Anda di halaman 1dari 2

MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU BATU PUTEH MALAYSIA-

SINGAPURA

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada
tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan
Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih
jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal)
berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim
Pengerang).

Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac


dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan
Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya
kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh.
Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis
kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun
1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai
kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.

Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran


mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang
kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan
tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-
pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar
barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai


pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh
pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan
konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran
itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam penggulungan hujah pihak
Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan
12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-
1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula
akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

TEMPOH TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH MALAYSIA-SINGAPURA

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada
tahun 1979 dan berakhir pada 28 Mei 2008 iaitu selama 28 tahun. Setelah gagal
mencari penyelesaian yang memuaskan Tun Dr. Mahathir telah bersetuju untuk
merujuknya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ. Walaupun keputusan tersebut
adalah sesuatu yang tidak menyenangkan Malaysia. Semasa rundingan pertikaian
hanya melibatkan Pulau Batu Puteh, tetapi pada tahun 1993 Singapura mahukan
Batuan Tengah dan Tubir Selatan dimasukkan sekali kolumnya adalah kedua tempat
tersebut sebahagian dari Pulau Batu Puteh perlu diputuskan secara bersama. Tidak
syak lagi yang Batuan Tengah dan Tubir Selatan dimasukkan kerana Malaysia
menuntut Pulau Batu Puteh. Lantas tindakbalas Singapura adalah melebarkan
tuntutannya kepada Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Singapura menegaskan oleh kerana Pulau Batu Puteh adalah wilayahnya, maka
Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah sebahagian darinya. Pendirian Malaysia
adalah soal Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak pernah dibawa atau dipertikaikan
oleh Singapura sebagai satu kumpulan Pulau dengan Pulau Batu Puteh. Perkara ini
pun hanya ditimbulkan Singapura pada tahun 1993

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menetapkan untuk mendengar


kes pertikaian antara Malaysia dengan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu
Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South
Ledge), yang terletak di perairan luar pantai Johor, pada 6 November 2007 di The
Hague, Belanda. Pendengaran bermula dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua
pihak sebelum penyampaian hujah lisan oleh Singapura pada hari pertama. Singapura
diberikan empat hari (6-9 Nov) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama,
sementara Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada 13-16 Nov 2007.

Anda mungkin juga menyukai