Anda di halaman 1dari 17

DIPLOMA IN RENEWABLE ENERGY

MANAGEMENT
PENGAJIAN ISLAM
MPU1043
BAB 2.5: PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN ISLAM
LECTURER: MS. WAN AISYAH NADIAH BINTI WAN AZMAN

E-MAIL: wanaisyahnadiah@spectrum.edu.my

CONTACT 019-9379238
NUMBER:
Kandungan

1. Pendahuluan
2. Prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam
a. Mentauhidkan Allah
b. Risalah Rasulullah
c. Khilafah
3. Ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
4. Konsep khilafah, Imamah dan Imarah
5. Pemerintahan Rasulullah
6. Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin
7. Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
a. Majlis syura
b. Jawatankuasa hisbah
Pengenalan
• Kepimpinan Rasulullah dan khulafa’ al-rasyidin merupakan model
pemerintahan kurun terbaik dlm sejarah Islam dan mengandungi
‘qudwah hasanah’

ٌ‫ُول ٱهَّلل ِ ُأ ۡس َوةٌ َح َس َن ۬ة‬ َ ‫لَّ َق ۡد َك‬


ِ ‫ان َل ُكمۡ ِفى َرس‬
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik” (al-Ahzab: 21)

• Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:


“Sahabat-sahabat diibaratkan bintang-bintang di langit. Sekiranya
kamu mengikut mereka, nescaya akan mendapat petunjuk”
Prinsip Pemerintahan dan Pentadbiran
• Sistem pemerintahan sebagai salah satu dari kewajipan agama dan
syariah berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Bertujuan lahirkan negara
dan ummah yang mardhatillah bagi mencapai kebahagian akhirat
• Asas falsafah dan prinsip pemerintahan Islam ialah:

1. Mentauhidkan Allah
– Menyedari bhw segala kuasa dan hak pemerintahan adalah milik
mutlak Allah sebagai penguasa, pentadbir, pemilik kerajaan langit
dan bumi. Tiada lain yang berhak melainkan Allah jua.
– Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid Uluhiyyah (hanya Allah
sahaja yang berhak disembah) dan tauhid Rububiyyah (Dialah
Pencipta, pemerintah dan pemilik segalanya)

2. Risalah Rasulullah
– Iaitu Rasulullah s.a.w satu-satunya utusan Allah s.w.t untuk
memimpin dan membimbing manusia ke jalan kebenaran serta
menjadi contoh teladan (role model)
– Rasulullah s.a.w dibekalkan al-Quran untuk dijadikan panduan
kepada umat manusia
3. Khilafah
– Manusia dicipta oleh Allah di muka bumi sebagai khalifah
untuk memikul amanah dan tanggungjawab
– Antara tugas manusia ialah memakmurkan alam. Setiap
anugerah seperti pangkat, kekayaan dan kekuasaan datang
bersama amanah yang bakal dihitung di akhirat kelak.

َ ُ‫ْف َتعْ َمل‬


‫ون‬ َ ‫نظ َر َكي‬ ِ ْ‫ف ِفي اَأْلر‬
ُ ‫ض ِمن َبعْ ِد ِه ْم لِ َن‬ َ ‫ُث َّم َج َع ْل َنا ُك ْم َخاَل ِئ‬
“Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi
sesudah mereka, supaya Kami nilaikan aapa yang kamu perbuat”
(Yunus: 14)

– Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:


“Ia (pemimpin) adalah amanah. Pada hari kiamat ia menjadi
punca kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang
mengambilnya dengan haknya dan menunaikan kewajipan-
kewajipan..”
Ciri-ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
• Pemerintah mentauhidkan Allah
• Menjadikan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai
sumber rujukan
• Mewujudkan perlembagaan yang meletakkan
ketaatan kepada Allah dan Rasul
• Konsep khalifah yang memegang amanah
• Wujud sistem syura
• Mengutamakan keadilan, persamaan dan
kebebasan
• Memelihara akhlak
• Berusaha mencapai keredhaan Allah dan
kejayaan (dunia dan akhirat)
Konsep Khilafah, Imamah dan Imarah

• Dalam sistem pemerintahan Islam, istilah Siasah


Syariyyah sering digunakan yang bererti ilmu
ketatanegaraan, ilmu kenegaraan dan ilmu pengetahuan
berkaitan dgn kegiatan manusia utk peroleh kuasa
• Siasah bermakna perintah melakukan pembaikan dan
mendidik. Iaitu pemerintah memimpin rakyat ke arah
kebaikan
• Segi praktikalnya siasah syariyyah ialah sistem dan
peraturan yang diwujudkan bagi memelihara dan
mendaulatkan negara dan pemerintahan serta
melaksanakan syariat Allah
1. Khilafah
– Asal perkataan ialah khalafa iaitu pengganti kpd org terdahulu /
menggantikan org lain
– Khalifah diertikan sebagai ketua negara / masyarakat
– Saidina Abu Bakar merupakan pemegang jawatan khalifah
pertama dlm pemerintahan Islam selepas kewafatan Rasulullah.
– Hakikatnya, umat Islam merupakan khalifah yg
bertanggungjawab melaksanakan amanah bg mentadbir,
mengurus, memakmurkan bumi seterusnya melaksanakan amar
makruf dan nahi mungkar
– Nabi Adam – khalifah pertama (manusia)

َ ‫َأ َف َح ِس ْب ُت ْم َأ َّن َما َخ َل ْق َنا ُك ْم َع َب ًثا َوَأ َّن ُك ْم ِإ َل ْي َنا اَل ُترْ َجع‬
‫ُون‬
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan
kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(al-Mukminun:115)
2. Imamah

• Khalifah juga disebut sebagai imamah .


• Orang melaksanakan / beroleh kuasa dikenali ulil amri @ imam.
Dalam konteks sekarang dikenali sbg. sultan, raja, perdana menteri
dsb.

‫ين آ َم ُنوا َأ ِطيعُوا اللَّـ َه َوَأ ِطيعُوا الرَّ سُو َل َوُأولِي اَأْلمْ ِر ِمن ُك ْم‬
َ ‫َيا َأ ُّي َها الَّ ِذ‬
“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-
Amri dari kalangan kamu.”(an-Nisaa: 59)

Elemen berkaitan khalifah dan imamah:


1. Kuasa mutlak adalah milik Allah
2. Khalifah sbg pemegang amanah / wakil utk tadbir alam
3. Tujuan khalifah ialah utk memastikan manusia bertindak sejajar dgn Allah
dan Rasul
4. Hukum menegakkan imamah Islam adalah wajib
• Sebaik-baik calon khalifah ialah dari mereka yang soleh:

ِ ْ‫ت َل َيسْ َت ْخلِ َف َّن ُه ْم ِفي اَأْلر‬


‫ض‬ ِ ‫ين آ َم ُنوا ِمن ُك ْم َو َع ِملُوا الصَّالِ َحا‬
َ ‫َو َع َد اللَّـ ُه الَّ ِذ‬
“Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi..(an-Nur: 55)

Tugas Khalifah dan Imam terhadap alam:


• mewujudkan kesejahteraan
• tidak berlaku zalim
• tidak rakus dalam menikmati hasil alam sehingga melakukan pencemaran
dan kemudharatan
• mengkaji alam utk kebaikan dan mengenal Allah
• Berhati-hati dlm menikmati alam ini kerana ia adalah amanah
• memahami alam tidak kekal, tetapi akhirat tempat kembali dan kekal
3. Imarah
• Berkait rapat dgn khilafah dan imamah. Ia bererti pemerintah atau
pemimpin umum berkaitan dengan hidup di dunia utk
kesejahteraan akhirat spt raja, perdana menteri, khalifah dsb.

