Anda di halaman 1dari 54

ADAT?

Adat dijunjung bagai “menatang minyak


yang penuh” oleh orang-orang Melayu
zaman dahulu kala, khususnya yang
berkaitan dengan usul-usul
pemerintahan Raja-Raja Melayu
“Biar mati anak jangan
mati adat”
KONSEP BERAJA
Dewa Raja

Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai


dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang
yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai
bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap
sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-
alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan
Undang-undang Melaka pula, raja dianggap
sebagai “Khalifah Allah di Dunia”. Raja juga
dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa
dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan.
Kepercayaan ini menyebabkan raja itu wajib
disembah.
Mulia

Raja dianggap sebagai seorang yang mulia.


Keadaan ini dapat dilihat dari segi
pentadbiran. Raja dianggap sebagai ketua
kerajaan di mana semua keputusan yang
hendak diambil perlu disahkan oleh baginda.
Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja
mengikut budi bicaranya. Kekuasaannya bukan
sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga
soal ekonomi, agama dan peradatan orang
Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat
dan menjadi undang-undang. Di sini dapat kita
membuat kesimpulan bahawa raja sebagai
seorang ketua kerajaan, merupakan kuasa
tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.
Kuasa mutlak

Raja berkuasa mutlak bermakna bahawa semua


undang-undang yang dibuat bertujuan untuk
mengukuhkan kedudukannya, rakyat tidak
dibenarkan mempersoalkan segala undang-
undang yang dibuat oleh baginda…. Walaupun
baginda berkuasa mutlak tetapi baginda masih
tidak boleh memerintah sesuka hati. Dalam
Sejarah Melayu menasihatkan : “Raja-raja itu
jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan
tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakat
dengan segala pegawai, tiada akan sentosa
kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api,
segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api
itu tidak akan nyala, jikaalau tiada kayu…”
Adat orang-orang Melayu zaman silam
percaya pada dua konsep yang disebut
‘daulat’ dan ‘tulah’. Daulat secara
ringkasnya diistilahkan sebagai kuasa,
keistimewaan, keutamaan, keluhuran dan
sebagainya dan dalam adat masyarakat
Melayu, Daulah sering dikaitkan dengan
keperibadian dan jatidiri raja-raja.
Apakah maksud
daulat?
Perkataan daulat berasal daripada
perkatan Arab, iaitu `daulah‘ yang
bererti kerajaan/negeri. Daulat jaga
dikaitkan dengan soal kesempurnaan,
kebolehan, keistimewaan dan kuasa
politik tertinggi seseorang sultan. Ia
juga bererti kekuasaan dan kewibawaan
seseorang Sultan yang memerintah dan
kebahagiaan kepada Sultan yang
memerintah.
APAKAH PENTINGNYA
DAULAT
KEPADA SULTAN?
Rakyat mengikut dan
menjalankan titah Sultan dengan
taat setia dan sesiapa yang
engkar dianggap menderhaka.
Dalam konsep Dewa Raja kait dengan
pengaruh Hindu… sultan dianggap
pemerintah yang luhur dan suci.
Manakala dalam konsep Islam sultan
pula dianggao sebagai Amirulmukminin
atau wakil Tuhan di bumi. Sultan juga
dianggap sebagai ketua umat Islam.
Konsep D&T bermula apabila Demang
Lebar Daun mewakili rakyat
mengadakan perjanjian (wa’adat)
dengan Sang Sapurba yang mewakili
raja.
Daulat

Daulat dikatakan berasal daripada perkataan


Arab, “daulah” yang bermaksud “negeri”.
Walau bagaimanapun, daulat bermaksud
kesucian seseorang raja dan bagi masyarakat
melayu, konsep ini menjadi batas pemisah
antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini
juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan
dan keagungan seseorang raja dan
kerajaannya. Di Tanah Melayu, telah banyak
berlaku kes yang membabitkan persoalan
daulat ini.
Derhaka

Konsep derhaka ini seiring dengan konsep


daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang
melanggar konsep daulat didapati menderhaka
kepada sultan atau raja dan akan ditimpa
tulah. Kepercayaan yang begini terus
diperturun sejak zaman berzaman.
Sebenarnya, konsep ini dibiuat semata-mata
untuk meninggikan kedudukan raja-raja
Melayu. Golongan ini akan dipandang mulia dan
disanjung sebagai seorang yang sakral.
APAKAH ISI KANDUNGAN
PERJANJIAN?
Perjanjian itu menyatakan bahawa rakyat tidak
akan menderhaka dan taat setia terhadap raja.
Manakala raja pula berjanji akan menjaga
kebajikan, tidak menzalimi dan tidak mencela
rakyat. Dengan kata lain, 'Raja tidak boleh zalim,
rakyat tidak boleh derhaka'.

