Anda di halaman 1dari 4

HIKAYAT SULTAN IBRAHIM SEBAGAI ANTI HIKAYAT ATAU ANTI ROMAN

Mohammad Syakirin bin Suhaimi (11M0905) Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman (11M0907) Mohammad Khairol Nazwan bin Karim (11M0914) Hafizuddin bin Jumaat (11M0917) Mohd Rimi bin Awg Ahmad (11M0924) Mohammad Asri bin Emin (11M0929)

PENGENALAN Hikayat Sultan Ibrahim ini menceritakan tentang Sultan Ibrahim yang menggembara dan mempertingkatkan amalannya semata-mata mendekatkan diri kepada Allah. Baginda sanggup turun takhta, meninggalkan segala kekayaannya di dunia termasuklah anak dan isteri baginda, lantas keluar dari istana mengembara sebagai seorang yang fakir dengan hanya berbekalkan tongkat, kaskul, sebilah sekin dan sebentuk cincin. Dalam perjalanan ke Mekah, beliau didekati dengan ujian berbentuk fizikal dan kerohanian namun baginda tetap tabah dan berserah kepada Allah dalam mengharungi cabaran berliku itu. Baginda lebih mengutamakan akhirat daripada dunia yang bersifat sementara ini. Berikut akan diterangkan kenapa Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dikatakan sebagai anti-hikayat;
PENCARIAN HAKIKAT DIRI

Pada awal cerita, dikisahkan tentang seorang raja Iraq bernama Sultan Ibrahim ibnu Adham yang mempunyai kerajaan yang besar dan mashyur. Pada suatu hari setelah baginda menunaikan solat fardhu subuh, baginda mula menyedari tentang dirinya yang telah dikurniai Allah Subhanahu wa-taala kebesaran dan kerajaan yang besar di dunia ini dan baginda merasakan segala kesenangan dunia ini hanyalah sementara. Sejak dari peristwa itu, baginda telah turun dari takhta kerajaan untuk mencari cinta makrifat dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Baginda Keluar dari istana dan menggembara pergi ke negeri Mekah dengan tujuan beramal ibadat. Hal sedemikian dapat dibuktikan melalui petikan berikut:
maka pada suatu hari Sultan Ibrahim sudah sembahyang subuh. Maka baginda pun fikir Bahawa aku ini telah dikurniai Allah subhanahu wataala kebesaran dan kerajaan di dalam dunia ini, bahawa dunia ini tiada yang kekal adanya , lagi bahawa dunia ini seperti mimpi yang indah-indah, kemudian daripada jaga suatupun tiada diperolehnya. Demikianlah kelakuan dunia ini. sebermula maka tersebutlah perkataan Sultan Ibrahim hendak keluar daripada istananya: maka tatkala hampirlah fajar, maka binatangpun belum keluar mencahari makanannya dan binatangpun belum padam cahayanya dan segala unggaspun belum terbang daripada sarangnya, maka bagindapun keluar dari dalam 1

istananya dengan seorang dirinya dengan suatu tongkat di tangannya, dan sebilah sekin dan suatu keskul, dan sebentuk cincin. (Hikayat Sultan Ibrahim 1983: 12-14)

Melalui petikan di atas, memperlihatkan unsur pencarian yang berbeza dengan hikayathikayat yang biasa diceritakan tentang wira yang keluar istana untuk mendapatkan isteri, menuntut ilmu untuk memenuh wasiat ayahnya dan sebagainya. Namun dalam hikayat ini, unsur pencarian yang dibawakan oleh watak Sultan Ibrahim ini adalah berupa pencarian hakikat diri dengan mendekat diri dengan Tuhan.

PENGGEMBARAN/PERJALANAN KEROHANIAN

Dalam penggembaraan, Sultan Ibrahim tidak pernah lupa akan perintah Allah. Walaupun sebanyak mana dugaan yang telah ditempuh sepanjang perjalanan baginda yang hanya berbekalkan tongkat, kaskul, sebilah sekin dan sebentuk cincin. Baginda berjalan keluar masuk hutan dan melalui padang dan rimba serta menahan lapar dan dahaga di sepanjang perjalanan. Akan tetapi baginda tidak pernah leka terhadap menjalan perintah Allah seperti sembahyang lima waktu. Hal sedemikian dapat dibukti melalui konteks:
Maka baginda pun berjalan keluar masuk hutan, terbit hutan, melalui padang dan rimba. Apabila hari malam, maka baginda pun sembahyang isya, setelah sudah Sembahyang maka bagindapun duduk dengan dikir Allah. (Hikayat Sultan Ibrahim 1983: 14)

NAFSU MAKAN

Dalam penggembaran, Sultan Ibrahim mengharungi berbagai rintangan antaranya dalam bentuk nafsu makan. Justeru itu baginda telah memakan buah delima yang hanyut mengikut peraliran air sungai. Baginda telah memakan sebahagian dari buah delima tersebut. Akan tetapi baginda telah tersedar bahawa buah tersebut pasti ada yang empunya dan baginda merasa bersalah kerana tidak meminta izin dari tuan yang punya buah delima itu. Baginda menyedari kesalahannya kerana tidak dapat mengawal rasa laparnya disebabkan oleh dorongan nafsu makan yang kuat. Lalu, bagindapun memulakan pencarian terhadap pemilik buah delima tersebut untuk memohon kemaafan dengan mengikut laluan sungai tersebut sehingga berjaya menjumpai pemilik buah delima itu iaitu Siti Saliha. Hal sedemikian dapat dibuktikan melalui konteks :
2

Setelah sudah sembahyang maka bagindapun sentiasa juga memandang kepada air itu; lalu maka terpandang sebuah delima hanyut, maka segerah diambil lalu dibelahnya dua; maka yang sebelah dimakannya. Maka pada saat itu terkejut pada hati baginda bahawa delima ini ada juga yang empunya dia! maka baginda pun amat menyesal dirinya sebab makan delima itu dan kurang periksanya. (Hikayat Sultan Ibrahim 1983: 14)

NAFSU PADA PEREMPUAN

Baginda telah memenuhi permintaan Siti Saliha iaitu menikahi Siti Saliha kerana dengan cara itu baginda telah dimaafkan dan di halalkan memakan buah delima itu. Disamping itu juga, perkahwinan mereka berjalan seperti perkahwinan orang lain, makan malam telah disediakan oleh isterinya, menyediakan tempat tidur dan melakukan kesukaan sepertimana orang yang sudah berkahwin. Pada keesokan harinya selepas mereka mendirikan sembahyang subuh, baginda telah menyatakan hasratnya untuk melanjutkan perjalanannya ke Mekah mencari amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Baginda hanya berkata bahawa baginda akan dipertemukan lagi dengan isterinya Siti Saliha di Syurga. Hal ini dapat di buktikan dalam konteks:
Maka kata Sultan Ibrahim seraya memegang tangan Siti Saliha Janganlah adinda amat bercinta. Bahawa Allah taala yang menjadikan sekalian alam ada bepertemukan hambanya; insya Allah taala di akhirat nanti kita bertemu. Pembaiki juga hati adinda. (Hikayat Sultan Ibrahim 1983:26)

Unsur penggembaraan yang digambarkan dalam hikayat ini ialah tentang dugaan dan rintangan yang berbentuk kawalan nafsu dalam perjalanan Sultan Ibrahim untuk mendekatkan diri pada Allah. Hal ini amat berlainan dengan ciri hikayat ataupun Roman yang wataknya biasanya akan berhadapan dengan rintangan seperti musuh, raksasa, jin dan sebagainya.

KEJAYAAN

Akhirnya, baginda telah sampai ke Mekah dan tidak mensia-siakan peluang yang ada. Baginda berusaha mengerjakan perintah Allah dengan penuh khusuk dan tawaduk. Sehinggakan anaknya Mohammad Tahir yang datang untuk berjumpa dengan ayahnya telah dihalaunya kerana anaknya penyebab baginda terlalai dan rugi untuk melakukan amal ibadat di kota suci. Sedangkan anaknya hanya melawat baginda pada waktu doha hingga masuk asar. Daripada sikap Sultan Ibrahim itu, jelaslah baginda tidak lagi
3

mementingkan keduniaan. Segala harta kemewahan, makanan yang lazat, perempuan cantik adalah tidak lagi penting baginya dan ia cuma melalaikan kita serta menjauhkan diri kita daripada Allah. Baginda melihat bahawa akhirat itu adalah tuntutan yang hakiki dan abadi. Hal ini dapat dilihat dalam konteks:
Maka sampailah baginda ke Makkah. Maka lalu baginda masuk ke Mesjid al-Haram berbuat taat dan ibadat.Maka adapun sultan Ibarahim pada tiap-tiap hari tujuh puluh kali ia tawaf kepada Kabah Allah. Demikianlah tiada sunyi sekali-kali dengan dikir Allah dan sembahyang. (Hikayat Sultan Ibrahim 1938: 30)

Berdasarkan konteks di atas, jelaslah ia mengisahkan tentang Sultan Ibrahim yang telah berjaya memenuhi apa yang dikehendakinya iaitu mendekatkan dirinya dengan Allah. Baginda juga telah mencapai peringkat nafs yang paling tinggi iaitu nafs Mutmainah. Perkara ini amat berbeza dengan unsur kejayaan yang dicapai oleh watak wira dalam hikayat-hikayat lain yang mana biasanya wira akan berjaya mendapat wirawati dan akhirnya mereka akan berkahwin.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Hikayat Sultan Ibrahim ini merupakan sebuah anti hikayat ataupun anti roman. Perkara ini digambar jelaskan melalui plot yang telah dibincangkan sebelumnya iaitu dari segi pencarian, penggembaraan dan kejayaan. Selain itu juga, watak Sultan Ibrahim yang dikuatkan dengan idea ataupun pemikiran sufi amat membezakannya dengan hikayat-hikayat lain yang hanya mengutamakan cinta yang bersifat keduniaan.

Anda mungkin juga menyukai