Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Sejauh manakah nilai budaya masyarakat Melayu sering dikaitkan


dengan kedatangan Islam yang telah membentuk budaya Melayu ?

Nilai-nilai budaya yang ada pada masyarakat melayu adalah bermula dari
cara didikan agama islam, dan sudah wajar jika sering dikaitkan dengan kedatangan
agama islam. Antara nilai budaya masyarakat melayu sering dikaitkan dengan
kedatangan islam yang telah membentuk budaya melayu adalah seperti di bawah.

2.1 Meraikan tetamu

Tetamu sentiasa dipandang baik kerana orang melayu percaya


bahawa apabila memuliakan tetamu Allah S.W.T mesti sayang dan cinta akan
hambanya. Justeru, orang-orang melayu sentiasa mengharapkan keredhaan
dari sang pencipta sebagaimana Firman Allah S.W.T di dalam surah Az-
Dzariyat ayat 24 hingga 30, di mana menceritakan tentang kisah perbualan
Nabi Ibrahim bersama tetamunya, bagaimana Nabi Ibrahim menerima,
menyambut dan melayani tetamu ke rumahnya meskipun baginda tidak
mengenali mereka. Baginda tidak tahu yang datang itu adalah malaikat tetapi
baginda tetap baik dalam melayani tetamunya. (Shahrulnizam Muhadi,
2019). Jelaslah bahawa, kisah ini dijadikan panduan bagi masyarakat melayu
dalam memuliakan tetamu, meskipun si tuan rumah tidak mengetahui hajat si
tetamu datang ke rumah atau tidak mengenali mereka, akan tetapi masyarakat
melayu tetap berusaha untuk meraikan tetamunya.

Tambahan pula, bagi agama islam adab dalam memuliakan tetamu


akan mendapat balasan ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Justeru, dalam
konteks ini sama seperti pandangan masyarakat melayu iaitu mereka
beranggapan dan percaya bahawa datangnya tetamu ke rumah adalah
membawa rezeki kepada tuan rumah. Menurut Muada Ojihi (2015), tetamu
hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan sebaik mungkin, malah tuan
rumah juga disunatkan untuk berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri
demi menjaga dan menghormati tetamu. Justeru, pentingnya bersikap baik
dalam memuliakan tetamu.
Di samping itu, setelah kedatangan agama islam ke Tanah Melayu
telah mengubah fahaman orang-orang melayu, mereka memeluk islam dan
beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Maka sunnah dari
hadis-hadis baginda telah dijadikan panduan, antara salah satu hadis
memuliakan tetamu iaitu bermaksud, : Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan
sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman
dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang
baik atau hendaklah dia diam.” [HR.Bukhari:5559). Melalui hadis ini,
dapatlah diketahui memuliakan tetamu sangat dianjurkan oleh Nabi S.A.W
dan ini menjadi panduan dalam budaya masyarakat melayu.

Bagi masyarakat melayu, jika tetamu datang ke rumah perkara


pertama yang akan tuan rumah lakukan adalah dengan mempersilakan tetamu
masuk dan duduk, kemudian tuan rumah akan menyediakan air minum dan
juadah, selepas itu barulah berbincang hajat si tetamu tersebut. Cara dalam
meraikan tetamu masyarakat melayu terdidik daripada ajaran agama islam.
Oleh itu, melalui nilai-nilai dalam beradab meraikan tetamu yang diterapkan
oleh masyarakat melayu sehingga ke hari ini, adalah melalui corak yang
dibawa oleh ajaran agama islam sehingga hasilnya adab dalam meraikan
tetamu dapat membentuk budaya masyarakat melayu.

2.2 Bersopan santun dan budi pekerti

Masyarakat melayu menggangap orang yang bersopan santun dan


budi pekerti adalah orang yang beradab dan tidak bersikap kasar dengan
orang lain. Budi, adab dan sopan ini boleh dilihat dalam adat masyarakat
melayu iaitu dalam aktiviti harian mereka. Hal ini, masyarakat melayu sangat
mementingkan peradaban dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti
yang telah diajar di dalam agama islam bahawa umat islam mestilah menjaga
adab sesama manusia. Di dalam agama islam, contoh yang terbaik dijadikan
ikutan dan dianjurkan kepada kita adalah akhlak Nabi Muhammad S.A.W
sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran firman Allah S.W.T iaitu,
‫ان َيرْ جُوا هّٰللا َ َو ْال َي ْو َم‬ ‫هّٰللا‬
َ ‫ان لَ ُك ْم فِيْ َرس ُْو ِل ِ اُسْ َوةٌ َح َس َن ٌة لِّ َمنْ َك‬ َ ‫لَ َق ْد َك‬
‫ااْل ٰ خ َِر َو َذ َك َر هّٰللا َ َك ِثيْرً ۗا‬

Maksudnya: “Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri


teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”

(QS.Al-Ahzab:21)

FirmanNya lagi,

‫ك لَ َع ٰلى ُخلُ ٍق عَظِ ي ٍْم‬


َ ‫َو ِا َّن‬

Maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau benar-benar budi pekerti


yang luhur.”

(QS.Al-Qalam:4)

Berdasarkan dua ayat di atas, menjelaskan Rasulullah S.A.W adalah


suri tauladan yang baik kepada manusia dari segala hal. Jelaslah perkara ini
menjadi contoh buat masyarakat melayu untuk mengikuti akhlak baginda
sama ada dari segi pemakaian, pertuturan, menuntut ilmu dan sebagainya,
sebagaimana hadis yang diriwayatkan iaitu,

‫ق‬ َ ‫ت ُأِلتَ ِّم َم‬


ِ ‫صالِ َح اَأْل ْخاَل‬ ُ ‫ِإ َّذ َما بُ ِع ْث‬

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk


menyempurnakan kebaikan akhlak.”

(HR.Ahamd:8952)

Hadis ini menjelaskan perutusan Nabi Muhammad S.A.W adalah


untuk menyempurnakan akhlak yang baik kepada seluruh manusia. Justeru,
kedatangan islam memberi perubahan terhadap masyarakat melayu iaitu
sentiasa berkata benar dan melarang pembohongan. Bersopan santun ketika
berkata dan menitikberatkan percakapan yang penuh dengan adab seperti
cara berinteraksi dengan yang lebih tua, anak-anak muda tidak menyampuk
ketika mereka bercakap.

Selain itu, masyarakat melayu jika bertemu dengan saudara islam


tanpa mengenalinya atau bertemu yang tua, mereka akan berjabat tangan dan
bertutur dengan mesra serta beradab dan juga menunduk apabila melintas di
hadapan yang tua. Hal ini, bersopan santun dan budi pekerti sudah lama
diterapkan di dalam budaya masyarakat melayu selepas kedatangan islam
sebagimana yang sering digambarkan di dalam syair, pantun, sajak, puisi dan
sebagainya. Jika seseorang mengatakan orang itu tidak faham bahasa,
bermakna orang tersebut tidak tahu adab dan sopan santun. Oleh itu,
masyarakat melayu menyematkan cogan kata ‘budi bahasa amalan mulia’ di
dalam diri mereka sepanjang masa walau di mana mereka berada.

2.3 Bermuafakat

Bermuafakat atau bermusyuarah adalah merupakan cara bagaimana


masyarakat melayu mencapai persetujuan orang ramai di dalam sebuah
perbincangan. Hal ini, menyuarkan pendapat adalah penting bagi mencapai
sesuatu tujuan. Justeru orang ramai diberi peluang untuk menyuarkan
pendapat mereka dan selepas itu persetujuan akan dicapai dengan
mengambil kira semua pendapat, di mana pendapat bersesuaian akan diguna
pakai untuk dimajukan.

Masyarakat melayu terdidik dengan cara yang telah dibawa oleh


agama islam, mementingkan pendapat orang lain untuk mencapai
kesepakatan sebagaimana yang dijelaskan Allah S.W.T dalam potong ayat,

‫م ُشو َرى بَ ْينَهُ ْم‬Sُْ‫َوَأ ْم ُره‬

Maksudnya: “sedang urusan mereka (diputuskan) dengan


musyawarah antara mereka.”

(QS.Asy-Syura:38)

Berdasarkan potong ayat Al-Quran di atas, Ibnu Katsir menjelaskan


di dalam kitabnya iaitu “mereka itu tidak akan pernah memutuskan
sesuatu urusan melainkan terlebih dahulu musyawarahkannya di
antara sesama mereka agar dapat mengemukakan pendapat masing-
masing”. (Tasfir Ibun Katsir, 2003). Hal ini, sangat dianjurkan dalam islam
untuk bermuafakat dan masyarakat melayu amat mementingkan
bermusyarah terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu rancangan atau
aktiviti.

Seterusnya, nilai budaya yang diamalkan oleh masyarakat melayu


ini diterapkan di dalam setiap pekerjaan, persekolahan, kehidupan dalam
masyarakat dan sebagainya. Di dalam peribahasa melayu juga dinyatakan
iaitu, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’,
(KPSBM), maksudnya manusia bersatu sebulat suara kerana muafakat.
Masyarakat melayu percaya bahawa tanpa adanya muafakat sesuatu
rancangan atau tujuan tidak akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, sangat
penting perbincangan semua pihak kerana muafakat itu membawa berkat.

Anda mungkin juga menyukai