Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS

DATO RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA


TERENGGANU, TERENGGANU

GPM1083
GENERIK PENDIDIKAN MORAL

Nilai Agama dan


Kepercayan
Confucianisme

Confucianisme
diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius
yang bermaksud Guru Agung.
merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan
agama tetapi merupakan tertib bagaimana
manusia harus bertingkah laku, berhubung
dengan orang lain & hidup sebagai anggota
masyarakat.
Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang
dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku
yg memberi ajaran etika dari segi
kesejahteraan manusia, sosial, politik & agama.

Confucianisme tidak dianggap sebagai satu


agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi
merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.
Confucianisme berasaskan ajaran Confucius
dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang
menekankan perasaan perikemanusiaan
terhadap orang lain dan harga diri. Apabila
Confucius disoal pengikutnya tentang
makna perikemanusiaan, dia menjawab
"kebolehan mengamalkan lima kebaikan di
merata dunia adalah kemanusiaan.
Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan
hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

Dalam ajaran Confucius, terdapat lima


jenis perhubungan baik yang menetapkan
peranan individu dalam masyarakat iaitu
pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan
anak, suami dengan isteri, abang dengan
adik dan kawan dengan kawan.
Menurut beliau, setiap individu mempunyai
tugas dan tanggungjawab terhadap pihak
lain. Sekiranya setiap tanggungjawab
dipatuhi, masyarakat serta negara akan
bersatu, tenteram dan harmoni.

Beliau menegaskan bahawa seseorang


anak harus menghormati ibu bapa
mereka dan juga harus menjaga ibu
bapa apabila mereka sudah tua. Dari
segi ibu bapa pula, beliau mengatakan
bahawa kasih sayang patut diberi
kepada anak-anak mereka termasuklah
membimbing dan mendisiplinkan anak.
Seseorang juga harus menjaga
negerinya, negeri adalah disamakan
dengan sebuah keluarga yang besar.

Ren
Shu
Chun
g

baik hati yg bermaksud sikap menyayangi semua


org, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan & murah
hati terhadap semua org.

meliputi murah hati, toleransi& belas kasihan


serta melibatkan hubungan diri individu dgn org
lain.

bermaksud kesedaran dlm melakukan sst yg baik


utk diri sendiri & org lain.

Li
Yi
Ming

meliputi nilai sopan santun, budi bahasa & adat dlm


istiadat atau upacara, peraturan & tingkah laku
seseorang.

ditakrifkan sbg membuat sst dgn cara betul & patut


dlm situasi tertentu yg motif sst perbuatan lebih
penting drpd hasilnya.

menegaskan bahawa individu patut melakukan


semua tugas dgn sedaya upaya dgn tidak
menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu
mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

Xiao
Zhi

ketaatan kpd ibu bapa dgn


menyanjung serta secara
ikhlas mengambil berat emosi
& jiwa mrk.

bermaksud ketulusan &


ketegahan dlm tingkah laku.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah


menambah ajaran tentang pemerintah
kerajaan. Raja yang zalim boleh
digulingkan kerana Tuhan akan memberi
restu kepada rakyat yang ditindas.
Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula
menekankan bahawa manusia pada
dasarnya adalah jahat dan raja
bertanggungjawab untuk menyekat
kejahatan ini dengan merangka undangundang yang ketat dan hukuman keras
kepada pesalah.

Kesimpulan
Confucianisme yang berasaskan ajaran
Confucius memetingkan kesopanan dan
kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat
yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama
sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan
negara adalah perkara yang dituntut daripada
penganut ajaran Confucius.
Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai
kerajaan adalah hasil daripada pengaruh
Confucianisme supaya negara dapat dipimpin
oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan
kerana keturunannya.

Sekian
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai