Anda di halaman 1dari 18

Etika dari Perspektif

Pelbagai Peradaban

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
Peradaban Islam
• Konsep Tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam iaitu al-din. Sumber
utama ajaran agama Islam ialah al-Quran manakala sumber kedua ialah al-Sunnah
(ucapan, tindakan serta sifat Nabi Muhammad SAW).

• Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan dan perbendaharan bagi nilai-nilai murni
Islam yang universal dan kekal sepanjang zaman dalam segala keadaan. Asas
tamadun Islam adalah terbina atas dasar akidah, diikat dengan syariah dan akhlak.

• Akidah merupakan asas-asas kepercayaan dan ibadah, pemikiran dan tunjang


kepada corak perjalanan sebuah kehidupan manusia di dunia dan akhirat manakala
syariah pula merupakan tatacara, undang-undang dan hukum hakam kehidupan,
dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Seterusnya, akhlak pula
merujuk kepada asas-asas nilai dan moral, tindakan dan perbuatan manusia yang
berasaskan al-Quran dan hadis.

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Ketiga-tiga asas ini amat penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Pengabaian
terhadap ketiga-tiga dasar tersebut menyebabkan tamadun yang dibentuk dan dibina itu
menyeleweng daripada asas konsep tamadun Islam yang sebenar.

• Islam amat mementingkan pembentukan akhlak dan keperibadian umatnya. Agama


Islam menekankan agar penganutnya berpegang kepada norma-norma hidup yang
murni dan mencintai perbuatan yang ma’ruf dan memerangi yang mungkar serta
mempraktikkannya dalam kehidupan.

• Dalam konteks etika, akhlak merupakan asas penting dalam tamadun Islam yang
membentuk kelakuan dan peribadi seseorang.

• Akhlak berasal daripada perkataan Arab iaitu khuluq (budi pekerti, tingkah laku, tabiat
dan kebiasaan).

• Akhlak dari sudut pengertian merupakan tingkah laku manusia yang menggambarkan
sifat dan budi pekerti mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa
berasaskan kepada ajaran Islam berdasarkan kepada al-Quran dan hadis.
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
 Menurut Imam al-Ghazali, ilmu akhlak sebagai suatu ilmu yang membina jiwa
manusia menurut tuntutan syariat Islam menerusi peraturan dan garis panduan yang
dibawa dan diajar oleh para nabi, sahabat, sufi, syuhada’ dan siddiqin serta
golongan cendiakawan Islam. Akhlak hati yang tertanam di lubuk hati akan
dizahirkan dalam bentuk perbuatan, kelakuan dan tindakan secara spontan.

 Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa akhlak adalah sifat-sifat yang tersemat
dalam jiwa seseorang yang akan menzahirkan segala keperibadian, tabiat dan
perwatakan secara spontan tanpa menggunakan pertimbangan intelek, akal fikiran
dan penelitian terlebih dahulu.

 Perbuatan yang lahir secara spontan ini sudah terbentuk daripada kebiasaan dan
terkait secara kukuh di dalam jiwa. Sekiranya jiwa seseorang telah tersemat dengan
nilai yang baik, maka ia akan melahirkan akhlak dan perwatakan yang baik dan
sebaliknya.

 Skop akhlak dalam Islam sangat luas meliputi segala aspek sama ada dari aspek
ekonomi, politik, pentadbiran dan pemerintahan.
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
 Dalam Islam, akhlak dikelaskan kepada dua iaitu akhlak mahmudah dan
mazmumah.

 Akhlak mahmudah merujuk kepada perbuatan yang baik dan mengikut


pertimbangan akal (amanah, berkasih sayang, syukur, sabar, pemaaf,
bertanggungjawab, berkata benar, berani, adil dan lain-lain).

 Akhlak mazmumah ialah perbuatan yang jahat dan buruk (sombong, tamak, zalim,
menipu, mencuri, merompak, judi, riba, iri hati, dendam, khianat, kedekut dan lain-
lain).

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
Peradaban Cina
• Etika dalam masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah yang
pelbagai. Antara yang popular ialah Buddhisme, Konfusianisme dan
Taoisme.

 Buddhisme menekankan kehidupan setelah mati.


 Konfusianisme pula menekankan nilai-nilai etika kehidupan.
 Taoisme pula menekankan keserasian hubungan manusia dengan alam.

• Ketiga-tiga aliran ini saling melengkapi dan dijadikan pedoman dalam


kehidupan seharian masyarakat Cina.

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
Buddhisme
• Diasaskan oleh Siddharta Gautama.

• Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit (Budh) bermaksud ‘yang


mendapat kesedaran’.

• Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia


mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang
sempurna.

• Terdapat Empat Kebenaran Mulia (Four Noble Truth) dalam Buddha iaitu
kebenaran mengenai penderitaan (Dukkha), kebenaran mengenai punca
penderitaan (Trisna), kebenaran mengenai penghapusan penderitaan dan
mencapai matlamat (Nirvana) serta kebenaran mengenai kaedah mengatasi
penderitaan (The
Etika dari Perspektif Noble Eightfold Path).
Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Menurut Buddha, hidup manusia penuh dengan penderitaan dan hal ini adalah
lumrah dalam kehidupan. Penderitaan manusia adalah berpunca daripada nafsu untuk
memperoleh kejayaan dan keseronokan. Penderitaan boleh dihapuskan dengan cara
mengatasi nafsu.

• Apabila manusia berjaya mengatasi nafsu serta menghapuskan sifat haloba, hasad
dan kejahilan dalam diri, maka mereka akan terlepas daripada penderitaan dan
seterusnya mencapai nirvana.

• Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu perlulah mengikuti dan melepasi satu tahap
yang dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia (The Noble Eightfold Path).

• Jalan Lapan Lapis Mulia ialah kehidupan yang unggul dan suci meliputi aspek
seperti berikut iaitu kefahaman dan pengertian yang sebenar (Samma Ditthi), pemikiran
yang benar, percakapan dan ucapan yang benar (Samma Vacca), perbuatan yang benar
(Samma Kammanta), kehidupan yang benar (Samma Ajiva), usaha yang benar (Samma
Vayama), minda yang benar (Samma Sati) dan penumpuan yang benar (Samma
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Samadhi).
Peradaban NOTA TAMBAHAN
Konfusianisme

• Konfusianisme diasaskan oleh Confucius dan turut dikenali sebagai


‘Ruisme’.

• Ideologi utamanya ialah Kemanusiaan (ren), Kesusilaan (li) Ketaatan


kepada ibu bapa (xiao).

• Etika berdasarkan kepada takrifan Confucius ialah nilai-nilai kebaikan


berasaskan kepada Lima Kebaikan (Wu Chang) dan Lima Hubungan
Sosial (Wu Lun).

• Prinsip Lima Kebaikan (Wu Chang) ini adalah selari dengan nilai
kebaikan di dalam syurga dan harus diamalkan dalam kehidupan sama ada
dalam sistem pentadbiran atau cara hidup manusia.

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Lima kebaikan ini merangkumi Ren (kebajikan/kemanusiaan), Yi
(kesaksamaan/keadilan), Li (Tatasusila/kesopanan), Zhi
(Kebijaksanaan/pengetahuan) dan Xin (amanah/kepercayaan/integriti).

• Sementara itu, Wu Lun merupakan asas atau panduan kepada sesuatu


perhubungan yang akan membawa kepada kebahagiaaan keluarga dan
seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara.

• Lima hubungan sosial ini meliputi hubungan raja dan pembesar atau
kerajaan dan rakyat (Juncheng) hubungan antara suami dan isteri atau ibu dan
bapa (Fuqi), hubungan antara bapa dan anak atau ibu bapa dan anak-anak
(Fuzi), hubungan antara orang tua dan orang muda (Xiongdi) dan hubungan
antara kawan dan kawan (Pengyou).

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
Taoisme

• Taoisme atau turut dikenali sebagai Daoisme dan diasaskan oleh Lao Tze dan
Zhuang Zi.
• Terbahagi kepada dua iaitu pemikiran falsafah (daojia) dan aliran keagamaan
(daojiao). Tao/Dao bermaksud ‘cara’ atau ‘jalan’ yang benar dan baik untuk
individu mencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia.
• Taoisme merupakan ajaran falsafah mengenai moral dan hubungan antara manusia
dengan alam persekitaran atau alam semula jadi. Ajaran ini menyarankan manusia
agar tidak mementingkan dunia.
• Keamanan dan keharmonian dapat diperoleh jika manusia tidak mengikut hawa
nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan
duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.
• Bagi mencapai ketenteraman batin, rasa kemelekatan terhadap harta perlulah
dibuang.
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Terdapat Tiga Khazanah (Three Treasures) dalam Taoisme iaitu Ci
(compassion) yang meliputi belas kasihan, kelembutan, cinta, belas kasihan,
kebaikan, kelembutan, kebajikan; Jian (Non-Wastefulness) meliputi sifat
berhemat, bersederhana, menahan diri dan berhati-hati; Bugan wei tianxia
xian (Humility)iaitu merasa rendah hati.

• Konsep Yin Yang merupakan antara konsep yang penting dalam Taoisme.
Menurut konsep ini, semua benda dalam dunia ini saling bertindak dan saling
melengkapi untuk mencapai keseimbangan tanpa mengira sama ada benda itu
hidup ataupun tidak.

• Setiap benda adalah dualisme yang mempunyai positif dan negatif.


Kewujudan syurga bererti kewujudan neraka, kewujudan lelaki mesti
wujudnya perempuan dan kebaikan mesti diikuti keburukan. Yin dan Yang
sentiasa bertentangan di antara satu sama lain, namun saling melengkapi.

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
Peradaban India

• Agama Hindu merupakan agama yang utama dalam peradaban India.

• Agama Hindu turut dikenali dengan nama-nama seperti Sanathana Dharma


(prinsip-prinsip kerohanian yang kekal abadi; kebenaran abadi, Vaitiga Dharma
(agama yang menuruti kitab-kitab suci Veda; pengetahuan kebenaran) dan
Brahmanisme (agama Tuhan).

