Anda di halaman 1dari 3

5) Konsep daulat dan derhaka mengekalkan kekuasaan antara pemerintah dan yang diperintah

semasa era Kesultanan Melayu Melaka. Huraikan.

Pengenalan

- Kemunculan zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan permulaan model pemerintahan dan
pembentukan struktur kehidupan rakyat yang merangkumi segala aspek.

- Selain itu, Pengenalan konsep Daulat dan derhaka telah menjadi lambing kekuasaan seseorang
sultan.

- Konsep Daulat dan derhaka juga berkait rapat dengan unsur keagamaan iaitu sekiranya Rakyat
derhaka akan mendapat balasan di akhirat.

- Sultan mempunyai kuasa yang mutlak berdasarkan konsep Daulat dan derhaka ini.

- Konsep Daulat berasal daripada perkataan arab iaitu Daulah yang bermaksud negeri atau kerajaan.

- Daulat juga dikaitkan secara langsung dengan keperibadian raja yang memerintah dan penerimaan
rakyat terhadap baginda.

- Konsep Daulat juga memberi keistimewaan kepada sultan, sehingga sultan tidak boleh dikritik.

- Konsep ini juga menuntut supaya rakyat menunjukkan taat setia yang tinggi.

- Berdasarkan sejarah melayu, konsep ini dikatakan bermula apabila Demang lebar Daun yang
mewakili golongan rakyat mengadakan perjanjian (waadat) Sang Sapurba yang dikenali sebagai Seri
Teri Buana yang mewakili pihak raja.

- Dalam perjanjian tersebut rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji akan memberi taat setia
kepada raja.

- Pihak raja juga akan berjanji akan menjaga kebajikan, tidak menzalimi dan tidak mencela rakyat.

- mendorong proses timbal balik antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

- Manakala konsep derhaka pula merupakan perbuatan yang dianggap sebagai melanggar atau ingkar
kepada perintah raja.

- Derhaka kepada raja menyebabkan seseorang itu akan ditimpa musibah atau tulah.

- Oleh itu, rakyat perlu mematuhi konsep ini untuk mengukuhkan kedudukan Sultan.

KEPENTINGAN KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

1) Mengukuhkan kedudukan sultan


- Rakyat mematuhi dan menghormati Daulat sultan tersebut.
- Rakyat percaya sekiranya tidak mematuhi konsep akan ditimpa tulah.
- Contohnya, Peristiwa Maharaja China mendapat tulah setelah menerima surat sembah
raja Melaka dan Maharaja China mesti minum air basuhan kaki Raja Melaka untuk
mengubati penyakit kedal.
- Konsep Daulat juga menjelaskan bahawa sultan merupakan pemimpin sesebuah
masyarakat.
- Sultan tidak boleh dikritik dan semuanya yang dilakukan oleh sultan adalah sah.
- Jika melanggar arahan daripada sultan akan dianggap sebagai penderhaka.
- Sebagai contoh, Sang Rajuna Tapa membelot kepada Raja Singapura dan berpihak kepada
Majapahit dengan membuka pintu kota Singapura disebabkan ketidakpuasan hati dengan
tindakan Sultan menyula anak perempuannya yang tidak bersalah. Akibatnya, Sang
Rajuna Tapa mendapat tulah iaitu menjadi batu.
- Sebaliknya, contoh taat setia kepada raja dapat dilihat melalui Kesetiaan Tun Mutahir
yang tidak menentang atau membantah hukuman mati yang dijatuhkan keatas dirinya
dan keluarga kecuali Tun Fatimah. Bendahara melarang anak buahnya melawan. Dia
tetap berpegang teguh kepada prinsip “ pantang melayu menderhaka”.
- Kedudukan raja diperkukuh lagi dengan alat-alat kebesaran dan peraturan-peraturan,
larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.

2) Memperlihatkan 2 golongan masyarakat.


- Konsep Daulat telah digunakan untuk menunjukkan perbezaan di antara sultan dan juga
rakyat biasa.
- Bagi mengukuhkan konsep ini, sultan akan menggunakan gelaran seperti khalifahtullah
iaitu wakil tuhan dan dzilullah fil alam yang bermaksud bayangan Allah Swt di dunia.
- Gelaran ini menggambarkan bahawa sultan merupakan wakil tuhan yang diberi mandate
untuk memerintah.
- Sebagai contoh, pengislaman Sultan Muhammad Syah adalah gambaran bahawa
seseorang pemerintah itu telah diberi kepercayaan untuk mentadbir sebuah kerajaan.
Peristiwa pengislaman Sultan Muhammad Syah secara langsung dari Rasulullah S.a.w
melalui mimpi. Dalam mimpinya, Rasulullah S.a.w mengajar mengucap 2 kalimah
syahadah. Rasulullah s.a.w menitahkan Raja Kecil Besar menukar nama kepada Sultan
Muhammad Syah. Rasulullah memberitahu bahawa keesokan hari akan tiba sebuah kapal
dari Jeddah pada waktu Asar dan orang-orang dari kapal itu akan bersembahyang di
Pantai Melaka.
- Hal ini jelas bahawa Sultan mempunyai keistimewaan untuk bertemu dengan Rasulullah
s.a.w dan sekaligus tugas sebagai seorang Sultan untuk mengislamkan semua rakyatnya
melalui maulana Sadar Jahan dan Syed Abdul Aziz.

3) Bertujuan menjaga keamanan kerajaan.


- Kedua-dua konsep ini berfungsi untuk menjaga keamanan negeri daripada sebarang
masalah akibat penderhakaan mahupun kesalahan-kesalahan dalam pentadbiran.
- Oleh itu, golongan rakyat cenderung untuk patuh dan taat setia dengan begitu mendalam
kerana mereka percaya bahawa raja bukan sahaja memiliki darjat yang tinggi malahan
raja juga dianggap dapat menentukan hidup dan mati seseorang.
- Perkara ini dapat dilihat dengan penggunaan bahasa patik yang bermaksud hamba
digunakan untuk merendahkan kedudukan rakyat dihadapan raja.
- Malahan digunakan bagi mengelakkan perpecahan di antara rakyat kerana perlanggaran
kedua-dua konsep ini.
- Sebagai contoh, dengan pengenalan Adat dan isitadat. Adat ialah melibatkan hukuman
iaitu bersandarkan undang-udang dan larangan diraja manakala istiadat bersandarkan
aturan negeri dan upacara yang tidak melibatkan hukuman.
- Dengan Adanya adat dan istiadat di Melaka ini sudah tentulah keamanan terbentuk dalam
kalangan masyarakat dan tidak sewenang-wenangnya berani melanggar adat dan istiadat.
Kesimpulan

- Secara kesimpulannya, konsep Daulat dan derhaka merupakan elemen utama dalam
membentuk peraturan kehidupan masyarakat.
- Kedua-dua konsep ini dijadikan sebagai garis panduan untuk rakyat menghormati dan taat
kepada pemerintah di Malaysia.
- Dalam konteks Malaysia masa kini, konsep Daulat dan derhaka disesuaikan dengan sistem
pemerintahan yang terdapat pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai