Anda di halaman 1dari 63

BAB 1

PENGENALAN PERUNDANGAN ISLAM DAN PERUNDANGAN


SEBELUM ZAMAN KEDATANGAN ISLAM
Syariat & Kepentingannya

 Syariah dalam Bahasa Arab bermaksud sumber air


yang diminum dan ia kemudiannya digunakan untuk
jalan yang lurus
 Dari sudut istilah, ia bermaksud segala suruhan,
larangan dan petunjuk Allah kepada manusia supaya
dipatuhi
 Ia mengatur kehidupan manusia sesama sendiri bagi
menjamin hak setiap individu kerana manusia tidak
terlepas dari pengaruah hawa nafsu. Ia menjaga
keperluan yang lima: agama, jiwa, keturunan, harta
benda dan akal fikiran
 Ia mengatur hubungan manusia dengan Allah supaya
manusia bersyukur dan mentaati perundangannya
Islam & Ruang Lingkupnya

 Islam dari aslama yang bermaksud patuh dan tunduk


serta dikhususkan kepada Allah
 Islam dalam maksud yang sebenar dikhususkan
kepada syariat Nabi Muhammad SAW
 Ruang lingkup Islam:
 I’tiqadiyyah
 Khuluqiyyah
 Amaliyyah
Fiqh & Pembahagiannya

 Fiqh dalam Bahasa Arab bermaksud mengetahui dan


faham mengenai sesuatu perkara dengan
mendalam. Ia biasa digunakan untuk ilmu agama
 Definisi fiqh ialah mengetahui hukum syarak yang
berbentuk amali yang dikeluarkan daripada dalil-
dalilnya yang terperinci
 Ia mengandungi persoalan asas dan persoalan
cabang/ranting
 Ia dibahagikan oleh ulama kepada 4 bahagian
utama: Ibadat, munakahat, muamalat & jinayat
Keistimewaan Perundangan
Islam
 Ia adalah risalah terakhir dan menyeluruh bagi
segenap aspek kehidupan manusia
 Mempunyai aspek kerohanian & pembersihan jiwa
 Menyediakan balasan dunia dan akhirat
 Merangkumi aspek lahiriah dan rohaniah
 Mempunyai balasan pahala bagi kebaikan dan siksa
bagi keburukan
 Kuasa pengubalan undang-undang hak mutlak Allah
 Ia mengatur hubungan manusia dengan Allah dan
sesama manusia
Perundangan Sebelum Islam

 Masyarakat Arab berada dalam kegelapan, kejahilan


dan kehidupan mereka berasaskan kepada
kepercayaan serta adat nenek moyang
 Terdapat kisah kegemilangan mereka dari aspek
ekonomi, politik dan kesusasteraan seperti kota Mekah
menjadi pusat perdagangan
 Masyarakat Arab terbahagi kepada suku kaum yang
berasaskan kepada keluarga & keturunan. Mereka
bersikap fanatik dan asabiyyah terhadap kabilah
masing-masing
Agama Sebelum Islam

 Agama Berhala yang menganggap berhala adalah


perantaraan kepada Allah. Terdapat 360 buah berhala di
sekeliling kaabah & yang terkenal al-Lata, al-Uzza & al-Manat
 Penyembahan Cakerawala seperti bintang, matahari, bulan dll
 Agama Hanif iaitu saki baki ajaran Nabi Ibrahim as. Di antara
ajarannya solat pagi dan petang
 Agama Yahudi & Nasrani iaitu pengikut nabi Musa as dan Nabi
Isa as
 Penyembahan Roh atau Semangat (Animisme) yang
menyembah & memuja roh orang yang telah mati
 Kepercayaan Adat yang diwarisi dari nenek moyang seperti
menilik nasib, percaya kepada petanda baik dan buruk serta
mempercayai sihir dan azimat
Perundangan & Kehakiman
Sebelum Islam
 Setiap suku kaum mempunyai ketua yang memegang kuasa
dan mengadili pertelingkahan yang berlaku di kalangan kaum
dan kabilah
 Jika berlaku pertelingkahan di antara kabilah, mereka akan
menemui orang yang terkemuka, disegani & mempunyai
padangan yang jauh seperti Akhtam bin Saifi yang merupakan
hakim bangsa Arab, Amir bin Darb yang merupakan seorang
pendita dan Sutaih al-Dhi’bi iaitu seorang kahin
 Tiada lagi undang-undang secara bertulis
 Dalam jenayah, hukum potong lidah bagi orang yang membuat
tuduhan palsu dan kedua kedua belah tangan bagi orang yang
melakukan kesalahan
 Dalam perwarisan, wanita dan anak kecil tidak berhak mewarisi
harta tetapi anak angakat adalah lebih berhak
 Dalam perkahwinan, telah wujud persoalan zihar, peraturan
cerai, wali, mahar dll
Sistem Politik Sebelum Islam

 Pemilihan pemimpin adalah berdasarkan kepada


kabilah dan setiap kabilah mempunyai syeikh kabilah
yang wajib ditaati. Ia dipilih berdasarkan kepada
umur, gagah, berani, bijak, petah, bertanggungjawab
dan disegani.
 Terdapat badan-badan dan jamaah yang
memerintah kota-kota seperti kota Mekah yang
mempunyai Jabatan Menjaga Kaabah, Jabatan
Perbekalan Air, Jabatan Menyambut Jemaah Haji,
Jabatan Kehakiman dan Jabatan Urusan Keamanan
& Peperangan. Setiap perhimpunan rasmi diadakan
di Dar al-Nadwah
Aturan Kekeluargaan
Sebelum Islam
 Komponen utama kabilah
 Keturunan
 Anak Angkat
 Perhambaan & sumpah setia
 Lelaki lebih diutamakan dan perempuan dikecualikan dari mewarisi harta
 Ketua keluarga adalah bapa atau datuk dan berpindah kepada ahli keluarga
lelaki lain jika berlaku kematian
 Perkahwinan mestilah memenuhi syarat: keredaan wali, mahar yang dimiliki oleh
wali & tidak berkahwinan dengan perempuan yang diharamkan seperti
saudara perempuan, ibu, ibu saudara & anak angkat
 Suami berkuasa penuh ke atas isteri, hartanya dan boleh memukulnya sehingga
mati
 Perkahiinan boleh berlaku melalui gundik, kontrak, pertukaran isteri, istibda’,
poliandri & pelacuran
 Lelaki boleh mengahwini 2 adik-beradik & janda bapa
 Terdapat peraturan perceraian seperti talak yang tiada had, khuluk, ila, zihar dll
Ekonomi Sebelum Islam

 Terdapat aktiviti ekonomi seperti perdagangan,


pertanian & penternakan
 Kota Mekah menjadi pusat perdagangan yang utama &
terdapat pasar-pasar yang terkenal seperti Ukaz di Taif,
Zul Majaz di Arafah dan al-Majanah di wadi Fatimah
 Terdapat jual beli yang berunsur riba dan penipuan. Di
antaranya:
 Jual beli hissah iaitu pembelian tanah berasaskan lontaran
 Jual beli Ghawwas iaitu jual beli dengan menyelam di dalam
air
 Jual beli melamasah iaitu dengan cara menyentuh pakaian
Bab 2
PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH
SAW
Perundangan Fasa Mekah

 Setelah dilantik menjadi Rasul, baginda telah


memperbaiki akidah sesat masyarakat Arab
 Tumpuan utama dakwah baginda adalah dari aspek
tauhid dan mengenal Allah
 Sepanjang dakwah di Mekah selama 12 tahun 5
bulan dan 13 hari, al-Quran banyak menyentuh
mengenai kepercayaan dan akidah sahaja
 Tidak terdapat ayat al-Quran yang menyentuh aspek
perundangan sivil, perdagangan dan kekeluargaan
Perundangan Fasa Madinah

 Umat Islam bertambah dan menjadi kuat


 Perundangan berkaitan jenayah, perkahwinan,
muamalat pusaka dll telah diturunkan oleh al-Quran
 Piagam Madinah merupakan undang-undang
berbentuk perlembagaan pertama umat Islam
 Perundangan terbentuk berasaskan kepada realiti
dan peristiwa yang berlaku
 Rasulullah saw akan menyelesaikan setiap
permasalahan umat Islam termasuklah baginda
berijtihad
SUMBER PERUNDANGAN DI
ZAMAN RASULULLAH SAW
 Al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur
selama 23 tahun yang mengandungi: 70 ayat
berkaitan undang-undang diri, 70 ayat berkaitan
muamalat, 30 ayat berkaitan jenayah, 13 ayat
berkaitan kehakiman, 10 ayat berkaitan
perlembagaan, 25 ayat berkaitan undang-undang
antarabangsa dan 10 ayat berkaitan ekonomi &
kewangan
 Al-Sunnah yang berbentuk wahyu yang diturunkan
dan ijtihad Rasulullah saw sendiri. Al-Sunnah
menerangkan maksud al-Quran dan menambah
hukum baru. Ia tidak ditulis sehingga zaman Umar bin
Abdul Aziz
IJTIHAD RASULULLAH SAW

 Ia berlaku jika Rasulullah saw tidak menerima perintah


daripada wahyu
 Jika berlaku kesilapan, baginda akan ditegur oleh
Allah swt
 Contoh ijtihad yang berlaku ialah peristiwa tawanan
perang Badar. Rasulullah saw telah menerima wang
tebusan dari pihak musyrikin dan tidak membunuh
mereka. Allah swt telah menurunkan ayat yang
mencela keputusan tersebut
CIRI PERUNDANGAN ZAMAN
RASULULLAH SAW
 Perundangan disyariatkan berdasarkan kepada kes
yang berlaku
 Tiada perbezaan pendapat berlaku di kalangan
sahabat
 Perundangan diturunkan secara beransur-ansur
 Sumber perundangan adalah wahyu dari Allah
walaupun ia berbentuk Sunnah dan ijtihad Rasulullah
saw
BAB 3
PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN SAHABAT
(TAHUN 11H – 100H)
LATAR BELAKANG ZAMAN
SAHABAT
 Bermula dari kewafatan Rasulullah saw sehingga
kematian sahabat yang terakhir iaitu Anas bin Malik
pada tahun 93H
 Negara Islam telah berkembang luas sehingga
merangkumi Syam, Mesir, Iraq dan Parsi
 Wujud pelbagai budaya dan permasalahan yang
dihadapi oleh umat Islam
 Sahabat bertanggungjawab untuk berijtihad dalam
permasalahan baru bagi menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi umat Islam
FAKTOR PERSELISIHAN
SAHABAT
 Perbezaan kefahaman terhadap maksud ayat al-
Quran seperti lafaz yang mempunyai maksud
musytarak (quru) dan maksud hakiki atau majazi
 Perbezaan hafalan kepada Sunnah
 Pengaruh suasana persekitaran
 Perbezaan dalam menggunakan pemikiran (al-ra’y)
 Aktiviti ijtihad sahabat: mentafsirkan al-Quran dan
Sunnah, melakukan qiyas, berijtihad menggunakan
pemikiran yang kemudiannya dinamakan sebagai
masalih mursalah dan istihsan
SUMBER PERUNDANGAN
PADA ZAMAN SAHABAT
 Al-Quran yang merupakan sumber tertinggi
 Al-Sunnah jika tiada hukum yang ditemui dalam al-
Quran
 Qiyas dengan melihat persamaan illah
 Jika tiada illah sama yang diperolehi, sahabat akan
berbincang sehingga sepakat
 Jika mereka tidak sepakat, maka pendapat
terbanyak diterima pakai
 Athar merupakan qawl (pandangan) sahabat jika
terdapat perbezaan pandangan di kalangan mereka
Perpindahan Sahabat, Krisis
Politik & Kesannya
 Sahabat telah berpindah ke serata negara Islam
 Berkembangnya riwayat hadis sehingga terdapat penyelewengan
kerana terdapat pihak yang tidak memahami maksud sebenarnya dan
wujudnya golongan yang memeluk Islam dengan tujuan untuk
menyelewengkan hadis
 Terdapat fatwa-fatwa yang berlainan terhadap masalah yang sama
 Sukar untuk terjadinya ijmak di kalangan sahabat
 Wujudnya golongan syiah dan khawarij yang menyebabkan
perpecahan di kalangan umat Islam. Ia mewujudkan dua kelompok
manusia:
 Golongan yang berpura-pura memeluk Islam dan menyebarkan
khurafat serta bid’ah
 Golongan pelampau yang taasub sehingga menyeleweng dalam
memahami al-Quran
 Implikasi dari keadaan yang berlaku, ilmu fiqh menjadi ilmu yang
tersendiri dan mempunyai ulamanya sendiri
METOD PENGAMBILAN HUKUM
DI KALANGAN SAHABAT

 Muncul dua metod pengambilan hukum dalam


perundangan Islam
 Metod yang berasaskan kepada pemikiran (al-ra’y) dan
mendalami illat sesuatu hukum. Golongan ini dinamakan
sebagai ahl al-ra’y. Ia dipelopori oleh Sayidina Umar, Abdullah
bin Mas’ud dll
 Metod yang tidak membahaskan secara mendalam illat sesuatu
hukum dan hanya berpandukan kepada nas sahaja. Golongan
ini dinamakan sebagai ahl al-hadith. Ia dipelopori oleh Zayd bin
Thabit, Abdullah bin Amru dll. Golongan ini terlalu berhati-hati
kerana takut terjerumus kepada kesalahan dan penyelewengan
BAB 4
PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN TABI’IN
(TAHUN 101H – 350H)
Keistimewaan Zaman Tabi’in

 Wujudnya mazhab-mazhab yang diketuai oleh imam-


imam mazhab. Mereka mendapat galakan daripada
pemerintah untuk berijtihad
 Terdapatnya penulisan al-Quran, al-Sunnah dan fiqh
para sahabat serta tabi’in. Setelah itu, terdapatnya
penulisan ilmu usul fiqh dan ilmu-ilmu lain seperti tafsir,
mantik dan ilmu Bahasa Arab
KEWUJUDAN MAZHAB FIQH

 Perselisihan pendapat dalam memahami hukum


syarak bermula dari kewafatan Rasulullah saw iaitu
ketika memilih pengganti baginda. Setelah itu, para
sahabat berbeza pandangan terhadap hukum
memerangi golongan yang enggan menunaikan
zakat
 Namun begitu, pemahaman para sahabat terhadap
hukum tidak menggambarkan metod tertentu yang
digunakan secara khusus bagi penentuan sesuatu
hukum
 Perluasan tanah jajahan, suasana yang berbeza dan
metod penentuan hukum yang berbeza
menyebabkan kelahiran mazhab-mazhab fiqh
MAZHAB-MAZHAB FIQH

 Terdapat mazhab fiqh yang ditulis secara berasingan


dengan pendapat mazhab-mazhab yang lain seperti
mazhab Hanafi, Syafie, Maliki dan Hambali
 Terdapat mazhab yang dibina secara berkumpulan
seperti mazhab Hanafi dan mazhab yang diasaskan oleh
seorang imam secara bersendirian seperti mazhab
Syafie, Maliki dan Hambali
 Perbezaan utama setiap mazhab tertumpu kepada dua
aspek berikut:
 Penumpuan terhadap athar dan hadis tanpa
membahaskan secara mendalam illat hukum. Ia dikenali
sebagai madrasah al-hadith
 Penumpuan terhadap al-ra’y iaitu illat hukum yang sahih
selain dari zahir nas. Ia dinamakan sebagai madrasah al-ra’y
FAKTOR KEGEMILANGAN
FIQH PADA ZAMAN INI
 Para ulama berpeluang mempelajari fiqh dari tokoh-tokoh
besar dari kalangan sahabat & tabi’in
 Pengajian ilmu fiqh juga telah terasing dari pengajian ilmu
lain seperti sunnah dan akidah
 Fiqh dianggap sebagai ketaatan yang berbentuk ibadah
kepada Allah
 Kepelbagaian budaya umat Islam merancakkan
perkembangan perundangan Islam dengan kemunculan
hukum baru setelah melalui perbincangan dan perdebatan
 Terdapat penyusunan ilmu secara sistematik dan
pembukuan serta penterjemahan ilmu
PERBEZAAN PENDAPAT SIMBOL
KEMATANGAN GAYA BERFIKIR
 Perbezaan pandangan adalah berpunca dari
perbezaan latar belakang dan kebolehan individu
tertentu
 Ia tidak membahayakan kerana ia bertujuan untuk
menzahirkan aspek-aspek tertentu yang berkemungkinan
menepati kehendak syarak yang sukar difahami oleh
sesetengah pihak
 Ulama juga berlapang dada terhadap pendapat yang
bercanggah dan tidak menjadikan pendapat mereka
sebagai hukum yang mutlak. Ia boleh dilihat dari
kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka serta
sebahagian mereka melarang dari bertaqlid
 Perbezaan pandangan merupakan rahmat kepada
umat Islam
BAB 5
TAQLID: PERUNDANGAN ISLAM BERMULA DARI
TAHUN 351H – 656H
LATAR BELAKANG

 Ia bermula dari kewafatan imam mujtahid terakhir


iaitu Muhammad bin Jarir al-Tabari pada tahun 310H
sehingga jatuhnya kota Baghdad
 Tidak lagi muncul imam mujtahid mutlak yang
mempunyai metod penentuan hukum secara
tersendiri
 Ulama yang datang selepas dari imam-imam
mujtahid mengambil mazhab dan metod penentuan
hukum yang telah dibahaskan secara mantap
Perkembangan Perundangan
Islam Pada Zaman Ini

 Ulama mengkaji hasil penulisan dan tinggalan ilmu imam-


imam mazhab mereka sahaja dengan menganalisa, mengkaji
kaedah penentuan hukum serta menghafal fatwa mereka
sehingga menjadi ulama terkenal dalam mazhab tersebut
 Mereka meringkaskan penulisan para imam mazhab dan
menghurai serta membuat komentar terhadapnya
 Mereka sangat menyanjungi para imam mazhab sehingga
merasakan mereka tidak lagi mampu mencapai tahap
mereka
 Mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan
imam mazhab tetapi hanya menapis dan mencari fatwa
yang bersesuaian dengan permasalahan masyarakat yang
mereka hadapi
KEGIATAN ULAMA PADA ERA
INI
Tinggalan ulama pada era ini adalah sangat bernilai
kepada generasi umat Islam seterusnya kerana mereka
memperhalusi dan mengembangkan hukum mazhab
fiqh mereka. Antara kegiatan ulama pada era ini:
 Pengilatan hukum dengan mencari illat dan dalil yang
munasabah bagi hukum yang diputuskan oleh para
imam mazhab supaya dapat diqiyaskan kepada
permasalahan yang baru. Sebagai contoh imam
Syafie meninggalkan qawl qadim dan jadid, maka
para ulama mencari illat dan dalil bagi perubahan
mazhab yang berlaku
KEGIATAN ULAMA PADA ERA
INI
 Tarjih dengan memilih pandangan yang paling kuat
daripada para imam mazhab
 Aktiviti tarjih terbahagi kepada
 Tarjih riwayat iaitu memilih riwayat yang lebih kuat jika
terdapat percanggahan pendapat dalam riwayat yang
diterima dari para imam seperti riwayat Muhammad bin
Hasan al-Syaibani dalam mazhab Hanafi, riwayat Rabi’
bin Sulaiman daripada riwayat Harmlah dan Muzani
dalam mazhab Syafie dan riwayat Ibn Qasim dalam
mazhab Maliki
 Tarjih dirayat iaitu mengenal pasti pendapat imam yang
paling kuat dalil dan sandarannya. Ia memerlukan
kekuatan ilmu fiqh dan usul fiqh
KEGIATAN ULAMA PADA ERA
INI
 Menyokong mazhab masing-masing. Di antara usaha
yang dilakukan ialah:
 Memperbanyakkan kitab yang menerangkan kelebihan
imam masing-masing selain dari menulis kitab fiqh
berdasarkan mazhab imam serta menghuraikannya
supaya menarik minat orang untuk membacanya
 Membahaskan perbezaan pendapat imam masing-
masing dengan imam yang lain dengan mengutarakan
hujah yang menyokongnya bagi memperlihatkan
pendapat tersebut adalah lebih baik
ANTARA TOKOH ULAMA
PADA ERA INI
 Abu Bakar Khawahir Zadah bermazhab Hanafi yang
mengarang kitab al-Mabsut, al-Mukhtasar & al-Tajnis.
Beliau wafat pada bulan Jamadil Awal tahun 433H
 Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Sahal yang
dikenali dengan nama Syamsuddin al-Sarakhsi. Beliau
bermazhab Hanafi dan telah mengarang kitab Kitab
Usul al-Fiqh, Sharh al-Siyar al-Kabir & al-Mabsut. Wafat
pada tahun 483H
 Abu al-Walid al-Baji yang bermazhab Maliki. Beliau
telah mengarang kitab al-Muntaqa, Fusul al-Ahkam
dll. Wafat pada tahun 474H
ANTARA TOKOH ULAMA
PADA ERA INI
 Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd al-
Qurtubi yang bermazhab Maliki dan telah mengarang
kitab Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid
serta wafat pada tahun 520H
 Abu al-Hasan al-Mawardi yang bermazhab Syafie dan
telah mengarang kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, al-
Hawi al-Kabir, Adab al-Dunya Wa al-Din, Qanun
Wizarah dll. Wafat pada tahun 450H
 Hujjatul Islam al-Ghazali iaitu Abu Hamid Muhammad
bin Muhammad al-Ghazali yang lahir di Tusi pada
tahun 450H. Mengaang kitab pelbagai budang
agama seperti al-Wajiz, al-Mustasfa, al-Wasit, al-Basit,
Ihya Ulum al-Din dll. Wafat pada tahun 505 di Tusi
BAB 6
TAQLID: PERUNDANGAN ISLAM BERMULA DARI
TAHUN 657H SEHINGGA HARI INI
PENDAHULUAN

 Pada peringkat ini, kedinginan ijtihad masih


berkekalan dan ulama hanya mengikuti fatwa ulama
terdahulu. Mereka menyelesaikan permasalahan
yang timbul berdasarkan kepada sesuatu mazhab
yang menjadi pegangan
 Namun, orang yang bertaklid tidak semestinya terikat
dengan satu mazhab sahaja tapi dibolehkan
berpindah mazhab dengan syarat-syarat tertentu
selagi ia berasaskan kepada dalil yang sahih
LATAR BELAKANG TAQLID

Pada zaman sebelumnya antara aktiviti ulama:


 Mengumpul hadis-hadis
 Mentarjihkan perawi dan periwayatan
 Membuat kesimpulan tentang illah hukum
 Mengeluarkan asas dan kaedah imam dalam pelbagai
permasalahan
 Mengeluarkan fatwa terhadap masalah yang tidak dibicarakan oleh
imam
Ulama berusaha menonjolkan kelebihan imam masing-masing
dan hakim serta gabenor dilantik mengikut mazhab yang
tertentu
Ulama terdorong menutup pintu ijtihad disebabkan terdapat
golongan yang tidak berkelayakan turut serta
PERKEMBANGAN TAQLID
PADA ERA INI
 Ulama pada era ini dinamakan sebagai muta’akhkhirin dan
pusat keilmuan berpindah dari Baghdad ke Mesir, Syam dan
India disebabkan kekejaman Monghul
 Antara kegiatan ulama:
 Membezakan pendapat yang lemah dan kuat berdasarkan
mazhab-mazhab tertentu
 Membuatkan ringkasan kitab fiqh sehingga sukar dibaca dan
difahami seperti Minhaj al-Talibin & Mukhtasar (matan)
 Mensyarahkan ringkasan kitab fiqh (syarh)
 Mensyarahkan kitab syarah kepada matan fiqh
 Mengumpul fatwa
 Menyatakan sandaran sesuatu hukum dan menyusun bab-bab fiqh
seperti al-fatawa al-Hindiyyah, al-Fatawa Khayriyyah, al-Fatawa al-
Mahdiyyah, al-Fatawa al-Nawawiyyah, Al-Fatawa al-Sa’diyyah dll
berdasarkan mazhab tertentu
PERKEMBANGAN TAQLID
PADA ERA INI
 Terdapat ulama yang fiqh yang bebas dan
memerangi taqlid serta menyeru kepada al-Quran
dan al-Sunnah
 Antaranya ialah Ibn Taymiyyah (wafat 728H) yang
meninggalkan Majmu’ al-Fatawa Li Ibn Taymiyyah
yang merupakan jawapan kepada permasalahan
yang berlaku pada zamannya
 Beliau disokong oleh anak muridnya Ibn Qayyim al-
Jawziyyah (wafat 751H)
FAKTOR BERLAKUNYA
IJTIHAD PADA ERA INI
 Para ulama hanya menyebarkan mazhab imam
masing-masing
 Wujud banyak penulisan dan pembukuan kitab fiqh
pada zaman kegemilangannya
 Kejatuhan Baghdad yang menyebabkan tiada
peraturan yang mengawal ijtihad sehingga disertai
oleh golongan yang tidak berkelayakan dan
mendorong ulama menutup pintu ijtihad
PEMBAHARUAN FIQH ISLAM

 Terdapat gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Muhammad bin


Abdul Wahab (wafat 1206H) di Hijaz, Muhammad Ali al-Sanusi (wafat
1286H) di Libya, Muhammad al-Mahdi di Sudan dan Jamaluddin al-
Afghani serta Muhammad Abduh di Mesir
 Kesemuanya membawa seruan:
 Reformasi fiqh Islam
 Membersihkan syariat Allah dari unsur-unsur luar
 Memerhatikan hukum supaya memenuhi keperluan manusia
 Memerangi taqlid
 Mendekatkan jurang perbezaan antara mazhab
 Ruang pembaharuan berlaku dalam dua perkara
 Mempelajari semula fiqh dan mengarang
 Merangka undang-undang berdasarkan kepada kaedah umum tanpa
terikat dengan mana-mana mazhab kecuali qawl yang memberi
kemaslahatan kepada masyarakat
PENGAJIAN & PEMBELAJARAN
PERUNDANGAN ISLAM

 Pusat pengajian unggul diwujudkan bagi tujuan


penyelidikan & perkembangan ilmu ialah Universiti al-
Azhar
 Kurikulum fiqh yang lebih baik & sempurna melalui
kerjasama al-Azhar dengan universiti-universiti lain
 Ia kemudiannya diiikuti oleh Negara Arab lain seperti
Syiria, Jordan, Maghribi, Sudan dll
 Pengajian berbentuk perbandingan pendapat dari
pelbagai mazhab dan memilih pandangan yang
paling kuat serta memberikan kemaslahatan kepada
masyarakat
PENULISAN PERUNDANGAN
ISLAM
 Penulisan berbentuk teori-teori umum secara lengkap
telah . mula wujud. Ia adalah suatu bentuk penulisan
tersendiri yang diolah melalui sumber yang asli
 Ia menggunakan gaya bahasa dan bentuk
penyampaian yang mudah bagi menggalakkan
pembaca meneruskan pembacaan
 Ia membincangkan suatu permasalahan secara
bebas dan mengambil pendapat yang lebih kuat di
samping membahaskan pendapat yang kurang kuat
tanpa melampaui batas
 Ia lebih praktikal dan dapat diguna pakai oleh umat
Islam pada masa kini bagi mencapai kemaslahatan
yang menjadi objektif syarak
PENGKANUNAN FIQH ISLAM

 Pada kurun ke-11 hijrah, lembaga jawatan kuasa


fatwa ditubuhkan bagi mengadakan sebuah kitab
pengumpulan zahir riwayat fiqh mazhab Hanafi yang
dinamakan al-Fatawa al-Hindiyyah atau al-Fatawa al-
’Alamkiriyyah
 Ia mengumpulkan cabang-cabang fiqh yang
menjadi rujukan hakim & orang ramai tetapi tidak
sampai ke peringkat pengkanunan. Ia bukanlah
pengumpulan rasmi yangmengikat mufti atau hakim
PENGKANUNAN FIQH ISLAM

 Kerajaan Uthmaniyyah di akhir kurun ke-13 telah


mengkanunkan undang-undang sivil Islam berasaskan
mazhab Hanafi tanpa terikat dengan pandangan
mazhab tersebut jika kemaslahatan menunjukkan
sebaliknya
 Sebanyak 1851 perkara undang-undang telah
dihimpunkan yang berkaitan muamalat seperti jual
beli, sewa, jaminan, gadaian dll
 Ia dikuatkuasakan di mahkamah kerajaan sehingga
digantikan dengan Swiss Code oleh Kamal Atatuk
PENGKANUNAN FIQH ISLAM

 Di Mesir, Muhammad Qadri Basha telah mewujudkan


kumpulan undang-undang dengan nama “Murshid
al-Hayran” yang mengandungi 641 perkara berkaitan
muamalat berpandukan undang-undang sivil
kerajaan Uthmaniyyah dan ia dicetak oleh kerajaan
Mesir pada tahun 1890M
 Beliau juga mewujudkan kumpulan undang-undang
yang berkaitan wakaf dengan nama “Qanun al-Adl
Wa al-Insaf Li al-Qada’ ‘Ala Mushkilat al-Awqaf” yang
mengandungi 646 perkara dan dicetak pada tahun
1893M
 Seterusnya beliau mewujudkan “Qanun al-Ahwal al-
Shakhsiyyah” yang berkaitan undang-undang
keluarga dengan menagndungi 647 perkara dan
dicetak pada tahun 1893M
PENGKANUNAN FIQH ISLAM

 Usaha pengkanunan undang-undang Islam


bertambah giat pada kurun ke-20 Masehi
 Kerajaan Mesir telah menubuhkan satu Lembaga
Jawatankuasa yang terdiri dari ulama fiqh dan ahli
undang-undang bagi tujuan menyusun perundangan
tanpa terikat dengan mana-mana mazhab tertentu.
PENGKANUNAN FIQH ISLAM

 Hasilnya terdapat beberapa undang dan di


antaranya:
 Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian yang
dicetak pada tahun 1917H. Ia disemak dan dipinda
sehingga wujudnya
 Undang-undang 25 pada tahun 1920
 Undang-undang 56 pada tahun 1923
 Undang-undang 25 pada tahun 1929

 Undang-undang 77 pada tahun 1943 berkaitan pusaka


 Undang-undang 48 pada tahun 1946 berkaitan wakaf
dan dipinda pada tahun 1952
 Undang-undang 71 pada tahun 1946 berkaitan wasit
BAB 7
MAZHAB-MAZHAB YANG MUKTABAR
DALAM FIQH ISLAM
PENDAHULUAN

 Mazhab bermaksud hukum yang diambil


ketetapannya mengikut pendapat para imam
mujtahid (hukum yang diputuskan oleh mereka)
 Terdapat 4 mazhab yang masyhur iaitu: Hanafi –
Imam Abu Hanifah, Maliki – Imam Malik bin Anas,
Syafie – Imam Muhammad bin Idris al-Shafie & Hanbali
– Imam Ahmad bin Hanbal
 Mazhab ini dikenali sebagai “Mazhab Ahlus Sunnah
Waljamaah”
 Ia muncul pada akhir kurun pertama hijrah dengan
kelahiran imam-imam mazhab tersebut
MAZHAB FIQH YANG
MASYHUR
 Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie & Hanbali merupakan
mazhab fiqh yang masyhur sehingga kini
 Tetapi terdapat juga mazhab lain yang diakui sah
tetapi tidak lagi mempunyai pengikut pada masa kini
disebabkan tiada penulisan yang ditinggalkan oleh
para imam atau kerana kurangnya pengikut mereka
pada permulaannya
 Di antara imam mazhab tersebut ialah Hasan al-Basri,
al-Thawri, Ibn Abi Layla, al-Awza’i, al-Layth Ibn Sa’ad
dll
 Namun begitu, pendapat mereka sebahagiannya
telah dinukilkan oleh ulama dari mazhab 4 yang
masyhur dalam penulisan mereka
PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH:
MAZHAB HANAFI
 Diasaskan oleh Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thabit
yang lahir di Kufah pada tahun 80H & wafat di Baghdad
pada tahun 150H
 Mula belajar di Kufah sehingga membentuk mazhabnya
& mengembangkannya di Baghdad
 Dikenali sebagai wadi’ ilmu fiqh iaitu orang pertama
yang menyusun fiqh seperti yang terdapat pada masa
kini
 Terdapat beberapa orang ulama yang berguru
dengannya yang turut menyumbang kepada
pembentukan mazhabnya melalui perdebatan dan
penulisan seperti Abu Yusuf, Muhammad bin al-Hasan al-
Shaybani, Hasan bin Ziyad & Zufar
 Mazhab ini berkembang di Iraq, Parsi, India, Bukhara,
Yaman, Mesir, Syiria dll
PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH:
MAZHAB MALIKI
 Diasaskan oleh Imam Malik bin Anas al-Asbahi yang lahir
di Madinah pada tahun 93H & wafat di Madinah pada
tahun 179H
 Beliau belajar di Madinah sehingga mengarang kitab
hadis “al-Muwatta” di atas saranan Khalifah al-Mansur
ketika bertemu dengannya pada musim haji
 Membentuk mazhabnya berasaskan al-Quran, al-
Sunnah, ijmak, qiyas dll.
 Seorang ulama fiqh & hadis serta dikenali sebagai Sayyid
Fuqaha al-Hijaz
 Mempunyai anak murid yang ramai seperti Imam al-
Syafie, al-Layth bin Sa’ad, Abu Ishaq al-Farazi dll
 Mazhabnya berkembang di Tunisia, Maghribi, Mesir dll
PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH:
MAZHAB SYAFIE

