Anda di halaman 1dari 12

KONSEP ASAS

ISLAM
1.1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AD-DIN)
• Islam sebagai “ad-din” mencakupi segenap kehidupan manusia.
• Kedatangan Islam menentang dan menghapuskan segala bentuk fahaman, perbuatan,
amalan yang melampau, keji, zalim, syirik dan seumpamanya.
• Ad-din juga diertikan dengan agama Islam
• Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan
diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran:19)

• Ad-din Islam tidak hanya tertumpu kepada soal ibadat semata-mata tetapi merangkumi
urusan kehidupan manusia sehari-hari.
• Manakala perkataan Islam berasal daripada perkataan Aslama yang membawa maksud
kepatuhan, kesejahteraan dan penyerahan diri kepada Allah SWT
• Ajaran Islam adalah lengkap, merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di
akhirat.

Allah pencipta, lebih mengetahui


keperluan ciptaanNya

KEUNGGULA
Sesuai setiap zaman &
N AGAMA Ajarannya lengkap
tempat
ISLAM

Sesuai untuk semua bangsa


ASAS-ASAS ISLAM

Asas-asas Islam

Akidah Syariah Akhlak

• Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang diasaskan atas landasan agama. Ini bermaksud
untuk mengenali Tamadun Islam, maka terlebih dahulu hendaklah dikenali agama Islam itu
sendiri.
• Secara umum, Islam terbina di atas tiga asas utama iaitu akidah, syariah dan akhlak.
• Akidah berkaitan dengan konsep kepercayaan dan ketuhanan.
• Syariah berperanan sebagai peraturan serta perundangan kehidupan manusia yang dibahagikan
kepada tiga kategori utama iaitu muamalat, munakahat dan jinayat.
• Manakala akhlak pula menyentuh aspek hubungan manusia dengan tuhan, sesama manusia dan
haiwan.
1.1.1 Konsep Akidah (Iman)
• Berasal dari kalimah Arab “akad” yang bermaksud ikatan atau simpulan.
• Akidah merupakan penyaksian dan perjanjian antara manusia dengan Allah SWT.
• Aqidah merupakan titik permulaan menjadi seorang muslim serta merupakan asas keyakinan dan
pegangan hidup manusia.
• Aqidah Islam adalah kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah Yang
Maha Esa manakala Muhammad SAW adalah RasulNya
• Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya iman itu ialah engkau beriman dengan Allah,


malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat
dan engkau beriman dengan takdir baik dan buruk”.
Aspek Akidah Islamiah

Beriktikad bahwa hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai


Ar-Rububiyyah
kekuasaan mutlak dalam mencipta, memiliki dan menguasai alam.
Mentauhidkan keesaan dan kesempurnaan Allah SWT dan meyakini
Al-Uluhiyyah bahawa hanya Allah SWT sahaja wajib disembah dan ditaati serta
berdoa dan berharap kepada-Nya.
Aspek kenabian para nabi dan rasul yang menjadi utusan Allah SWT
An-Nubuwwah
kepada manusia sekalian alam.
Kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat
As-Sam’iyyat dengan pancaindera, tetapi diterangkan oleh Al-Quran dan hadis
seperti dosa, pahala, syurga, neraka dan sebagainya.
Perkara Yang Merosakkan Akidah

Perkataan Perbuatan Hati


• Menghina Islam seperti • Melakukan ibadat • Meyakini bahawa alam
mencela Allah, Al-Quran agama lain. Misalnya ini terjadi sendiri tanpa
dan hadis Rasulullah beribadat dalam gereja pencipta
• Mengubah atau menolak atau menyembah berhala • Meyakini dengan
hukum Allah. Contohnya • Menghina Al-Quran kekuasaan lain daripada
menolak kewajipan solat seperti mengoyak, kekuasaan Allah
fardu “solat pada zaman ini memijak atau • Meragui kebenaran
tidak wajib” meletakkan Al-Quran di agama Islam
• Bersumpah dengan nama tempat najis • Berniat keluar Islam
selain Allah. Contohnya • Memakai pakaian agama
“demi bulan dan matahari” lain. Contoh : memakai
• Menyanyi lagu yang salib, pakaian sami atau
bertentangan dengan paderi
akidah • Mengingkari kewajipan
• Mengubah ayat Al-Quran solat dan lain-lain
atau hadis Rasulullah • Melakukan pemujaan
roh atau syaitan
1.1.2 Konsep Syariah (Islam)
• Syariah atau “syir’ah” bermaksud adat atau jalan yang lurus atau sumber air.
• Ia sebagai panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan.
• Sumber terasnya ialah Al-Quran dan Sunnah nabi manakala sumber sekundernya ialah Ijmak, Qias dan
Ijtihad.
• Syariah ialah bidang Din Islam yang berkaitan dengan undang-undang, hukum hakam ketentuan Allah.
• Syariah meliputi pembentukan peribadi muslim, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang
diamanahkan.

Manusia perlu melaksanakan segala aktiviti kehidupan mereka berdasarkan


undang-undang Allah dalam semua bidang seperti perundangan, aktiviti
ekonomi, sosial, moral dan lain-lain.
Unsur-Unsur Utama Syariah

IBADAT
Aspek yang mengatur hubungan
manusia dengan Allah SWT

MUAMALAT
Aspek yang mengatur MUNAKAHAT
aktiviti kehidupan manusia SYARIAH Aspek yang mengatur
dan hubungan sesama urusan kekeluargaan
manusia dan alam sekitar

JINAYAT
Aspek yang mengatur kesalahan jenayah
hukuman dan kaedah perbicaraan
1.1.3 Konsep Akhlak (Ehsan)
• Akhlak kata jamak dari kalimah “khuluq” yang bermaksud tingkahlaku, tabiat, perbuatan, perangai dan
membentuk peribadi.
“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.”
(Riwayat Malik)

• Akhlak merupakan natijah dan tanda dari aqidah yang betul. Tidak ada nilai bagi aqidah atau iman yang
tidak disertai oleh akhlak yang mulia.
• Akhlak merupakan amalan yang paling berat yang akan diletakkan di dalam neraca hamba pada hari
kiamat kelak.
• Di dalam Islam akhlak merupakan intipati bagi segala ibadat. Tanpa akhlak hanyalah merupakan adat
resam dan gerak laku yang tidak mempunyai apa-apa nilai.
Akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengannya menghasilkan sesuatu
perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Ia menjadi dasar dalam hubungan manusia
dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam seluruhnya. (Imam Al-Ghazali : Ihya
Ulumuddin)
Kategori Akhlak

Akhlak Akhlak
Mahmudah Mazmumah

Segala bentuk kebaikan yang


dilakukan oleh manusia daripada Segala bentuk perlakuan, sifat,
sekecil-kecil perbuatan sehinggalah tabiat dan perangai buruk yang
sebesar-besar perlakuan dalam hidup dicela oleh syarak

Takwa, Ihsan, Benar, Jujur, Syirik, Derhaka kepada


Amanah, Pemurah, Tabah, ibubapa, Khianat, Sombong,
Bijaksana, Menundukkan Mencela, Benci-membenci,
pandangan, Lemah lembut, Fitnah, Rasuah, Tohmahan,
Rajin, Memelihara lidah Mengintai-intai kesalahan
orang lain
Hubungan Antara Akidah, Syariah
Dan Akhlak

Anda mungkin juga menyukai