Anda di halaman 1dari 19

KONSEP ETIKA DAN

PERADABAN BERASASKAN
AGAMA ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD IQBAL AFNAN BIN MOHD SUKIMAN


MUHAMAD LUQMAN HAKIM BIN NOR ‘AZNI
DANIAL HAIKAL BIN HAMZAH NOR
MOHAMMAD YUSOF BIN SUHAIMI
MUHAMMAD FARIS BIN FISOL
ARIEF ISKANDAR BIN ANUAR
01
Memahami tentang hubungan
citra semesta (worldview)
dengan etika di dalam tamadun
Islam.
OBJEKTIF
Mengetahui tentang isu-isu
PENYAMPAIAN
02 etika dan peradaban
dalam tamadun Islam

03 Menghayati nilai-nilai murni


dalam tamadun Islam
Pendahuluan
Individu
Etika Dan Peradaban sangat penting dalam
diri seseorang individu supaya kita
mempunyai keperibadian yang tinggi dan
saling menghormati antara satu sama Iain.

Masyarakat
Supaya kehidupan yang harmoni dapat
diwujudkan serta dapat membina negara
bangsa yang aman makmur dan saling hormat
menghormati.
• Etika Islam adalah dikaitkan dengan istilah ‘akhlaq’
atau jamak daripada ‘khuluq’ di dalam bahasa Arab.
DEFINISI
• Daripada sudut bahasa, ia bermaksud sikap, tabiat,
ETIKA budi pekerti, perangai, dan tingkah laku.

DALAM • Dari sudut istilahnya pula, ia dapat dimaksudkan


sebagai tingkah laku semulajadi atau kebiasaan individu
ISLAM yang dipancarkan hasil daripada keadaan jiwa
seseorang individu tersebut serta tanpa pertimbangan
pemikiran terlebih dahulu.
SUMBER ETIKA
DALAM ISLAM Al-Quran Al-Sunnah
SUMBER PERADABAN DALAM ISLAM

Al-Quran As-sunnah
• AI- Quran merupakan sumber sahih yang • Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang
merangkumi semua konsep iaitu konsep disandarkan kepada baginda melalui
ketuhanan,sistem perundangan, alam perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat
ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains dan atau akhlak serta Riwayat hidup baginda
sejarah dan banyak lagi sebelum dan sesudah dilantik menjadi
Rasul. Dari segi bahasa, As- sunnah juga
• AI- Quran bukan sahaja menjadi sumber dinamakan sebagai AI- Hadith.
kepada umat Islam tetapi juga sebagai
sumber kepada seluruh manusia dan
membacanya adalah satu ibadah
DEFINISI PERADABAN DALAM
ISLAM

• Istilah dalam Bahasa Arab yang dimaksudkan dengan peradaban dalam Islam
adalah ‘hadharah’ yang bermaksud kehidupan yang menetap atau keadaan
kehidupan yang berada pada tahap maju. Istilah ‘hadharah’juga digunakan bagi
menjelaskan tentang maksud ketamadunan.

• Ibn Khaldun menggunakan kata ‘umran’ untuk menggambarkan konsep


peradaban. ‘Umran’ membaca erti wilayah atau rumah yang didiami,
berpenduduk dan sejenisnya dalam sebuah daerah yang maju atau makmur.
• Islam melihat bahawa etika itu bukanlah
hasil daripada timbangtara, pemikiran
atau kebijaksanaan manusia biasa.
• Hanya Allah s.w.t serta RasulNya sahaja
yang mempunyai autoriti terhadap
sistem etika ini.
• Prinsip tauhid – Allah Pencipta
semesta alam.
• Setiap anjuran dan segala
laranganNya wajib ditaati atau
dijauhi.
• Insentif & penalti.
PRINSIP UTAMA
DALAM ETIKA
ISLAM
Etika selari dengan 03
Etika membicarakan
01 fitrah manusia. tentang dua
dimensi sikap
manusia.

Etika mestilah selari 04 Etika menyantuni


02
dengan al-din hubungan manusia
(agama). secara personal dan
interpersonal.
CIRI-CIRI ETIKA DALAM ISLAM
• Kebaikan mutlak adalah ciri utama etika Islam dan ia adalah
ciptaan Allah s.w.t.
• Kebaikan yang dihasilkan adalah ikhlas untuk individu, keluarga
dan masyarakat
• Etika murni yang digalakkan oleh Islam adalah ibadah kepada
Pencipta oleh hamba
• Intipati sedekah yang diajarkan dalam Islam ialah amalan
memberi secara ikhlas dan rahsia

• Menjamin kesejahteraan manusia sejagat tanpa batasan


tempat, persek itaran dan masa.
• Kesejahteraan datang daripada Allah s.wt yang mencipta
alam dan manusia
• Etika menepati sifat manusia di luar sempadan keturunan,
geografi, zaman, dan sebagainya
CIRI2 ETIKA DAN
PERADABAN ISLAM

AMANAH TOLONG -
MENOLONG

PEMURAH SABAR
1.
• AMANAH
Dari segi bahasa, amanah bermaksud aman, damai,
tenteram, selamat dan harmoni.
• Secara istilahnya, amanah bermaksud menyerahkan
tanggungjawab kepada seseorang yang berhak menerimanya
dan dipercayai agar melaksanakan tanggungjawab tersebut
dengan jayanya tanpa mengabaikannya.
Terhadap Allah
- Sebagai hamba: taat kepada perintah Allah dan menjauhi
laranganNya.
- Sebagai khalifah: memelihara, memakmurkan serta
membangunkan bumi agar lebih sejahtera.

Terhadap Rasulullah SAW


- Untuk memelihara, menghargai, mencontohi serta
mengamalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w.

Amanah Terhadap diri sendiri


- Lahiriah: menjaga kesihatan, kebersihan & memberi hak
pada anggota pancaindera.
-Rohaniah: anggota pancaindera digunakan untuk
beribadat dan bukannya untuk perbuatan sia-sia &
dilarang.

Terhadap orang lain


- Setiap manusia itu mestilah menjalankan amanahnya
terhadap masyarakatnya sama ada dari sudut perkhidmatan,
saling tolong-menolong, bekerjasama, bersikap ihsan,
bercakap benar serta mengeluarkan zakat dan bersedekah.
2. TOLONG-MENOLONG

• Orang Islam berkewajipan menolong sesama manusia di


dalam tiga kategori iaitu, menolong para kerabatnya
(keluarga), menolong jiran sesama Islam serta menolong
jiran bukan Islam.
• Contohnya, sikap orang Ansar menolong orang Muhajirin.
3. PEMURAH
• Bersikap pemurah dapatlah diertikan dengan amalan
membelanjakan hartanya di dalam hal-hal yang dituntut
oleh syara’.
• Ia terbit daripada pengorbanan iaitu pengorbanan dari sudut
membelanjakan serta mewakafkan harta dan menderma di
jalan Allah s.w.t. dengan ketulusan hati tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran atau pujian.
Impaknya:
• membersihkan hati sang pemberi harta daripada segala sifat
riak, sombong dan bongkak di atas pemilikan hartanya.
• menanam sikap saling sayang-menyayangi serta prihatin
terhadap sesama insan.
• Status ekonomi masyarakat akan maju.
• Membasmi kemiskinan & kadar jenayah.
4. SABAR
• Dari sudut bahasa, sabar dapat diertikan sebagai menahan diri.
• Secara istilahnya, ia merujuk kepada menahan atau menanggung diri daripada
melakukan perkara-perkara jelik yang didorong oleh nafsu kepada perkara-
perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t. (Azman Mat Zain, 2002:
93).
• Dunia ini dianggap sebagai pentas di mana manusia itu diuji dengan pelbagai
rintangan dan pancaroba hidup sama ada dari sudut kewangan, kesihatan dan
sebagainya.
• Jiwa perlu dididik supaya menjadi kuat dan kental dalam menghadapi segala
ujian Allah s.w.t di dunia ini.
• Orang yang hilang sabarnya akan memperlihatkan amarahnya, berputus asa
serta menyalahkan takdir di atas kesusahan yang ditimpakan ke atasnya.
• Sebaliknya, orang yang bersabar akan diberikan ganjaran amat besar kerana ia
adalah satu sikap yang menunjukkan keimanan serta ketakwaan yang tinggi
terhadap Penciptanya.
PRINSIP ETIKA DALAM
ISLAM
● Keimanan Keimanan kepada Allah SWT yang mendalam dan kuat akan
melahirkan nilai akhlak mahmudah

● Etika Islam telah menetapkan bahawa ukuran baik buruk sesuatu perbuatan
itu mestilah berlandaskan ketentuan yang telah Allah SWT tetapkan sejak
Azali

● Konsep kejadian manusia adalah berperanan untuk memikul


tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah untuk menjaga dan
memakmurkan bumi Allah SWT ini dengan cara meletakkan Dia sebagai
yang Maha Berkuasa

● Islam tidak mengiktiraf prinsip yang bersifat berat sebelah, pilih kasih dan
pembezaan warna kulit, bangsa, latar belakang dari aspek keturunan dan
geografi dan sebagainya
KESIMPULAN
Kesempumaan dalam sesebuah
Etika yang baik membantu etika dan peradaban dapat

1 3
kita ke arah kehidupan yang dicapai apabila mengikuti
aman dan harmoni. panduan AI-Quran dan sunnah
yang menjadi penunjuk arah
dalam kehidupan seorang
Muslim

Ciri-ciri inilah yang melonjakkan


Bertunjangkan al-Quran nilai – nilai yang baik dari sudut

2 dan al-Sunnah yang


mendasari sumber
pandangan masyarakat umum
terhadap Islam. 4
etikanya.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai