Anda di halaman 1dari 19

<IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM>

<SEMESTER JANUARI / 2022 >

<ABSD 2103>

<SIASAH SHARI’YYAH>

NO. MATRIKULASI : <780429125229001>


NO. KAD PENGENALAN : <780429125229>
NO. TELEFON : <013-8107857>
E-MEL : <Esham78@OUM.edu.My>

PUSAT PEMBELAJARAN : <KENINGAU>


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG 2-5

OBJEKTIF 5-6

BAHAGIAN 1

1. KRITERIA KHALIFAH 6-8

2. KONSEP WILAYAH AL-TANZIM 9-11

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI

SEORANG WARGANEGARA 11-13

4. PENUTUP 13-14

BAHAGIAN 2

ONLINE CLASS PERTICIPATION ( 10%) 15-17

RUJUKAN 18

1
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG

Manusia adalah dalil kebesaran Allah SWT yang wajib dibuktikan oleh mereka
iaitu dengan memperhambakan diri kepada Allah SWT secara ibadat dan kepatuhan
kepada segala perintah-Nya tanpa pilihan.
Kewujudan kita di atas bumi milik Allah SWT ini adalah untuk melaksanakan
tanggungjawab yang telah di amanahkan sebagai seorang khalifah yang bertujuan untuk
menjaga dan memelihara serta memakmurkan bumi ini sebaik-baiknya di samping
melaksanakan fitrah manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Firman Allah SWT
menerusi Surah Adz-zariat, ayat 56.

َ ‫َو َما َخلَ ْقتُ ا ْل ِجنَّ َوااْل ِ ْن‬


٥٦ - ‫س اِاَّل ِليَ ْعبُد ُْو ِن‬
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”
Khalifah merupakan seorang yang di amanahkan oleh Allah SWT untuk
melaksanakan peraturan dan hukum-hakam yang telah disyariatkan berdasarkan
keperluan maqasid syariah . Selain itu , ia juga memegang autoriti untuk menggubal
peraturan dan undang-undang dengan petunjuk dari Allah SWT bagi permasalahan yang
bersifat am mahupun khusus mengenainya.
Manusia itu tidak diciptakan sia-sia. Akan tetapi Allah SWT menciptakan
manusia itu dengan tugas yang besar untuk memakmurkan dunia. Amanah yang
dipertanggungjawabkan ke atas manusia merupakan bebanan yang sangat besar kerana ia
berkaitan dengan penjagaan dan pemuliharaan semua yang ada di dunia termasuklah
tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam sekitar dan sesama manusia. Justeru, ia bertitik-tolak
daripada kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengeksploitasi sehabis mungkin
segala sumber yang ada di bumi ini demi mewarnai kehidupan yang bahagia dan
harmoni. Tugas memakmurkan bumi terletak di bahu para pemimpin yang bertindak
sebagai khalifah yang amanah menurut kehendak syariat yakni menjaga harta, akal, jiwa,
agama dan nasab.

2
Khalifah berperanan menjalankan pemerintahan berasaskan prinsip syura dan
pengurusan amanah dalam menjalankan pemerintahan secara adil. Surah an-Nisa: 58

 ۗ ‫س اَنْ ت َْح ُك ُم ْوا ِبا ْل َعد ِْل ۗ اِنَّ هّٰللا َ نِ ِع َّما يَ ِعظُ ُك ْم بِ ٖه‬ ٓ ِ ‫اِنَّ هّٰللا يَْأم ُر ُكم اَنْ تَُؤ دُّوا ااْل َمٰ ٰن‬
ِ ‫ت اِ ٰلى اَ ْهلِ َه ۙا َواِ َذا َح َك ْمتُ ْم بَيْنَ النَّا‬ ْ ُ َ
‫هّٰللا‬
ِ َ‫س ِم ْي ًع ۢا ب‬
‫ص ْي ًرا‬ َ َ‫اِنَّ َ َكان‬
“Sesungguhnya Allah memrintahkanmu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia
hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang
memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar danMaha Melihat
”.

Di samping itu juga, khalifah mestilah menunaikan tanggungjawab amal maaruf


dan nahi mungkar selain menjalankan usaha-usaha dakwah dan berjihad untuk
memelihara kedaulatan agama dan negara daripada ancaman musuh.
Menurut Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, pengabdian kepada Allah SWT
adalah sangat luas maksudnya, bukan semata-mata dalam konteks ibadah khusus seperti
solat, puasa dan sebagainya tetapi ia meliputi segala perkara dan urusan kehidupan
seharian manusia termasuk urusan bermasyarakat, politik, muamalat dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:30
ً‫ك لِ ْل َم ٰۤل ِٕى َك ِة ِانِّ ْي َجا ِع ٌل ِفِى ااْل َرْ ض َخلِ ْيفَة‬ َ َ‫َواِ ْذ ق‬
َ ُّ‫ال َرب‬

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak
menjadikan khalifah di bumi.” 1
Khalifah ialah seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk
mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat supaya kehidupan
manusia lebih teratur, terserlah tujuan hidup yang suci murni demi beroleh keredhaan
Allah SWT.2
Q.S 38:26

1
Al-Quran Surah al-baqarah: 30
2
Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

3
Terjemahannya :
(Allah berfirman), “Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah
(penguasa) di bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil
dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, karena akan menyesatkan engkau dari
jalan Allah. Sungguh, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang
berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.”
Pengajaran daripada ayat ini kepada umat islam pada zaman ini ialah peranan kita
sebagai khalifah sebenarnya terikat dengan hukum dan syariat islam yang mencakupi
semua perkara kehidupan seperti aqidah, syariat, akhlak dan sebagainya.Sabda Baginda
Nabi SAW:

“Ingatlah setiap dari kalian adalah pemimpin dan setiap dari kalian
bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang Amir dikalangan masyarakatnya
menjadi pemimpin atas mereka dan bertanggungjawab atas mereka dan seorang lelaki
menjadi pemimpin terhadap keluarganya dan bertanggungjawab atas mereka dan
seorang wanita menjadi pemimpin atas rumah tangganya dan anak-anaknya dan dia
bertanggungjawab atas mereka dan seorang hamba sahaya menjadi pemimpin atas harta
tuannya dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut dan setiap dari kalian pemimpin
dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya”.

Sebagai warganegara muslim yang berpegang teguh dengan Manhaj Ahl-Sunnah


wa al-Jamaah semestinya diwajibkan mentaati dan memberikan kepercayaan kepada
pemerintah ataupun dipanggil Ulil Amri. Perintah mentaati Allah SWT dan Rasulullah
SAW termasuk juga mentaati Ulil Amri. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa:58
“…Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul-rasul yang dilantik Allah
SWT, dan juga pemimpin dikalangan kamu..”

Jumhur ulama bersepakat bahawa maksud Ulil Amri dalam ayat di atas merujuk kepada
pemerintah dan ulama yang berautoriti dalam mengurus keperluan rakyatnya dalam
urusan dunia mahupun urusan agama.

4
Imam al-Bukhari dalam sahihnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Mafhumnya” Mendengar dan mentaati pemerintah adalah wajib bagi setiap muslim,
sama ada dalam perkara yang disukai ataupun tidak selagi dia tidak diperintahkan untuk
melakukan kemaksiatan. Jika dia (pemerintah) menyuruh melakukan kemaksiatan, maka
tidaklah wajib dia mendengar dan mentaati.”

Signifikannya, hubungan rakyat dengan pemimpin adalah hubungan dua hala.


Kewajipan sebagai pemimpin ke atas rakyat adalah dengan berlaku adil dan memelihara
hak mereka. Manakala rakyat pula berperanan memberikan kerjasama yang baik kepada
pemimpin dan bersama-sama membangunkan negara dengan menghormati dan
memartabatkan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah.
Berdasarkan huraian di atas, definisi pemimpin menurut pandangan para sarjana
Muslim dapat diertikan sebagai khalifah, imam, qa’id, ra’in, ra’is dan sayyid iaitu
seseorang yang dilantik untuk menerajui suatu kepimpinan urusan pentadbiran awam
ataupun mana-mana organisasi kemasyarakatan yang mana matlamat kepimpinan
tersebut membawa kebaikan sama ada didunia mahupun akhirat.

OBJEKTIF
Objektif tugasan ini adalah bertujuan untuk menguji kemampuan dan kemahiran
pelajar dalam membincangkan peranan seorang khalifah dan juga tanggungjawab sebagai
seorang warganegara menurut perspektif siasah shari’yyah.
Pemimpin ataupun khalifah merupakan seorang yang perlu memiliki kriteria-
kriteria seperti menegakkan keadilan, berilmu pengetahuan, seorang yang jujur dan
amanah, seorang yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan yang peling utama
mempunyai daya intelektual yang tinggi di samping berpengetahuan dalam bidang
agama, sumber-sumber hukum syariah, ilmu fiqh dan seorang mujtahid.
Khalifah berperanan dalam menjaga dan menyempurnakan hak rakyatnya dalam
apa jua aspek seperti perundangan, pekerjaan, pendidikan, keselamatan, kemajuan dan
lain-lain lagi. Di samping itu, ia juga bertanggungjawab kepada keamanan dan

5
keselamatan dari segi hartabenda, kesihatan dan perkhidmatan yang terbaik utnuk
rakyatnya.
Pelajar juga turut membincangkan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh
setiap warganegara. Tanggungjawab ini bersifat kolektif dan menyeluruh. Setiap
warganegara berperanan utnuk menyumbang sesuatu yang bermanfaat antara satu sama
lain.
Kesimpulannya, tanggungjawab dan peranan utama seorang khalifah mahupun
warganegara ialah menjaga dan melaksanakan amanah yang diberikan kepada Allah
SWT dan amanah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW serta amanah sebagai
pemimpin, amanah sebagai ayah, suami dan isteri, amanah sebagai guru, amanah sebagai
ketua jabatan dan pejabat, organisasi, amanah sebagai anak, amanah sebagai pelajar
sehinggalah sekecil-kecil amanah sebagai penternak dan tukang sapu sebagaimana
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah:120 yang bermaksud..”…Sesungguhnya Allah
tidak menghilangkan pahala orang yang berbuat baik”.

1. Kriteria khalifah untuk memakmurkan bumi


Amanah terbesar ialah mengurus sesama manusia di kalangan mareka yang
menjadi pemimpin supaya berlaku adil terhadap semua manusia dengan meletakkan
segala perkara pada kedudukan yang saksama.
Manusia diciptakan untuk membawa misi sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sebagai khalifah, mereka bertindak sebagai pemegang amanah ke atas sumber alam yang
diciptakan oleh Allah SWT. Tanggungjawab yang di amanahkan termasuklah mengurus,
mengguna, mentadbir, mengeksploitasikan sumber-sumber alam ini bagi faedah dan
kegunaan mereka. Selain itu, seharusnya manusia memastikan kelangsungan sumber-
sumber yang dimanfaatkan tersebut dengan melakukan inovasi, penambahbaikan dan
sebagainya di dalam urusan aktiviti mereka.
Sebagai individu yang dipilih untuk mewakili umat, seorang pemerintah iaitu
khalifah perlu akur bahawasanya kekuasaan yang ada padanya adalah lahir daripada
kepercayaan umat terhadapnya. Justeru, kekuasaan yang dimandatkan ke atas seorang

6
pemerintah merupakan tanggungjawab dan amanah yang harus dilaksanakan demi
memakmurkan negara.
Kekuasaan dalam konteks siasah shar’iyyah disifatkan sebagai mandat yang
diperuntukkan kepada individu atas kapasitinya sebagai pemerintah yang berfungsi
sebagai mekanisma pengurusan bagi mentadbir urusan negara sejajar dengan kehendak
dan matlamat syariah.
Antara kriteria-kriteria seorang pemerintah yang disebut oleh Imam al-Mawardi
ra, di dalam kitabnya 3 adalah seperti berikut:
1. Individu yang bersifat adil ( al-’Adalah )
Adil merupakan elemen paling penting yang perlu ada pada seorang pemimpin.
Pemimpin yang adil adalah seorang yang menjaga amanah dan hak orang dibawah
pimpinannya. Firman Allah SWT melalui surah an-Nisaa’:58
Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum
di antara manusia Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
dengan suruhan-Nya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

2. Amanah dalam kepimpinan


Menjaga amanah itu adalah tanda kesempurnaan iman. Islam adalah agama yang
mementingkan penjagaan amanah. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Baginda
Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas
kepimpinannya, Seorang amir akan di minta pertanggungjawaban terhadap rakyat
dipimpinnya…”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menjaga amanah dengan memberikan keadilan dan hak merupakan sesuatu yang
wajib dipelihara dan dilakukan. Dan seorang pemimpin yang tidak amanah bererti

3
Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah

7
pemimpin itu telah mengkhianati orang lain dan juga mengkhianati Allah SWT dan
Rasulullah SAW.
Selain itu, prinsip keadilan merupakan asas dalam amalan pemerintahan Islam
yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat. Keadilan yang dimaksudkan di sini
ialah keadilan mutlak. Firman Allah dalam surah al-An’am:152,
Adil juga bermaksud benar dalam semua perkara, sama ada dalam bentuk
tindakan, pemikiran dan perasaan, tindakan yang diambil adalah tepat, relevan dan adil
itu tetap dan tidak berubah walaupun berhadapan dengan ugutan dan kebinasaan terhadap
diri sendiri.

3. Individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi (al-Ilm)


Memiliki ilmu dan pengetahuan merupakan syarat sebagai pemimpin. Pemimpin
mestilah berpengetahuan tentang hukum-hakam syarak dan dalilnya yang
membolehkannya berijtihad jika perlu untuk penetapan hukum syarak terhadap maslahat
ummah. Hikmah disebalik ketetapan tersebut ialah selepas kewafatan Baginda Rasulullah
SAW, terdapat banyak kes yang berlaku terhadap syariat Islam dan hanya seorang
pemimpin yang berhak menentukan hukumnya.
Maka benarlah kata Saidina Umar R.A ,” Hendaklah kamu belajar dan mendalami ilmu
sebelum kamu di angkat menjadi ketua atau pemimpin.4
4. Sempurna pancaindera ( Salamat al-Hawas )
Seorang pemimpin mestilah mempunyai fizikal yang yang kuat dan sempura dan tiada
kecacatan tubuh badan yang berupaya menghalanginya melaksanakan ijtihad ( Salamat
al-A’da )
5. Memiliki pemikiran dan tahap intelektual yang tinggi demi memudahkannya
melaksanakan urusan pentadbiran agama
6. Mempunyai keberanian dan kekuatan ( al-Shaja’ahwa al-Najdah ) demi
mempertahankan negara dan melancarkan jihad menentang musuh.
7. Berketurunan mulia (al-Nasab)

4
Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf 5/284 dan Riwayat al Baihaqi dalam Syuab al-Man ( 1669 )

8
2. Konsep Wilayah al-Tanzim
Wilayah al-Tanzim merujuk kepada badan penggubal atau pembuat dasar dalam
sesebuah negara. Menurut definisi wailayah al-Tanzim ialah kekuasaan dan autoriti yang
dimiliki oleh ahli badan perundangan sesebuah negara dalam menggubal undang-undang
dan peraturan yang digunapakai di dalam negera tersebut.
Wilayah ini juga merupakan kekuasaan yang paling tinggi dan sangat penting
dalam sesebuah negara kerana kuasa yang dimilki oleh para ahli perundangan ini. Para
ahli badan perundangan ini berhak secara musyawarah menentukan dasar atau
merumuskan fatwa dalam masalah undang-undang atau urusan pentadbiran negara.
Dalam masa yang sama, ia anggap sebagai penasihat, pemerhati dan penegur kepada
pemerintah dan badan eksekutifnya.
Pada hari ini, wilayah al-Tanzim boleh diibaratkan seorang wakil rakyat “Ahl al-
Ikhtiyar” yang dipilih oleh masyarakat disekitarnya melalui saluran-saluran tertentu
seperti pengundian dalam pilihanraya ( al-Intikhabat ), musyawarah dan pilihan majoriti
dalam dewan parlimen
Terdapat tiga ciri asasi yang perlu dipenuhi oleh Ahl al-Ikhtiyar iaitu bersifat
al-’Adalah (keadilan) dan memiliki ilmu yang membolehkannya mengetahui ciri-ciri dan
segala syarat yang perlu ada pada seorang pemimpin yang berkarisma. Selain itu,
pemimpin perlu berfikiran waras dan bijaksana ( al-Ra’yi wa al-Hikmah) agar kuasa
memilih yang ada padanya digunakan untuk tujuan memilih pemimpin yang terbaik dan
berkelayakan.
Kelayakan untuk memegang jawatan pemerintah wilayah al-Tanzim pada
dasarnya mestilah berkisar dalam kalangan mereka yang berkebolehan, berkarisma tinggi
seperti para mujtahid, intelektual dan juga ahli hukum. Perlantikan mereka menurut karya
silam kurang diperincikan tentang prosedur berkaitan pertabalan mereka akan tetapi ianya
boleh difahami bahawa ciri-ciri dan syarat-syarat pemimpin adalah seumpama syarat
yang diperlukan sebagai pemerintah dan para mujtahid. Dan hasilnya selepas melalui
semua proses pemilihan dan perlantikan yang sah dalam badan perundangan, mereka ini
dikenali dalam sistem politik islam sebagai “ Ahl al-Hall wa al-Aqd”.

9
Syarat-syarat wilayah al-Tanzim
Wilayah al-Tanzim berpegang dengan prinsip ‘ apabila Allah SWT dan rasul-Nya
telah meletakkan sesuatu ketetapan dalam satu perkara, maka tiada siapa yang berhak
memutuskan perkara tersebut mengikut pandangan akal dan budi bicaranya sendiri.
Kenyataan ini adalah berpandukan ayat al-Quran surah : al-Ahzab:36.

Justeru, pemerintah al-Tanzim adalah tertakluk kepada syarat-syarat penggubalan


undang-undang dan dasar-dasar negara seperti berikut.
(a) Apabila terdapat nas-nas Qat’I yang menjelaskan kedudukan perkara, tugas badan
perundangan hanyalah merumuskan maksud dan perinciannya agar dapat
dikuatkuasakan.
(b) Sekiranya terdapat kemungkinan lain pada penafsiran makna nas-nas tertentu, badan
perundangan hendaklah memilih tafsiran yang selari dengan Islam serta kepentingan
semasa.
(c) Sekiranya tiada sebarang nas dan athar sebagai panduan, badan perundangan berhak
berijtihad dengan dikawal oleh lingkungan prinsip-prinsip umum mutlak yang telah
ditetapkan syarak agar dapat menjelaskan hukumnya kepada rakyat.
Kesimpulannya, dalam konteks pentadbiran negara kita hari ini merujuk kepada
maslahat ummah yang sentiasa berkembang, golongan ulama dan mereka yang
mempunyai pengetahuan agama perlu diberikan peluang untuk mengetengahkan
pandangan mereka terhadap kemaslahatan ummah tanpa campurtangan politik. Saya
berpandangan walaupun bidangkuasa hal agama terletak pada bidangkuasa negeri, akan
tetapi jika dilihat kepada pemerwartaan sesuatu hukum atau fatwa baru dari majlis fatwa
kebangsaan, jabatan agama islam negeri masing akan mengikut keputusan tersebut dan
inilah bukti keseragaman bidangkuasa sepertimana yang diwartakan dalam wilayah al-
Tanzim. Justeru apa sahaja hal dan usul dari kerajaan negeri jika dibawa ke bahagian
persekutuan haruslah di beri peluang dan di dengar serta di ambil tindakan yang patut
sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Contohnya RUU 355 pernah ditolak
dalam perbahaan dewan negara atas alasan politik dan ia sangat tidak munasabah sama

10
sekali memandangkan usul yang dibawa oleh orang Islam juga di tolak oleh orang Islam.
Pembentangan usul RUU355 adalah usul untuk memartabatkan kedudukan dan
bidangkuasa mahkamah syariah berdasarkan maslahat ummah dan hala tuju institusi
kehakiman syariah pada masa hadapan.

3. Peranan sebagai warganegara


‫س ِر بِا َ ْهلِكَ بِقِ ْط ٍع ِّمنَ الَّ ْي ِل َواَل يَ ْلتَفِتْ ِم ْن ُك ْم اَ َح ٌد‬
ْ َ ‫صلُ ْٓوا اِلَ ْيكَ فَا‬
ِ َّ‫س ُل َربِّكَ لَنْ ي‬ ُ ‫قَالُ ْوا ٰيلُ ْوطُ اِنَّا ُر‬
ٍ ‫الص ْب ُح بِقَ ِر ْي‬
‫ب‬ ُّ ‫س‬ َ ‫الص ْب ُح ۗ اَلَ ْي‬
ُّ ‫صابَ ُه ْم ۗاِنَّ َم ْو ِع َد ُه ُم‬ ِ ‫اِاَّل ا ْم َراَتَ ۗ َك اِنَّ ٗه ُم‬
َ َ‫ص ْيبُ َها َمٓا ا‬
Mereka (para malaikat) berkata, “Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah para utusan
Tuhanmu, mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah beserta
keluargamu pada akhir malam dan jangan ada seorang pun di antara kamu yang
menoleh ke belakang, kecuali istrimu. Sesungguhnya dia (juga) akan ditimpa (siksaan)
yang menimpa mereka. Sesungguhnya saat terjadinya siksaan bagi mereka itu pada
waktu subuh. Bukankah subuh itu sudah dekat?”
Kitab tafsir pimpinan Ar-Rahman menjelaskan maksud ayat ini, yakni berusaha
supaya ramai penduduknya, banyak hasil mahsulnya dan sejahtera hidup padanya. Para
ulama menerangkan maksud kalimah “isti’mar” yakni memakmurkan yang bermaksud
perintah supaya manusia melaksana dan menegakkan segala tanggungjawab yang
diletakkan di atas diri manusia.
Para ulama menetapkan makna memakmurkan dunia kepada tanggungjawab besar
terhadap agama, tanggungjawab kepada masyarakat dan tanggungjawab kepada manusia.
ٍSesebuah kerajaan terbentuk secara amnya adalah berdasarkan pilihan daripada rakyat
keseluruhannya. Dan apabila terbentuknya kerajaan melalui kaedah perundangan maka
kerajaan tersebut mempunyai tanggungjawab untuk memberi hak dan menyediakan
segala keperluan rakyat atau warganegara di wilayah pemerintrahannya.
Begitu juga sebaliknya, sebagai warganegara juga mempunyai peranan dan
tanggungjawab terhadap kerajaan sebagai timbal balas kepada hak mereka yang dijamin
dan tanggungjawab mereka terhadap negara. Tanggungjawab tersebut merupakan hak
negara yang harus mereka tunaikan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
(a) Tanggungjawab Umum

11
Tanggungjawab umum bermaksud semua warganegara sama ada Islam ataupun
bukan islam adalah wajib melaksanakannya. Antara tanggungjawab tersebut ialah
pertama mentaati pemerintah dan patuh kepada undang-undang negara. Setiap
warganegara mestilah taat dan patuh kepada setiap arahan pemerintah ataupun
menghormati dan mematuhi keluhuran segala perlembagaan dan segala undang-undang
negara sama ada ianya disukai atau tidak.
Kedua ialah menjunjung taat setia kepada negara khususnya DYMM Yang Di
pertuan Agong ( YDPA) yang menjadi lambang raja berperlembagaan dan sebagai ikon
dan lambang ketua kerajaan dan ketua agama umat islam. Selain itu, setiap warganegara
juga dituntut agar bersikap benar dan setia jiwa dan raga dalam bekerja ke arah kebaikan
dan kemakmuran negara dan menolak sebarang idealogi dan fahaman yang boleh
mengancam keselamatan negara.
(b) Tanggungjawab Khusus
Tanggungjawab khusus merujuk kepada kewajipan-kewajipan tertentu yang
mesti dilaksanakan oleh warganegara islam dan bukan islam. Perrtama ialah, membayar
zakat dan cukai. Sebagai seorang warganegara islam, diwajibkan ke atas mereka untuk
membayar zakat sama ada zakat fitrah ataupun zakat harta mereka yang memenuhi
syarat dan haul . Manakala warganegara bukan islam pula tidak diwajibkan membayar
zakat kerana zakat merupakan ibadah bagi orang islam, sebaliknya mereka dikehendaki
membayar cukai tertentu seperti jizyah, kharaj, usyur serta cukai perniagaan yang
sebahagian besarnya turut dibayar oleh umat islam.
Kedua ialah menjaga perasaan orang islam. Tanggungjawab ini ditujukan
kepoada warganegara bukan islam untuk menjaga perasaan orang islam seperti
terdapatnya larangan mencaci ajaran islam, larangan menyebarkan sebarang akidah atau
ajaran bertentangan dengan islam. Dan demi menjaga perasaan orang islam juga mereka
dilarang melakukan perbuatan meminum arak dan memakan khinzir dikhalayak
ramai. Tanggungjawab warganegara bukan islam juga mestilah menghormati bulan
ramadhan ketika warganegara islam sedang melaksanakan ibadah
puasa. .Tanggungjawab ini juga perlu dilaksanakan oleh orang islam untuk lebihn
bertolak ansur terhadap hak peribadi seseorang.
Tanggungjawab yang ketiga ialah menghormati agama islam. Tanggungjawab

12
ini merangkumi segala aspek penghinaan terhadap Allah, kitab suci al-Quran,
Keperibadian Baginda Rasulullah termasuk ahli keluarga Baginda dan mana-mana ajaran
yang ada dalam Islam sebagaimana umat islam adalah dilarang melakukan perkara yang
sedemikian rupa. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am: 108
Kesimpulannya, kewujudan institusi islam sangat menepati salah satu tugas YAB
Perdana Menteri dalam melaksanakan urus tadbir islam negara ini mengikut Perkara
38(3) Perlembagaan Persekutuan. Pertanggungjawaban ini adalah selaras dengan kuasa-
kuasa eksekutif Persekutuan yang dijelaskan dalam Perkara 39 Perlembagaan
Persekutuan yang terletak hak pada Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama islam
dalam Malaysia. Ia boleh dilihat ketika pembentukan Malaysia 1963 iaitu pihak kerajaan
sentiasa memastikan setiap agenda dan dasar pembangunan Islam dilaksanakan meliputi
lima aspek iaitu berhikmah, tadarruj (berperingkat), holistik, berperadaban dan
mementingkan isi kandungan perlaksanaan berbanding retorik dan slogan. Sesuai dengan
firman Allah SWT dalam surah al-Hajj:41

ِ ْ‫ض اَقَا ُموا الص َّٰلوةَ~ َو ٰاتَ ُوا ال َّز ٰكوةَ َواَ َمرُوْ ا بِ ْال َم ْعرُو‬ ٰ
‫ف َونَهَوْ ا ع َِن‬ ِ ْ‫اَلَّ ِذ ْينَ اِ ْن َّم َّكنّهُ ْم فِى ااْل َر‬

٤١ - ‫ْال ُم ْن َك ۗ ِر َوهّٰلِل ِ َعاقِبَةُ ااْل ُ ُم ْو ِر‬


(Yaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan
salat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang
mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan

PENUTUP
Berdasarkan beberapa huraian di peringkat awal berkaitan peranan seorang
pemimpin dan tanggungjawab serta hak warganegara adalah dapatlah disimpulkan
bahawasanya kepimpinan berasaskan konsep khalifah merujuk kepada kepimpinan

13
Baginda Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah merupakan cerminan dan ikutan yang
terbaik. Menurut Ibn Khaldun, konsep kepimpinan khalifah ini merupakan
pertanggungjawaban berasaskan tuntutan syariah dalam memenuhi keperluan
kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat, berpaksikan kepada penjagaan agama dan
pengurusan dunia dengan agama. Skop kekuasaan seorang khalifah secara umumnya
digambarkan dengan apa jua perlakuan pemimpin yang bertujuan semata-mata demi
menzahirkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat sesuai dengan satu kata-kata yang
mashyur oleh ulama yang berbunyi:
Maksudnya: Tindakan Imam (pemerintah) terhadap rakyatnya adalah tertakluk kepada
maslahah (kebajikan) mereka.
Kaedah al-Muhafazah ‘ala al-Qadim al-Salih wa al-Akhzu bi al-Jadid al-Aslah 5
yang bermaksud ( mengekalkan tradisi, menerima pembaharuan dan kemajuan yang lebih
baik) bagi mengekalkan tradisi dan warisan dan asas silam yang baik. Ia bermaksud
komitmen yang telah dizahirkan oleh negara dan kerajaan dengan menjadikan Sultan dan
Raja-raja Melayu sebagai pelindung agama Islam diperingkat negeri dan
persekutuan adalah sangat signifkasi dengan manhaj Islam Malaysia itu sendiri.
Menurut pandangan saya, dengan merujuk kepada Firman Allah SWT dalam surah as-
Sajdah:24 dan juga pandangan Ibn Kathir yang berkata,” Tatkala mereka bersabar dalam
melaksanakan perintah-perintah Allah dan dalam menjauhkan laranganNya,
membenarkan para Rasul-Nya dan mengikuti Risalah yang diberikan kepada mereka,
Nescaya mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk kepada kebenaran
dengan perintah kami, mengajak kepada kebaikan, memerintahkan yang makruf dan
melarang kemungkaran.” merupakan intipati yang terbaik sebagai seorang pemimpin.
Adil, amanah dan memelihara hak setiap orang merupakan jatidiri seorang
pemimpin yang unggul dalam melaksanakan tugasnya memakmurkan bumi. Di samping
itu, hanya pemimpin yang sabar sahaja dapat menyelesaikan masalah ummah. Dalam
istilah kontemporari, sikap professional seorang yang al-amin6 dan al-qawiy7akan
mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan peranan dan

5
Kaedah yang diperkenalkan oleh Ulama Nusantara dalam menghayati agama secara menyeluruh.
6
Merujuk kepada integriti
7
Merujuk kepada kompetensi

14
tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan, pentadbiran,
pendidikan dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, ciri-ciri pentadbiran pemerintahan yang mengutamakan dan
mengaplikasikan corak pentadbiran dengan gaya konsep wassatiah dalam semua aspek
kehidupan seharian termasuklah dalam hal serta cakna pengurusan dan perlaksanaan
tanggungjawab sebagai rakyat atau warganegara demi mencapai matlamat ‘Baldatun
Toyyibatun wa Rabbun Ghafur’.

ONLINE PARTICIPATIONS

1.

15
2.

16
17
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

htttps:// Qur'an Kemenag.go.id

Abu Hasan Ali b. Muhammad b. Habib al-Mawardi (t.t), al-Ahkam al-Sultaniyyah.

Bairut: Dar alKutub al-‘Ilmiyyah, h. 3

Website : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Malaysia.Irsyad Usul Fiqh Siri ke 64.

Prof Madya Dr Hassan Bahrom .OUM (2010), ABSD2103. MODUL SIASAH

SYAR’IYYAH.Edisi Pertama

18

Anda mungkin juga menyukai