, kecuali terbukti sebaliknya di mana

mahkamah mendapati Singapura tidak mengemukakan sebarang bukti yang bertentangan,

dalam keputusan mengenai hak milik South Ledge pula, kata Shawkat, mahkamah

berpendapat bentuk maritim itu berada di perairan bertindih antara Pulau Batu Puteh yang

kini menjadi milik Singapura dan Middle Rocks yang kekal bersama Malaysia.Keputusan

mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang

merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keputusan

yang dikeluarkan oleh ICJ itu dilihat sebagai sesuatu yang adil dan win-win situation. Hal

ini kerana, Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman

itu telah menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang". Kerana Malaysia telah

diberikan hak untuk menguasai The Middle Rock, atau Pulau Middle Rock, dan ICJ telah

menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Kedua-dua negara telah mendapat

sebuah pulau untuk negara masing-masing.


Perbincangan dan Cadangan

Menjalankan perundingan bukan merupakan suatu kegiatan yang

mudah.Perundingan Pulau Batu Puteh telah memakan masa yang begitu panjang sehingga

bertahun-tahun lamanya sedangkan ia dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor besarnya mengenai isu tuntutan

bertindih Pulau Batu Puteh ini dimana tekat dan iltizam perunding-perunding untuk

menyelesaikan isu atau masalah tersebut, kemahiran perundingan oleh mereka yang

terlibat, kesediaan para perunding Singapura dan Malaysia untuk bertolak ansur,

kesesuaian masa berunding, tempoh perundingan yang diberikan kepada kedua-dua pihak

sebelum masing-masing dibenarkan memberikan hujah masing-masing di ICJ dan

beberapa faktor yang lain. Untuk melihat dengan lebih jelas dan mendalam tentang

kegiatan-kegiatan yang terdapat dalam proses perundingan, sila rujuk rajah 8.2 di bawah.
Rajah ini menunjukkan bahawa tidak semua perkara perlu diselesaikan melalui

perundingan. Ada perkara yang boleh diselesaikan melalui perundingan dan ada yang

tidak. Perundingan hanya dilakukan sekiranya faktor masa mengizinkan dan ada sesuatu

perlu dicapai. Antara matlamat perundingan ialah untuk menyelesaikan kekecohan,

sengketa, memenuhi pelbagai kepentingan, memberikan keuntungan bagi individu,

kelompok, bisnes atau Negara.

Perundingan Pulau Batu Puteh dilakukan bagi mencapai alternatif terbaik

melalui suatu kesepakatan perundingan (best alternative to a negotiated agreement,

BATNA). Ia juga dikenali perundingan menang-menang (win-win negotiation).Dengan

melihat situasi ini.Perundingan hanya boleh dilakukan atas persetujuan kedua belah pihak

iaitu apabila mereka percaya bahawa melalui perundingan akan dapat menghasilkan

sesuatu perkara atau hasil yang lebih baik bagi kedua-dua belah pihak.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ) telah menetapkan untuk mendengar

kes pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.

(Pedra Branca),Batuan Tengah ( Middle Rocks) dan Tubir Selatan ( South Ledge), yang

terletak di perairan luar pantai Johor.Setelah diputuskan,jalan terbaik untuk mencapai

sesuatu keputusan itu adalah melalui meja perundingan,Jadi, perunding hendaklah

membuat kajian terperinci tentang perkara yang hendak dirundingkan itu.

Kes berkaitan dengan isu tuntutan Pulau Batu Puteh ini telah membuka mata

semua pihak tentang peri pentingnya pihak berwajib untuk mendokumentasikan secara

teratur, tersusun dan selamat segala sejarah serta rekod-rekod penting kerajaan. Semua

kakitangan kerajaan juga disarankan agar lebih teliti dan berhati-hati dalam menyedia dan

menandatangani sebarang dokumen bagi pihak kerajaan. Ini dengan tujuan untuk
memelihara kewibawaan kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pihak-pihak yang

terdahulu.Perunding perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat serta bukti-bukti yang

kukuh dan data mengenainya bagi membolehkan perunding berhujah dengan lantang dan

yakin dengan penyampaian perunding . Ini boleh dilakukan dengan merujuk fail-fail dan

buku-buku yang berkaitan, bertanya kepada mereka yang mengetahuinya, membuat kajian

tinjauan dan sebagainya lagi. Kemudian, pilihlah data-data dan maklumat yang sesuai

sahaja. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak berlaku kesilapan dalam memilih dan

menggunakan data tersebut.

Pemilihan pendekatan dalam perundingan Pulau Batu Puteh perlu dilakukan

dalam membuat perancangan.Oleh itu,dengan mempunyai data yang lengkap dan sesuai,

membolehkan seseorang perunding memilih untuk menggunakan pendekatan yang baik

dan berkesan dalam perundingan. Kaedah yang digunakan mestilah mengambilkira

latarbelakang sejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa. Ia juga mesti

mengambilkira matlamat yang ingin dicapai, kedudukan semasa, kepentingan dan faedah

yang boleh diperolehi, had minima sesuatu tawaran yang boleh diterima, konsesi yang

boleh ditawarkan kepada lawan atau perunding lain, kawasan dan kuasa yang diberikan,

kesesuaian dan kecukupan masa yang telah ditetapkan dan prinsip-prinsip yang diamalkan

oleh syarikat.

c. Pilih orang
Memilih orang yang akan melakukan perundingan itu bukanlah merupakan satu

perkara mudah kerana jika tersilap pilih, boleh menimbulkan masalah dan kerugian

besar kepada kita atau syarikat. Justru itu, faktor kemahiran dan pengalaman

melakukan perundingan, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan, ketenangan dan


ketegasan serta kelicikan dalam mengesan helah-helah lawan, merupakan ciri-ciri

penting yang harus ada pada seorang perunding. Seperkara lagi yang perlu ditentukan

ialah adakah perundingan itu akan dilakukan secara individu atau berkumpulan.

d. Laksanakan Perbincangan
Pada peringkat ini apa yang perlu dibincangkan ialah perkara-perkara penting dan

utama, isu-isu yang berbangkit dan hal-hal penting yang berkait dengan konflik atau

masalah itu. Ini termasuklah bagaimanakah hendak melaksanakan apa yang telah

diputuskan atau dipersetujui. Tentukan bilakah tarikh dan waktu perlaksanannya dan

bagaimana hendak menjamin yang ianya dapat dilaksanakan seperti yang dipersetujui.

e. Setuju atau Tidak


Pada peringkat ini terdapat dua situasi iaitu kedua-dua pihak bersetuju atau tidak

setuju. Sekiranya berlaku persetujuan terhadap apa yang dibincangkan, wujudlah satu

kesetabilan sementara dan proses seterusnya ialah mendapatkan kepastian dan

mendokumentasikannya. Walaupun begitu, sekiranya masih ada perkara-perkara

sampingan yang ingin dibincangkan proses perundingan BATNA ini boleh diteruskan

lagi. Sebaliknya, sekiranya tiada persetujuan dan kedua-dua pihak terus berkeras dan

bertahan dengan pendirian mereka, kemungkinan besar perbincangan itu menghadapi

jalan buntu dan mungkin ada antaranya yang keluar meninggalkan bilik perbincangan

tersebut. Usaha seterusnya ialah dengan mencubanya lagi. Ini bermakna proses

perundingan itu terpaksa diulang semula.

f. Dapatkan Kepastian (confirm it)


Sekiranya semua perunding yang terlibat atau kedua-dua belah pihak yang terbabit

memberi kata putus dan membuat persetujuan terhadap apa yang telah dibincangkan

dan bersetuju untuk memberikan komitmen, ini merupakan satu kejayaan besar dalam

perundingan itu. Persetujuan boleh dilakukan dengan cara berjabat tangan atau
melakukan sesuatu mengikut cara yang sepatutnya. Segala maklumat-maklumat dan

butiran persetujuan itu hendaklah didokumentasikan dan ditandatangani oleh

pihakpihak yang terlibat

Anda mungkin juga menyukai