Anda di halaman 1dari 1

Pada zaman dahulu terdapat seorang raja bernama Raja Suran.

Baginda adalah
seorang raja yang suka mengembara . Baginda telah mengembara seluruh
dunia. Pada suatu hari baginda berfikir ingin mengembara ke Negara yang
berada di dalam laut pula.
Tapi bagaimana caranya untuk beta untuk turun ke dalam laut fikir Raja Suran
sendirian. Lalu baginda mendapat satu akal. Baginda memanggil semua cerdik
pandai di dalam negerinya untuk membuat peti kaca supaya baginda dapat
turun ke dalam laut. Setelah selesai membuat peti kaca baginda memberi
cenderahati kepada cerdik pandai yang berjaya membuat peti kaca itu
Setelah siap peti kaca itu baginda pun masuk ke dalam peti tersebut dan di kunci
dari dalam. Raja Suran pun di turun ke laut. Baginda dapat melihat keindahan
ciptaan Allah di dasar laut. Baginda berasa sangat berbesar hati.
Setelah beberapa lama raja suran pun sampai ke dasar laut. Baginda sampai di
satu tempat bernama Dika. Baginda pun keluar dari peti kaca . Baginda berjalan
jalan sekeliling melihat negeri tersebut. Kaum yang tinggal di negeri itu bernama
Barsam. Ada yang beragama isalam dan ada yang tidak.
Apabila penduduk negeri itu melihat Raja Suran mereka berasa hairan, kerana
pakaian Raja Suran amat berbeza dengan penduduk di situ. Raja Suran pun
berjumpa dengan raja negeri itu yang bernama Raja Aftabul Ard.
Raja Aftabul pun bertanya kepada raja suran dari mana tuanhamba datang ,
nampak berlainan sangat cara pakaian dan apakah tujuan .
Raja suran menjawab hamba datang dari dunia lain, dan hamba adalah raja
segala manusia dan nama hamba Raja Suran.
Raja Aftabul Ard berasa hairan kerana baginda tidak tahu masih ada dunia lain
dari negerinya. Raja Aftabul Ard amat berkenan dengan Raja Suran. Raja Aftabul
ingin memenantukan Raja Suran. Raja Suran pun di kahwin dengan puterinya
yang bernama Puteri Mahtabul Bahri.
Setelah tiga tahun berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri , Raja Suran
dikurniakan tiga putera. Raja Suran berfikir apa yang jadi kepada ketiga-tiga
anaknya apabila baginda pulang ke negeri atas dunia.
Sewaktu Raja suran sedang termenung memikirkan nasib anak-anaknya
datanglah Raja Jin iaitu Asmaghayah Peri.

Anda mungkin juga menyukai