Anda di halaman 1dari 3

Pengajaran dari aktiviti lanun di Selat Melaka.

Selat Melaka mendapat nama melalui empayar kesultanan Melayu Melaka yang
megah pada sekitar tahun 1414M hingga 1511M. Selat Melaka merupakan jalan air terpendek
yang menghubungkan antara Laut Cina Selatan dan Lautan India. Selat sepanjang 500 batu
ini juga dikelilingi Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Singapura dibahagian utara dan utara
Sumatera di bahagian selatan. Selat ini juga mempunyai kedalaman 25m dan berkelebaran
2.8km di bahagian paling sempit.1
Selat Melaka mempunyai kepentingan ekonomi kerana ianya merupakan saluran
utama bagi menghubungkan perdagangan dari Timur Asia ke India, Teluk Parsi, Afrika dan
seluruh dunia. Setiap tahun, dianggarkan sebanyak 60,000 kapal yang mengangkut kira-kira
30% kargo dunia dan 50% kapal dagang minyak yang membawa 14 juta tong minyak sehari.
Dengan kemunculan negara China sebagai sebuah kuasa besar, Selat Melaka akan bertambah
sibuk dengan aktiviti ekonomi dan ini memberi berita baik kepada industri perkapalan.
Oleh kerana aktiviti ekonomi yang pesat di selat ini, masalah lanun dan jenayah
maritime tidak dapat disangkal lagi. Melaui rekod-rekod lepas, kegiatan rompakan, rampasan
kapal kargo dan penculikan sering menjadi masalah. Lanun merupakan kegiatan rompakan
atau sebarang kegiatan haram di laut. Pada tahun 1982, UN Convention on the Law of the Sea
(UNCLOS) telah mendifinasikan kegiatan lanun sebagai sebarang aktiviti jenayah keganasan,
penahanan, rogol atau sebarang aktiviti pemusnahan yang yang mempunyai matlamat
peribadi yang dilaksanakan oleh krew kapal atau penumpang kapal persendirian di laut dalam
yang dilaksanakan kepada kapal lain, atau individu/harta yang berada diatas kapal.

1 Selat Melaka. (13 5, 2015). Retrieved from Wikipedia:


http://ms.wikipedia.org/wiki/Selat_Melaka

Namun yang demikian, menurut Stone (2010), aktiviti lanun di selat Melaka
menunjukkan pola penurunan dari tahun 2004 sehingga tahun 2009. Kadar insiden jenayah
lanun pada 2004 mencecah 61.67% bagi 100,000 kapal dan kadar ini menurun kepada 3.33%
bagi 100,000 kapal pada tahun 2009. Peristiwa Tsunami pada tahun 2004 dilihat sebagai salah
satu faktor utama penurunan kes ini selain dari penyelesaian yang termetrai dengan Gerakan
Pembebasan Aceh. Tindakan dari kerajaan Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada
negara-negara pesisir pantai juga dilihat sebagai satu faktor bagi penurunan aktiviti ini.2
Disamping itu juga, pelbagai usaha yang melibatkan kerjasama serantau telah
dilaksanakan bagi meminimumkan aktiviti lanun. Jepun merupakan negara yang memimpin
usaha bagi meningkatkan keselamatan maritim dengan menerajui penubuhan Inisiatif
Keselamatan Maritim Asia (AMARSECTIVE) serta ReCAAP atau dikenali sebagai Regional
Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robery Against Ships in Asia telah
berjaya membina kerjasama serantau dalam menangani isu ini. Kedua inisiatif ini dilihat
sebagai suatu usaha yang membuahkan hasil. ReCAAP yang diusulkan pada tahun 2001 ini
telah berkuatkuasa bermula tahun 2006 dan berfungsi diatas tiga tiang utama iaitu
perkongsian maklumat, koordinasi operasi dan juga pembinaan kapasiti.3
Konklusinya, masalah aktiviti lanun mampu mengundang kesan negatif terhadap
sector perkapalan dan perdagangan dan seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi. Oleh
yang demikian, wajarlah bagi semua negara yang terlibat dengan permasalahan ini untuk
sama-sama membantu dan menghulurkan kerjasama bagi membanteras aktiviti tidak
2 Jeremy Stone. (2010, June). Piracy in the Malacca Strait. TSS Society
Presentation.
3 Mohd Hafizzuddin Md Damiri. (2011). Maritime Security in the Straits of Malacca.
University of Malaya. Paper prepared for the Malaysia Logistics Council, Kuala Lumpur,
Malaysia 6 May 2008 and presented at the 4th International Seminar on Maritime Culture
and Geopolitics, Kuala Lumpur, Malaysia 8-9 December 2011.

bermoral ini. Melalui kejayaan yang ditunjukkan dalam kes di Selat Melaka, kejayaan yang
sama atau mungkin aktiviti lanun di Teluk Eden mampu diminimakan.

Anda mungkin juga menyukai