Anda di halaman 1dari 1

BASED ON YOUR OWN OPINION, HOW WILL UNIVERSITIES PREPARE STUDENTS FOR INDUSTRY 4.0?

STATE RELEVANT FACTS WITH EXAMPLE TO SUPPORT YOUR ANSWER.

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya ‘The Fourth Industrial
Revolution’ menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer,
robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang
memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Pada pandangan saya, pihak universiti perlu melaksanakan penggunaan teknologi dalam sesi
pengkuliahan dan pembelajaran untuk menyediakan para pelajar ini menghadapi perubahan revolusi
industri 4.0. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi pintar mampu memberi
kemudahan kepada pelajar dalam mencari maklumat, menyiapkan tugasan dan mempersembahkan
tugasan tersebut dengan menggunakan teknologi yang canggih. Contohnya, penggunaan internet
yang meluas di dalam universiti adalah permulaan yang baik bagi menyediakan pelajar yang dapat
menggunakan kemudahan tersebut selaras dengan perkembangan industri 4.0. Selain itu, pihak
universiti juga mengarahkan para pensyarah untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi pintar
dalam sesi pengkuliahan di universiti. Hal ini akan mampu memudahkan para pensyarah untuk
menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dengan penggunaan teknologi pintar seperti projector.

Tambahan pula, pihak universiti juga menyediakan pelajar untuk menghadapi gelombang
revolusi industri 4.0 dengan mengubah cara pembelajaran mereka daripada kaedah lama diganti
dengan kaedah yang baru iaitu berasaskan teknologi pintar. Kaedah yang lama harus diubah
sepenuhnya kerana kaedah pembelajaran tersebut dianggap sudah ketinggalan zaman contohnya
dengan mengajar menggunakan papan putih atau memberi mereka data dan input secara langsung
iaitu di dalam kuliah. Kaedah baru harus diperkenalkan kepada para pelajar iaitu dengan
menggunakan teknologi pintar seperti para pensyarah memberikan mereka bahan pengajaran dan
tugasan atas talian agar mereka lebih mudah untuk mendapatkan bahan pembelajaran dan dapat
memberi mereka cabaran dengan menyelesaikan tugasan atas talian selari dengan harapan negara
agar dapat melahirkan pelajar yang celik I.T.

Secara kesimpulannya, pihak university wajar memperkenalkan teknologi pintar kepada para
pelajar agar mereka tidak ketinggalan dengan dunia moden yang telah mengalami perubahan kepada
revolusi industry 4.0. Oleh itu, dengan adanya pelajar yang peka dengan teknologi ini sudah tentu akan
mampu menaikkan universiti mereka ditahap yang berprestij tinggi di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai