Anda di halaman 1dari 22

DIPLOMA IN RENEWABLE ENERGY

MANAGEMENT
PENGAJIAN ISLAM
MPU1043
BAB 2.4: PERUNDANGAN DALAM ISLAM

LECTURER: MS. WAN AISYAH NADIAH BINTI WAN AZMAN

E-MAIL: wanaisyahnadiah@spectrum.edu.my

CONTACT 019-9379238
NUMBER:
Kandungan:
1. Definisi perundangan Islam
2. Matlamat perundangan Islam
3. Perbezaan syariah dan undang-undang ciptaan
4. Mazhab fekah dalam Islam
5. Sumber hukum syariah
6. Undang-undang jenayah Islam
DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM

Syariah

 Bahasa –
 saluran air yang mengalir menjadi sumber minuman,
 jalan yang lurus.

 Istilah

“segala hukum yang diperundangkan ke atas hambanya supaya mereka beriman dan
beramal dengan apa yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.
 Hukum-hukum dipanggil syariah kerana:
 Kedudukannya yang lurus
 Sistem benar dan tidak menyimpang
 Seperti jalan yang lurus
 Jenis-jenis hukum yang terkandung didalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah
dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu hukum berkaitan:
1. I’tiqad atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. Malaikat , Kitab , Rasul dan Hari
Qiamat.
2. Tatatertib, akhlak dan kelakuan samada baik dan buruk.
3. Perbuatan orang mukallaf seperti ibadah, muamalah, jinayah dan seumpamanya.
Dalil tentang syariah

‫ك َعلَ ٰى َش ِري َع ٍة ِّم َن اَأْل ْم ِر فَاتَّبِ ْعهَا َواَل تَتَّبِ ْع‬ َ ‫ثُ َّم َج َع ْلنَا‬
َ ‫َأ ْه َوا َء الَّ ِذ‬
َ ‫ين اَل يَ ْعلَ ُم‬
‫ون‬
Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas
suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama
itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah
kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui. (al-Jathiyah: 18)
Feqah
 Makna feqah:
 Bahasa: kefahaman / mengetahui
 Istilah: pengetahuan terhadap hukum2 syarak yang bersangkutan dengan amalan
diambil dari dalil2 terperinci

 Perbezaan antara syariah dan Feqah


 Syariah mempunyai pengertian yang lebih umum dari feqah.
 Syariah merangkumi segala perkara yang telah ditetapkan oleh Allah melalui
sunnah rasulnya dan juga al-Quran. Feqah hanya tertentu kepada sesuatu
perkara yang khusus sahaja.
 Feqah berkait rapat dengan perbuatan dan perlakuan manusia yang mukallaf,
serta membantu manusia samaada suatu perkara itu baik atau sebaliknya atau
ianya sah atau tidak.
 Ilmu feqah itu sendiri merupakan disiplin bagi manusia yang mana ianya tidak
mati selaras dengan berkembangnya perbuatan manusia.
 Walaupun manusia berubah mengikut masa, peristiwa dan keadaan, feqah juga
berubah tetapi tetap dengan hukum nasnya.

 Disebabkan fahaman yang berbeza terhadap ayat yang sukar/kurang jelas, menjadi
punca perbezaan pendapat maka lahirlah mazhab2 feqah
Contoh pemahaman ayat di kalangan ulama mazhab:

‫ض ٰى َأ ْو َعلَ ٰى َسفَ ٍر َأ ْو َجا َء َأ َح ٌد ِّمن ُكم ِّم َن ْال َغاِئ ِط َأ ْو اَل َم ْستُ ُم‬
َ ْ‫َوِإن ُكنتُم َّمر‬
‫طيِّبًا فَا ْم َسحُوا بِ ُوجُو ِه ُك ْم َوَأ ْي ِدي ُك ْم‬
َ ‫ص ِعي ًدا‬ َ ‫النِّ َسا َء فَلَ ْم تَ ِج ُدوا َما ًء فَتَيَ َّم ُموا‬
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir
atau datang dari tempat buang air atau kamu telah
menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak
mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan
tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan
tanganmu. (an-Nisa’: 43)
Undang-undang ciptaan

Terbahagi 2:
Undang2 semulajadi iaitu ditetapkan oleh Allah dan
tidak boleh dipinda kerana ianya hak mutlak Allah
Undang2 ciptaan manusia
 Dibentuk oleh pemerintah / parlimen spt Malaysia –
tujuan: menjaga kepentingan umum. Perlembagaan
dianggap undang2 tertinggi.
 Boleh dipinda mengikut kesesuaian keadaan
Matlamat Utama Syariah (Perundangan Islam)
 Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas-asas ma'ruf dan menjauhi
segala bentuk kemungkaran.

 Manusia bebas membuat undang-undang baru yang sesuai dengan keperluan


dan suasana semasa dengan syarat tidak melampaui batasan haram dan tidak
terkeluar dari batasan wajib.

 Dalam menggubal undang-undang, Islam menyarankan dua kaedah:


 mengutamakan keselamatan umum
 membawa kesenangan dan kemudahan kepada manusia.

 Perkara-perkara yang menjadi kawajipan matlamat tersebut ialah:


 Memelihara agama atau hak dan kebebasan.
 Memelihara jiwa atau nyawa .
 Memelihara akal fikiran.
 Memelihara kehormatan dan keturunan.
 Memelihara harta-benda.
Perbezaan: Syariah vs Undang Ciptaan Manusia

SYARIAH ISLAM UNDANG-UNDANG MANUSIA

•Bersumberkan al-Qur’an dan as • Peraturan yang dibentuk oleh


Sunnah badan yang mempunyai
•Bersifat tetap, tidak boleh diubah kuasa politik tertinggi dan
oleh manusia kedaulatan.
•Tiada memberi sebarang • Boleh diubah mengikut
pengecualian kepada individu- kehendak majoriti atau
individu yang khas sehinggalah pemerintah
Rasulullah s.a.w. sendiri • Sering memberi pengecualian
•Berlandaskan konsep kepada Raja atau pemerintah
‘kedaulatan’ itu hanya pada Allah atau kumpulan kumpulan
S.W.T. individu yang tertentu.
•Hak yang diberi kepada lelaki • Berdasarkan konsep bahawa
atau perempuan menurut syariat kedaulatan itu ditumpukan
tidak boleh ditarik balik atau kepada negara, raja atau
ditambah oleh sebarang badan rakyat (majoriti).
perundangan.
Mazhab-mazhab Fikah dalam Islam
Mazhab = jalan
Mazhab2 fikah berbeza ‘jalan’ (fahaman) dalam
mengeluarkan hukum
4 mazhab dlm sunnah wal jamaah – Hanafi, Maliki, Syafei,
Hambali
Sebab berbeza pendapat:
Kefahaman terhadap nas
Hadis nabi tidak terkumpul dlm satu teks
Berbeza tempat tinggal dan keperluan
Mazhab Hanafi

 Pengasas - An-Nu’man bin Tahbit dan dikenali sebagai Abu Hanifah (80H-150H).

 Berketurunan Farsi dan dilahirkan di Kufah.


 Beliau mengajar dengan mengutamakan perbahasan dan perbincangan serta
penggunaan rasional secara meluas.
 Dasar istinbatnya (hukum) mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-
Sunnah, Pendapat sahabat dan Al-Ijtihad (iaitu Al-Ijmak, Al-Qias, Al-Istihsan dan
Al-Uruf).
 Fiqah Hanafi telah ditulis dan dikembangkan oleh murid-murid Abu Hanifah
antaranya - Abu Yusuf dan Muhammad Hassan.

Mazhab Maliki

 Pengasas - Imam Malik bin Anas (93H-179H).


 Berketurunan Arab dan dilahirkan di Madinah.
 Beliau mengajar dengan cara penyampaian tanpa banyak perbincangan.
 Kitabnya yang terkenal - Al-Mawatha’.
 Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Al-
Ijmak, Amalan penduduk Madinah (zaman Rasulullah s.a.w.), Al-Qias, Pendapat
Sahabat, Al-Musalih Al-Mursalah, Al-Uruf. Sad ul-Dzarai, Al-Istihsan dan Al-
Istishab.
 Muridnya yang masyhur yang menulis fiqah Maliki - Imam Al-Qarafi.
Mazhab Syafie

 Pengasas - Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris As-Syafie (150H-204H).


 Berketurunan Arab dan dilahirkan di Gaza, Palestine.
 Pernah berguru dengan Imam Malik di Madinah dan Imam Muhammad bin Hassan di
Baghdad.
 Beliau dikatakan pertengahan di antara cara Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dalam
mengeluarkan hukum fiqah.
 Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak,
Pendapat Sahabat (dengan mengutamakan Khulafa Ar-Rasyidin) dan Al-Qias.
 Kitabnya yang terkenal Ar-Risalah dan Al-Umm

Mazhab Hanbali

 Pengasasnya - Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal As-Syaibani (164H-241H).


 Dilahirkan di Baghdad dan pernah berguru dengan Imam Syafie di Baghdad.
 Ujian besaryang pernah dihadapnya - mengingkari kata Khalifah Makmun bahawa Al-Quran
itu makhluk.
 Kitab hadisnya yang terkenal ialah al-Musnad Imam Ahmad.
 Beliau tidak suka menjawab soalan bagi perkara-perkara yang belum berlaku lagi.
 Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Pendapat sahabat
yang disepakati, pendapat sahabat yang lebih dekat kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Hadis
Mursal, Hadis Dhaif, dan Al-Qias.
Sumber Hukum Syariah
 Terbahagi 2:
 Sumber asli – al-Quran dan al-Sunnah
 Sumber sekunder – al-ijmak dan al-ijtihad

Sumber Asli

Al-Quran

 Iaitu sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada umat manusia
melalui Nabi Muhamad s.a.w. untuk mereka jadikan panduan dalam
menjalani kehidupan didunia ini, membacanya berupa ibadah.
 Terdapat kira-kira 330 ayat yang berhubung soal-soal hukum yang boleh
dibahagikan kepada :
 Mengenai ibadah dan taharah ) bersuci )140 ayat
 Urusan keluarga/nikah kahwin, pusaka 70 ayat
 Urusan jual beli, gadaian, sewa-menyewa, syarikat, hutang piutang 70 ayat
 Hukum jinayah 30 ayat
 Urusan kehakiman 20 ayat
As-Sunnah

Iaitu segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama


ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat
kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan
sesudah baginda dilantik menjadi Rasul.
Ia diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh para
Sahabat, Tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh
ulamak Hadis.
Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:
Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran
Menjelaskan ayat yang tidak diperincikan dalam al-
Quran
Menetapkan hukum yang tiada dalam al-Quran
Sumber sekunder

al-Ijmak
 Iaitu kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid
pada suatu masa selapas zaman Rasulullah mengenai
suatu hukum syarak
 Terbahagi 2:
 Soreh – semua ulama mujtahid memberi persetujuan
 Sukuti – sebahagian setuju yang lain diam dan tidak
membantah
Al-Ijtihad

Al-Qiyas
 Menyandarkan suatu yg tidak ada hukum dari nas kpd sesuatu yg ada hukumnya dari nas
oleh persamaan illah (sebab musabab). Cth: pengharaman dadah

Al-Istihsan
 Penetapan hukum terhadap suatu masalah berlainan dari ketetapan yang diterapkan pada
masalah2 yang ada persamaan dengannya kerana ada alasan yang lebih kuat yang
menghendaki kelainan itu dilakukan
 Cth: orang bodoh wajib dihalang menguruskan hartanya (menjual/melabur) demi kebaikan
diri melainkan kelulusan walinya. Tetapi boleh mewasiatkan hartanya kepada kebaikan.
Alasan: wasiat terlaksana selepas mati

Al-Masalih al-Mursalah
 Maslahah/manfaat yang tidak dinyatakan halal / haramnya oleh syariah. Cth: pengumpulan
al-Quran dlm bentuk mushaf

Sadd al-Dharai’
 Penutupan jalan yang membawa kepada kerosakan. Cth: haram menyewakan bangunan
kepada pengusaha perjudian
Al-’Urf
 Adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan Islam
 Cth:
 urf qauli – panggilan ‘aulad’ kepada anak lelaki, sedangkan dari sudut
bahasa ianya merangkumi anak lelaki dan perempuan
 Urf amali – berjual beli tanpa akad

Al-Istishab
 menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini atau masa
akan datang, berdasarkan kepada ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa
yang lalu, kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa sesuatu itu telah
berubah keadaan.
 Cth: Semua jenis binatang laut halal dimakan pada hukum asalnya, kecuali
apabila ianya didapati mendatangkan kemudharatan
Undang-Undang Jenayah Islam
Al-Jinayah – segala bentuk tindakan yang dilarang dan
merosakkan ke atas badan, harta atau sebagainya.
Menurut Al-Mawardi – segala bentuk kesalahan menurut
syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah –
qisas, hudud dan takzir
Pencabulan ke atas lima perkara (agama, nyawa, akal,
harta, maruah) adalah jenayah yang perlu dihukum.
Elemen suatu tindakan itu jenayah:
Perundangan – peruntukan tentang kesalahan jenayah
Tindakan – melakukan kesalahan jenayah
Kelayakan – dari segi umur, kelayakan dan
tanggungjawab
Hukuman Kesalahan Jenayah dalam Islam
 Hudud
 Qisas
 Ta’zir

Hudud
 Pengertian:
 Bahasa : menahan / mencegah
 Keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang wajib
dilaksanakan sebagai hak Allah. Kadar hukuman tidak boleh dipinda.

‫ َواللَّـهُ َع ِزي ٌز َح ِكي ٌم‬  ‫َّارقَةُ فَا ْقطَعُوا َأ ْي ِديَهُ َما َج َزا ًء بِ َما َك َسبَا نَ َكااًل ِّم َن اللَّـ ِه‬ ُ ‫َّار‬
ِ ‫ق َوالس‬ ِ ‫َوالس‬
Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu
balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman
pencegah dari Allah.(al-Maidah: 38)
 Bentuk kesalahan hudud:
 Sariqah (mencuri)
 Zina
 Qazaf (membuat tuduhan zina)
 Syurb (minum arak)
 Hirabah (menyamun)
 Irtidad / ridd

Qisas
 Pengertian:
 Bahasa: memotong atau pembalasan
 Istilah : Suatu hukuman yang telah ditetapkan Allah yang wajib dilaksanakan bagi
menunai hak manusia.
 Bererti – membunuh hendaklah dibunuh balas, mencederakan maka dibalas
cederakan.
 Kesalahan jenayah qisas – membunuh dengan segaja dan
mencederakan
 Diat – denda yang wajib dibayar sebagai ganti qisas
Takzir
Pengertian:
Bahasa: menghalang / menolak
Istilah : hukuman yang bertujuan untuk menghalang
pencerobohan kepentingan awam / individu oleh
mahkamah / pemerintah
Bentuk hukuman tidak ditentukan di dalam al-Quran dan
al-hadis dan tertakluk kepada bidangkuasa hakim – denda,
penjara, sebat dsb.
Latihan
1. Apakah makna syariah dari segi bahasa dan istilah
2. Jelaskan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam al-
Quran dan al-sunnah.
3. Nyatakan 3 perbezaan syariah dengan undang-undang
ciptaan manusia
4. Nyatakan sumber perundangan Islam.
5. Huraikan bentuk hukuman jenayah Islam berikut
berserta contoh.
1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir

Anda mungkin juga menyukai