Anda di halaman 1dari 2

A.

Latar belakang
Selat Melaka jalur laut sepanjang 900 KM di Asia Tenggara ini adalah sebuah selat yang
terletak diantara Semenanjung Malaysia (Thailand, Malaysia, Singapura) dan pulau
Sumatra Indonesia.Secara umum selat Malaka memisahkan Semenanjung Malaysia
(disebelah timur) dan Pulau Sumatra (disebelah barat). Selat Melaka jika dilhat lebih luas
lagi akan nampak menghubungkan Samudera Pasifik di timur dan Samudera India di
barat.
Perairan negara menjadi nadi yang menghubungkan dagangan antarabangsa dan
menyediakan jalinan rangkaian dagangan kritikal antara pengimport dan pengeksport.
Sebagai sebuah Negara pesisir kepentingan laluan laut merangkumi lebih dari sekadar
menjadi laluan dagangan sahaja. Ia menawarkan laluan pintas yang memendekkan
pelayaran dagangan antara Timur dan Barat. Disebabkan kelebihan strategic inilah Selat
Melaka menjadi laluan utama kepada kapal-kapal dagangan antara Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik. Sebagai sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada dagangan
antarabangsa, lebih kurang 90 peratus dari jumlah dagangan tersebut dilaksanakan
melalui laluan laut.
Jika dilihat dari perspektif perdagangan antarabangsa, kepentingan Selat Melaka terserlah
dengan melihat fungsinya sebagai laluan utama pengangkutan minyak dari Timur Tengah
ke Asia Timur, terutamanya kepada dua kuasa ekonomi terulung rantau ini iaitu China
dan Jepun, di mana adalah dianggarkan sebanyak 11 juta tong minyak dieksport ke Asia
Timur dari Timur Tengah setiap hari. Ia juga memperlihatkan betapa pentingnya
keselamatan laluan perairan dikekalkan. Sebarang gangguan atau halangan terhadap
laluan komunikasi sumber minyak ke rantau Asia Timur akan menghasilkan impak yang
negatif ke atas ekonomi negara dan ekonomi global secara keseluruhannya. Oleh itu,
keselamatan di kedua-dua laluan merupakan satu isu strategik yang sangat kritikal bukan
sahaja kepada negara tetapi juga negara-negara dagangan utama dunia.
Jika dilihat dari perspektif keselamatan kebangsaan, keselamatan maritime boleh
diperkembangkan untuk merangkumi perlindungan kepada semua kepentingan di
perairan negara. Tidak keterlaluan dinyatakan juga bahawa globalisasi telah dan akan
sentiasa mengubah keadaan persekitaran keselamatan tidak kira di mana jua. Sebagai
negara yang bergantung kepada laluan laut sebagai jalan penghubung kepada
pembangunan ekonomi dan kepentingan strategik, negara perlu member tumpuan
terhadap isu keselamatan maritim di perairan negara. Semenjak Peristiwa 11 Sep di
Amerika Syarikat, para penganalisa keselamatan maritim berpendapat bahawa
pengganas-pengganas mempunyai keupayaan dan boleh menggunakan perairan negara
sebagai tapak melancarkan operasi mereka. Jika ini berlaku, ia boleh mendatangkan
kesan yang buruk kepada kepentingan serantau dan global. Kita perlu akur dengan
kebimbangan ini dan meningkatkan usaha dan bekerjasama dengan masyarakat
antarabangsa untuk menguruskan laluan perairan negara. Dalam usaha memperbaiki
tahap keselamatan perairan negara, kerjasama tiga hala di antara Malaysia, Singapura dan
Indonesia yang melibatkan pengawasan berkordinasi tentera laut ketiga-tiga negara
adalah perlu. Selain dari terlibat di dalam inisiatif di atas, negara juga bergiat aktif dalam
beberapa bentuk kerjasama yang lain bagi menguruskan perairan negara khasnya Selat
Melaka.

Anda mungkin juga menyukai