• Kesimpulan:
– Khilafah, imamah dan imarah ialah konsep yg berkaitan dgn
pentadbiran, pemerintahan dan jawatan dlm Islam
– Ianya bertanggungjawab:
– Memelihara kebajikan masyarakat
– Memastikan mereka mentaati syariat
– Mencontohi kehidupan Rasulullah
– Menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar
Pemerintahan di Zaman Rasulullah s.a.w
• Usaha-usaha pentadbiran dan pemerintahan baginda di
Madinah:
– mendirikan masjid yang menjadi tempat ibadat,
perhimpunan dan pusat pentadbiran
– menyatukan dan mempersaudarakan masyarakat
yang berbilang kaum
– membentuk perlembagaan dan negara Islam
– membentuk majlis syura yang terdiri dari kalangan
sahabat dan diketuai oleh baginda
– memperkenalkan sistem ekonomi Islam seperti
mudharabah, wadiah dan menghapuskan riba
– mengasaskan undang-undang/syariat dalam seluruh
aspek kehidupan
– menjamin keadilan dan hak warganegara
Pemerintahan di Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
• Terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq, Umar al Khattab, Usman bin
Affan, Ali bin Abi Talib
• Mereka merupakan sahabat yang pernah berjuang menegakkan Islam
bersama nabi
• Konsep pemerintahan yg diaplikasikan oleh Khulafa’ al-Rasyidin
dlm pemerintahan:
1. Keadilan
• Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya iaitu
melaksanakan sesuatu tindakan dan hukuman yang bersesuaian
• Keadilan termasuk sebahagian amanah yg wajib dilaksanakan.
• Contoh keadilan – Saidina Umar sering melakukan rondaan waktu
malam untuk menyiasat masalah rakyat. Beliau telah mengarahkan
pihak Baitulmal membantu seorang lelaki tua Yahudi yang hidup
melarat kerana kerajaan telah mengutip jizyah (cukai) yang
dikenakan ke atas orang kafir.
2. Kesamarataan dan persamaan
• Persamaan (musawwah) ada kaitan bahawa umat Islam adalah
bersaudara. Hak dan kedudukan manusia di sisi Allah adalah sama dan
yang membezakannya adalah taqwa.
• Hak rakyat dilayan dengan adil dan saksama.
• Orang bukan Islam (kafir zimmi) yg tinggal di bawah pemerintah Islam
tidak boleh dizalimi
• Di zaman Khulafa’ al-Rasyidin, orang Islam diwajibkan bayar zakat,
manakala orang bukan Islam dikenakan jizyah

3. Kebebasan
• Kebebasan bermaksud bebas dalam lingkungan yang dibenarkan syarak.
• Contoh kebebasan - Khulafa al-Rasyidin memberi kebebasan kepada
rakyat mengamalkan agama masing namun tertakluk kepada peraturan
demi menjaga keharmonian / keamanan
4. Ketelusan
• Khulafa’ al-Rasyidin sentiasa mengamalkan prinsip
ketelusan dalam pemerintahan kerana dosa dan pahala
tidak boleh dipisahkan daripada urusan sebagai ketua
negara.
• Sikap telus dalam setiap perkara menggambarkan
kejujuran dalam melaksanakan amanah
• Sesuatu yang bukan hak pemerintah akan diberikan
kepada yang berhak atau diberikan kepada Baitulmal
Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
1. Majlis syura
• Syura bermaksud perundingan / perbincangan / nasihat. Ianya
dilaksanakan dalam hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
• Sebelum keputusan dicapai terlebih dahulu diadakan majlis syura.
• Sistem syura berlawanan dgn sistem autokrasi (pemerintahan bersifat
kuku besi iaitu pemerintah mempunyai kuasa mutlak)
• Rasulullah dan para sahabat menggunakan pendekatan syura dalam
pemerintahan. Contoh, nabi menerima pandangan membina parit keliling
Madinah dalam peperangan Khandak
• Ciri-ciri ahli syura : adil, luas ilmu, berhikmah, cerdas, cergas, mempunyai
kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang
• Antara tugas ahli syura:
• Memilih, melantik dan melucutkan jawatan Khalifah
• Melakukan ijtihad
• Menafsir al-Quran
• Menasihati kerajaan / pemerintah
• Contoh ahli syura zaman Saidina Umar al-Khattab:
– Ketua Muhajirin dan Ansar, Ulama’, Panglima tentera dan Khalifah
• Urusan syura di zaman Rasulullah adalah mengenai hal-ehwal:
– Pentadbiran dan pengurusan negara
– Peperangan
– Perlantikan jawatan penting
– Masyarakat yang melibatkan persoalan ijtihad
– Membuat keputusan bagi permasalahan yang timbul

2. Jawatankuasa Hisbah
• Hisbah bermaksud menyeru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran.
• Pegawai pelaksana disebut Muhtasib
• Peringkat Islam – institusi hisbah berperanan mengawasi dan menyelia
pasar berkaitan harga barangan, sukatan dan timbangan, hak pengguna
dsb.
• Dlm konteks hari ianya boleh dikaitkan dengan KPDNHEP, SPRM dsb.

Anda mungkin juga menyukai