Anda di halaman 1dari 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Tarikh Dibaca :

24 RABIULAWAL 1444H/
21 OKTOBER 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB


21 OKTOBER 2022 / 24 RABIULAWAL 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
ُ ‫﴿أَ عُوذُب ِاللهُِمِن‬
﴾‫َُالشيْطَانُِالرجِيم‬
َ ُ ۡ ُّ ُ َ َ ‫َ َ َ ُ ُ ذ ذ‬ َ ُ ‫ََٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ ذ ُ ْ ذ َ َ ذ‬
١٠٢ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱّلل حق تقاتِهِۦ وَل تموتن إَِل وأنتم مسلِمون‬

‫الله َُّم‬
َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمد ًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإل َه َ ِإ َّلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

،ُ ‫ أَ َّما ب َعْد‬.ِ‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
ِ ‫ص‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتِ َ ْقو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َ َّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫فَيَا عِبَاد َ الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita
sentiasa diberkati Allah SWT. Khatib ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar
tidak berbual atau tidak bermain telefon ketika khutbah sedang disampaikan kerana ia
termasuk dalam perkara yang lagha (sia-sia). Disebut dalam Kitab al-Muktamad Fi Fiqh
al-Syafie berdalilkan dengan hadis dalam Sunan Abi Daud, daripada Ali RA, bahawa
beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

‫ك ش َئ‬
َ ْ ‫ْس لَه ُ ف ِ ْي جُم ُع َتِه ِ تِل‬
َ ‫وم َنْ لَغ َا فَلَي‬

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang lagha maka dia tidak mendapat bahagiannya
daripada Jumaatnya itu”. (Hadis riwayat Abu Daud)

1
Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

Jadi, berikan tumpuan sebaiknya kepada khutbah yang akan disampaikan. Pada hari ini
khatib akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “Amanah Dan Tanggungjawab”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kepimpinan merupakan satu tuntutan utama dalam ajaran Islam yang perlu diberikan
perhatian oleh setiap umat Islam. Islam secara umumnya memberikan penekanan
utama terhadap persoalan kepimpinan kerana tanpa adanya elemen kepimpinan, urusan
pentadbiran individu, masyarakat dan negara tidak dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna.

Kepimpinan merupakan isu yang besar dan serius, kerana kepimpinan yang baik akan
membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang
buruk dan zalim akan membawa porak-peranda kepada negara.

Kepimpinan perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, adil dan amanah kepada
setiap golongan yang dipimpin. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisaa’ ayat 58:
ْ ُ ُ َۡ َ ‫ذ‬ َ َۡ ُ ۡ َ َ َ َ َۡ َ
َٰٓ‫ت إَِل‬ ُ ُ َُۡ َ‫ذ ذ‬
ََٰ‫ك ۡم أَن تُ َؤ ُّدوا ْ ٱ ۡۡلَ َمَٰن‬
ِ ‫أهلِها ِإَوذا حكمتم بۡي ٱنل‬
‫اس أن َتكموا‬ ِ ‫۞إِن ٱّلل يأمر‬

َ ‫ّلل ََك َن َسم‬


ٗ ‫يعَۢا بَ ِص‬ ُ ُ َ ‫َۡ ۡ ذ ذَ ذ‬
َ ‫كم بهِۦ إ ذن ٱ ذ‬
٥٨ ‫ريا‬ ِ ِ ِ ‫ب ِٱلعد ِل إِن ٱّلل نِعِما يعِظ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan
hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.

Kepentingan kepimpinan ini juga terbukti apabila Rasulullah SAW mengesyorkan agar
dilantik seorang pemimpin ketika bermusafir walaupun dalam kumpulan yang kecil.
Rasulullah SAW turut menggambarkan bahawa semua individu Muslim itu dianggap
sebagai khalifah atau pemimpin dan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang
berada di bawah kepimpinannya.

Sabda Baginda SAW:


2
Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

ٍ َ ‫ا َل َا فَك ُُل ك ُ ْم ر‬
ٌ ‫اع و َك ُُل ك ُ ْم مَسْئ ُو‬
ِ ‫ل ع َن رَع َِّيتِه‬

Mafhumnya: “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada
kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya”. (Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan pengertian hadis tersebut, kedudukan kepimpinan dalam Islam bermula


daripada memimpin diri sendiri dan seterusnya meningkat kepada tanggungjawab
terhadap kepimpinan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Bagi merealisasikan
tanggungjawab kepimpinan ini maka para ulama telah menetapkan beberapa syarat
dalam menentukan kelayakan seseorang pemimpin, antaranya ialah keupayaan
jasmani, pengetahuan undang-undang, kelayakan ilmu, adil dan menguasai ilmu
siyasah, peperangan dan pentadbiran.

Menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah bahawa: Seorang


pemimpin itu hendaklah mempunyai pemikiran yang tajam untuk menjaga siyasah umat,
pentadbiran yang menjamin kemaslahatan, berani, berupaya mempertahankan negara
dan berjihad menentang musuh. Islam juga telah menggariskan ciri-ciri kepimpinan yang
perlu diberi perhatian. Antaranya ialah 'al-Qawiyul Amin' sepertimana firman Allah SWT
dalam Surah al-Qasas, ayat 26:
ُ َ ۡ ُّ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ‫ذ‬
٢٦ ‫إِن خري م ِن ٱستجرت ٱلقوِي ٱۡلمِۡي‬

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.

Kuat bermaksud mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk mentadbir dari sudut
fizikal dan kesihatannya, kemampuan berfikir dan menyelesaikan permasalahan,
mempunyai daya kreativiti yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan
melaksanakan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Manakala amanah pula bermaksud seorang yang boleh dipercayai, tidak mengambil
kesempatan dengan kedudukan diperoleh untuk kepentingan peribadi serta menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, jujur dalam kata-kata dan
tidak memungkiri janji.
3
Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

Dalam bahasa yang mudah, kalimah ‘qawiy’ merujuk kepada nilai kompetensi manakala
amanah difahami sebagai nilai integriti. Selain dari kuat dan amanah, seorang pemimpin
yang baik ialah mereka yang memiliki dan mempertahankan nilai-nilai keIslaman dan
ketakwaan. Rasulullah SAW pernah menolak permintaan Abu Dzar al-Ghifari yang
menawarkan diri untuk menyandang satu jawatan menerusi sabdanya yang berbunyi:
“Wahai Abu Dzar! Kamu seorang yang lemah, sedangkan tugas ini satu amanah, ia
menyusahkan dan menjadi satu penyesalan pada hari kiamat nanti, kecuali bagi orang
yang mengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab yang terpikul di
bahunya”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Seorang pemimpin hendaklah berjuang dengan bersungguh-sungguh dan berusaha
memakmurkan rakyat dan negara seperti mana peringatan Baginda Nabi SAW:

َ ‫ح ِإ َّلا ل َ ْم يَدْخ ُلْ مَعَه ُ ْم الْج َّنَة‬


ُ ‫ص‬ َ ‫م َا م ِنْ أَ م ِيرٍ يلَ ِي أَ مْرَ ال ْمُسْل ِمِينَ ث َُّم ل َا‬
َ ْ ‫يجْهَد ُ لَه ُ ْم و َيَن‬

Mafhumnya: “Tidak seorang pun Amir (pemimpin) yang menguasai atau memerintah
kaum Muslimin, tetapi dia tidak berjuang dengan sungguh-sungguh dan tidak
memberikan pengarahan untuk kemakmuran (kecukupan/keperluan) mereka, nescaya
Allah tidak membolehkannya bersama-sama mereka ke Syurga”. (Hadis riwayat Imam
Muslim)

HADIRIN SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Penggunaan data dan statistik bukan sahaja melibatkan pentadbiran negara dari sudut
ekonomi, sosial, demografi, dan alam sekitar bahkan berkait juga dengan pengurusan
hal ehwal Islam. Ilmu berkaitan statistik ini tidak terhad kepada ahli statistik sahaja tetapi
ia menjadi amanah dan tanggungjawab serta kerjasama setiap individu dengan
memberikan maklumat yang betul dan tepat terhadap sebarang kajian yang dijalankan.

Oleh itu, bersempena dengan Hari Statistik Negara yang disambut pada 20 Oktober
setiap tahun, khatib ingin menarik perhatian para Jemaah tentang kepentingan statistik
yang membantu merumus kesimpulan secara saintifik berasaskan fakta. Statistik yang
tepat dan berkualiti, diiringi dengan kefahaman yang tinggi dalam kalangan masyarakat
4
Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

akan membantu para pemimpin menghasilkan keputusan yang tepat, agihan sumber
yang efektif, meningkatkan daya saing, meningkatkan tahap kecekapan dan
pembangunan mapan. Justeru, dengan adanya statistik ini akan meneruskan
kelangsungan, kelestarian, keharmonian dan kesepakatan ummah untuk membawa
Malaysia terus maju ke hadapan.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang jemaah
sekalian untuk menghayati intipati khutbah agar ia menjadi pedoman dalam kehidupan
kita, antaranya:
Pertama: Islam memberikan penekanan utama terhadap persoalan kepimpinan bagi
mengurus tadbir individu, masyarakat dan negara dengan sempurna.
Kedua: Kepimpinan perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, adil dan amanah
kepada setiap golongan yang dipimpin.
Ketiga: Angkatlah pemimpin yang memiliki dan mempertahankan nilai-nilai kepimpinan
Islam agar negara kita dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Hayatilah firman Allah SWT menerusi Surah Saad ayat 26:


َۡ
َ ۡ ‫اس بٱ‬
َٰ‫ۡلق َو ََل تَ ذتبِعِ ٱل ۡ َه َوى‬ ِ ‫ذ‬ ‫نل‬ ‫ٱ‬ َ
‫ۡي‬
َۡ ُ ۡ َ
‫ب‬ ‫م‬ ‫ك‬‫ح‬ ‫ٱ‬‫ف‬ ِ
‫ۡرض‬‫ۡل‬ ‫ٱ‬ ‫ِف‬
ٗ َ َ َ َٰ َ ۡ َ َ ‫َ َٰ َ ُ ُ ذ‬
ِ ‫يداوۥد إِنا جعلنك خلِيف‬
‫ة‬
ِ ِ
ْ َ ٞ ‫ذ َ ُه ۡم َع َذ‬
ُ ‫اب َش ِد‬ َ ُّ َ َ ‫ذ ذ ذ‬
َ ‫ون َعن‬ َ ‫َُ ذ‬
َ ‫ك‬
‫يدَۢ ب ِ َما ن ُسوا يَ ۡو َم‬ ‫يل ٱّللِ ل‬
ِ ِ ‫ب‬‫س‬ ‫ل‬ ‫ض‬ِ ‫ي‬ ‫ِين‬
‫َّل‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ِ ‫ّلل‬
ِ ‫ِ ِ ه‬ ‫ٱ‬ ‫يل‬ ‫ب‬‫س‬َ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ضل‬ِ ‫في‬
ۡ
َ ‫ۡل‬
٢٦ ‫اب‬
ِ ‫ِس‬ ‫ٱ‬

Maksudnya: “Wahai Daud! Sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi,
maka jalankanlah hukum antara manusia dengan benar; dan janganlah kamu menurut
nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang
sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal,
disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu”.

ِ ‫َات و َالذِكْر‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ ت َغْف ِر ُ الله‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْع َلِي ْم‬ َ ‫ و َتَق ََّب‬،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫الْح‬
5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Amanah dan Tanggungjawab‬‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬


‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫حي ْم ُ‪.‬‬ ‫ات‪ ،‬فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ َّ‬


‫الر ِ‬ ‫و َالْأَ مْو َ ِ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

KHUTBAH KEDUA

َّ ‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن‬


ِ ‫ و َعَلَى آلِه‬،ِ‫النب ِ ِي ا ْلأَ م ِين‬ َّ ‫َالصلَاة ُ و‬ َّ ‫ و‬،َ‫َب الْع َالم َي ِن‬ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر‬
.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
ٍ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ ِ ‫صحَابِه‬
َ ‫الطاهِرِي‬ ْ َ‫و َأ‬
.ُ ‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬
َّ ُ ‫ و َأَ شْهَد‬،ُ ‫ك لَه‬ َّ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ‬
َ ْ ‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي‬
َ ‫ ا َِّتق ُوا الله َ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ فَق َد فَاز‬،ِ‫ فَيَا عِبَاد َ الله‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬
.َ‫ال ْم َُّتقون‬
SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa supaya kita mendapat
keredhaan-Nya. Khatib juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini
supaya kekal bersatu padu atas dasar Islam. Sesungguhnya persaudaraan Islam itu
sangat mahal harganya. Hentikanlah segala percakaran dan tinggalkanlah segala
perselisihan kerana ia hanya merugikan agama, bangsa dan negara. Walau apa jua
perbezaan yang ada, Islam menuntut kepada kesatuan ummah dan bukan alasan untuk
saling bermusuhan.

Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas
kekasih kita, Nabi Muhammad SAW sebagaimana perintah Allah SWT dalam Surah al-

ْ ُ َ َ ۡ َ َ ْ ُّ َ ْ ُ َ َ َ ‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ ذ ََٰٓ َ ُّ َ ذ‬
Ahzab ayat 56:

‫ب ه يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا‬ ِ ِ ‫إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع ٱنل‬
ً ۡ َ
٥٦ ‫تسلِيما‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى‬
ِ ‫ل عَلَى سَي ِدِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬ َ ‫ا َ َّلله َُّم‬
ِ ‫ص‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
ِ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬
ْ ِ‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َار‬
ِ ‫آ‬
.ٌ‫مج ِيْد‬
َ ٌ‫ك حَمِيْد‬َ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن‬ ِ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ‬
َّ ‫ن‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ َّ ِ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية‬
ِ َ ‫ وَع‬،َ‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِين‬ ِ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ ا َّلرا‬
َ ‫شدِي‬ ِ َ ‫الله َُّم ع‬
َّ ‫ْض‬ َ ‫و َار‬
.َ‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِين‬
َ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار‬ َّ
ٍ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Amanah dan Tanggungjawab‬‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫ك نَا ك باوه دولي يڠ‬ ‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِ َ‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن‬
‫ال م ُصْ طَفَى ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫تونكو حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله‬
‫سُل ْطَان إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ات‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫ك ي َا أَ ْر َ‬
‫ب ِرَحْمَت ِ َ‬
‫ن و َأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأَ ْم ٍ‬ ‫َّ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬
‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫َّ‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬‫ل كَل ِمَت َ َ‬‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأَ ع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬ ‫َّ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ‬
‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة ً‪ِ ،‬إ َّن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َّ‬
‫َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بلُ ْد َا ِ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪ ،‬ي َا‬ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫ك مِ َ‬ ‫قَدِيْر ٌ‪َّ .‬‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬ ‫أَ ْر َ‬

‫‪Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang‬‬
‫‪Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar‬‬
‫‪Engkau ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami‬‬
‫‪dengan rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah‬‬
‫‪kami dengan kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari‬‬
‫‪sebarang fitnah, bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar,‬‬
‫‪seperti rasuah, salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua‬‬
‫‪Ya Allah, tempat kami mengadu dan memohon pertolongan.‬‬

‫‪8‬‬
Khutbah Jumaat Amanah dan Tanggungjawab

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan
diterima.
َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬
.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ ۡ َ ۡ َۡ ُ َُۡ َ‫ذ ذ‬
َٰ
ِ ‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل‬
‫غ‬
َ ‫ُ ُ َ ذ ُ ََ ذ‬
٩٠ ‫يَ ِعظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬

.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai