Anda di halaman 1dari 2

FAHAMAN DALAM ALIRAN PEMIKIRAN FALSAFAH CONFUCIANISME

Aliran Confusianisme merupakan aliran besar yang menjadi kepercayaan masyarakat Cina. Pada
asalnya, Confusianisme merupakan aliran bukan agama secara mutlak tetapi merupakan aliran
falsafah. Sistem pemikiran yang diasaskan oleh Kung Fu Tze, tokoh peradaban Cina. Bertujuan
meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia. Ajaran Confucius terkandung dalam buku-
buku (Lima Klasik dan Empat Buku). Selepas kematian Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang
membuat pemujaan terhadap beliau, dan muncul upacara dan ritual keagamaan serta perayaan.
Seawal usia 15 tahun beliau telah mempelajaripelbagai jenis pelajaran seperti muzik, sastera, adat-
adat lama, kepimpinan dan ilmu tatacara etika dalam kehidupan, dan sebagainya. Beliau
menyebarkan ajarannya dirumah dan dianggarkan semasa beliau berusia 34 tahun, beliau sudah
mempunyai kira-kira 3000 orang murid. Kung memenuhi usia emas beliau dengan mengarang
berkenaan sejarah peradabannegara China, mengukuhkan prinsip muzik, membuat sajak,
membentuk sistem kesenian,upacara, perayaan dan etika dan lain-lain.

Pemikiran beliau ini tertumpu kepada sistem etika. Oleh yang demikian, ia bersifat falsafah
mengenai hakikat manusia, kehidupan manusia sebagai individu, dalam keluarga, dalam masyarakat,
dan seterusnya dalam kehidupan bernegara. 6 buah karya Confucius itu adalah:

I- Ching: buku mengenai perubahan. Pada asasnya buku ini mengenai ilmu nujumyang
dijadikan dasar dalam metafizik Confucius.

II- Shih Ching: terkandung syair dan puisi puji-pujian di dalamnya.

III- Shu Ching: buku mengenai sejarah dan peradaban.

IV- Li Chi: Menceritakan tentang upacara-upacara keagamaan.

V- Jueh: Buku mengenai seni muzik.

VI- Chun-Chiu: Menceritakan tentang musi panas (summer) dan musim gugur (fall)

Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatanhubungan sosial,
keadilan dan keikhlasan. Falsafahnya mempengaruhi masyarakat cina diseluruh dunia.
Confucianisme juga dikenali sebagai Ru Jia. Ajarannya terkandung di dalam buku Lun. Confucius
menekankan lima hubungan antara manusia (wulun) yang menetapkan peranan individu dalam
masyarakat, iaitu:

a. Hubungan antara suami dengan isteri, iaitu hubungan mesra harus dijalin antarasuami dan isteri
seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus patuh kepada suami.

b.Hubungan antara bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik terhadap anak dananak harus
betanggungjawab terhadap orang tua.

c. Hubungan antara raja dengan pegawai, iaitu raja harus berperikemanusiaan dan pengawai harus
menunjukkan taat setia.

d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik), iaitu saudara tuaharus
bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh dan hormat.

e. Hubungan antara sahabat harus berasaskan kejujuran.


Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murniyang
membentuk masyarakat agar hidup saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Nilai
murni yang ditekankan oleh Konfusianisme boleh dibahagikan kepada:

a. Wu Chang (Four Virtues) iaitu lima sifat murni manusia atau etika manusia yang terdiri
daripada:

i. Ren: yang membawa maksud perikemanusiaan, iaitu manusia perlumemiliji sifat-sifat


kemanusiaan, kasih sayang sesama manusia.

ii. Yi: Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patut dalam
melaksanakan sesuatu tindakan.

iii. Zhi – Zhi: Bererti kebijaksaan, iaitu seseorang harus mempunyai pengetahuan dalam
pelbagai aspek.

iv. Xin – Xin: Bermaksud kebolehpercayaan, iaitu kita harus berpegang kepada janji dan
menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan.

b. Ba De atau lapan nilai murni:

i. Xiao: Bermaksud menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua. Anak harus
bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua.

ii. Ti: Merujuk kepada kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adik- beradik. Mengikut
Konfusianisme, hubungan yang baik antara adik-beradik harusdijalin untuk mengelakkan konflik.

iii. Zhong: Boleh ditakrifkan sebagai taat setia contohnya seseorang rakyatharuslah
menunjukkan taat setia kepada negara, komuniti, pekerjaan masing-masing.

iv. Xin: Bermaksud kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah. Sebagaimanusia yang
bermoral kita haruslah berpegang kepada janji kita dan tidak bolehmenipu orang lain. Mengikut
Confucius, Konsep Xin harus ditekankan untukmengelakkan penipuan dan penyelewengan.

v. Li: Meliputi nilai bersopan santun, berbudi bahasa, kelakuan,uapacara amal dan istiadat
bermaksud kita harus bersopan terhadap orang lain,mematuhi segala undang-undang dan
peraturan.

vi. Yi: Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoraldan patut dalam
melaksanakan sesuatu tindakan.

vii. Lian: Membawa maksud kejujuran dan ketulusan, iaitu melakukansesuatu dengan jujur dan
tidak bersifat tamak.

viii. Chi -Chi: Bersifat mengenal malu. Seseorang yang mengenal malu, tidakakan melakukan
sesuatu perbuatan yang melanggari norma hidup.

Daripada lapan nilai murni di atas, terdapat nilai-nilai yang boleh digabungkan danmenjadi nilai yang
lebih bermakna seperti Zhong + xiao =zhong xiao yang bermaksud menunjukkan taat setia kepada
negara dan berbakti kepada ibu bapa, manakala Xin +Yi =XinYi pula merujuk kepada yang boleh
dipercayai dan menepati janji. Jika setiap nilai yangterkandung dalam konfusianisme dipraktikan
dengan sepenuhnya, perwatakan yang baik,keluarga yang bahagia dan negara yang adil serta
masyarakat seluruh dunia yang aman dandamai dapat diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai