Anda di halaman 1dari 14

KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

1. PENGENALAN

Sebuah program di bawah subjek kod SCCA2073 bagi memenuhi silibus Perhubungan Awam

yang dalam seliaan Dr. Mohamad Noor Salehhuddin bin Sharipudin yang dikenali sebagai

Kempen Kesedaran Kanser Usus yang melibatkan seramai 50 orang penglibatan termasuk

para pelajar. Kanser usus adalah punca ketiga utama kanser pada lelaki dan keempat di

kalangan wanita di Amerika Syarikat. Faktor-faktor risiko untuk kanser usus termasuk

sejarah keluarga yang menghidap kanser usus, polip usus, dan ulser kolitis lama..

Kempen ini melibatkan pengarah kanan perhubungan awam dan sains Yakult, Mazlyn

Mena Mustapha yang pernah mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar utusan

bahawa kita perlu mengadakan kempen bagi tujuan meningkatkan kesedaran

mengenai kanser usus dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita

supaya sama-sama mengambil langkah awal bagi mencegah penyakit itu serta dapat

menyelamatkan nyawa. Selain itu,Pelajar yang terbabit merupakan mahasiswa dan

mahasiswi tahun keempat dalam pengajian di bawah Pusat Pendidikan Lanjutan dan

Professional (PACE) Universiti Utara (UUM) Malaysia Sintok Kedah di dalam Ijazah Sarjana

Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

1
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Objektif kempen kesedaran kanser usus:

1) Menerapkan kesedaran tentang penjagaan kanser usus, langkah pencegahan dan tindakan

kawalan (rawatan) kanser usus

2) Memberi maklumat khusus penjagaan kesihatan dan keburukan sistem pemakanan tidak

mengikut heirarki

3) Menggalakkan masyarakat dari semua peringkat usia mendapatkan pemahaman yang lebih

jelas tentang kanser usus

4) Memberi informasi berkenaan kesihatan dan amalan seharian untuk pesakit kanser usus

dalam gaya hidup sihat

Fungsi Perhubungan Awam dalam Menjalankan Kempen Kesedaran Kanser Usus:


1) Untuk mendapatkan kefahaman dan kerjasama masyarakat awam yang menyertai kempen
ini bagi menjayakan tujuan dan kepentingan kempen ini bagu kebaikan bersama.

2) Mempengaruhi pendapat atau pandangan orang ramai terhadap kepentingan kesedaran


kanser usus. 

3) Untuk merapatkan dan menjalankan perhubungan yang dirancang di antara organisasi yang
terlibat dengan masyarakat awam. 

5) Untuk memastikan organisasi penganjur sentiasa dimaklumkan mengenai pendapat atau


persepsi masyarakat awam dan menyedari kemungkinan- kemungkinan reaksi kepada sesuatu
cadangan atau peraturan baru.

2
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

LATAR BELAKANG PROGRAM KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah :

1.CERAMAH BERKAITAN KANSER USUS:

Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser kedua paling popular di Malaysia

diikuti oleh kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser nasofarink.Segelintir masyarakat

kurang jelas akan simptom-simptom kanser usus, tidak kurang juga ada yang lebih selesa

mengamalkan rawatan alternatif untuk mengurangkan tanda-tanda awal yang dihadapi tanpa

merujuk kepada pakar.Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan

pengetahuan dan kefahaman peserta tentang kanser usus merangkumi faktor risiko, simptom,

kaedah diagnostik dan rawatan.

Bengkel kesedaran akan dijalankan untuk meninggikan tahap kesedaran tentang barah usus

besar melalui sesi pendidikan tentang barah usus besar, pemakanan dan corak kehidupan yang

sihat.

2.PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKAITAN KANSER USUS

Pemeriksaan awal oleh doktor bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit

yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser

kolorektal. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doktor walaupun

anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.Dalam program ini peserta berpeluang

melakukan pemeriksaan untuk mengetahui tahap kesihatan usus mereka.Bengkel saringan

akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Peserta program akan didaftarkan dan diajar

bagaimana untuk

menggunakan alat ujian faecal immunohistochemical(FIT).

3
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Kutipan Alat-Alat Ujian FIT yang Sudah Digunakan

Kutipan Sampel Najis

- Peserta diberi 2 hari untuk mengutip sampel najis mereka dengan menggunakan alat FIT di

rumah.

Kutipan Alat FIT

- Alat-alat FIT yang telah digunakan akan di kembalikan oleh peserta yang terlibat di stesen

lokasi yang ditetapkan dalam komuniti mereka.

- Alat-alat FIT akan dikutip dan dihantar ke hospital untuk pemprosesan. Hospital tersebut

merupakan rakan kerjasama projek ini.

3.PAMERAN BERKAITAN KANSER USUS

Pameran yang diadakan bertujuan untuk memberi gambaran kepada peserta mengenai Kanser

Usus,

Memberikan maklumat kesan-kesan sekiranya menghidap penyakit kanser usus.

Pameran cara-cara mencegah kanser usus disamping menyampaikan kaedah amalan gaya

hidup sihat yang boleh dilakukan.Peserta dapat mengetahui maklumat berkaitan kanser usus.

4
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

CADANGAN LAPORAN AKTIVITI

KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS

1.0 BUTIRAN AKTIVITI

a) Nama Aktiviti : Kempen Kesedaran Kanser Usus

b) Penganjur : Pelajar Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara

Malaysia (UUM) Sintok Kedah Kumpulan JA 182 Perhubungan Awam (SCCA2073) Sesi

Oktober 2018/2019

c) Tarikh : 27 Januari 2018

d) Hari : Sabtu

e) Tempat : Dataran Jitra Kedah

f) Perasmi : Pengarah Jabatan Kesihatan (nama)

g) Jumlah Peserta : 50 orang

h) Jumlah Pendapatan : (Lampiran)

i) Jumlah Perbelanjaan : (Lampiran)

j) Gambar Sepanjang Aktiviti : (Lampiran)

Disediakan oleh :

(Wan Hazirah Binti Wan Ahmad)

Setiausaha,

Kempen Kesedaran Kanser Usus

Universiti Utara Malaysia

5
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Disahkan Oleh

(Wahyu Dwi Ambar Rian Sari)

Pengerusi,

Kempen Kesedaran Kanser Usus

Universiti Utara Malaysia

k) Aturcara/Tentatif Program

PROGRAM KESEDARAN KANSER USUS

BERSAMA YAKULT MALAYSIA

PELAJAR PUSAT PENDIDIKAN PROFESSIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI

UTARA

MALAYSIA (UUM) DIDATARAN JITRA KEDAH DARUL AMAN

MASA ATURCARA
9.00 PAGI Ketibaan Para Pelajar Pace dan Jemputan
9.30 PAGI  Ketibaan Dr. Mohamad Noor Salehhuddin bin Sharipudin

o (Pensyarah Iringan)

 Ketibaan Pengarah JAbatan Kesihatan

 Aluan Pengacara Majlis

 Bacaan Doa oleh Pelajar PJJ

 Ucapan Penghargaan dan Aluan oleh Dr. Mohamad Noor

Salehhuddin bin Sharipudin

 Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Kesihatan

 Gimik Perasmian Program dengan menandatangani Bunting

Perasmian Program oleh pengarah kanan perhubungan awam

6
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

dan sains Yakult, Mazlyn Mena Mustapha

 Penyampaian Cenderamata kepada VIP dan Jemputan

 Sesi Bergambar

 Keberangkatan Pulang VIP


11.30 PAGI  Gimik Perasmian Pertandingan

 Pertandingan Mewarna bagi golongan kanak-kanak yang

dianjurkan oleh pelajar PJJ


12.30 TENGAHARI  Rehat

 Jamuan Makan Tengahari

 Solat Zohor
2.00 PETANG  Program Ceramah Kesedaran Kanser Usus oleh pihak Jabatan

Kesihatan.

 Program ‘Berkongsi Rasa’ oleh pesakit kanser Usus.

5.00 PETANG  Acara Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Acara.

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Latihan Dalam Kumpulan

 Bersurai

l) Jawatankuasa Program Induk

Penasihat : Dr. Mohamad Noor Salehhuddin bin Sharipudin

Pengerusi : Wahyu Dwi Ambar Rian Sari

Penolong Pengerusi : Nur Safura Binti Mohd Razali

Setiausaha I : Wan Hazirah Wan Ahmad

Setiausaha II : Nur Iffah Binti Abu Bakar

Bendahari : Nur Syamimi Bt Sulaiman

Ajk Program/Aktiviti : i) Nur Imanina Binti Idris

ii) Nurulhuda Fikriyah binti Wahyudin

iii) Nurul Azwani binti Azahari

iv) Mohd Fakhrudin bin Mohd Farid

7
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Ajk Media/Siaraya : i) Munirah Binti Abdul Hamid

ii) Muhamad Saifullah bin Lat

Cenderahati : i) Muhammad Akmal bin Mohd Soffie

Ajk Pengangkutan : i) Azaidi bin Utuh

Ajk Kebajikan/Keselamatan : i) Ahmad Aizuddin bin Abd Aziz

ii) Ezzri Daniel bin Nordin

Ajk Makanan/Minuman : i) Maliza binti Jaafar

ii) Nuranas binti Salleh

Ajk Peralatan : i) Razi bin Osman

ii) Soo Lee Yong

CADANGAN LAPORAN PELAKSANAAN KEMPEN KESEDARAN

KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Pengerusi Program : Wahyu Dwi Ambar Rian Sari

Timbalan Pengerusi Program : Mohd Ridzuan bin Ahmad Zailani

8
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Setiausaha Program : Wan Hazirah Wan Ahmad

Tarikh : 27 Januari 2018

Hari : Sabtu

Tempat : Dataran Jitra Kedah

2. SUSUN ATUR CARA DAN AKTIVITI PROGRAM

Program ini telah dipengerusikan oleh saudara Khairul Azrin bin Thajmy. Idea dan susunatur

program dikendalikan dan dikawal selia oleh saudari Nur Fasihah bintii dibantu Muhmaad

Faizal bin Abdullah bagi lawatan tapak. Lawatan tapak adalah dibuat bagi melihat dan

mendapat persetujuan perjalanan program . Aturcara dan aktiviti program adalah seperti

berikut :-

a) Sebelum Program

Kira-kira dua bulan sebelum program ini dilaksanakan, semua ahli telah mengadakan

mesyuarat bagi membincangkan aktiviti dan aturcara bagi sepanjang pelaksanaan projek

ini berlangsung. Beberapa tempat telah dicadangkan dan mempunyai pelbagai cabang idea

yang kemudian diperincikan kepada peringkat-peringkat supaya bersesuaian dan mencapai

matlamat.

Bagi program ini, pihak Jawatankuasa Pengurursan yang melibatkan Pengerusi, Timbalan

Pengerusi dan Setiausaha telah mengadakan beberapa mesyuarat bersama ahli kumpulan

dan membahagikan tugasan dan susulan tanggungjawab yang perlu dilakukan di dalam

program ini.

9
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Selepas kertas kerja cadangan program yang diusulkan pada 16 November 2018 yang

telah mendapat kelulusan pada 16 November 2018 awalnya. Program yang dirancang

seperti perancangan asal mendapat kelulusan dan diteruskan pada 15 Disember 2018.

Sebelum pelaksanaan program ini, pihak Jawatankuasa Pengurusan telah berurusan

dengan beberapa agensi dan jabatan kerajaan yang berhampiran di dalam Daerah Kubang

Pasu bagi menjadi penganjur dan usahasama untuk memeriahkan program ini. Jemputan

dan hebahan telah dibuat bagi mewar-warkan pelaksanaan program ini termasuklah

kepada pihak media. Selain itu juga, ahli Jawatankuasa Pengurusan dan ahli program akan

membuat tshirt rasmi program berwarna merah hitam bagi pemakaian khas dan jersey

pada salah satu aturcara yang terlibat pada hari program berkenaan.

b) Semasa program

Rombongan AJK dan sukarelawan akan berkumpul di hadapan Masjid Jamek Al Shahab,

Kepala Batas, Jitra pada jam 8.30 pagi untuk bersama-sama konvoi ke Dataran Jiitra

Kedah.AJK dan sukarelawan diberi taklimat ringkas oleh Setiausaha program mengenai

perjalanan program yang akan diadakan. Edaran pakaian dan jersey dibuat pada hari

berkenaan bagi AJK dan sukarelawan yang hadir turut menyertai program tersebut.

Ahli rombongan AJK dan sukarelawan tiba di perkarangan Dataran Jitra Kedah sekitar

jam 9.00 pagi dan menikmati makan pagi yang telah diedarkan. Kenderaan setiap ahli

rombongan di letakkan di tempat yang disediakan. Menunggu ketibaan VIP. Ketibaan VIP

disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kempen Kesedaran dan pelajar Pengamal

media dan keselamatan turut hadir bersama.

Perbincangan mesra diadakan di bilik tetamu bersama Timbalan Pengerusi dan Setiausaha

mengiringi VIP bersama diiringi oleh pengarah kanan perhubungan awam dan sains

10
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Yakult, Mazlyn Mena Mustapha,Pengarah Jabatan Kesihatan Seterusnya pihak VIP

dibawa mengelilingi kawasan bagi melihat suasana Kempen Kesadaran Usus . Segala

program kempen diterangkan oleh pihak jabatan kesihatan sendiri. Penerangan ringkas

dan padat diberi oleh pengarah kanan perhubungan awam dan sains Yakult, Mazlyn Mena

Mustapha mengenai kepentingan pencegahan kanser.

Pada masa yang sama, ahli kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan

pertama ialah fasilitator untuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang akan

menyertai pertandingan. Kumpulan Kedua ialah kumpulan yang membantu penyediaan

LDK dan makanan. Kumpulan ketiga pula ialah kumpulan yang membantu penyelarasan

program, kerja penyediaan makan, cenderahati dan meja VIP di perkarangan dataran.

Penyediaan dewan itu telah dilakukan sehari sebelum oleh pelajar PMDC dengan

pemerhatian Setiausaha pada sehari sebelum program bagi memastikan susun atur kerusi,

kain rentang (banner) mengikut protokol majlis dan program yang santai.

Majlis dimulakan sebaik ruangan dewan dipenuhi dengan VIP, jemputan, sukarelawan,

AJK dan para hadirin. Kata aluan dari Pengerusi Majlis merangkap Setiausaha program

telah memulakan majlis yang penuh santai dengan bacaan doa yang diketuai oleh Pelajar

PJJ. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan Selamat Datang, ucapan penghargaan

oleh Pensyarah Iringan dan ucapan Perasmian oleh VIP.

Kemudian, acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati . Penyampaian dibuat oleh

Pengerusi Program kepada Pensyarah Iringan merangkap Penyelaras Program. Pengerusi

program mewakili AJK menyerahkan cenderahati kepada VIP.

Seterusnya VIP diiringi tetamu jemputan dan JKP menuju ke bunting perasmian program

di dalam dewan dan menandatangani bunting perasmian. Majlis selesai dengan sessi

ramah mesra dan bergambar bersama VIP, AJK dan hadirin di sekitar dataran

11
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

Keberangkatan pulang VIP pada jam 12.30 tengahari setelah selesai acara bergambar dan

pertandingan mewarna dimulakan.

Program dihentikan pada jam 1.00 tengahari buat seketika bagi memberi laluan kepada

solat Zohor, dan makan tengahhari disediakan untuk AJK.Program diteruskan pada jam

2.00 petang dan dimulakan dengan ceramah Kesedaran Kanser Usus oleh pihak Jabatan

Kesihatan.Seterusnya aturcara program diteruskan Program ‘Berkongsi Rasa’ oleh pesakit

kanser Usus

(c) Selepas Program

Majlis selesai setelah selesai penyampaian hadiah kepada setiap pemenang. Segala

peralatan dan kelengkapan disusun dan disimpan dengan rapi sebelum semua ahli AJK

dan sukarelawan pulang.

3. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya Kempen Kesedaran Kanser Usus merupakan satu pendekatan kepada

mahasiswa dan mahasiswi untuk mendedahkan di peringkat awal tentang persekitaran kerjaya

dan masyarakat sekeliling . Selain itu, ia memberi satu penghargaan dan ingatan kepada para

peserta program. Program ini telah memberikan impak yang positif kepada para peserta

terutamanya mahasiswa dan mahasiswi UUM dari aspek kepimpinan, kerjasama dan saling

12
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

menghormati. Akhir kata, program sebegini perlu diadakan bagi mahasiswa dan mahasiswi

untuk melaksanakan sesuatu program dengan jayanya selain dapat menambah keyakinan

mahasiswa dan mahasiswi untuk berhubung dengan masyarakat luar.

Laporan Disediakan oleh :

(WAN HAZIRAH BINTI WAN AHMAD)

Setiausaha,

Kempen Kesedaran Kanser Usus

Projek Perhubungan Awam

Universiti Utara Malaysia

Disahkan Oleh:

(Wahyu Dwi Ambar Rian Sari)

Pengerusi,

Kempen Kesedaran Kanser Usus

Projek Perhubungan Awam

Universiti Utara Malaysia

13
KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BERSAMA YAKULT

LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai