Anda di halaman 1dari 3

sulalatus salatin – pertuturan segala raja-raja.

Sultan Alaudin Riayat Syah menyuruh Tun Sri Lanang menulis sebuah
hikayat Melayu

Penaklukan Raja Iskandar Syah


Raja ISkanndar Syah ingin pergi melihat matahari terbit. Maka
didengari oleh Raja Kinda Hindi. Berperanglah Raja Kinda Hindi
dengan Raja Iskandar Syah. Raja Kinda Hindi dekalahkan dan
ditangkap, baginda diislamkan dan dilepaskan ke negeri baginda. Raja
Kinda Hindi mempunyai seorang anak bernama Puteri Syarul Bariyah.
Baginda ingin mengahwinkan anak nya dengan Raja Iskandar Syahb
dan mendapat nasihat daripada Perdana Menterinya. Baginda
menyurh memanggilkan Nabi Kindir

Perkahwinan Puteri Syahrul Bariyah


Nabi Kindir menjadi wali perkahewinan antara Raja Iskandar dangan
Puteri Syarul Bariyah. Setelah berkahwin, Raja Iskandar membawa
isterinya pergi melihat matahari terbit. Setelah melihatnya, Raja Kinda
Hindi memohon kepada Raja Iskandar supaya memberi anaknya
tinggal bersamanya. Maka permintaan itu dipersetujui dan
berangkatlah Raja iskandar untuk menakluk negeri2 lain yg belum
ditakluknya.

Zuriat Raja Islandar.


Raja Iskandar – Puteri Syarul Bariyah. Dapat anak Raja Aristun Syah
yg memrintah nereri hindi selama 355 tahun. Berkahwin dengan anak
raja Turkistan dan mendapat anak bernama Raja Aftus 120. Raja
Aska’inat 3, Raja Kasdas 12, Raja Amtabus 13, Raja Zaman 7, Raja
Kharu 30, Raja Arkhad 9, Raja Kudar 70, Nabtayusar 40/, Raja Ardis
berkahwin dengan anak Raja Nursyiwan dapat anak nema Raja
Dermadus, Tersi Berderas kahwin dengan anak Raja Sulan dapat anak
Raja Hiran, Raja Suran & Raja Fandin.

Perjalanan Menakluk Negeri China.


Kerajaan Amdus Negara terlalu besar takluknya oleh Raja Suran cucu
Raja Sulan. Tetapi China bukan takluknya. Maka dikumpulkan rakyat.
Raja seremai 1200 dan negeri yang bertemu dengan Raja Suran
menjadi takluknya. Sampailah Raja Suran ke Gangga Negara.
Didengari oleh Raja Gangga Syah Johan maka disuruhnya tutup pintu
kota dan dibuatkan parit dipenuhi air. Setelah Raja Suran berya masuk
ke kota Gangga Negara. Maka dipanah Raja Gangga Syah Johan dan
mengenai gajah Raja Suran, lalu Raja Suran memgal kepala Raja
Gangga Syah Johan. Dan Raja Suran berkahwin dengan saura Raja
Gangga iaitu Puteri Dara Segngga. Selepas itu bertemu pula dengan
negara Langgiu yang diperintah oleh Raja Chulan. Maka rakyat Siam
pun berperang dengan rakyat Kelingn. Dalam peperangan itu, Raja
Chulan telah dipanah oleh Raja Suran. Raja Chulan mempuntyai
seorang anak iaitu Tuan Puteri Onang Kiu dan dikahwini oleh Raja
Suran
Raja Suran meneruskan perjalanan ke Temasek. A[abila didengari
oleh Raja Chinam. Seorang perdana menteri China mencadangkan
meletakkan jarum karat dalam sebuah perahu yang besar, pohon yg
sudah berbuah di dlem nya dan seorang tua yang sudah tanggal giginya
lalu dibelayarkan ke Temasik. Maka China di dalam perahu itu pun
dipersembahkan kepada Raja Suran dan mengatakan sewaktu mereka
keluar dari China mereka masih muda dan terumur 12 tahun
sehinggalah sampai ke Temasik mereka sudah tua. Mendengarkan
kera=kata China itu, Keling dan Raja Suran tidak jadi meneruskan
hasrat mereka ke China

Hendak Mengetahui Isi Laut


Raja Suran berfikir bahawa segala di daratan sudah diketahuinya
tetapi di lautan tidak diketahuinya. Maka disuruhnya perbuat peri kaca
yang berkunci dari dalam dan berpesawat. Setelah siap maka
ditenggelamkan Raja Suran di dalam peti itu dan baginda jatuh di
bumi bernama Dika. Rakayat negeri itu berketurunan Bu Sum dan
setengah mereka Islam dan setengah lagi Kafir. Apabila mereka
melihat Raja Suran, mereka amat hairan dan dibawanya berjumpa
raja mereka iaitu Raja Aktabu’l Ard. Raja itu amat takjub dengan
kedatangan baginda.

Zuriat Raja Suran.


Raja Aktabul’l Ard ada seorang anak bernama Tuan Purteri Mahtabul
Bahrin dan dikahwinkan dengan Raja Suran, mereka mendapt tiga org
anak stelah tiga tahun berkahwin. Maka datang raja jin Asmaghiah
Peri dan disuruh Raja Suran perbuatkan Tiga biji mahkota bersama
pakaian sebagai tanda Raja Iskandar. Maka dibawanya mahkota itu
dan diberinya kepada Raja Aktabu’l Ard. Raja Suran menyuruh Raja
Aktabu’l memberkan mahkota itu kapada anakya apabila besar dan
dihantarkan de dunia supaya tidak terputus takluk Raja Iskandar.
Selepas itu. Raja Suran diberikan kuda semberni unyuk keluar dari
dunia. Setelah keluar, baginda mengarah perbuatkan tanda supaya
diketahui segala orang yang dia sudah pergi ke laut. Maka diambil batu
dan dimasuk kan harta berupa emas, perak, permata dan dikatanya
harta itu akan dimiliki oleh cucunya yang akan menakluk negeri bwh
angina.
Maka pulanglah raja Suran ke negara Keling dan deoerbuatkan negeri
yang amt luas yg mempunyai tasik yang terlalu besarnya dan hutan
yang lebar sebagai tempat baginda berburu. Negeri itu dinamai Bijaya
Negara. Kemudian Raja Suran mendapat seorang anak perempuan
bernama Puteri Cendani Wasis hasil dengan Tuan Puteri Onang Kiu
anak Raja Chulan. Dan dengan isterinya Puteri Dara Segangga dapat
tiga org anak iaitu Citram Syah, Paladu Tani dan Nila Manam. Puteri
Wasis dikahwinkan dengan Raja China. Raja Paladu Tani dirajakan di
Amdan Negara, Nila Manam di Bijaya Negara dan Citram Syah di
Candu Kami.
Maka Raja Citram Syah mendapat negeri yang kecil dan berngkat
untuk menakluk negeri di tepi laut. Setelah byk negeri ditakluk dan
sampai ke Laut Salbe maka kapal2nya di musnahkan taufan yg amat
kuat.

Anda mungkin juga menyukai