Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 5

STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN AGAMA

َٰٓ
‫ٱۡلي َم ِن َو َمن يَت َ َولَّ ُهم ِمن ُك ۡم فَأ ُ ْولَئِكَ ُه ُم‬ ِ ۡ ‫علَى‬ َ ‫يََٰٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ ََل تَت َّ ِخذُ َٰٓواْ َءابَا َٰٓ َء ُك ۡم َوإِ ۡخ َونَ ُك ۡم أ َ ۡو ِليَا َٰٓ َء إِ ِن ٱ ۡست َ َحبُّواْ ۡٱل ُك ۡف َر‬
ۡ ۡ
َ‫ة ت َ ۡخش َۡون‬ٞ ‫ِيرتُكُمۡ َوأ َ ۡم َٰ َو ٌل ٱقت َ َرفت ُ ُمو َها َوتِ َٰ َج َر‬
َ ‫عش‬ َ ‫ قُ ۡل إِن َكانَ َءابَا ٓ ُؤكُمۡ َوأ َ ۡبنَا ٓ ُؤكُمۡ َوإِ ۡخ َٰ َونُكُمۡ َوأ َ ۡز َٰ َو ُجكُمۡ َو‬٢٣ َ‫ٱلظ ِل ُمون‬ َّ
َّ ‫ٱّللُ بِأ َمۡ ِر ِهۦ َو‬ ۡ َّ َ‫ض ۡونَ َها َٰٓ أ َ َحبَّ إِلَ ۡي ُكم ِمن‬ َ َٰ ‫سا َد َها َو َم‬
‫ٱّللُ ََل‬ َّ ‫ي‬ َ ِ‫صواْ َحتَّى يَأت‬ ُ َّ‫سبِي ِل ِهۦ فَت ََرب‬
َ ‫سو ِل ِهۦ َو ِج َهاد فِي‬ ُ ‫ٱّللِ َو َر‬ َ ‫س ِكنُ ت َۡر‬ َ ‫َك‬
ۡ َ ۡ
٢٤ َ‫يَهۡ دِي ٱلق ۡو َم ٱلفَ ِسقِين‬
23. Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika
mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim
24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta
kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu
sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai
Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [al-Taubah :
23-24]

SEBAB NUZUL AYAT


1. Pandangan al-Kalbiy, ayat 24 surah al-Taubah berkaitan dengan arahan Baginda SAW untuk berhijrah ke
Madinah. Sebahagian sahabat berbincang dan memaklumkan kepada keluarga masing-masing. Ada yg bersegara
menyahut seruan da nada sebilangan yang teragak-agak untuk berhijrah kerana saying meninggalkan isteri,
anak-anak dan keluarga.
2. Maka turunlah ayat ini yang mencela sikap mereka yang mengutamakan kepentingan peribadi berbanding
kepentingan Nabi dan Agama Islam.

INTISARI AYAT
1. Allah tidak menyekat mana-mana manusia untuk mencari kekayaan seperti harta benda, rumah kediaman yang
mewah dan perniagaan.
2. Allah juga tidak melarang manusia untuk mengasihi ibu bapa, pasangan dan anak-anak mereka.
3. Tetapi kecintaan kepada Allah dan Rasulullah serta berjihad pada jalan Allah hendaklah diutamakan daripada
yang lain.

CONTOH AMALAN YANG MENGUTAMAKAN ALLAH DAN RASULULLAH.

Bil Peribadi Kisah Perjuangan/ Amalan


Memperjuangkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW.
Sayyidatina Khadiah bintu
1. Mengorbankan seluruh hartanya kepada perjuangan Islam dan Rasulullah
Khuwailid
SAW.
Perang Tabuk; beliau sanggup menginfakkan semua hartanya untuk
Rasulullah dan agama Islam
2. Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq
Di dalam gua Thur, beliau menutup kakinya ke lubang binatang berbisa
kerana melindungi Rasulullah SAW.
Menggantikan Rasulullah SAW di tempat tidur Baginda sebelum Baginda
3. Sayyidina Ali bin Abi Talib k.w
keluar untuk berhijrah.

KONSEP KEPIMPINAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


1. Setiap orang adalah pemimpin. Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin.
2. Menjadi pemimpin bukanlah kebanggaan dan keistimewaan sebaliknya ia adalah amanah/ tanggungjawab yg perlu
ditunaikan sebaiknya dan akan dipersoalkan oleh Allah Taala di akhirat nanti.
3. Pemimpin tidak terbatas kpd pemimpin negara shj [Perdana Menteri] tetapi ; pemimpin masyarakat, pemimpin
keluarga [ayah/ ibu], pemimpin organisasi/ jabatan, dan pemimpin kpd diri sendiri.

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK.


1. Mengutamakan kepentingan org yg dipimpin melebihi kepentingan peribadi.
2. Berorientasikan kebajikan dan perkhidmatan.

4
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 5
STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

3. Bersikap positif, berhikmah dan terbuka.


4. Mengutamakan keadilan dalam setiap tindakan/ keputusan
5. Beramanah dalam setiap tanggungjawab.
6. Mempunyai kesempurnaan fizikal dan mental

AKIBAT MEMILIH ORANG FASIK SEBAAGAI PEMIMPIN


1. Orang Fasik ; orang Islam yang Aasi [melakukan dosa] dan mereka jelas menunjukkan penderhakaan kepada
Allah Taala dan tidak melaksanakan tuntutan Islam dengan sewajarnya.
2. Mereka lebih cenderung melakukan kekufuran dengan mengabaikan tuntutan ketauhidan kpd Allah Taala.
3. Sifat utama orang fasik ialah SUKA BERBOHONG DAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA PALSU.

ِ ُ ‫َيَٰٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُ َٰٓواْ إِن َجا َٰٓ َء ُك ۡم فَا ِس ُۢ ُق ِبنَ َبإ فَتَبَيَّنُ َٰٓواْ أَن ت‬
َ ْ‫صيبُواْ قَ ۡو ُۢ َما ِب َج َهلَة فَتُصۡ ِب ُحوا‬
‫علَى َما‬
٦ َ‫فَ َع ۡلت ُ ۡم نَد ِِمين‬
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka
periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu [al-hujurat : 6]

LARANGAN ALLAH MELANTIK ORANG FASIK BERDASARKAN AYAT IALAH KERANA;


1. Akan memporak perandakan masyarakat.
2. Masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak tenteram
3. Budaya fitnah memfitnah, mengadu domba akan berleluasa
4. Rakyat @ orang bawahan @ pekerja tidak akan mempercayai lagi barisan kepimpinan.
5. Kemajuan dan pembangunan negara tidak berlaku dengan berkesan.

KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM


1. Persaudaraan Islam ialah persaudaraan yang berasaskan kepada ikatan akidah Islamiah. Ia tidak membezakan
bangsa, keturunan, warna kulit, darjat, pangkat, kekayaan dan sempadan Geografi.
2. Persaudaraan Islam menekankan sikap tolong menolong, hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu
dengan yang lain.
َّ ْ‫ة فَأَصۡ ِل ُحواْ َب ۡينَ أَخ ََو ۡي ُك ۡم َوٱتَّقُوا‬ٞ ‫ِإنَّ َما ۡٱل ُم ۡؤ ِمنُونَ ِإ ۡخ َو‬
١٠ َ‫ٱّللَ لَ َعلَّ ُك ۡم ت ُ ۡر َح ُمون‬
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah
hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah Taala, supaya kamu
mendapat rahmat [al-Hujurat : 10]

Hadith Nabi menyebutkan bahawa;

)‫ضهُ بَعضا (متفق عليه‬


َ ‫شد بَع‬ ِ َ‫ ال ُمؤ ِمنُ ِلل ُمؤ ِم ِن َكالبُني‬: ‫ قال‬ ‫ عن النبي‬،‫عن أبي موسى‬
ُ َ‫ان ي‬
Orang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama binaan yang saling menguatkan antara satu
sama lain.

SOALAN PENILAIAN.
1. Jelaskan sebab nuzul ayat 24 surah al-Taubah.
2. Senaraikan ciri-ciri pemimpin yang baik menurut Islam.
3. Huraikan konsep persaudaraan dalam Islam
4. Mengapakah orang Fasik tidak boleh dilantik sebagai pemimpin.

Anda mungkin juga menyukai