Anda di halaman 1dari 9

Wayang Kulit Kelantan

Begini ceritanya.Suatu masa dahulu, ada sebuah negeri di alam kayangan namanya Pasir
Mayang Mercapada, yang dihuni oleh dewa-dewa. Alam kayangan ini dipercayai oleh setiap
tok dalang wayang kulit wujud sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw dan ianya runtuh
sebaik saja Nabi Muhammad saw dilahirkan.

Di negeri para dewa itu ada dua orang adik beradik anak dewa yang bernama Seri Rama dan
Sita Dewi.Oleh kerana kedua-duanya sungguh kacak dan jelita, maka berkatalah Seri Rama
kepada adiknya Sita Dewi bahawa dia bersumpah tidak akan berkahwin kecuali bertemu
dengan gadis yang secantik rupa paras adiknya itu, begitu juga Sita Dewi bersumpah
demikian.Tanpa disedari, percakapan mereka itu di dengar oleh Dewa Se Alam Tunggal iaitu
Ketua segala dewa-dewa di negeri kayangan.Dewa Se Alam Tunggal atau Bentara Guru
Agung inilah yang nantinya akan turun ke alam dunia menyamar menjadi orang biasa yang
penuh keramat dan kesaktian bernama Pak Dogol.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi di alam kayangan setelah
mendengar sumpah dua beradik itu , maka Dewa Se Alam Tunggal pun terus menyumpah
Seri Rama dan Sita Dewi menjadi sebutir buah pinang muda, lalu dibelahkan dua dan
dilontarkan turun ke alam dunia.Kata arwah datuk, inilah asal usul perumpamaan seperti
pinang dibelah dua - sama cantik dan sama padan itu.

Dipendekkan cerita sebelah buah pinang tersebut jatuh ke dalam taman permainan Permaisuri
Ratna Sari di Tanah Jawa iaitu isteri kepada seorang Raja yang hebat dan sebelah buah pinang
lagi jatuh dalam taman permainan Permaisuri Mamlu Daki di tanah Hindustan.Suami
Permaisuri Mamlu Daki tersebut adalah bukan manusia biasa, tetapi dari kalangan Jin iaitu
Bota Maharajawana.
Setelah terjumpa oleh kedua dua permaisuri tersebut akan pinang sebelah itu, maka mereka
pun rasa terliur untuk makan buah pinang tersebut.Maka setelah mereka berdua makan buah
pinang tersebut, maka masing-masing pun mengandung.

Al-kisah ada seorang tua yang bijak dan mempunyai ilmu perang yang hebat sehingga
1

mempunyai anak murid yang ramai dari seluruh dunia iaitu berjumlah kurang satu
selaksa(mungkin lebih banyak dari sejuta kot?) , bertempat di Candi atau Ketit siam yang
banyak patung diperbuat dari emas iaitu berjumlah kurang satu dari 40 patung (39
patung).Nama beliau ialah Tok Mah Siko Batu Api.Beliau mempunyai dua orang pengawal
peribadi atau pengasuh bernama Epol dan Endeng.

Setelah tersohor seantero dunia betapa hebatnya ilmu Tok Mah Siko Batu Api ini, maka Bota
Maharajawana pun teringin juga untuk pergi kesana menuntut ilmu.Sebelum dia berangkat
pergi, dia tinggalkan pesan kepada isterinya, jika anak yang dilahirkan nanti adalah anak
lelaki,maka peliharalah ia baik-baik dan jika anak tersebut anak perempuan, maka bunuhlah
ia.Setelah beberapa bulan kemudian, maka Tuan Puteri Mamlu Daki pun melahirkan seorang
anak perempuan yang sangat comel, maka beliau sangat sedih kerana terpaksa menurut pesan
suaminya sebelum peninggalan nya dulu iaitu agar membunuh anak perempuannya itu.Setelah
puas berfikir, maka Tuan Puteri Mamlu Daki pun tidak jadi membunuh anaknya yang sangat
comel itu, tetapi pakaian anaknya itu dilumurkan dengan darah binatang, lalu disimpan
sebagai bukti bahawa dia telah membunuh anaknya itu.Anaknya tersebut dimasukkan
kedalam sebuah kotak dan dihanyutkan kedalam sebuah sungai.

Berbeza pula dengan Tuan Puteri Ratna Sari, dia sangat gembira setelah melahirkan seorang
anak lelaki yang sangat comel lalu dinamakan dengan nama Seri Rama.setelah dia meningkat
dewasa, maka ayahandanya juga mahu menghantar Seri Rama ke tempat perguruan Tok Mah
Siko Batu Api di Ketit Siam.

Berbalik kepada cerita anak perempuan yang dihanyutkan tadi akhirnya sampai ke tempat
Tok Mah Siko .Dia ditemui oleh dua orang pengasuh Tok Mah Siko iaitu Epol dan
Endeng.Mereka membawa pulang ketempat perguruan Tok Mah Siko lalu dinamakan dengan
nama Sita Dewi, dipelihara dan dijadikan anak angkat oleh Tok mah Siko didalam candi
secara rahsia oleh dua orang pengasuh Tok Mah Siko tanpa diketahui oleh sesiapa pun kecuali
mereka bertiga sahaja.

Setelah Sita Dewi meningkat dewasa, maka terbocorlah rahsia bahawa sang guru iaitu Tok
mah Siko rupa-rupanya mempunyai seorang anak gadis yang cantik jelita.Maka ia menjadi
buah mulut dan topik perbualan yang hangat dikalangan anak murid Tok Mah Siko dan Seri
Rama serta Bota Maharajawana juga tidak terlepas dari menaruh hati kepada Sita Dewi.
2

Ternyata Sita Dewi juga menaruh hati kepada Seri Rama, namun hasratnya itu tidak boleh
dipenuhi oleh ayahnya kerana takutkan anak-anak muridnya yang lain dengki dan tidak
berpuas hati dengan Seri Rama.

Setelah puas berfikir, maka Tok Mah Siko pun meletakkan syarat kepada semua muridnya ,
iaitu barang siapa yang boleh meneka yang mana satukah Sita Dewi diantara 39 patung emas
tersebut, dialah yang bakal memiliki Sita Dewi.

Semua murid telah cuba meneka, termasuk Bota Maharajawana tetapi tekaan mereka meleset,
yang disangka Sita Dewi itu adalah sebuah patung.Maka tibalah giliran Seri Rama
pula.Dalam masa mencari akal bagaimana untuk meneka yang mana satukah Sita Dewi itulah
muncul seorang anak dewa bergelar Laksamana menyatakan bahawa Seri Rama adalah
berasal dari anak dewa dan dia tidak perlu bersedih kerana Sita Dewi pasti akan menjadi
miliknya.Pada mulanya Seri Rama tidak percaya, maka Laksamana pun menyuruh Seri Rama
membuka mulutnya dan melihat ada 7 tanda bintang kebesaran dewa didalam mulutnya.

Setelah sampai gilirannya, maka Seri Rama pun meminta sebatang lidi yang panjang lalu
sambil dia berjalan diacukan ke arah mata patung-patung tersebut, maka ada satu patung yang
berkelip matanya.Lalu dia meneka dengan tepat sekali bahawa itulah Sita Dewi.Semua anak
murid Tok Mah Siko masih tidak berpuas hati lalu meminta syarat yang kedua.

Syarat yang kedua oleh Tok Mah Siko ialah barang siapa yang mampu memanah 7 batang
Pokok Tar di situ, dia akan dapat memiliki Sita Dewi.Maka berlumba-lumba anak muridnya
yang menaruh hati terhadap Sita Dewi mencuba nasib, tetapi semua panahan mereka tidak
menembusi ketujuh tujuh Pokok Tar itu.Mereka semua hairan mengapa pokok yang nampak
tersusun lurus itu boleh terlepas dari mata panah mereka.Seri Rama pun kembali bersedih hati
takut takut panahannya juga akan tersasar.Ketika itu, Laksamana pun kembali menjelma dan
memberitahu Seri Rama rahsia sebenarnya pokok Tar itu ditanam diatas belakang seekor
naga, setiap kali busur panah ditarik dan dilepaskan maka naga tersebut akan menggeliatkan
badannya sedikit, oleh itu sudah pasti ada anak panah yang akan tersasar.Hanya ada satu cara
kata Laksamana, ketika tiba giliran Seri Rama memanah Pokok Tar itu dari arah kepala naga,
Laksamana pula akan memijak ekor naga dan memastikan naga itu diam.Memang benarlah
apa yang dikatakan oleh Laksamana ini, ketika giliran Seri Rama memanah, maka tembuslah
3

ketujuh tujuh pokok Tar tersebut membuatkan semua murid Tok Mah Siko yang lain
termasuk ayah Sita Dewi yang sebenar iaitu Bota Maharajawana juga tercengang dan hanya
mampu menelan air liur saja dari memiliki Sita Dewi.Mitos tentang naga dan pokok Tar ini
masih ada dalam cerita-cerita lama orang Kelantan sehinggakan ada sebuah kampung di Pasir
Mas Kelantan yang bergelar Kampung Tar Tujuh.

Walaubagaimanapun, murid murid Tok Mah Siko masih tidak berpuas hati dan memohon
syarat yang terakhir dari Tok Mah Siko.Untuk memberikan keadilan dan mengelakkan rasa
tidak puas hati dikalangan murid-muridnya, maka beliau pun meletakkan syarat yang ketiga
iaitu barang siapa yang dapat mengutip kembali segantang biji lenga yang akan dicampakkan
ke laut tanpa berkurang sebiji pun , maka dialah yang layak memperisterikan Sita Dewi.

Selepas mencampakkan segantang biji lenga kedalam laut, maka berlumba lumba lah pula
anak murid Tok Mah Siko menyelam ke dalam laut, namun mereka hampa kerana sebiji lenga
pun mereka tidak mampu mencarinya.Seperti biasa, Seri Rama kembali bersedih dan
berdukacita kerana syarat kali ini memang berat.Ketika itu menjelmalah kembali Laksamana
menyuruh Seri Rama terjun kedalam laut dan terus berjumpa dengan raja dewa ikan meminta
tolong segala ikan ikan di lautan mencari biji lenga untuknya.Maka Seri Rama pun terjun dan
menyelamlah di laut itu.Setelah bertemu dengan raja dewa ikan, maka dia pun menceritakan
segala hajatnya, bila diminta bukti benarkah Seri rama juga adalah anak dewa-dewa
kayangan, maka Seri Rama pun membuka mulutnya dan menunjukkan tanda 7 butir bintang
didalam mulutnya.Setelah berpuashati, maka Raja Dewa ikan pun menyuruh seluruh ikan
mencari biji lenga dan diberikan kepada Seri Rama.Tidak sampai sehari semua biji biji lenga
yang beratnya segantang itu Berjaya dikumpulkan oleh Seri Rama dengan pertolongan ikanikan di lautan itu.Oleh itu semua anak murid Tok Mah Siko pun berpuas hati , lalu Seri Rama
pun dikahwinkan dengan Sita Dewi dalam upacara yang sangat meriah.Bota Maharajawana,
dalam diam menyimpan dendam kesumat kepada Seri rama.

Setelah pengajian Seri Rama dengan Tok Mah Siko Batu Api tamat, maka beliau pun
memohon kepada gurunya untuk kembali ke tanah jawa dengan membawa isterinya Sita
Dewi, lalu diizinkan oleh gurunya.Seri Rama membawa isterinya dan ditemani oleh
Laksamana pun berangkatlah pulang ke tanah jawa.Tanpa mereka sedari Bota Maharajawana
masih mengekori mereka untuk menculik Sita Dewi.

Penat berjalan, Seri Rama pun terasa dahaga, lalu disuruhnya Laksamana pergi mencari air
untuk diminum.Dengan tidak berlengah lagi Bota Maharajawana pun membuat 2 buah telaga,
satu berair keruh dan satu lagi berair jernih.Telaga berair jernih telah disihir oleh Bota
Maharajawana.Oleh kerana Laksamana tahu air yang jernih telah disihir, maka dia pun
mengambil air yang keruh untuk abang dan kakaknya.Seri Rama amat murka lalu menolak air
yang keruh lalu membawa sendiri Sita Dewi ke arah telaga yang jernih, diberi isterinya
minum air yang jernih dan Seri Rama sendiri pun meminumnya.Selepas itu mereka berdua
pun berubah menjadi sepasang kera berwarna putih dan terus berlari masuk ke hutan dan
masuk dalam kawanan kera yang lain.Laksamana pun tahu itu adalah kerja Bota
Maharajawana, lalu dia pun berpatah balik ketempat Tok Mah Siko untuk menceritakan
perkara yang sebenar.

Atas nasihat Tok Mah Siko, Laksamana pun membawa benih pisang dan jagung untuk
ditanam dikawasan hutan tempat Seri Rama dan Sita Dewi disumpah menjadi kera.Setelah
sekian lama berhuma, dan setelah buah pisang telah masak, maka turunlah sekawan kera
masuk ke dalam kebun Laksamana.Dilihatnya di antara banyak banyak kera itu, ada dua ekor
kera yang lain dari yang lain, lalu Laksamana pun memasang perangkap untuk sepasang kera
putih tersebut.Setelah masuk perangkap itu, Laksamana pun terus membawa perangkap itu
lalu diselamkan semula ke dalam telaga berair keruh. Tiba - tiba dua ekor kera itu pun
bertukar rupa menjadi Seri Rama dan Sita Dewi semula.Mereka sangat gembira lalu
meneruskan perjalanan pulang.

Bota Maharajawana yang sentiasa mengekori mereka masih tidak berputus asa, lalu dia pun
menukar dirinya menjadi seekor kijang emas dan berlari kencang dihadapan mereka.Sita
Dewi pun terpegun dengan kehebatan dan kecantikan kijang emas tersebut lalu meminta
suaminya Seri Rama memburu kijang tersebut.Maka tinggallah Laksamana bersama kakaknya
Sita Dewi, sementara Seri Rama pergi memburu kijang emas tersebut.

Lama menunggu, Laksamana pun merasa tidak sedap hati dan mengagak yang Seri Rama
telah tersesat jalan didalam hutan, lalu dia pun mengambil keputusan untuk pergi mencari Seri
Rama.Sebelum dia pergi dia telah berpesan kepada Sita Dewi supaya tidak pergi kemanamana, lalu dibuatnya satu goresan di tanah iaitu garisan bulat mengelilingi Sita Dewi, satu
garisan hikmat yang dinamakan Paris Laksamana, ilmu Paris Laksamana ini masih
diamalkan oleh orang-orang tua dulu untuk memagar kawasan rumah dan kebun ,
5

mengelakkan dari pencuri atau musuh.Barang siapa yang melangkah garisan ini akan patah
kaki, tangan dan tubuhnya.

Peluang keemasan ini tidak disia-siakan oleh Bota Maharajawana, dia pun terus menerpa
untuk menyambar Sita Dewi tetapi dia tidak mampu melintasi garisan Paris Laksamana
kerana hikmat ilmunya.Bota Maharajawana pun mulalah mencari helah lain , iaitu dia pun
berupa dirinya menjadi seorang wanita tua penjual bunga.Bunga-bunga yang dibawanya
sangat cantik dan harum sehinggakan Sita Dewi terlupa akan pesan Laksamana, lalu dia pun
melangkah keluar dari garisan hikmat Paris Laksamana.

Sebaik saja sita Dewi keluar dari garisan itu, Bota Maharajawana pun terus menyambar dan
menculik Sita Dewi, diterbangkan kembali ke negeri asalnya.

Ketika Seri Rama dan Laksamana sampai ketempat Sita Dewi, mereka dapati Sita Dewi
telahpun diculik oleh Bota Maharajawana, mujurlah ketika dalam perjalananan semasa diculik
itu Sita Dewi sempat melemparkan perca-perca kainnya supaya Seri Rama dan Laksamana
tidak kehilangan jejaknya.

Dengan mengikut jejak perca kain itu, maka mereka sampailah ke tepi sebuah lautan yang
luas, maka tahulah mereka Sita Dewi telahpun diterbangkan melepasi lautan tersebut dan
merekapun bersedih kerana telah kehilangan jejak.

Dikisahkan ketika Bota Maharajawana membawa pulang Sita Dewi ke istananya, dia
meletakkan Sita Dewi yang sudah berbadan dua itu dalam bilik kurungan, hanya untuk ditatap
saja kerana dia berbangsa jin dan tidak boleh mengahwini bangsa manusia.Oleh kerana
wajahnya yang sangat cantik jelita itu, Sita Dewi diculik hanya untuk dilihat saja!

Setelah beberapa lama dalam bilik kurungan, maka Sita Dewi pun melahirkan seorang anak
lelaki.Terkejut sungguh Sita Dewi kerana anak lelaki yang dilahirkannya itu berwajah
manusia tetapi mempunyai ekor seperti seekor kera.Maka teringatlah Sita Dewi bahawa
dirinya dan Seri Rama dulu pernah hidup sebagai kera di hutan, lalu diberikan nama anak itu
Hanuman Kera Putih.Seperti perangai seekor kera, Hanuman Kera Putih itu memanjat ke sana
kemari di istana Bota Maharajawana, kadang-kadang Hanuman Kera Putih itu menyelongkar
bilik Bota Maharajawana sendiri sehingga Bota Maharajawana naik berang.Pada suatu hari,
6

kerana tidak tahan mengawal perasaan marahnya Bota Maharajawana telah melempar sekuat
tenaga Hanuman Kera Putih sehingga melepasi lautan dan jatuh diatas sepohon pokok ru.Dulu
pokok ru daunnya lebar-lebar.

Ketika sedang memanjat di atas pokok tersebut, maka terlihatlah Hanuman Kera Putih dua
orang lelaki tampan sedang tidur dibawah pokok tersebut.Setelah diamati betul-betul barulah
Hanuman Kera Putih tahu bahawa orang yang berada dibawah pokok itu adalah ayahnya
sendiri Seri Rama dan bapa saudaranya Laksamana.Ciri-ciri dan identiti diri mereka telahpun
diceritakan oleh ibunya Sita Dewi iaitu ayahnya Seri Rama, mukanya sebelah putih dan
sebelah hijau manakala bapa saudaranya Laksamana sebelah mukanya putih dan sebelah lagi
merah.Oleh itu Hanuman Kera Putih pun menjatuhkan air liurnya ke atas muka ayahnya Seri
Rama yang sedang tidur.Seri Rama tersedar dari tidurnya lalu mengejutkan Laksamana, tetapi
Laksamana menyuruh Seri Rama supayta tidak menghiraukannya, mungkin air embun yang
jatuh dari daun pokok tersebut.Setelah melihat ayahnya kembali tidur, Hanuman Kera Putih
pun meludahkan air liurnya semula ke atas muka ayahnya dengan tujuan bergurau.Seri Rama
pun segera bangun, mencapai panah Laksamana lalu dipanahnya pohon ru tersebut dengan
Panahan Laksamana, Pokok Ru yang asalnya berdaun lebar,terkena panahan Seri Rama
seperti dipusar taufan hebat, itu sebabnya sehingga kini daunnya menjadi halus.Selepas itu
terlihatlah oleh Seri Rama akan seekor kera berwarna putih berada di atas pokok itu, ruparupanya inilah kera yang menganggu tidurnya.Seri Rama pun mula mengangkat busur panah
dan ingin memanah Hanuman Kera Putih tetapi sempat ditegah oleh Laksamana.

Setelah dipanggil turun ke tanah, mereka pun bertanya asal usul Hanuman Kera Putih, maka
diceritakan semua kisah hidupnya seperti yang pernah diceritakan oleh ibunya Sita Dewi.Seri
Rama masih belum percaya itu adalah anaknya, tetapi setelah diyakinkan oleh Laksamana,
bahawa suatu masa dahulu Seri Rama dan Sita Dewi pun pernah menjadi kera, dan setelah
ditunjukkan bukti tanda bintang dewa di dalam mulut Hanuman Kera Putih, barulah Seri
Rama akur dan mengakui itu adalah anaknya .

Bila tiba waktu makan, maka Laksamana pun mengambil sehelai daun pisang yang dulu tidak
ada pelepahnya, tetapi setelah Seri Rama menggariskan dengan jari telunjuknya, membuat
satu garis pemisah lurus di atas daun pisang itu agar makanannya terpisah dengan makanan
Hanuman Kera Putih, maka hingga kini daun pisang itu menjadi lekuk dan membentuk
pelepah pisang.Itu sebabnya dalam agama hindu, pokok ,buah dan daun pisang menjadi satu
7

benda yang dimuliakan sehingga kini.

Selepas itu Seri Rama memberikan tugas untuk mengambil dan membawa pulang isterinya
Sita Dewi dari Bota Maharajawana kepada anaknya Hanuman Kera Putih.Tugas pertama yang
perlu dilakukan oleh Hanuman Kera Putih ialah dengan cara menambak laut untuk menjadi
laluan mereka ke negeri Bota Maharajawana.Siang malam Hanuman Kera Putih bekerja
dengan memunggah tanah dan mencabut bukit bukau menambak laut.Bila tambak itu dibina
hingga ditengah lautan,maka runtuh pula tambak itu.Bila Hanuman Kera Putih mengintip
angkara perbuatan siapakah yang meruntuhkan tambaknya, maka tahulah Hanuman Kera
Putih, yang membuatnya adalah seekor ikan besar dengan cara melibaskan ekornya pada
tambak tersebut.Maka dengan tidak berlengah lagi Hanuman pun terjunlah kedalam laut
untuk menangkap ikan tersebut.Rupa-rupanya ikan tersebut adalah jelmaan dewa perempuan,
lalu dinikahi oleh Hanuman Kera Putih seterusnya melahirkan zuriatnya bernama Hanuman
Kera Ikan yang akan menguasai alam di lautan.

Akhirnya tambak yang dibina semula oleh Hanuman Kera Putih siap dan mereka bertiga iaitu
Hanuman bersama Seri Rama dan Laksamana pun mara lah ke negeri Bota Maharajawana
untuk merampas kembali Sita Dewi dari tangan Bota Maharajawana.Tambak ini masih
dipercayai wujud oleh orang-orang tua kita dulu, kerana sewaktu menaiki kapal untuk
menunaikan haji ke Mekah , apabila kapal melintasi tambak ini, maka kapal seolah-olah lekat
dan bergeser dengan tambak ini seketika.

Dipendekkan cerita, Hanuman Kera Putih telah mencabut sebuah bukit lalu dihempapkan ke
atas Bota Maharajawana.Sehingga tahun 1800- an ,orang orang tua kita menceritakan
sesiapa yang membawa cuka melalui bukit tersebut, maka bukit tersebut akan bergegar.

Mengikut arwah datuk saya, itulah permulaan cerita asal wayang kulit, apa yang kita dengar
kemudian dari itu adalah cerita-cerita peperangan dan penaklukan Seri Rama dan Hanuman
Kera Putih.Watak-watak lain selain dari Pak Dogol dan Wak Long seperti Wok yoh, Samad,
Said dan lain-lain itu adalah watak-watak baru yang diketengahkan oleh Tok Dalang moden
untuk menyedapkan jalan cerita.

*Beberapa persoalan sekitar cerita ini yang harus kita fikirkan bersama ialah:

1.Jika Tanah Dewa runtuh,dimana pula Tanah Dewa yang baru?

2.Dimanakah lokasi sebenar dua bahagian buah pinang yang jatuh itu, benarkah satu di Tanah
Jawa dan satu lagi di Tanah Hindustan?

3.Siapakah sebenarnya watak Tok Mah Siko Batu Api itu dan dimanakah tempat tinggalnya
sehinggakan dia menjadi tumpuan murid dari seluruh dunia?

4.Jika benar Kampung Tar Tujuh di Kelantan ada kaitan dengan 7 pokok Tar yang tumbuh
diatas belakang seekor naga, maka cerita ini bukanlah hikayat dongeng semata-mata, perlu
kajian lebih teliti.

5.Dimanakah lokasi sebenar laut atau sungai yang digunakan oleh ibu Sita Dewi untuk
menghanyutkannya? Apakah itu Sungai Gangga atau Sungai suci orang Hindu?

6.Dimanakah lokasi sebenar lautan yang dibina tambak oleh Hanuman Kera Putih itu?

7.Dimanakah lokasi sebenar bukit yang menindih Bota Maharajawana itu?

Cuba fikirkan kata-kata Pak Dogol bagaimana cara untuk mengenal Dewa Se Alam Tunggal,
iaitu dengan Hakikat bukan dengan Syariat jadi siapakah sebenarnya Dewa Se Alam
Tunggal dalam cerita wayang kulit ini saudara?

Anda mungkin juga menyukai