yah anak
tak payah lagilah kaubaca buku cerita
burung bangau dengan ikan seluang
tapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulan
kerana dunia ini bakal ditinggalkan.
lihatlah anak
betapa ghairahnya mereka mencari tapak
peninggalan
yang berada menyisa segala tidak kira apa warna
dan engkau bakal melihat dengan memejamkan
mata
kerana selama jaga kita mimpi
pada kebenaran tak kunjung tiba
sedang sebuah jalan lurus entah bagaimana boleh
dipesongkan!
Demikianlah anak
hidup hari ini adalah permulaan hari esok
dan ia bakal menyisihkan jika kau lupa dan
dilupakan
justeru kaulah bakal menentukan hari depan yang
gampang
bukan pada janji atau harapan dari seluang
yang hilang dari ingatan.