Anda di halaman 1dari 25

Isu Konflik Kesempadanan dan tuntutan bertindih di Asia Tenggara.

(ISU TUNTUTAN BERTINDIH TERHADAP PULAU BATU PUTEH ATAU


PEDRA BRANCA)

1.0 Latar belakang Pulau Batu Puteh.

Pulau Batu Puteh atau turut dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura merupakan sebuah
pulau yang menjadi rebutan dan dituntut oleh dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura.
Malaysia yang merupakan pemilik sah Pulau Batu Puteh terpaksa memperjuangkan hak
negara dan berlawan dengan Singapura yang hanya bertugas sebagai negara yang
menjalankan operasi menaik taraf dan menjaga Pulau Batu Puteh berdasarkan perjanjian yang
dilakukan suatu ketika dahulu. Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan
lebih lanjut. Terlebih dahulu, kita akan lihat sejarah atau serba sedikit tentang latar belakang
Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca.

“Pulau Batu Puteh ialah pulau yang menjadi rebutan dan dituntut oleh dua negara
iaitu “Pulau ini terletak 7.7 batu nautika (nm) dari tanah besar Malaysia tetapi 25.5 nautika
(nm) atas laut dari Singapura1 .

Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu
terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor
(Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian
Inggeris- Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor
menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di
sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu
Puteh2.

Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis
kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844.
Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan
serta penguasaan di perairan pulau terbabit3.

1
https://www.kln.gov.my/pbp-icj/index.php?
option=com_content&view=article&id=20:background&catid=25:background&Itemid=27 (DIAKSES PADA
6.3.2016/2.39 PM)
2
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33222 (DIAKSES PADA 6.3.2016/
3.34 PM)
3
Ibid(DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.35 PM)

1
Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran
mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang
penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya
pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di
Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk
mengeksport hasil perdagangan mereka4.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau


tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak
Malaysia5. Pulau kosong tanpa hidupan dan tumbuhan itu pada asalnya tidak dipedulikan oleh
sesiapa sehinggalah terbina rumah api di pulau tersebut. Di sebalik wilayah yang cukup kecil
iaitu seluas padang bola, kedudukan pulau berbatu itu amat strategik sehingga menimbulkan
pertikaian di antara Malaysia dan Singapura berhubung siapa pemiliknya. Mengikut tulisan
R. Haller-Trost, Historical Legal Claims: A Study of Disputed Sovereignty Over Pulau Batu
Puteh (Pedra Branca) 1993, pada tahun 1842, seorang bendahari, James Horsburgh telah
mengumpulkan yuran di Canton, China daripada para pedagang untuk disumbangkan kepada
kerajaan Negeri-Negeri Selat6.

Sumbangan itu bagi membina rumah api untuk kemudahan kapal-kapal yang melalui
perairan bahaya di bahagian timur Selat Singapura, terutama bagi mengelakkan kapal-kapal
mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan berkenaan akibat pertambahan lalu
lintas kapal7.

Berikutan cadangan Horsburgh itu, rumah api yang dinamakan sempena nama beliau
dibina pada 1850 dan ia mula beroperasi pada 15 Oktober 1851. Tarikh inilah digunakan oleh
Singapura sebagai tarikh bertapaknya kuasa mereka ke atas pulau itu. Mengikut keterangan
daripada Laporan Marin Bengal, permukaan pulau ini diukur berdasarkan panjangnya 137
meter semasa air pasang rendah dari arah timur laut ke barat daya. Bahagian permukaan besar
pulau itu terdapat di sebelah utara, sementara bahagian selatan hanya sedikit sahaja8.

Pada aras air rendah didapati permukaan batu-batu dipisahkan pada jarak 20 hingga
30 meter dari batu besar. Kedudukan paras paling tinggi ialah 8.2 meter ketika air pasang
4
Ibid(DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.40 PM)
5
Ibid(DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.42 PM)
6
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz426U0kAsg (DIAKSES PADA
6.3.2016/ 3.02 PM)
7
Ibid (DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.02 PM)
8
Ibid (DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.05 PM)

2
tinggi. Bagaimanapun rupa bentuk Pulau Batu Puteh sudah berubah sejak Singapura
membina tempat pendaratan helikopter dan kemudahan radar dan marin di atas batu itu.
Pembuktian hak ke atas wilayah biasanya menimbulkan masalah disebabkan penyediaan
dokumen dan kandungannya yang tidak lengkap. Trost yang membuat kajian ke atas Pulau
Batu Puteh mendapati kebanyakan dokumen rasmi yang ditemui di India Office Library dan
Public Record Office di London, hanya menunjukkan sedikit sahaja rujukan kepada Rumah
Api Horsburgh di Pulau Batu Puteh, dan tidak mengaitkan persoalan tentang kedaulatan ke
atas wilayah berbatu itu sebelum struktur binaan didirikan9.

Masalah pemilikan bonjolan batu itu hanya berbangkit selepas Malaysia


mengeluarkan peta baru yang menunjukkan wilayah perairan dan sempadan pentas dunia
pada 21 Disember 1979 yang menyatakan bahawa Pulau Batu Puteh itu terdapat dalam
kawasan kelautan Malaysia, dan perkara ini telah menyebabkan Singapura membangkitkan
isu pemilikan Pulau Batu Puteh pada 14 Februari 198010. Tiada kenyataan atau bukti tentang
sebarang pertikaian Pulau Batu Puteh ditimbulkan sebelum 1979. Walaupun pada tahun
1953, setiausaha kerajaan negeri Johor yang menjawab soalan daripada kerajaan Singapura
bahawa ia tidak menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu Puteh kerana kedua-dua kerajaan
pada masa itu di bawah kawalan kerajaan British11.

Pada September 1991, Menteri Besar Johor ketika itu menyatakan bahawa dari sudut
pandangan sejarah, Pulau Batu Puteh adalah milik kita, dan kerajaan Johor bersedia
menyediakan bukti jika perlu bagi membuktikan sesungguhnya pulau itu milik Johor.
Pendapat ini diulangi pada forum khusus tentang Pulau Batu Puteh yang diadakan di Johor
Bahru pada Oktober 1991 yang dihadiri oleh ahli-ahli sejarah Malaysia, dalam menuntut
kembali kedaulatan pulau tersebut, Malaysia menunjukkan bahawa Sultan Johor mempunyai
hak ke atas kedaulatan Pulau Batu Puteh itu sejak 1513 apabila Kesultanan Johor-Riau-
Linggi ditubuhkan oleh Sultan Mahmud yang berundur setelah Portugis menawan Melaka
pada 1511. Berdasarkan teori warisan negara, Pulau Batu Puteh juga menjadi milik
Persekutuan Malaysia kerana penyatuan Johor yang menjadi sebahagian daripada
Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957.

9
Ibid (DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.10 PM)
10
K.Askandar, C Sukim, (2016), Making Peace Over a Disputed Territory in Southeast Asia: Lessons From the
Batu Puteh/ Pedra Branca, The Journal of Territorial and Maritime Studies Volume 3 Number 1, Northeast
Asian History Foundation (Page 66)
11
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz426U0kAsg (DIAKSES PADA
6.3.2016/ 3.12 PM)

3
Malaysia terus menyandarkan fakta bahawa Singapura hanya dibenarkan
menguruskan rumah api sahaja dan ia tidak melibatkan kesan hak milik ke atas pulau itu.
Manakala Singapura pula terus beranggapan bahawa ia mempunyai hak sepenuhnya ke atas
kedaulatan dan kuasa perundangan di Pulau Batu Puteh berdasarkan Perjanjian Inggeris
-Belanda. Malah ia juga berdasarkan fakta bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris yang
membina rumah api dan menyelenggarakannya sejak 1851 dan kemudian menyerahkan
pengurusannya kepada Singapura. Malaysia dan Singapura sudah mencapai persetujuan
untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Puteh kepada ICJ di The
Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya
pada 6 Februari 2003.

Sejarah atau latar belakang yang telah kita kupas di atas telah menggambarkan
bahawa sememangnya Pulau Batu Puteh itu adalah milik Malaysia dengan sahnya kerana ia
merupakan hak milik kerajaan negeri Johor. Namun begitu, disebabkan beberapa perkara
yang tidak pasti kesahihannya tetapi dikukuhi dengan bukti yang tidak dapat disangkal Pulau
Batu Puteh dikatakan milik Singapura sehingga kini. Apakah yang kronologi isu ini? Apakah
asas tuntutan Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh? Bagaimana Singapura boleh
menang kes? dan siapa yang terlibat dalam isu ini dan siapa yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah ini serta siapa hakim-hakim yang terlibat? Akan dikupas pada
pecahan topik seterusnya.

2.0 Pihak Terlibat Dalam Kes Ini.

Isu Pulau Batu Puteh atau turut dikenali sebagai Pedra Branca ini melibatkan dua negara Asia
iaitu negara Malaysia dan negara Singapura. Malaysia diwakili oleh Menteri Luar Malaysia
iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim, manakala Singapura pula diwakili oleh Menteri Luar
Singapura iaitu George Yeo. Selain itu, pihak yang turut terlibat dari pihak negara Malaysia
ialah Ketua Delegasi Malaysia ialah Tan Sri Abdul Kadir Mohamad – Duta Kelana, juga
Penasihat Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Luar Malaysia. Beliau akan menjadi wakil
Malaysia bagi kes itu, Dato’ Noor Farida Ariffin – Duta Besar Malaysia ke Belanda,
bertindak sebagai wakil bersama, Tan Sri Abdul Gani Patail – Peguam Negara, ketua pasukan
undang-undang12.

12
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33222 + (diakses pada
12.4.16/10.11 p.m)

4
Delegasi Malaysia turut disertai oleh Sir Elihu Lauterpacht – profesor Undang-undang
Antarabangsa di Universiti Cambridge, James Crawford – profesor Undang-undang
Antarabangsa di Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver – profesor Undangundang
Antarabangsa Awam, Universiti Leiden, Marcelo G Kohen – profesor Undang-undang
Antarabangsa, Graduate Institute of International Studies, Geneva, Penelope Nevill,
pensyarah Downing College, Universiti Cambridge 13. Manakala, Singapura turut diwakili
oleh Tommy Koh – Duta Kelana di Kementerian Luar Republik Singapura. Beliau juga
merupakan profesor undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura, Chao Hick Tin –
Peguam Negara, S Jayakumar – Timbalan Perdana Menteri Singapura14.

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada tahun
1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu
Puteh di dalam perairan wilayahnya. Pada 14 Februari 1980, Singapura pertama meletakkan
tuntutan kepada Batu Puteh (BP) melalui Nota Diplomatik membantah menunjukkan PBP
Malaysia sebagai sebuah pulau Malaysia dalam peta Malaysia 197915.

Pada bulan September 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menamatkan
kebuntuan dalam menyelesaikan isu Batu Puteh dengan merujuk kes tersebut ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ). Pada bulan Februari 2003, Malaysia dan Singapura
menandatangani Perjanjian Khas di mana mereka saling bersetuju untuk merujuk pertikaian
itu kepada ICJ untuk mendapatkan keputusan. Seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian
Khas, Malaysia dan Singapura mengemukakan Memorial masing-masing dan Counter-
Memorials pada 25 Mac 2004 dan 25 Januari 2005. Balas masing-masing pihak telah
dikemukakan kepada ICJ pada November 2005. Perbicaraan lisan kes di hadapan ICJ di The
Hague berlangsung pada 6-23 November 2007. Kes itu didengar oleh 16 hakim
dipengerusikan oleh Pemangku Presiden, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh16.

3.0 Asas Tuntutan Kedua-kedua Negara.

Malaysia dan Singapura masing-masing mempunyai asas tuntutan yang kukuh dan
mempunyai bukti-bukti yang menyokong asas tuntutan yang mereka kemukakan kepada ICJ.

13
Ibid.+(diakses pada 12.4.16/10.12 p.m)
14
Ibid. +(diakses pada 12.4.16/10.12p.m)
15
https://www.kln.gov.my/pbp-icj/index.php?option=com_content&view=article&id=21:history-of-the-
dispute&catid=29:history-to-the-dispute&Itemid=54 +(diakses pada 12.4.16/10.27 p.m)
16
Ibid. + (diakses pada 12.4.16/10.34 p.m)

5
Asas tuntutan yang dilakukan atau dinyatakan oleh Singapura telah disangkal kebanyakannya
oleh Malaysia kerana semua hujah yang dilemparkan oleh Singapura bersifat hujah yang
tidak kukuh. Buktinya, Singapura mendakwa Pulau Batu Puteh (terra nullius) atau tidak
bertuan pada tahun 1847. Malaysia menyangkal hujah Singapura dan menyatakan bahawa
Pulau Batu Puteh ialah pulau yang mempunyai tuan dan pemiliknya ialah Kesultanan Johor.
Keduanya, Singapura mendakwa membuktikan pada tahun 1847 sehingga 1851, Britain
mempunyai pemilikan ke atas Pulau Batu Puteh tanpa perlu mendapat kebenaran sebarang
Sultan tempatan. Malaysia menyangkal hujah Singapura, Sultan dan Temenggung Johor
memberi kebenaran kepada British melalui surat bertarikh 1844 kepada Gabenor Butterworth
untuk membina dan mentadbir rumah api di pulau tersebut17.

Ketiganya, Singapura mendakwa berjaya membuktikan dalam tempoh 1847 sehingga


1851, British memperoleh hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh dengan memenuhi syarat
dua kriteria, iaitu niat dan kegiatan yang menggambarkan British mempunyai hak kedaulatan.
Malaysia tidak perlu mengemukakan sebarang bukti effectivites atau pentadbiran berkesan ke
atas pulau tersebut, kerana Malaysia mempunyai hak milik asal ke atas pulau tersebut.
Keempatnya, Singapura mendakwa pemangku setiausaha kerajaan Johor telah menulis surat
rasmi kepada Singapura bahawa Johor tidak menuntut hak milik pulau tersebut. Malaysia
berhujah tindak-tanduk pegawai kerajaan itu dari segi undang-undang antarabangsa tidak
meninggalkan kesan, kuasa dan kepentingan dalam kes ini18.

Namun begitu, asas tuntutan yang dikeluarkan oleh Malaysia melalui penyangkalan
terhadap setiap hujah yang dinyatakan oleh Singapura sia-sia apabila, pihak ICJ memandang
penting dua aspek penting yang dinyatakan oleh Singapura iaitu pertama, Singapura
mendakwa pemangku setiausaha kerajaan Johor telah menulis surat rasmi kepada Singapura
bahawa Johor tidak menuntut hak milik pulau tersebut. Kedua ialah Singapura pula terus
beranggapan bahawa ia mempunyai hak sepenuhnya ke atas kedaulatan dan kuasa
perundangan di Pulau Batu Puteh berdasarkan Perjanjian Anglo-Belanda. Malah ia juga
berdasarkan fakta bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membina rumah api dan
menyelenggarakannya sejak 1851 dan kemudian menyerahkan pengurusannya kepada
Singapura19. Fakta Singapura makin kukuh dengan sokongan sumbangan yang telah
dilaksanakan oleh Singapura di Pulau Batu Puteh tersebut, iaitu kegiatan atau tindakan
17
http://www.ukm.my/juum/JUUM%202008/PULAU%20BATU%20PUTEH,%20ISU%20PERTIKAIAN%20HAK
%20KEDAULATAN%20ANTARA%20MALAYSIA%20DAN%20SINGAPURA.pdf + (diakses pada 12.4.16/ 11.20 p.m)
18
Ibid. + (diakses pada 12.4.16/11.21 p.m)
19
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm + (diakses pada 12.4.16/ 11.26 p.m)

6
Singapura seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya,
permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, tindakan
Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan benderanya di Pulau Batu Puteh,
pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, polisi dan cadangan kerja penambakan laut
serta peta20, yang tidak ditentang oleh Malaysia.

Asas tuntutan yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara ini mempunyai kekuatan
dan kelemahan yang tersendiri. Hujah –hujah yang diberikan oleh Singapura disokong
dengan Lukisan artis tahun 1882 menunjukkan Pedra Branca sebelum Rumah Api Horsburgh
dibina di atasnya. Dipercayai John Turnbull Thomson telah memberi kebenaran kepada artis,
Kapten Thomas Robertson, untuk menghasilkan lukisan berdasarkan kepada lakaran tahun
1850 oleh Thomson21. Tambahan lagi, surat dari pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
pada tahun 1953 menyatakan bahawa Johor “tidak membuat apa-apa tuntutan pada Pulau
Batu Puteh”. Namun tiada salinan kepada Baginda Sultan Johor sebagai ketua negeri seperti
kelazimannya22. Manakala, hujah dari pihak Malaysia juga disokong oleh bukti seperti peta
dan dokumen berdasarkan latar belakang sejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa
seperti penemuan, pemisahan, pertambahan, serahan, serta peraturan “uti possidetis” iaitu
sempadan negara-negara baru merdeka berdasarkan sempadan wilayah jajahan lama,
kesinambungan dan kesamaan sempadan23. Keputusan berkaitan dengan isu yang berbangkit
ini akan dikupas pada pecahan topik yang berikutnya.

4.0 Keputusan dan Pemilikan Pulau Batu Puteh.

Selepas sekian lama menunggu, Malaysia dan Singapura akhirnya bertemu di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, untuk mengemukakan hujah-hujah
lisan bagi tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh. Pertikaian yang berlarutan hampir 29 tahun itu
turut melibatkan dua lagi pulau batu berhampiran yang dikenali sebagai Middle Rocks dan
South Ledge24.

20
http://www.ukm.my/juum/JUUM%202008/PULAU%20BATU%20PUTEH,%20ISU%20PERTIKAIAN%20HAK
%20KEDAULATAN%20ANTARA%20MALAYSIA%20DAN%20SINGAPURA.pdf + (diakses pada 12.4.16/ 11.38 p.m)
21
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33222 + (diakses pada 12.4.16/
11.56 p.m)
22
Ibid. + (diakses pada 12.4.16/ 11.56 p.m)
23
Ibid. + (diakses pada 12.4.16/11.58 p.m)
24
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm + (diakses pada 14.4.16/ 2.56 p.m)

7
Isu konflik berkaitan dengan kesempadanan dan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu
Puteh telah dibawa ke ICJ iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa, oleh Malaysia dan
Singapura. Proses perbicaraan ini telah bermula hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan
dari segi sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan, tetapi keputusan mahkamah 16-ahli,
dengan majoriti 12-4, kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama 100 tahun
terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat oleh wakil
setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai “tiada tuntutan oleh
kerajaan Johor berhubung dengan pemilikan Pedra Branca”. Hujah Singapura berdasarkan
doktrin terra nullius (tanah yang tidak berpenghuni) atau pembinaan rumah api tidak
menunjukkan Singapura sebagai tuan asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda,
memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor
adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4. Batuan Tengah (Middle Rocks) pula
diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1. Bagi Tubir Selatan (South
Ledge), keputusan yang diberikan adalah agak kompleks iaitu kedaulatannya terletak di
bawah wilayah di mana ia terletak25.

Barisan hakim yang terlibat dalam menghakimi kes ini, terdiri daripada Naib Presiden
ICJ iaitu wakil dari Jordan : Awn Shawkat Al-Khasawneh, sebagai ketua hakim,dan turut
disertai oleh wakil-wakil dari negara-negara berikut Madagaskar : Raymond Ranjeva, China :
Shi Jiuyong, Sierra : Leone Abdul G. Koroma, Venezuela : Gonzalo Parra Aranguren,
Amerika Syarikat : Thomas Buergenthal, Jepun : Hisashi Owada, Jerman : Bruno Simma,
Slovakia : Peter Tomka, Perancis : Ronny Abraham, New Zealand : Kenneth Keith, Mexico :
Bernardo Sepulveda Amor, Maghribi : Mohamed Bennouna, Rusia : Leonid Skotnikov.
Afrika Selatan : Christopher S.R. Dugard - Hakim dilantik oleh Malaysia. India : Pemmaraju
Sreenivasa Rao - Hakim dilantik oleh Singapura. Presiden ICJ Hakim Rosalyn Higgins tidak
layak menjadi hakim hal ini kerana sebelum ini presiden ICJ ini pernah menyokong negara
Singapura.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, memutuskan


bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca,
manakala Malaysia berhak terhadap Batuan Tengah atau Middle Rocks. Kedudukan Tubir
Selatan atau South Ledge pula bergantung kepada persempadanan perairan negara yang
25
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/1398-isu-pulau-batu-
puteh.html + (diakses pada 14.4.16/ 3.09 p.m)

8
menguasainya. Ada pihak melihat keputusan ICJ lebih menyebelahi Singapura dan
merugikan Malaysia.

Proses perbicaraan dan penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut
memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau
Batu Puteh menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South
Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak. Pemangku Presiden
ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih
itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh diputuskan oleh majoriti 12-
4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks
dan South Ledge.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dari sudut sejarahnya adalah milik
Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak
milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Puteh.
Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan bukan
semata-mata rumah api. Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan oleh Singapura
mengenai maklumat status Pulau Batu Puteh, adalah menjadi bukti bahawa surat berkenaan
menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut. Oleh itu mahkamah menyimpulkan bahawa surat
jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak lagi
mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, kata Shawkat yang
mempengerusikan persidangan ICJ bagi memutuskan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu
Puteh, Middle Rocks dan South Ledge26.

Keputusan yang dibacakan oleh Naib presiden ICJ itu mengambil masa selama 2 jam,
telah menyatakan bahawa segala tindak tanduk itu dilihat menunjukkan wujudnya kedaulatan
dan memberi sokongan yang amat penting kepada tuntutan Singapura terhadap kedaulatan
Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, kata Shawkat. Shawkat yang mengetuai kumpulan 16 hakim
termasuk dua hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut
menarik perhatian mahkamah mengenai kegagalan Malaysia membantah pengibaran panji-
panji British dan Singapura di Rumah Api Horsburgh di pulau itu yang turut memberi kesan
kepada kes tuntutan bertindih itu. Selain itu, enam peta yang dikeluarkan oleh Malaysia
2625
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0524&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.htm + (diakses pada 14.4.16/ 3.32
p.m)

9
antara tahun 1962 dan 1975 yang dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan Light
house, P. Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)' di Pulau Batu Puteh
turut menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai mengesahkan bahawa
Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah kedaulatan republik berkenaan27.

Mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan titre de souverain Singapura, selain


tindak-tanduk Malaysia termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-
tindakan republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Puteh telah
diserahkan kepada Singapura, katanya. Mengenai Middle Rocks, Shawkat berkata, bentuk
maritim itu mempunyai status undang-undang yang sama dengan Pulau Batu Puteh dari sudut
sejarahnya iaitu kedaulatannya adalah di bawah kesultanan Johor. Katanya, mengambil kira
fakta tersebut, penyerahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang didorong oleh surat pada
1953 dan kegagalan Malaysia bertindak balas terhadap tindak tanduk republik itu tidak
memberi kesan kepada Middle Rocks. Oleh itu, jelas Shawkat, hak milik asal Middle Rocks
kekal kepada Malaysia yang mewarisi kesultanan Johor, kecuali terbukti sebaliknya di mana
mahkamah mendapati Singapura tidak mengemukakan sebarang bukti yang bertentangan,
dalam keputusan mengenai hak milik South Ledge pula, kata Shawkat, mahkamah
berpendapat bentuk maritim itu berada di perairan bertindih antara Pulau Batu Puteh yang
kini menjadi milik Singapura dan Middle Rocks yang kekal bersama Malaysia28.

Sebahagian daripada keputusan ICJ : Menurut perenggan 223 full judgment daripada
ICJ:

In the Court view, the Johor reply is clear in its meaning: Johor does not claim
ownership over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. That response relates to the island
as a whole and not simply to the lighthouse. When the Johor letter is read in the
context of the request by Singapore for elements of information bearing on the status
of Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, as discussed above (see paragraphs 204-209), it
becomes evident that the letter addresses the issue of sovereignty over the island. The
Court accordingly concludes that Johor reply shows that as of 1953 Johor
understood that it did not have sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. In
light of Johor reply, the authorities in Singapore had no reason to doubt that the
United Kingdom had sovereignty over the island.

27
Ibid. + (diakses pada 14.4.16/ 3.33 p.m)
28
Ibid. + (diakses pada 14.4.16/ 3.35 p.m)

10
 ICJ turut berhujah dan menambah kekuatan tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu
Puteh atau Pedra Branca ini menerangkan bahawa Singapura mempunyai conduct a
titre de sovereign atas Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca menerusi perenggan 239:

In the Court opinion, this Singaporean conduct is to be seen as conduct titre de


souverain. The permission granted or not granted by Singapore to Malaysian officials
was not simply about the maintenance and operation of the lighthouse and in
particular its protection. Singapore decisions in these cases related to the survey by
Malaysian officials of the waters surrounding the island. The conduct of Singapore in
giving permission for these visits does give significant support to Singapore claim to
sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

(Bahagian belakang terdapat lampiran Record of Full Judgement from


International Court Justice (ICJ))

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi
keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Keputusan yang dikeluarkan oleh ICJ itu dilihat sebagai sesuatu yang adil dan win-
win situation. Hal ini kerana, Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia
mendengar penghakiman itu telah menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang".
Kerana Malaysia telah diberikan hak untuk menguasai The Middle Rock, atau Pulau Middle
Rock, dan ICJ telah menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Kedua-dua negara
telah mendapat sebuah pulau untuk negara masing-masing.

5.0 Reaksi Rakyat Malaysia Berkaitan Isu Konflik Ini.

Kes berkaitan dengan isu tuntutan Pulau Batu Puteh ini telah membuka mata semua pihak
tentang peri pentingnya pihak berwajib untuk mendokumentasikan secara teratur, tersusun
dan selamat segala sejarah serta rekod-rekod penting kerajaan. Semua kakitangan kerajaan
juga disarankan agar lebih teliti dan berhati-hati dalam menyedia dan menandatangani
sebarang dokumen bagi pihak kerajaan. Ini dengan tujuan untuk memelihara kewibawaan
kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pihak-pihak yang terdahulu.

11
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakyat Malaysia, berkaitan dengan isu konflik
kesempadanan dan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh. Rakyat Malaysia
beranggapan bahawa Pulau Batu Puteh terlepas daripada tangan Malaysia disebabkan
kecuaian kerajaan Malaysia yang beranggapan bahawa melalui faktor sejarah sahaja,
Malaysia layak untuk menang dan diberikan peluang untuk memiliki Pulau Batu Puteh.
Kerajaan Malaysia tidak menyimpan rekod-rekod dokumen yang bersejarah yang berkaitan
dengan perjanjian yang buat oleh Anglo-Malaya.

Luahan isi hati seorang rakyat Malaysia;

Saya sebagai rakyat Malaysia mendesak agar kerajaan Malaysia mencari bukti
kukuh sebagaimana yang dilakukan oleh Negara China untuk mendapatkan kepulauan
Macau. Tuntutan semula isu Pulau Batu Putih boleh dilakukan pada tahun 2018 , jika
Malaysia masih sayang dan mempunyai bukti-bukti terbaru mengenai kedaulatan
Pulau batu putih adalah milik wilayah Malaysia. Sekarang ini sepatutnya Malaysia
melalui Peguam Negara telah menyiasat dan mengumpulkan bukti untuk
mendapatkan semula Pulau Batu Putih tersebut sebagai sebahagian daripada wilayah
Malaysia

Mengikut tulisan R. Haller-Trost, Historical Legal Claims: A Study of


Disputed Sovereignty Over Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) 1993, pada tahun 1842,
seorang bendahari, James Horsburgh telah mengumpulkan yuran di Canton, China
daripada para pedagang untuk disumbangkan kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat
(Straits Settlements Government) supaya membina rumah api bagi kemudahan kapal-
kapal yang melalui perairan yang bahaya di bahagian timur selat Singapura, terutama
bagi mengelakkan kapal-kapal mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan
berkenaan akibat pertambahan lalu lintas kapal. Dalam peta Malaysia yang terkini,
ditunjukkan dengan jelas kedudukan Pulau Batu Puteh (White Rock Island). Nama
pulau ini digunakan sejak dari dahulu kerana dari jauh pulau itu pada asalnya
kelihatan berwarna putih kesan tompokan-tompokan najis burung-burung laut. Ahli-
ahli pelayaran Portugis pada masa dahulu pula memanggil pulau ini Pedra Branca dan
nama inilah yang digunakan oleh Singapura hingga sekarang.

Ketika pertikaian tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau di Kepulauan Spratly


di Laut China Selatan reda, baru-baru ini muncul pula ketegangan di sudut barat daya

12
perairan itu. Kedaulatan pulau berbatu yang mempunyai wilayah yang cukup kecil
tetapi amat strategik menjadi tuntutan bertindih antara Malaysia dan Singapura.
Perkembangan isu Pulau Batu Putih mencapai tahap kemuncak baru-baru ini apabila
semakin banyak artikel dan laporan mengenainya dihebahkan melalui media. Alasan
yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada
Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada
bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti
kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu
Puteh.

Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh
Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan
Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai
rumah api Horsburgh adalah milik Singapura. Mantan Menteri Luar Malaysia ketika
itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di lapor berkata surat pegawai yang mewakili
setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti
menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat
Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan
kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. Dalam konteks yang agak
berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan
pada Malaysia.

Saya telah mendapat maklumat bahawa Malaysia masih mempunyai peluang


untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan
tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia
mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan
semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018. Saya juga telah menghubungi seorang
ahli Persatuan Sejarah Johor, bahawa masih terdapat bukti-bukti yang ada di Istana
Johor yang boleh dikemukakan untuk membawa semula isu tersebut di ICJ. Oleh
yang demikian, jika kita masih berminat untuk mendapatkan Pulau Batu Puteh, saya
mencadangkan supaya pihak-pihak yang terbabit supaya memulakan usaha dari
sekarang kerana tempoh 2018 masih jauh lagi.

Dalam pada itu, tuduhan-tuduhan ke atas Peguam Negara dan pasukan


peguam negara kita tempoh hari hendaklah dihentikan kerana, saya tidak percaya

13
wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut. Pasukan Peguam Negara kita sudah
berusaha bukan setakat dalam kes Pulau Batu Puteh, tetapi kita sudah berusaha sejak
kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan lagi. Contohilah bagaimana negara China begitu
bersungguh-sungguh mendapatkan semula Pulau Macau dan Pulau Hong Kong
sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkannya semula. Kerajaan China
mendesak kerajaan Britain mengembalikan semua artifak-artifak purba milik negara
China yang dicuri semasa Perang Candu dahulu (1839-1842) dan (1856-1860). Di
dalam hati saya, bukan sahaja Pulau Batu Puteh itu perlu kembali kepada Malaysia.
Temasek juga perlu kembali kepada Tanah Melayu, Temasek adalah milik Kerajaan
Kesultanan Melayu Johor. Kerajaan penjajah British dan Stamford Raffles yang
bersalah, bukannya Tunku Abdul Rahman.

Petikan ini diambil daripada luahan hati seorang rakyat Malaysia yang diambil
daripada laman sesawang ini https://rmf7.wordpress.com/2013/12/09/terkini-
malaysia-punyai-harapan-miliki-semula-pulau-batu-puteh-tuntutan-semula-2018/
[luahan ini telah ditulis oleh Dwan Junid RMF ( RMF7)].

6.0 Pandangan Terhadap Cara Malaysia Mengatasi dan Menghadapi Isu Ini.
(Penambahbaikan yang boleh dibuat)

Malaysia seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti memerintahkan untuk


Singapura menurunkan bendera mereka dari di kibarkan di Pulau Batu Puteh, dan meminta
Singapura untuk menaikkan dan mengibarkan bendera Malaysia di pulau tersebut untuk
membuktikan bahawa pulau tersebut ialah milik Malaysia (Johor). Selain itu, Malaysia telah
kelihatan membiarkan Singapura membina, mengurus dan mentadbir berserta mengadakan
kemudahan di Pulau Batu Puteh tanpa menunjukkan bantahannya terhadap apa-apa yang
dibuat oleh Singapura dalam menguruskan Rumah Api yang dinamakan “Rumah Api
Horsburg”. •membina tapak pendaratan helikopter(1992), rumah radar(1989) tujuan
mengawal kegiatan lanun. Ini telah menyebabkan Malaysia dilabelkan sebagai cuai dan
sangat tidak bertanggungjawab, kerana setiap apa yang dilaksanakan oleh Singapura
langsung tidak dihalang oleh Malaysia.

14
7.0 Kronologi Peristiwa Isu Konflik Kesempadanan dan Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Batu Puteh

Kronologi kajian kes yang dilampirkan di bawah ialah berkaitan dengan kajian kes isu
konflik kesempadanan dan tuntutan bertindih di Asia Tenggara iaitu Isu Tuntutan Pulau Batu
Puteh., oleh Malaysia dan Singapura dan perkara ini telah dibawa ke ICJ dengan persetujuan
kedua-dua buah negara. Kronologinya adalah seperti berikut;

KRONOLOGI TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH

Malaysia mengesahkan pemilikannya ke atas Pulau Batu


1979 Puteh, Middle Rocks dan South Ledge ketika menerbitkan
peta rasmi baru.

17 Disember 1981 Persetujuan Tun Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew untuk
pertukaran dokumen.

14 Februari 1980 Singapura menghantar Nota Bantahan terhadap peta baru


Malaysia. Bermulalah pertikaian hak Kedaulatan Pulau
Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

16 Oktober 1991 Tun Dr. Mahathir dan Goh Chok Tong mengulangi
persetujuan.

Persetujuan menyelesaikan isu berdasarkan undang-


25 Januari 1992
undang. Pertukaran memorandum masing-masing antara
Malaysia dengan Singapura.

4 Februari 1993 Rundingan pertama dimulakan tetapi gagal.

11 – 13 Januari 1994 Rundingan kedua juga tidak berjaya.

6 September 1994 Persetujuan pemimpin untuk merujuk ICJ.

15
Jun 1995, Mac 1996 Rundingan untuk mencapai Perjanjian Khas.
&April 1998

1979-2007 Selama 28 tahun kerajaan Malaysia mula menjalankan


penyelidikan di lebih 40 tempat di sembilan negara bagi
mencari fakta-fakta yang menyokong tuntutan Malaysia.

6 Februari 2003 Perjanjian Khas Malaysia dengan Singapura


ditandatangani yang bersetuju untuk merujuk pertikaian
hak kedaulatan Pulau Batu Puteh ke ICJ.

9 Mei 2003 Perjanjian Khas dikuatkuasakan.

24 Julai 2003 Pemberitahuan bersama untuk merujuk kes ke ICJ.

25 Mac 2004 Penyerahan memorial daripada kedua-dua negara

25 Januari 2005 Penyerahan memorial balas.

25 November 2005 Jawapan balas daripada kedua-dua negara.

6-23 November 2007 Perbicaraan di ICJ berlangsung.

23 Mei 2008 Panel 16 hakim ICJ bersidang di The Hague, Belanda,


mengumumkan keputusan hak kedaulatan ke atas Pulau
Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge. Keputusan
muktamad

8.0 Kesan Terhadap Hubungan Kedua-dua Buah Negara

16
Konflik ialah masalah yang boleh wujud dalam mana-mana hubungan yang cuba
mempertahankan sesuatu yang mereka mahu jadikan hak milik mereka. Adalah menjadi
kebiasaan untuk setiap konflik yang berlaku itu akan meninggalkan kesan yang besar
mahupun kecil dalam sesebuah hubungan yang telah dijalinkan itu, dan kesan yang tinggal itu
akan bersifat negatif berbanding positif terutamanya jika ia melibatkan pertikaian, masing-
masing mahukan kehendak mereka dipenuhi dengan apa cara sekali pun, namun ia mestilah
tidak bertentangan dengan hukum dan undang-undang yang mengikat kedua-dua pihak ini.
Hubungan Malaysia–Singapura merujuk kepada hubungan luar dua hala di antara Malaysia
dan Singapura yang merupakan negara yang berjiran sempadan. Tambak Johor dan Laluan
Kedua di Gelang Patah menghubungkan Singapura dengan Malaysia.

8.1 Kesan Dalam Sektor Politik

Malaysia dan Singapura merupakan dua buah negara jiran yang saling
bergantung antara satu sama lain. Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan
Singapura adalah pada tahap terbaik dan legasi ini perlu diteruskan, kata Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya segala usaha sedang
dilakukan oleh kedua-dua buah negara bagi mempertingkatkannya dalam pelbagai
bidang terutama dari segi keselamatan dan isu-isu kepentingan bersama. Ahmad
Zahid berkata hubungan antara kementeriannya (KDN) dan Kementerian Dalam
Negeri Singapura (MHA) memang begitu baik. "Tetapi tidak mustahil untuk
membuka jendela yang lebih besar dan ruang penambahbaikan yang lebih luas
terutamanya bagi kedua-dua buah negara untuk menangani permasalahan
keselamatan, pengedaran dadah yang ada hubung kait dengan pertaruhan haram dan
juga isu-isu mengenai pemerdagangan orang.

"Di dalam hal ini kita mempunyai kepentingan bersama. Di dalam


kepentingan bersama inilah menjadi keutamaan kepada kita kerana kita mahu kedua-
dua negara merasa sebagai negara jiran yang terdekat kita harus bertukar maklumat
dengan segera supaya tindakan yang dilakukan diambil alih oleh keadaan yang akan
mengakibatkan mereka yang kita kehendaki pergi ke negara ketiga dan ini sukar
untuk dijejaki," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini semalam. Turut
hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob.

Ahmad Zahid berada di republik ini sempena lawatan kerja dua hari berakhir
semalam atas jemputan rakan sejawatan beliau Menteri Dalam Negeri merangkap

17
Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean. Sepanjang lawatan itu, selain
pertemuan dengan Teo, Ahmad Zahid juga bertemu Perdana Menteri Singapura Lee
Hsien Loong, Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Menteri Luar
Singapura K. Shanmugam. Ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke Singapura
atas jawatan Menteri Dalam Negeri. Menyentuh kerjasama yang dirancang, Ahmad
Zahid berkata, adalah tidak mustahil, dua kerajaan yang berbeza tetapi boleh
berkongsi bukan sahaja maklumat tetapi aset dan peralatan yang boleh digunakan
bersama dengan tidak bertujuan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara
masing-masing.

"Ini adalah untuk mencapai tujuan menunjukkan arah pembinaan keyakinan


dan keselesaan bukan sahaja di kalangan pemimpin yang telah begitu erat tetapi yang
paling penting ialah rakyat dengan rakyat," katanya. Beliau berkata hubungan baik
antara kedua negara jiran itu telah wujud sejak zaman bekas Perdana Menteri
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee
Kuan Yew dan hubungan itu menjadi lebih akrab selepas pertemuan Perdana Menteri
Lee dan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai latar
belakang yang sama. "Ini adalah merupakan satu legasi yang harus diperkukuhkan
lagi apabila banyak isu yang tidak diselesaikan dapat diselesaikan. Tidak mustahil
kalau kita pergi kepada tahap kedua dan ketiga antaranya soal keselamatan yang telah
saya sebutkan tadi diberikan keutamaan," kata Ahmad Zahid.

Katanya beliau juga menekankan agar hubungan informaliti di antara pegawai


pelbagai jabatan di bawah agensi KDN dan MHA dijalin supaya sebarang bantuan
atau maklumat yang dikehendaki dapat disalurkan dengan segera. "Walaupun kita ada
protokol yang harus diikuti tetapi soal keselamatan tidak ada sempadan untuk kita
jalin kerjasama dan pada hemat saya persoalan harus kita tangani dengan tidak banyak
kekangan di antara kedua-dua buah negara, kata Ahmad Zahid. Terdahulu, selepas
pertemuannya dengan Perdana Menteri Lee, Kementerian Luar Singapura dalam satu
kenyataan berkata kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan dua hala yang
terbaik antara kedua-dua buah negara. "Mereka berbincang mengenai kerjasama rapat
antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang kedua-dua belah pihak dan
menyambut baik pertukaran dua hala. "Perdana Menteri Lee menyambut baik

18
kerjasama yang semakin meningkat antara Singapura dan Malaysia dan menaruh
harapan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala29.

Melalui artikel surat akbar yang telah dikeluarkan oleh Sinar Harian pada
tahun 2014 di atas dapat kita lihat bahawa, walaupun isu Pulau Batu Puteh itu telah
selesai dan Malaysia gagal dalam menuntut hak terhadap Pulau Batu Puteh, hubungan
diplomatik antara dua negara ini tetap terjalin baik tanpa melihat isu tersebut sebagai
sebab dan punca untuk kedua-dua negara ini memutuskan dan merenggangkan
hubungan diplomatik antara dua negara ini.

8.2 Kesan Dalam Sektor Ekonomi

Berkaitan dengan isu ekonomi antara dua negara ini, Malaysia dan Singapura
sering membincangkan tentang cara dan bagaimana untuk memperkukuhkan lagi
hubungan dan kerjasama ekonomi antara dua negara ini. Isu Pulau Batu Puteh sama
sekali tidak mengganggu dan meninggalkan kesan dalam hubungan ekonomi antara
Malaysia dan Singapura. Ini dapat dilihat melalui bukti artikel yang dikeluarkan oleh
Utusan pada 18 Mac 2016, petikan artikel adalah seperti berikut;

Malaysia dan Singapura perlu meningkatkan perhubungan sesama penduduk


serta barangan dan perkhidmatan bagi mengoptimumkan manfaat daripada ekonomi
yang semakin terbuka. Perhubungan merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed
semasa pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya Lim Hng Kiang, di sini
semalam. “Kita sering mendengar masalah kesesakan untuk memasuki kedua-dua
negara melalui Tambak Johor dan Link Kedua, yang memakan masa antara tiga dan
lima jam. Kita memahami kebimbangan Singapura dari segi isu keselamatan dan
penyeludupan. Kita berharap satu penyelesaian yang dapat mengurangkan masalah
perhubungan ini. “Ia perlu diselesaikan kerana pasaran semakin terbuka melalui
Komuniti Ekonomi ASEAN dan Perkongsian Trans-Pasifik,” katanya kepada
Bernama pada akhir lawatan kerja dua hari ke Singapura.

Mustapa yang berada di sini sejak Selasa, berharap isu itu akan dibentangkan
dan dibincangkan pada Mesyuarat Perundingan Tahunan antara Perdana Menteri,
29
http://www.sinarharian.com.my/politik/hubungan-baik-malaysia-singapura-diteruskan-1.248863 (diakses
pada 16.4.2016/10.32 p.m)

19
Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong. Menurut
Mustapa, mesyuarat perundingan tahunan ini di jadual berlangsung di Kuala Lumpur
dan tarikhnya ‘sedang dimuktamadkan.’ Malaysia dan Singapura mempunyai
Kumpulan Kerja Hubungan Pengangkutan yang sentiasa berusaha memperkukuh
perhubungan pengangkutan. Berdasarkan perkembangan terkini, Malaysia sudah
mengesahkan bahawa Bukit Chagar akan menjadi lokasi terminal di Johor Bahru,
yang akan dihubungkan dengan Stesen MRT Woodlands Utara Singapura.

Selain pertemuan dengan Hng Kiang, Mustapa turut mengadakan mesyuarat


bersama bank-bank Malaysia di Singapura - Maybank, RHB, CIMB - Fuji Oil Asia
Pte. Ltd. dan Volkswagen Group. Beliau juga mengadakan sesi dialog bersama
Dewan Perniagaan dan Industri Jepun Singapura, Anggota Majlis Persekutuan
Perniagaan Singapura, Persatuan Perdagangan dan Perniagaan di Singapura, Majlis
Perniagaan EU-ASEAN dan Dewan Perniagaan Amerika Singapura. Rundingan meja
bulat turut diadakan bersama kumpulan pemikir Singapura yang diatur oleh Hng
Kiang. Berdasarkan pentingnya Singapura sebagai rakan dagang Malaysia dalam
kalangan anggota ASEAN, Mustapa mengetuai lebih 40 anggota perwakilan ke
republik ini yang melibatkan 30 syarikat serta pegawai kementerian.

“Minat syarikat multinasional di Singapura untuk melabur di Malaysia masih


tinggi. Malaysia mempunyai potensi besar dan kita akan terus berusaha
mempromosikan negara,” kata Mustapa yang turut yakin Malaysia mampu
mengekalkan angka eksport yang direkodkan dengan Singapura tahun lepas. Tahun
lepas jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM190.6 bilion, atau 13
peratus daripada jumlah dagangan global Malaysia. Singapura ialah rakan dagang
kedua terbesar Malaysia selepas China, namun republik ini merupakan pasaran
eksport utama Malaysia. Eksport Singapura tahun lepas bernilai RM108.5 bilion
manakala import berjumlah RM82.1 bilion. Mustapa berkata, pada rundingan meja
bulat itu, beliau memberi jaminan kepada kumpulan pemikir Singapura bahawa
‘kerajaan Barisan Nasional kukuh dan Malaysia mempunyai kestabilan politik.’

Mustapa diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan


Malaysia, Datuk Azman Mahmud; Pengarah Kanan Penyepaduan Ekonomi ASEAN
P. Ravindran dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Matrade30.
30
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/malaysia-singapura-perlu-tingkat-hubungan-
1.201712#sthash.C7fI2qy5.dpuf (Diakses pada 16.4.2016/ 12.35a.m)

20
8.3 Kesan Dalam Sektor Sosial

Hubungan sosial antara dua negara ini iaitu Malaysia dan Singapura berada
dalam keadaan yang baik. Kedua-dua buah negara ini saling menerima dan
menghantar pelancong ke dua-dua negara. Hubungan antara rakyat juga sangat baik.
Ini dapat dilihat melalui peratus kemasukan pelancong ke Malaysia daripada negara
Singapura. Peratusan jumlah pelancong yang masuk ke Malaysia daripada Singapura
adalah dipetik daripada akbar Sinar Harian, petikan artikelnya adalah seperti berikut;

Sejumlah 25.7 juta pelancong asing mengunjungi negara ini tahun lepas
dengan merekodkan perbelanjaan sebanyak RM65.44 bilion berbanding RM60.56
bilion pada 2012. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz berkata jumlah perbelanjaan itu meningkat sebanyak RM4.89 bilion iaitu
pertumbuhan 8.1 peratus. Berucap pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014
di sini hari ini oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, beliau berkata
aktiviti membeli-belah merupakan antara komponen terbesar iaitu merangkumi 30.2
peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong pada tahun lepas.

"Pencapaian memberangsangkan ini adalah sejajar dengan objektif Bidang


Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia
(MTTP) untuk meningkatkan perbelanjaan setiap pelancong yang berkunjung ke
Malaysia," katanya. Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng dan Pengerusi Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia Datuk Sohaimi Shahadan. Mohamed Nazri berkata
sektor pelancongan menjadi penyumbang keenam terbesar kepada pendapatan negara
kasar sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak RM51.5 bilion.

Beliau berkata penyumbang kepada faktor peningkatan jumlah pelancong


asing adalah didorong oleh promosi Malaysia sebagai kawasan bebas cukai dan pusat
beli-belah yang berpatutan. Tourism Malaysia turut merekodkan sepanjang tahun
lepas, kedatangan jumlah pelancong Singapura paling ramai iaitu 13.1 juta orang,
diikuti Indonesia (2.5 juta); China (1.7 juta); Brunei (1.2 juta) dan Thailand (1.1 juta).

21
Malaysia menyasarkan kedatangan 28 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan
RM76 bilion semasa Tahun Melawat Malaysia 201431.

9.0 Peta Mudah Konflik PBP

Hubungan Baik
31
Malaysia Singapura
http://www.sinarharian.com.my/nasional/nazri-malaysia-terima-25-7-juta-pelancong-asing-1.255356
(Diakses pada 16.4.2016/ 1.40 a.m)

22
Pulau Batu Puteh

Malaysia (4 undian )

ICJ

Singapura (12 undian)

ICJ Pulau Batu Puteh Singapura


10.0 Kesimpulannya

Kesimpulannya, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 yang
memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca adalah di bawah kedaulatan dan
milik Singapura telah diterima oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia sudah tidak
mempersoalkan keputusan itu dan telah menerimanya dan menyifatkannya sebagai “win-win
situation” kerana Malaysia telah diberikan pengiktirafan menguasai kedaulatan Batuan
Tengah (Middle Rock) dan Tubir Selatan (South Ledge) ditentukan di dalam perairan mana

23
ianya berada ( yang Malaysia yakin dan berharap bahawa Tubir Selatan akan dikuasai oleh
pihak Malaysia.

Pihak Kerajaan Malaysia telah menerima keputusan ini. Keputusan ini adalah
muktamad dan tidak boleh dirayu lagi. (Rayuan keputusan ini boleh dibuat oleh kerajaan
Malaysia dalam masa 10 tahun bila terdapat bukti-bukti yang kukuh), dalam percaturan kuasa
politik antarabangsa dan struktur kuasa seperti sekarang, pihak kerajaan Malaysia mungkin
tidak akan membuat rayuan. Walaupun rayuan dibuat keputusan yang dikeluarkan oleh ICJ
sukar untuk memihak kepada Malaysia. Walaupun ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati
dengan keputusan yang dikeluarkan oleh ICJ dengan memberikan hak penguasaan Pulau
Batu Puteh kepada Republik Singapura, ini merupakan satu tindakan yang wajar kerana
berdasarkan kajian sejarah dan bukti yang wujud Pulau Batu Puteh sememangnya merupakan
milik Kesultanan Johor (Malaysia), kecuaian Malaysia dalam kes ini menyebabkan Malaysia
telah kehilangan pulau yang sangat penting dan harta warisan kerajaan kesultanan Johor.

Namun begitu, disebabkan beberapa bukti yang dikemukakan oleh Singapura kepada
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), disahkan kebenarannya oleh majoriti hakim yang
hadir dalam sidang tersebut. Keadaan bertambah buruk dengan bukti surat yang diberikan
oleh pemangku sultan Johor yang menyatakan bahawa Johor tidak menuntut sebarang hak ke
atas Pulau Batu Puteh dan ini dijadikan bukti paling kukuh dan kental oleh ICJ untuk
memberikan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca itu kepada Singapura, semoga apa yang
berlaku dalam kes ini kita jadikan iktibar dan panduan serta rujukan pada masa akan datang,
semua kekurangan yang wujud sepanjang kes ini dibicarakan boleh diperbaiki untuk kes yang
akan datang, kerajaan Malaysia perlu belajar dari kesilapan dan rakyat Malaysia juga tidak
boleh hanya menyalahkan kerajaan, kerana mereka turut berusaha untuk mendapatkan hak ke
atas Pulau Batu Puteh namun, nasib tidak menyebelahi Malaysia.

11.0 Rujukan

1 K.Askandar, C Sukim, (2016), Making Peace Over a Disputed Territory in Southeast Asia:
Lessons From the Batu Puteh/ Pedra Branca, The Journal of Territorial and Maritime Studies
Volume 3 Number 1, Northeast Asian History Foundation (Page 66).

24
2.https://www.kln.gov.my/pbp- icj/index.php?
option=com_content&view=article&id=20:background&catid=25:background&Itemid=
27 (DIAKSES PADA 6.3.2016/2.39 PM)

3.http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33222
(DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.34 PM)

4.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz426U0kA
sg (DIAKSES PADA 6.3.2016/ 3.02 PM)

5.http://www.ukm.my/juum/JUUM%202008/PULAU%20BATU%20PUTEH,%20ISU
%20PERTIKAIAN%20HAK%20KEDAULATAN%20ANTARA%20MALAYSIA
%20DAN%20SINGAPURA.pdf (DIAKSES PADA 12.4.2016/ 11.20 P.M)

6.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/1398-
isu-pulau-batu-puteh.html (DIAKSES PADA 14.4.2016/ 3.09 P.M)

7http://www.sinarharian.com.my/politik/hubungan-baik-malaysia-singapura-diteruskan-
1.248863 (DIAKSES PADA 16.4.2016/ 10.32 P.M)

8http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/malaysia-singapura-perlu-tingkat-hubungan-
1.201712#sthash.C7fI2qy5.dpuf (DIAKSES PADA 16.4.2016/ 12.35A.M)

9http://www.sinarharian.com.my/nasional/nazri-malaysia-terima-25-7-juta-pelancong-asing-
1.255356 (DIAKSES PADA 16.4.2016/ 1.40 A.M)

25

Anda mungkin juga menyukai