Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN DAN ARAHAN

PENYEDIAAN TUGASAN
GFMA2023 PERNIAGAAN ANTARABANSGA

1. Setiap pelajar perlu menjawab kedua-dua soalan tugasan. Soalan tugasan


tersebut diberikan pada pertemuan pertama atau kedua dan pelajar dikehendaki
menjawab di dalam format yang akan diterangkan di bawah.

2. Jawapan pelajar hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4 dengan


langkau 1 ½ baris (one and a half spacing). Tulisan (font) New Times Roman
bersaiz 12. Keseluruhan jawapan untuk setiap tugasan pelajar hendaklah di dalam
lingkungan 8-10 muka surat sahaja.

3. Jawapan yang hendak dikemukakan perlu jelas dan mudah dibaca serta difahami
oleh pensyarah.

4. Setiap pelajar bertanggungjawab memastikan helaian pemarkahan tugasan


(seperti contoh yang diberi) disertakan bersama-sama dengan jawapan. Pastikan
pelajar menyusun kandungan tugasan mengikut urutan berikut:

 Muka hadapan (cover sheet) – rujuk contoh di muka surat 7.


 Helaian pemarkahan (mengikut tugasan)
 Kandungan jawapan
 Senarai rujukan yang digunakan

5. Jawapan pelajar tidak perlu dijilid – memadai dikemaskan dengan menggunakan


stapler di sudut kiri kertas jawapan.

6. Pelajar dikehendaki menggunakan kertas berwarna bagi muka hadapan (cover


sheet) tugasan. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pengenal pastian, serta
memudahkan pensyarah membaca keterangan yang dicetak.

7. Setiap helai kertas jawapan perlu ditaipkan kod dan nama kursus, dan nama dan
nombor matrik pelajar. Taipkan kod dan nama kursus di sebelah kanan atas
(header) dan nama dan nombor matrik pelajar di sebelah kanan bawah (footer).
Ini adalah untuk menjamin keselamatan sekiranya terdapat helaian daripada
kertas jawapan pelajar yang tercerai.

8. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada jawapan yang dikemukakan. Selain itu,


gaya persembahan, ketulenan, kebolehbacaan, dan format keseluruhan tugasan
juga akan dinilai.

9. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan ke – 4. Penalti


dalam bentuk potongan markah akan dikenakan bagi tugasan yang lewat dihantar.

10. Penyerahan tugasan melalui pos adalah dibenarkan, tetapi MESTI


MENGGUNAKAN POS BERDAFTAR. Tugasan yang dihantar melalui pos dan
tidak diterima oleh pensyarah akan diandaikan sebagai tidak menghantar tugasan.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GFMA 2023
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK

DR SALWANI HAJI ARBAK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA WAN HAZIRAH BINTI WAN AHMAD

NO. MATRIK 249742


PUSAT UUM
NAMA WAN HAZIRAH BINTI WAN AHMAD NO. MATRIK 249742

SEMESTER APRIL 19/20 PUSAT UUM

TUGASAN GFMA 2023 PERNIAGAAN ANTARABANGSA


ARAHAN:
1. Kertas soalan tugasan ini mempunyai dua (2)
soalan.
2. Pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan tersebut.
3. Markah setiap soalan dinyatakan di penjuru nombor
setiap soalan.

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGASAN PERTEMUAN 4


TARIKH PENERIMAAN TUGASAN PERTEMUAN 1 @ 2

NAMA PENSYARAH

SOALAN MARKAH ASAS MARKAH DIPEROLEHI


1 10
2 10

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

Sila kepilkan helaian ini bersama-sama dengan tugasan anda


GFMA 2023 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

SOALAN TUGASAN

ARAHAN: JAWAB 2 SOALAN BERIKUT

Soalan 1 (10 markah)

Menjalankan perniagaan antarabangsa merupakan satu cabaran bilamana


firma harus mengenalpasti faktor luaran firma seperti faktor ekonomi, politik,
teknologi,budaya dan undang-undang serta faktor sosial sebelum membuat
keputusan dan strategi firma. Pilih satu firma sebagai contoh dan bincangkan
bagaimanakah faktor luaran firma dapat mempengaruhi operasi perniagaan
antarabangsa mengikut tajuk yang diberikan di dalam jadual dibawah.

Nama Faktor

1 215516 Aida Zumerrah Bt Abdul Latiff Ekonomi

2 242144 Siti Maisarah Binti Ahmad Hashim Ekonomi

3 243436 Hilmi Khor Bin Muhammad Azmi Khor Ekonomi

4 243449 Michael Lau Li Hao Undang-Undang

5 243507 Norhasliza Binti Mohd Yunos Undang-Undang

6 243550 Ahmad Bin Podiman Undang-Undang

7 243554 Amiruddin Bin Ali Kewangan

8 243559 Elliza Farhani Binti Elliyes @ Azmi Kewangan

9 243570 Izzat Nazariff Bin Izhar Kewangan

10 243615 Sharifah Zamzarina Binti Syed Zin Politik

11 243617 Sharmilla Devi A/P Mogan Politik

12 243636 Hairul Hamizi Bin Hamidan Politik

13 243655 Nur Masliyana Binti Shahruddin Sosial

14 249742 Wan Hazirah Binti Wan Ahmad Sosial

15 251333 Ahmad Nasyiruddin Bin Azman Sosial

16 251568 Munirah Binti Abdul Hamid Teknologi


17 251576 Nanthini A/P Kalimuthu Teknologi

18 251624 Nur Ermyanti Azreen Binti Mohamad Nasir Teknologi

19 251630 Nur 'Iffah Binti Abu Bakar Fizikal/Infrastruktur

20 251727 Syarifah Amirah Binti Syed Abdullah Fizikal/Infrastruktur

21 251744 Wahyu Dwi Ambar Rian Sari Fizikal/Infrastruktur

22 251915 Nur Imanina Binti Idris Fizikal/Infrastruktur

23 251917 Nur Safura Binti Mohd Razali Budaya

24 252017 Siti Zubaidah Binti Zakaria Budaya

25 259870 Gayathiry A/P Veliappen Budaya

26 260085 Nageshwari A/P Raman Budaya

27 265843 Alia Emmalina Bt Herman Budaya

SOALAN 2

Pilih mana-mana syarikat firma antarabangsa samada firma berbentuk pelaburan


lansung asing (FDI), pelaburan portfolio, pelesenan, francais, kontrak
perkilangan, kontrak pengurusan projek “turnkey”. Terangkan sebab-sebab
mengapa syarikat tersebut membuat perniagaan di luar negara. Anda boleh
memberikan contoh-contoh yang berkaitan untuk menyokong hujah anda.
1.0 PENGENALAN
Melalui pemahaman saya sepanjang pengajaran kuliah bersama Dr Salwani Hj Arbak dengan
mengunakan kaedah belajar secara online.Perniagaan antarabangsa boleh ditakrifkan sebagai
segala urus niaga yang dikendalikan diantara satu negara dengan negara yang lain atau dengan
kata lain perniagaan antarabangsa adalah pelaksanaan aktiviti –aktivti yang mengarahkan aliran
produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat kepada penguna lebih dari sebuah negara untuk
mendapatkan keuntungan.Urus niaga antarabangsa ini daat dilihat melalui pembelian bahan
mentah dari satu negara yang kemudian ianya dihantar ke negara lain untuk diproses,mengeksport
produk negara yang lain untuk dijual,dan membina sebuah kilang di negara asing untuk
mendapatkan kos tenaga buruh yang lebih kompetitif.Pihak yang mengendalikan urus niaga
perdagangan antarabangsa biasanya terdiri daripadaindividu-individu ,syarikat –syarikat
persendirian dan korporat mahupun agensi kerajaan.

Setiap organisasi yang menceburi perniagaan antarabangsa akan menghadapi pengaruh-


pengaruh luar yang tentunya akan memberi kesan terhadap perniagaan antarabangsa ini kerana
organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan
mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah laku. Sebelum organisasi tersebut merancang
strstegi perniagaan, mereka perlu mengenal,menganalisis dan memahami keadaan persekitaran
perniagaan terlebih dahulu.Terdapat empat pengaruh-pengaruh luar yang mempengaruhi
perniagaan antarabangsa iaitu seperti faktor ekonomi, politik, teknologi,budaya dan undang-
undang serta faktor sosial sebelum membuat keputusan dan strategi firma.

SOALAN 1:
Menjalankan perniagaan antarabangsa merupakan satu cabaran bilamana firma harus
mengenalpasti faktor luaran firma seperti faktor ekonomi, politik, teknologi,budaya dan
undang-undang serta faktor sosial sebelum membuat keputusan dan strategi firma. Pilih
satu firma sebagai contoh dan bincangkan bagaimanakah faktor luaran firma dapat
mempengaruhi operasi perniagaan antarabangsa mengikut tajuk yang diberikan.
1.2 FAKTOR SOSIAL
Menjalankan perniagaan antarabangsa merupakan satu cabaran bilamana firma harus
mengenalpasti faktor luaran firma salah satunya merupakan faktor sosial sebelum membuat
keputusan dan strategi firma.Dalam dunia perniagaan,penilaian terhadap persekitaran sosial
dan budaya perlu di titik beratkan,ini kerana setiap negara mempunyai sistem budaya yang
unik dan berlainan.Syarikat yang ingin melabur perlulah memahami terlebih dahulu sistem
budaya sesebuah negara tersebut seperti corak kehidupan yang diamalkan,sikap nilai
sosial,kepercayaan dan sebagainya supaya ianya dapat membantu syarkat dalam membuat
perancangan bagi penyaluran produk yang dapat diterima oleh negara tersebut.

1.3 PILIHAN FIRMA:


1.3.1 KENTUCKY FRIED CHICKEN(KFC)

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan segera yang
paling terkenal di dunia ini. Syarikat perusahaan KFC bermula pada tahun 1930- an yang
diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel Sanders di Amerika Syarikat selatan sebagai operasi
francais kecil. Colonel Sanders telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan dan
pembukaan beribu-ribu restoran-restoran KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan dan
kebersihan ( QSC ) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan global
syarikat KFC. Pengkaji memilih KFC Malaysia sebagai objek kajian untuk menjalankan kajian
ini.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik Jcorps.
Sebut sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak mengenali entiti itu, lebih-lebih
lagi penerajunya Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dikatakan mirip Colonel Sanders,
pengasas restoran KFC. KFC merupakan antara perniagaan kendalian JCorp yang berjaya. Malah,
kejayaannya kini melangkau ke luar negara. Restoran KFC Malaysia yang pertama dibuka di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 dan sehingga tahun 2013 terdapat
579 cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoran KFC menyediakan pelbagai jenis makanan
segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan dalam
industri restoran makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran
pandu lalu, restoran di pusat membeli belah dan restoran sahaja.
Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan
pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan
keluarga. Contohnya, menu “chicky meal” disediakan istimewa untuk kanak-kanak. Iklan KFC
di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera untuk
keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoran KFC terletak di pinggir
bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah
dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia


sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny
Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap
aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal
yang hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi
MS1500: 2009.
1.3.2 BAGAIMANA FAKTOR SOSIAL DAPAT MEMPENGARUHI OPERASI
PERNIAGAAN ANTARABANGSA.
Faktor sosial secara tidak langsung akan mempengaruhi operasi perniagaan
antarabangsa.Seperti yang kita sedia maklum, dunia perniagaan mempunyai penilaian terhadap
persekitaran sosial dan budaya yang tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang
mengunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan
mempunyai tahap sensitiviti tersendiri.Setiap Masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia
mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.

Operasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan


masyarakat.Misalnya makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di
Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia(JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan ,keinginan untuk mempelajari,mengetahui dan
memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat
dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya ke
peringkat antarabangsa.Sebagai contoh firma seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) mempunyai
kawalan kualiti bermula daripada pembekal bahan-bahan mentah.Dengan melakukan
pengendalian audit pembekal tahunan yang dinamakan Star Audit yang merupakan program
penting Yum Brands Incorporation yang mempunyai banyak kesamaan dengan standard
ISO.Pengendalian audit tahunan Star Audit merangkum dua versi iaitu keselamatan makanan dan
Audit Sistem Kualiti.Dari sudut pengurusan ,Star Audit boleh diuruskan samada oleh syarikat
pengauditan antarabangsa yang dilantik oleh Yum,atau kumpulan profesional teknolohi makanan
dari jabatan jaminan kualiti KFCH

Menurut KFC,makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam
atau syarak.Justeru,makanan yang halal mestilah:
 Bersih
 Tidak menjejaskan kesihatan
 Bebas dari sebarang punca yang boleh mengharamkan
 Bebas dari najis
 Produk daging mestilah daripada haiwan yang di sembelih menurut hukum syarak.
Hasil operasi firma ini mempengaruhi perniagaan antarabangsa apabila masyarakat
Malaysia telah didedahkan dengan gaya hidup moden disebabkan hasil pertumbuhan pelbagai
jenis firma yang kian pesat membangun,sehingga amalan mengunjugi restoran makanan segera
dalam kehidupan masyarkat kini telah menjadi suatu kebiasaan.

SOALAN 2:
Pilih mana-mana syarikat firma antarabangsa samada firma berbentuk pelaburan lansung
asing (FDI), pelaburan portfolio, pelesenan, francais, kontrak perkilangan, kontrak
pengurusan projek “turnkey”. Terangkan sebab-sebab mengapa syarikat tersebut
membuat perniagaan di luar negara. Anda boleh memberikan contoh-contoh yang
berkaitan untuk menyokong hujah anda.

2.0 PILIHAN FIRMA:KENTUCKY FRIED CHICKEN

Bertepatan dengan slogan yang dibawa, KFC merupakan satu jenama peruncit
perkhidmatan makanan segera yang terkemuka, tentunya digemari dan disukai oleh segenap
lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur. Ia merupakan satu produk
makanan segera yang menyediakan hidangan ayam, kentang goreng, ayam goreng, minuman
ringan, makanan sarapan pagi, susu kocak, aiskrim dan pelbagai lagi hidangan lazat dan
berkhasiat dengan harga yang amat berpatutan. Kolonel Harland Sanders,telah mengenal pasti
potensi fraincais restoran,dan francais KFC pertama dibuka di salt Lake City Utah pada
tahun1952.

KFC telah berkembang pesat selepas imej Sanders tetap digunakan secara meluas dalam
mempromosikan ayam gorengnya.KFC telah berkembang sehingga ke peringkat
antarabangsa,dengan pembukaan gerai di England ,Mexico dan Jamaica.Dalam konteks ekonomi
negara,francais mempunyai beberapa kelebihan kerana ia adalah aktiviti keusahawan yang
menjana pendapatan melebihi AS$2.1 trilion dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih
18 juta orang.

Seterusnya,pada masa kini syarikat pengeluaran makanan segera telah membelanjakan


kira-kira RM 1 bilion setahun untuk mempromosikan keluarannya melalui iklan televisyen yang
disiarkan pada waktu utama dan focus utama mereka adalah golongan kanak-kanak. “Manakala
perniagaan makanan segera tempatan dianggarkan mencapai antara RM100 juta hingga RM150
juta setahun dengan kadar pertambahan pada 15-30%. “Quick Service Restaurants (QSR)melalui
KFCH memiliki 420 restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia,Singapura dan Brunei mempunyai
sebanyak RM 148.14 juta dalam akaun sehingga Jun 2006.

Tambahan pula,perkembangan yang pesat dalam industry makanan segera turut


menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.Berbilion-bilion ringgit telah dapat
dihasilkan,ramai rakyat mendapat pekerjaan dan setiap sector yang berkaitan turut sama mendapat
faedah daripada perkembanagn industry makanan segera.Kepakaran dan teknolgi terkini terus
menerus membantu pertubuhan ekonomi dan menaik tarafkan pendapatan firma.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan


pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan
keluarga. Contohnya, menu “chicky meal” disediakan istimewa untuk kanak-kanak. Iklan KFC
di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera untuk
keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoran KFC terletak di pinggir
bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah
dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia


sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny
Rogers dan sebagainya.KFC juga memberi sokongan penuh dalam memastikan penerima
francaisnya berjaya dalam perniagaan, termasuk sokongan dalam operasi restoran, latihan yang
intensif sebelum memulakan perniagaan dan pembelian peralatan untuk restoran dan bekalan
bahan mentah. Keseragaman juga dikekalkan pada konsep setiap restoran. Malahan konsep
makanan juga mudah diterima oleh penduduk Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar.
Disamping itu harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan adalah rendah dan mampu dibeli oleh
setiap lapisan masyarakat.
RUJUKAN

Strategi Pemasaran KFC


https://dwiyustiyanita.wordpress.com/2013/11/24/strategi-pemasaran-kfc/ ( 26 Jun 2015 )

Bilangan Restoran KFC Meningkat Tiga Kali Ganda


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121231/ko_05/Bilangan-restoran-KFC-
meningkat-tiga-kali-ganda ( 23 Jun 2015 )

Strategi Pemasaran KFC


https://dwiyustiyanita.wordpress.com/2013/11/24/strategi-pemasaran-kfc/ ( 26 Jun 2015 )

Kentucky Fried Chicken ( KFC ) Malaysia


http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1098378_1&KFC ( 19 Julai 2015 )

Anda mungkin juga menyukai