Anda di halaman 1dari 27

Keselamatan selat melaka & tuntutan spRatly

Selat Melaka adalah suatu bidang perairan yang sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Pulau Sumatra di Indonesia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:StraitOfMalacca.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_ZuDWHxo62Bw/SB1rKrsnYWI/AAAAAAAAAZo/HOkRqM36l_0/s400/untitled.bmp.jpeg

Selat Melaka menjadi nadi pembangunan bagi negara Singapura yang terletak di selatan Johor, Malaysia. Singapura mengambil kesempatan dari kedudukannya itu untuk menjadi pelabuhan enteport terpenting di dunia. Tanpa Selat Melaka, apalah sangat peranan Singapura.

Pertempuran Selat Melaka, kadang-kala dikenali sebagai Penenggelaman Haguro, dan dalam sumber Jepun dikenali sebagai Pertempuran Pulau Pinang (), merupakan pertempuran laut yang diakibatkan oleh operasi cari dan musnah British pada Mei 1945, dikenali sebagai Operasi Dukedom, yang mengakibatkan penenggelaman penjajah Jepun Haguro. Haguro telah beroperasi sebagai kapal bekalan bagi garison Jepun di Hindia Timur Belanda dan Teluk Bengal semenjak 1 Mei 1945. Pertempuran tersebut merupakan pertempuran meriam terakhir antara dua kapal laut.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/e0/Haguro1936.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_NOo32C41tio/R83hxm4sL6I/AAAAAAAAA9A/Z _uG6RgTXSU/s400/SELAT%2BMELAKA%2B(12).jpg

Keselamatan Selat Melaka


Diberitakan dengan kejayaan polis

marin Malaysia telah berjaya menumpaskan sekumpulan 10 lanun berasal dari Indonesia merampas sebuah kapal tangki Nepline Delima yang sarat dengan muatan 6,300 tan diesel bernilai RM12 juta 23 batu nautika ke barat daya Pulau Rebak Besar di perairan Langkawi iaitu pada pagi 14hb Jun minggu lepas. Lanun ini telah menjadikan kapten dan 16 orang anak kapal sebagai tebusan.

Aktiviti lanun di Selat Melaka telah menjadi bahan

perdebatan dan perbincangan hangat di forum antarabangsa serta dikaitkan dengan pengganas yang akan bermaharajalela di laluan ketiga sibuk dunia.
Masalah Lanun bukanlah masalah baru, tetapi telah

berlaku sejak zaman dahulu kala lagi apabila laut telah dijadikan sebagai laluan perkapalan dan perdagangan.

Lanun dahulunya tidak secanggih dan

sofistikated seperti pada hari ini yang mempunyai senjata api canggih, cekap dan pantas bertindak menaiki kapal menuju ke kabin kapten dan kabin-kabin tertentu, mengetahui dengan tepat laluan ke bilik navigasi dan pantas menyelesaikan operasi.

Seterusnya, kenapa isu lanun di Selat Melaka

hangat diperbincangkan? Selat Melaka menjadi nadi yang menghubungkan dagangan sedunia dan menyediakan jalinan rangkaian dagangan kritikal di antara pengeluar dan pengekspot di antara dunia Timur dan Barat. Jumlah trafik laluan kapal-kapal di perairan ini mengatasi Terusan Suez dan Terusan Panama, menjadikannya antara laluan dagangan yang paling sibuk di dunia.

Selat Melaka mengelolakan jumlah trafik

lebih tiga kali ganda dari trafik Terusan Suez, dan lebih lima kali ganda dari Terusan Panama.
Trafik kapal tangki melalui Selat Melaka

mencatatkan peningkatan mendadak kebelakangan ini dengan kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi rantau ini.

Kuasa-kuasa ekonomi rantau ini seperti Jepun dan

Korea Selatan juga mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan minyak dari Timur Tengah yang majoritinya diangkut melalui laluan Selat Melaka.

Faktor strategik inilah yang memaksa US

untuk masuk campur dalam pengurusan keselamatan Selat Melaka. Walaupun US hanya mewakili 4% bilangan kapalnya melalui Selat Melaka, namun sekutu perdagangannya Korea dan Jepun, serta kedudukan syarikatsyarikat besarnya ada disekitar Asia Pasifik adalah meluas. Dan ini menjadi faktor yang akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, politik dan ketenteraannya, yang dijelaskan dalam dokumen rasminya

Oleh itu jelas menunjukkan bahawa penguasaan

selat Melaka akan membantu ekonomi, politik dan ketenteraan dan memang telah menjadi cita-cita US. Apatah lagi dengan kehadiran India dan China yang akan menjadi kuasa ekonomi akan datang mendesak US bukan sahaja sebagai pembuat polisi tetapi sebagai pihak yang bertanggungjawap mengurusinya

Maka, Institut Maritim Malaysia (MIMA)

akan menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai Selat Melaka pada 23 dan 24 Jun di Kuala Lumpur.
Persidangan yang bertema, "Charting the

Future" itu akan menjadi wadah bagi membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara-negara litoral dan pengguna selat dalam menguruskan laluan laut strategik itu.

Persidangan dua hari itu disusun bagi

memberikan kefahaman yang menyeluruh dan mendalam tentang isu-isu penting dan cabaran-cabaran dalam pengurusan Selat Melaka. Antara topik yang akan diperkatakan pada persidangan itu ialah perspektif negara litoral dan pengguna selat tentang keutamaan keselamatan di Selat Melaka, isu-isu yang timbul dan tindak balas, serta maklumat terkini tentang mekanisme kerjasama.

Cheah berkata satu perbincangan panel bagi mencari

jalan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat antara pengguna dan negara-negara litoral dalam menghadapi isu dan cabaran di laluan laut itu akan juga diadakan.

TUNTUTAN BERTINDIH DI LAUT CHINA SELATAN

Isu tuntutan bertindih di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan melibatkan beberapa negara ASEAN dengan China dan Taiwan. Kepulauan Spratly terdiri daripada 230 atau lebih pulau-pulau kecil, beting-beting pasir dan terumbu karang yang kesemuanya berjumlah tiga dozen di atas permukaan paras laut dan tiada satupun luasnya yang melebihi setengah kilometer persegi.

Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak dan gas serta kedudukannya yang strategik dituntut seluruh atau sebahagian oleh China, Malaysia, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei Darussalam.
Kerajaan China telah mengeluarkan amaran agar

negara-negara jiran menjauhi kepulauan itu dan mengingatkan Persatyan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kedaulatan republik itu terhadap Spratly tidak boleh dipertikaikan.

Gambar menunjukkan kedudukan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan

NEGARA-NEGARA YANG MENUNTUT KEPULAUAN SPRATLY

Vietnam

China

Filipina
Taiwan

Malaysia

Brunei

China dan Taiwan secara berasingan menuntut hampir

80 peratus daripada sempadan bentuk U yang telah diisyhtiharkan oleh China pada tahun 1974 serentak dengan pengeluaran peta rasmi negara China yang baru. Vietnam menuntut semua pulau dan apa sahaja objek yang timbul di permukaan aras laut di Spratly. Tuntutan China, Taiwan dan Vietnam berasaskan kepada penemuannya sejak zaman-berzaman, penggunaan laut tersebut yang berterusan, serta penerokaan berfaedah mereka ke atas kawasan tersebut.

Filipina menuntut semua objek yang timbul di

permukaan aras laut serta di bawah permukaan aras laut. Tuntutan Filipina berasaskan kepada faktor sejarah, keperluan mutlak, serta penerokaan dan pengawalannya yang efektif, seperti yang dikemukakan dalam Presidential Decree pada tahun 1974 (Mohamed Jawhar 2003: 311). Malaysia menuntut tujuh objek berasaskan kepada hujah bahawa kawasan yang dituntut berada di atas pelantar benua Malaysia. Brunei menuntut sehingga 200 batu nautika Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) termasuk terumbu Louisa, yang juga dituntut oleh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai