Anda di halaman 1dari 20

BAB 3 :SHARIAH DALAM

KEHIDUPAN MUSLIM
MUHAMMAD SYUKRI MOHD ASHMIR WONG
PENGENALAN

HASIL PEMBELAJARAN ISI KANDUNGAN


 Menghuraikan pengertian  3.1 Pengertian Shariah
Shariah  3.2 Maqasid Shariah
 Menjelaskan maqasid Shariah  3.3 Skop pelaksanaan Shariah
 Menjelaskan skop Shariah  3.4 Ciri-ciri perundangan Islam
 Menghuraikan konsep  3.5 Peranan Shariah dalam
perundangan Islam
pembangunan masyarakat
 Menjelaskan peranan Shariah
dalam pembangunan ummah
PENDAHULUAN

 Shariah adalah salah satu komponen yang penting dalam system perundangan
Islam
 Teori Shariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang menyentuh
lapangan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya
 Hakikat dalam aplikasi Shariah adalah memberi penekanan kepada system nilai
dalam komponen utama Islam (akidah, ibadat, akhlak, halal,haram,dosa dan
pahala)
 Matlamat utama Shariah ialah untuk memelihara kebajikan sejagat makhluk
ciptaan Allah swt
PENGERTIAN SHARIAH

Bahasa • Sumber air


• Pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus

Istilah • Segala hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah swt


ke atas hambanya melalui para Rasul dan Nabi

Sumber • Al-Quran, Hadith, Ijma’ Ulama dan Qias


PENGERTIAN SHARIAH

Shariah ialah peraturan berkaitan hukum-hakam amali


terhadap seseorang yang telah mukallaf
• Segala peraturan Allah yang ditetapkan untuk manusia jalankan dalam
konteks menjaga hubungan-hubungan manusia

Shariah yang bersifat tidak statik malah ia dinamik dengan


perubahan tempat dan masa yang sentiasa berubah
• 3 aspek dalam perintah Allah (I’tiqadiyyah | ‘Amaliyyah | Akhlaqiyyah)
PENGERTIAN SHARIAH

1. Fiqh : Kefahaman terhadap sesuatu. Ia berupa


Fiqh ilmu yang bersangkutan mengenai pengkajian
hukum-hakam ‘amaliyah dari dalil yang
terperinci
2. Hukum : Lebih spesifik kerana hukum bererti
Undang- penetapan dan ketentuan Allah (Halal, Haram,
Hukum
undang Makruh, Sunat, Harus)
3. Undang-undang : Peraturan dan hukum yang
Shariah digubal oleh Badan perundangan untuk tujuan
penguatkuasaan
4. Nas / Dalil : Sumber yang diambil dari Al-quran
dan Hadith menjadi rujukan atau sandaran
Nas /
hukum
Sumber 5. Sumber : Sumber hukum primer dan sekunder &
dalil
Sumber disepakati dan tidak disepakati ulama
MAQASID SHARIAH

Digubal unutk memelihara lima komponen Maqasid


Shariah yang merupakan asas kehidupan manusia
• Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta

Menjamin kesejahteraan kepada semua manusia

• Menghindarkan kemudharatan yang mungkin menimpa mereka


Maqasid Shariah
MAQASID SHARIAH

• Islam mensyariatkan dakwah, jihad, memerangi ajaran sesat dan


mencegah gejala murtad untuk memelihara dan mempertahankan
Agama agama

• Nyawa tidak wujud di alam nyata tanpa jasad. Melahirkan manusia


Nyawa yang sempurna jasad dan nyawanya.

• Satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluk


Akal yang bernama manusia
MAQASID SHARIAH

•Islam amat mementingkan keturunan generasi


Keturunan
demi generasi

•Harta merupakan tonggak kehidupan kerana


hampir semua keperluan hidup bergantung
Harta kepada harta
MAQASID SHARIAH

Dharuriyyah : Keperluan asas yang perlu ada kepada


setiap individu untuk melangsungkan kehidupan. Cth:
makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan

Hajiyyah : Keperluan untuk menolak kesukaran dan


kepayahan hidup. Cth: alat komunikasi, kenderaan

Tahsiniyyat: Keperluan untuk penambahbaikkan


dan kesempurnaan kehidupan manusia. Cth:
Fesyen, kenderaan yang banyak
SKOP PELAKSANAAN SHARIAH

Hubungan manusia dengan Allah swt


Menjaga hubungan manusia dengan Allah. Konsep pengabdian diri kepada Allah
semata-mata dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya Hubungan
manusia
dengan Allah
Hubungan manusia sesama manusia
Menjaga hubungan sesama manusia. Peraturan dalam membina hubungan dengan
menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela Hubungan Hubungan
manusia manusia
sesama dengan
manusia alam sekitar
Hubungan manusia dengan alam sekitar
Menjaga hubungan antara makhluk dan alam meliputi hubungan flora dan fauna,
cakerawala dan alam seluruhnya
CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM

Wahyu
• Sumber utama dalam Shariah. Segala prinsip dan hukum-hakam terpelihara daripada kelemahan,
kesilapan, kekurangan dan bersifat adil

Ganjaran & Balasan


• Pembalasan diberi dari sekecil-kecil perbuatan hinggalah kepada kesalahan yang besar.

Universal
• Meliputi semua aspek kehidupan dan sesuai untuk setiap tempat dan masa
CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM

Sempurna
• Memenuhi segala kepentingan manusia samada dalam bentuk daruriyyat,hajiyyat dan tahsiniyyat

Seimbang
• Islam menggabungkan antara kedua-dua elemen iaitu individu dan undang-undang

Fleksibal
• Setiap prinsip dan dasar Shariah Islam bersifat tetap namun aspek pelaksanaan berubah mengikut
keadaan dan keperluan semasa
PERANAN SHARIAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Tauhid Khalifah Tazkiyyah Ukhwah


PERANAN SHARIAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
-TAUHID-

Tulang belakang dalam hubungan manusia dengan


Allah swt
• Bersumberkan daripada Al-Quran dan Hadith

Tauhid Rububiyyah : Allah sebagai penguasa dalam


membuat peraturan pembangunan manusia
• Tauhid Uluhiyyah : Fokus kepada hubungan manusia dengan Allah
dan hubungan sesama manusia
PERANAN SHARIAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
-KHALIFAH-

Manusia sebagai pemegang amanah, khalifah untuk


mengurus dan mentadbir alam
• Memakmurkan serta memanfaatkan alam sebaiki mungkin

Manusia hendaklah berlaku adil dan tidak melakukan


kerosakan dan penganiyaann terhadap makhluk lain
PERANAN SHARIAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
-TAZKIYAH-

Konsep penyucian jiwa raga dikalangan manusia


selaku khalifah
• Allah menurunkan para Nabi untuk menyampaikan risalah tauhid
dan dakwah

Peranan ibadah dan muamalat yang mampu untuk


menjadi penawar bagi hati
• Solat, zakat, hibah, wasiat dan sebagainya
PERANAN SHARIAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
-UKHUWWAH-

Manusia memerlukan sifat positif untuk


memakmurkan alam
• Amalan dan etika yang bertentangan dengan nilai
masyarakat boleh menjadi jurang kepada persaudaraan

Konsep Al-Falah iaitu kejayaan di nuia dan akhirat


dalam setiap perkara merupan matlamat sebenar
IMPLIKASI PENGABAIAN SHARIAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Kehidupan manusia akan menjadi huru hara

Golongan bawahan akan terus ditindas dan tidak terbela

Melanggar perintah Allah swt

Ideologi luar akan menular dalam posisi Shariah

Maksiat berleluasa
KESIMPULAN

 Shariah Islam adalah satu peraturan yang diturunkan oleh Tuhan


kepada seluruh umat manusia sebagai panduan
 Shariah Islam bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia
 Pembangunan masyarakat adalah satu bentuk pembangunan
yang bersepadu dalam aspek fizikal dan spiritual

Anda mungkin juga menyukai