Anda di halaman 1dari 8

ISU-ISU KONFLIK DUNIA SEMASA

2.3 KONFLIK PERSEPADANAN


DAN TUNTUTAN BERTINDIH
DI ASIA
- P U L AU BAT U P U T I H
- P U L AU L I G I TAN DA N S I PADA N
- P UL AU L AYA NG - LAYANG
SERBA SEDIKIT TENTANG PULAU BATU
PUTIH
Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) (juga ditulis Pulau Batu
Putih mengikut ejaan baru Bahasa Melayu)
 Pulau Batu Puteh sebuah batu tunggul yang mempunyai keluasan sebuah
padang bola sepak terletak di Selat Singapura yang menghadap ke arah Laut
China Selatan.
Rumah Api Horsburgh yang terdapat di tunggul batu ini dibina oleh pihak
British pada 1851
TERLETAK KIRA-KIRA 7.7 BATU NAUTIKA DARI PERAIRAN JOHOR
KEDUDUKAN PULAU LEBIH DEKAT DENGAN MALAYSIA BERBANDING
SINGAPURA.
Batuan ini dianggap mempunyai risiko bahaya kepada kapal layar yang
melaluinya. Sebagai contoh, antara 1824 dan 1851, terdapat sekurang-kurangnya
25 kemalangan kapal yang melibatkan pelanggaran batu ini.
Antara 2000 dan 2004 terdapat dua laporan mengenai kemalangan kapal.
Pada 4 Januari 2003, sebuah kapal perang Tentera Laut Singapura, RSS
Courageous telah berlanggar dengan kapal dagang Belanda, ANL Indonesia
sepanjang 293.5 m berhampiran pulau ini di perairan Selat Tebrau, Johor Darul
Ta'zim. Tiada kecederaan dilaporkan di pihak kapal dagang tersebut yang hanya
mengalami kerosakan ringan
Namun tiga krew kapal perang Tentera Laut Singapura telah terkorban, lapan
tercedera dan seorang krewnya hilang. Krew kapal tentera laut Singapura tersebut
dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian serta kemalangan yang telah berlaku.
APA YANG BERLAKU?
Pertindihan wilayah
Wilayah ini menghadapi pertindihan antara Singapura dan
Malaysia sejak 1979 yang mana Malaysia menerbitkan peta yang
memaparkan batuan ini berada di dalam sempadannya.
 Kes ini telah ditangani oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ) supaya mendapat kata putus. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah
Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada
Singapura, tetapi Batuan Tengah kepada Malaysia.
Manakala status Tubir Selatan yang terletak lebih ke selatan
akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia
terletak
Persiapan Malaysia untuk kes tuntutan Pulau Batu
Puteh bermula sejak hampir 30 tahun dulu.
Penyelidikan berhubung kedaulatan Malaysia ke atas
pulau itu mula dilaksanakan ketika persediaan Peta
Baru Malaysia 1979
Malaysia gagal mendapatkan Pulau Batu Putih
kerana kecuaian pihak pentadbir
 keputusan memihak kepada Singapura dengan
kelebihan ia menguruskan dan mengendalikan
pelbagai alat yang ada di pulau itu dan dibenarkan
oleh Malaysia. Tuntutannya berjaya.
KELEBIHAN BATU PUTIH
KEDUDUKAN YANG STRATEGIK-mengawal laluan keluar masuk ke Selat Tebrau, Kepulauan Riau dan
Laut China Selatan
Pemantauan 24 jam boleh dilakukan terhadap keluar masuk aset maritim
Dijangka menjadi satu kompleks ketenteraan yang canggih dan moden
Menjadi tempat mencari rezeki para nelayan
RUJUKAN
1. http://mahamerubukitseguntang.blgspot.com/2012/03/isu-pulau-batu-puteh.html
2. http://ms.Wikipedia.org/batu-puteh
3. Sinar Harian, 6 Disember 2013.

Anda mungkin juga menyukai