• Dalam agama Hindu, terdapat satu fahaman atau kepercayaan terhadap konsep
karma iaitu perbuatan baik akan diberi balasan yang baik manakala perbuatan jahat
akan membawa padah.

• Menurut hukum karma, setiap manusia adalah bertanggungjawab atas setiap


tindakan yang dilakukannya. Karma dikaitkan dengan kepercayaan kelahiran
semula (reinkarnasi). Semasa hari pembalasan, manusia akan dibalas mengikut
amal perbuatan mereka semasa hidup.
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Prinsip etika dalam agama Hindu dapat dilihat melalui prinsip yamas dan
niyamas.

 Yamas meliputi lima elemen iaitu Ahimsa (belas kasihan, tidak mencederakan
orang lain dengan pemikiran, perkataan dan perbuatan), Sathya (tidak menipu,
tidak mungkir janji, berlaku jujur), Asteya (tidak mencuri atau merompak),
Brahmacarya (mulia rohani & jasmani) dan Aparigraha (murah hati, tidak tamak
haloba, bersederhana dalam berbelanja).

 Niyamas pula meliputi lima aspek iaitu Saucha (suci gerak laku, sikap baik,
sopan santun), Tapas (disiplin diri, tabah), Isvarapranidhana (ikhlas dan
dermawan), Svadhyaya (refleksi diri, pemikiran, ucapan dan tindakan diri
sendiri) dan Santosha (kepuasan hati, hormat menghormati).

• Sistem keluarga masyarakat India dijaga oleh dua aspek utama iaitu asharma
dharma iaitu tahap yang perlu dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat
objektif mulia yang mesti ada bagi setiap manusia.
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Empat objektif mulia dalam membentuk jati diri masyarakat India ialah:

i. Aram/dharma iaitu didapati melalui pembelajaran yang bersifat kerohanian


yang mengutamakan akhlak dan etika dan merupakan objektif yang paling
penting dalam kehidupan ini.

ii. Porul/artha iaitu kekayaan. Seseorang yang berkemahiran perlu bekerja dan
mencari dan menghimpun kekayaan melalui kaedah yang betul dan halal.

iii. Inbam/kama iaitu orang yang menghimpunkan kekayaan secara halal


hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berpandukan akhlak dan etika.
Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi nafkah dan belanja ahli keluarga
seperti makan, minum dan pakaian.

iv. Vidu/moksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian iaitu golongan tua yang
menanti saat kematian. Mereka dapat mengenepikan hawa nafsu dan
keinginan yang paling utama adalah perkara yang berkaitan dengan duniawi.
Mereka melakukan kerja kebajikan di samping menyebarkan ajaran agama.
Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR
Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Selain agama Hindu, agama Sikh merupakan salah satu lagi agama yang
sinonim dengan peradaban India.

• Perkataan Sikh bermaksud Seeker of truth’. Agama ini mempercayai satu


Tuhan iaitu abadi dan tidak berbentuk. Sikh diasaskan oleh Sri Guru Nanak
Dev Ji.

• Ajaran ini mempunyai konsep persaudaraan yang disebut Khalsa yang


bermakna rela berkorban apa saja apabila melibatkan agama. Ia diwakili oleh 5
simbol utama yang dikenali sebagai 5K iaitu Kesh (rambut panjang), Kangha
(sikat), Kara (gelang besi), Kirpan (pedang kecil) dan Kachera (seluar jerut).

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
• Terdapat beberapa nilai teras dalam agama Sikh yang membentuk peribadi para
penganutnya.

 Kesamaan gender iaitu kaum wanita dipandang tinggi dan mempunyai hak,
kedudukan dan keistimewaan yang sama dengan lelaki.

 Kedudukan semua manusia adalah sama.

 Mengingati Tuhan. Aspek ini bersangkutan dengan dengan The Three Pillars of
Sikhism iaitu pertama, Naam Japna (fokus kepada Tuhan); kedua, Kirat Karni
(hidup dengan jujur); ketiga, Vand Chakna iaitu berkongsi dengan orang lain.

 Bekerja keras dalam hidup iaitu dengan melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan
cara yang jujur dan betul serta menggunakan kemahiran dan kebolehan yang
diberikan Tuhan untuk kebaikan sendiri, keluarga dan masyarakat.

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN
 Berkongsi dengan orang lain. Dalam hal ini, para penganut digalakkan berkongsi
kekayaan dengan orang lain, bersedekah dan mengedarkan makanan di Langar
(dapur percuma). Dalam tradisi Langar, pada setiap minggu gurdwara akan
membuka dapur untuk memberi makanan kepada semua orang tanpa mengira
kaum.

 Membantu orang lain iaitu dengan melakukan sewa (selfless service) tanpa
mengharapkan balasan. Dalam soal ini, para penganut Sikh digalakkan untuk
melaksanakan khidmat sukarela untuk komuniti.

Etika dari Perspektif Pelbagai DR. CHARANJIT KAUR


Peradaban NOTA TAMBAHAN

Anda mungkin juga menyukai