 Diasaskan oleh Imam Muhammad bin Idris al-Syafie


yang lahir pada tahun 150H di Gaza & wafat di Mesir
pada tahun 204H
 Menghafal al-quran pada usia 7 tahun & menghafal
“al-Muwatta’” pada usia 10 tahun serta berguru
dengan Imam Malik setelah menghampiri usia 20
tahun
 Beliau telah pergi ke Iraq & mendampingi anak murid
Imam Abu Hanifah serta mengembara ke Parsi &
negeri sekitarnya selama 2 tahun
 Setelah memperolehi ilmu & pengalaman, beliau
mula menyebarkan mazhabnya sehingga diminta
oleh Harun al-Rasyid supaya menetap di Baghdad
PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH:
MAZHAB SYAFIE

 Ketika di Baghdad, Imam Syafie menyebarkan


mazhabnya sehingga diterima oleh segenap lapisan
masyarakat dan menyusun Qawl Qadim setelah
berbincang serta bertukar pandangan dengan anak-
anak murid Imam Abu Hanifah
 Pada tahun 198H, Imam Syafie kembali ke Mekah &
pergi ke Mesir untuk menetap di sana
 Ketika di Mesir, beliau telah menyusun Qawl Jadid
yang merupakan mazhab terakhir beliau
 Mazhab ini tersebar di mesir, Kurdistan, Yaman,
Mekah, nusantara dll
PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH:
MAZHAB HANBALI

 Diasaskan oleh Imam Ahmad bin Muhammad bin


Hanbal yang lahir di Baghdad pada tahun 164H &
wafat di Baghdad pada tahun 241H
 Beliau belajar di Baghdad, Syam, Hijaz & Yaman serta
berguru dengan Imam Syafie sehingga mendapat
pujian darinya
 Mempunyai anak murid yang ramai terutamanya
dalam bidang hadis seperti Imam al-Bukhari & Imam
Muslim
PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH:
MAZHAB HANBALI

 Membina mazhabnya berasaskan kepada 4 dasar:


 Nas al-Quran dan Sunnah yang sahih
 Fatwa sahabat Rasulullah SAW jika ia tiada
percanggahan
 Hadis mursal & daif jika tidak bercanggah dengan dalil
lain
 Qiyas yang digunakan jika terpaksa
 Mazhab ini pada awalnya tersebar di Baghdad dan
kemudiannya berpindah ke Hijaz
PUNCA PERPECAHAN
MAZHAB FIQH
 Perbezaan dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran &
hadis seperti ayat tayammum yang ditafsirkan
mengikut makna hakiki & majazi
 Perbezaan dalam penggunaan bahasa Arab seperti
wujudnya pengurangan atau penambahan yang
berkaitan dengan ayat fidyah puasa
 Perbezaan dalam menetapkan syarat penerimaan
hadis & pengetahuan dalam hadis
 Perbezaan kecenderungan di antara yang banyak
menggunakan pemikiran dan sebaliknya
PUNCA PERPECAHAN
MAZHAB FIQH
 Perbezaan masa & tempat yang mempengaruhi tahap
keilmuan & pengalaman seseorang imam
 Perbezaan dalam menilai kedudukan sesuatu hadis.
Imam Abu Hanifah mengambil hadis-hadis yang
mutawatir, masyhur dan perawi yang faqih. Imam Malik
menerima hadis yang tidak bercanggah dengan amalan
penduduk Madinah
 Perbezaan dalam menilai fatwa sahabat. Imam Abu
Hanifah tidak akan bercanggah sama sekali dengan
fatwa sahabat. Imam Syafie pula tidak mengikat
padangannya dengan mana-mana fatwa sahabat
 Perbezaan dalam sumber hukum selain dari yang
disepakati seperti Imam Abu Hanifah – Istihsan, Imam
Malik – Masalih Mursalah & Imam Ahmad – Sadd al-
Dhara’i

Anda mungkin juga menyukai