“Baiklah Tuanku. Tetapi jika anak buah Tuanku


dahulu mengubahkan dia, maka anak
cucu patek pun mengubahkanlah”
CIRI-CIRI DAULAT?
Empat ciri utama bagi seorang raja untuk
menegakkan daulatnya sebagai pemerintah:

"Adapun syarat segala Raja-Raja itu atas empat


perkara: merciful; murah (generous); perkasa
(courageous); melakukan hukuman dengan
kaharnya (to give his verdict decisively).
Itulah sifat segala Raja-Raja itu pada zaman
dahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.
Inilah kanun namanya."
[a]. Asal Usul Keturunan

Raja dihubungkan dengan dewa [Hindu] atau


bayangan tuhan [Islam]. Sejarah Melayu,
terdapat hubungan yang erat antara keluarga
diraja Palembang, keluarga diraja Singapura dan
keluarga diraja Melaka itu yang berasal daripada
Bukit Si Guntang Mahamiru tempat turunnya tiga
orang lelaki yang dipercayai anak cucu Raja
Iskandar Zulkarnain iaitu Demang Lebar Daun
dan Seri Teri Buana.
[b]. Karisma

Seperti gagah berani, petah bercakap, alim


dalam agama, memiliki pelbagai ilmu kebatinan,
berkat dan cergas dalam apa-apa juga
tindakannya. Sultan Muzaffar Shah adalah
sultan yang berkarisma kerana telah berjaya
memujuk Tun Ali supaya melepaskan jawatan
Bendahara yang disandangnya ketika itu.
[c]. Sultan Yang Adil -Ungkapan 'Raja Adil Raja
Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah'. Contohnya:

i. Sultan Muzaffar Shah, baginda telah berjaya


menamatkan permusuhan antara golongan
pembesar-pembesar Melayu dengan golongan
Tamil-Islam.

ii. Sultan Alauddin Riayat Shah sanggup


menyamarkan diri sebagai rakyat biasa dan telah
meronda Pekan Melaka untuk menghapuskan
pencuri-pencuri yang bermaharajalela pada masa
itu.
[d]. Kemakmuran Negeri

Sultan Mansur Syah, negeri Melaka sudah pun


berada di dalam keadaan yang amat kokoh dan
mantap sama ada di bidang politik, pentadbiran
mahupun di bidang ekonomi & perdagangan.
[e]. Keluasan Wilayah

Sultan Mansur Syah menakluki bebarapa buah


negeri di pesisir Sumatera timur seperti Rokan,
Siak, Kampar dan Inderagiri juga telah jatuh ke
tangan Melaka. Selain itu beberapa buah pulau di
Selatan Tanah Melayu seperti pulau-pulau Riau
Lingga dan Pulau Bintan telah juga ditakluki oleh
Melaka.
[f]. Tentera Yang Kuat

Sultan Muzaffar Shah mengalahkan Siam


setelah tidak dapat perlindungan dari negeri
China dan . Sultan Alauddin Riayat Shah
menawan Aru.
[g]. Hubungan Diplomatik

Sultan Megat Iskandar Syah (Parameswara),


Sultan Muzaffar Syah, Sultan Masur Syah dan
Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar
utusan ke China untuk meminta pengiktirafan
dan perlindungan daripada negeri China.
[h]. Alat Kebesaran

Keris, pedang, tombak, mahkota, nobat dan


sebagainya merupakan salah satu ciri seorang
raja itu dianggap berdaulat. Sultan Mahmud telah
menitahkan Seri Dewa Diraja supaya menghantar
dian dan setanggi serta dengan nobatnya bagi
melantik Sultan Abdul Jamil menjadi raja di
Pahang. Selain itu, Sultan Mahmud juga telah
menobatkan Raja Abdullah dari Kampar dan juga
Raja Kedah.
BAGAIMANA KONSEP DAULAT
DIPERKUKUH?
Pertama ialah penggunanan bahasa.
Penggunaan bahasa dalam yang ditegah
digunakan oleh rakyat biasa telah
mengukuhkan kedudukan sultan.
Perkataan santap, bersiram dan titah.
Penggunaan warna juga penting iaitu
warna kuning menjadi warna rasmi
negara dan sultan. Penggunaan payung
putih dikhaskan untuk sultan dan
payung kuning untuk anak raja. Malah
barang perhiasan lain dan perahu
baginda turut berwarna kuning.
Hak istimewa raja turut
dikukuhkan dengan rakyat tidak
boleh menderhaka kerana
menderhaka akan menerima tulah
Penggunaan emas juga dilarang
dalam kalangan rakyat kecuali
dianugerahkan oleh sultan. Emas
hanya boleh dipakai oleh sultan dan
keturunannya.
Sultan juga berkuasa dalam
menggubal undang-undang
Daulat raja juga dikukuhkan dengan
penggunaan alat kebesaran raja.
Nobat digunakan ketika upacara
rasmi. Begitu juga penggunaan cop
mohor, keris, tepak sirih dan kendi
menjadi lambang kedaulatan raja.
HUBUNGAN DAULAT &
DERHAKA DENGAN
TULAH
Tulah pula bermaksud ‘akibat buruk
yang menimpa jika melanggar adat
atau pantang larang’. Lebih spesifik
lagi, apabila sesuatu adat itu
dilanggar, maka berlakulah ‘tulah’.
Berasaskan Waa’dat antara Demang Lebar
Daun dan Sang Sapurba.

Dalam Hikayat Hang Tuah: “Pantang anak


Melayu menderhaka kepada Rajanya”.
Sejarah Melayu: Maharaja China
dikatakan mengidap penyakit “kedal”
apabila menerima warkah sembah
dari sultan Mansur Syah dan
sembuh apabila meminum dan
membasuh muka dengan air basuh
kaki raja Melaka.
Peristiwa Sepak Raga: … Kata Tun Perak
… “Cheh, kamu sekalian. Cheh; kerana
tiada adapt, hamba Melayu tiada pernah
menderhaka. Tetapi janganlah kita
bertuankan anak Raja seorang ini”.
“Sang Rajuna Tapa iaitu Penghulu
Bendahari kepada Raja Iskandar di
Singapura telah menjadi batu kerana
bersubahat dengan orang Majapahit
menyerang Singapura”
Peristiwa fitnah yang melanda Hang Tuah
dan Tun Mutahir sekeluarga dalam zaman
kesultanan Melayu Melaka. Dalam kedua-
dua peristiwa ini, akibat lekas percaya pada
fitnah orang, maka raja yang memerintah
menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
Akibatnya, negeri Melaka ditimpa tulah.
Portugis melanggar, Melaka binasa dan
raja menjadi pelarian, kerana raja
melanggar adat Melayu.
Pada pandangan anda, sejauhmanakah
benarnya raja-raja Melaka memiliki daulat dan
boleh mendatangkan tulah sepertimana yang
dikisahkan oleh Tun Sri Lanang dalam Sejarah
Melayu?
SEKIAN DAN TERIMA
KASIH
SOALAN PERBINCANGAN
1. Berdasarkan kepada petikan di bawah,
berikan contoh-contoh yang menunjukkan
masyarakat Melaka mematuhi sepenuhnya
perjanjian atau waadat yang dibuat
antara Sang Sapurba dan Demang Lebar
Daun .

Baiklah Tuanku. Tetapi jika anak buah


Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka
anak cucu patek pun mengubahkanlah
[Sejarah Melayu]”
2. Berdasarkan kepada petikan di bawah,
bincangkan sejauhmana konsep daulat dan tulah
menggambarkan ketinggian darjat golongan
pemerintah dan mencorakan sosial masyarakat
Melaka pada masa itu.

“Maka oleh raja China air basuh kaki baginda


[sultan Mansur Syah] disantap dan dimandikan;
maka dengan sesaat itu juga penyakit kedal dari
tubuh raja China itu pun hilanglah, maka baginda
pun sembuhlah. Maka raja China bersumpah tidak
mahu disembah oleh raja Melaka datang kepada
anak cucunya dengan anak raja Melaka”

Anda mungkin juga menyukai