Anda di halaman 1dari 8

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

CINTAKAN PERDAMAIAN HINDARKAN PERSENGKETAAN

Tarikh Dibaca :

27 Zulhijjah 1442H/
6 Ogos 2021M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan

CINTAKAN PERDAMAIAN HINDARKAN PERSENGKETAAN


6 Ogos 2021M/ 27 Zulhijjah 1442H

ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َع ِي ْن ُه ُ و َنَسْت َغْف ِر ُه ُ وَن َت‬،َ‫ب الْع َالم َي ِن‬


‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

‫َل و َسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬


ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْن‬

‫ي بتَِقْو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
ْ ِ ‫صي ْك ُ ْم و َن َ ْفس‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ‬

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita
mendapat kerahmatan dan keampunan daripada Allah SWT.

Pada hari yang berbahagia ini, marilah kita menghayati bicara mimbar
yang bertajuk, “Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan”.

Sidang Jemaah yang berbahagia,


Islam menuntut umatnya agar sentiasa memelihara kedamaian dan
menjauhi persengketaan. Kita mestilah memainkan peranan di dalam usaha
penyatuan umat manusia dengan mengelakkan diri daripada memarakkan
1
Khutbah Jumaat Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan

api permusuhan sesama insan. Firman Allah SWT di dalam surah


al-Hujurat, ayat 10 yang bermaskud:

“Sebenarnya orang-orang beriman adalah bersaudara, maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Di dalam pepatah Melayu, banyak sekali peringatan agar menjauhkan


diri dari sifat permusuhan dan perpecahan yang digambarkan dalam
peribahasa seperti larangan menjadi batu api, api dalam sekam, gunting
dalam lipatan, musuh dalam selimut dan lain-lain lagi. Semua perumpamaan
yang diungkapkan dalam peribahasa tersebut adalah perbuatan buruk yang
akan membinasakan persaudaraan sesama manusia.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Di zaman teknologi maklumat di hujung jari ini, masyarakat lebih banyak
berinteraksi di alam maya dan terdedah dengan pelbagai berita dan
maklumat. Namun ingatlah bahawa Islam mengajar kita untuk mengamalkan
adab Islam dalam pergaulan, menjauhi perbuatan fitnah, menghina orang
lain dan mengadu domba. Sebarang perkhabaran yang tidak benar tentang
seseorang atau sesuatu perkara pasti mengundang permusuhan dan
perselisihan. Justeru, kita mestilah berhati-hati ketika menerima sesuatu
berita dengan mengamalkan sikap tabayyun. Penerimaan apa-apa jua berita
sekiranya tidak dipandu dengan asas ilmu yang betul akan menjerumuskan
masyarakat kepada budaya fitnah dan mengumpat melalui hantaran
di media-media sosial secara berleluasa.

Perbezaan pandangan, sikap dan pendekatan adalah perkara lumrah


dalam kehidupan bermasyarakat. Walau bagaimanapun adab dan akhlak
mestilah sentiasa dipelihara dalam mengharmonikan perbezaan tersebut.
Kebebasan memberikan pandangan di ruang maya juga kadangkala
2
Khutbah Jumaat Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan

mengundang perselisihan sehingga membawa kepada keretakan hubungan


persaudaraan dan menjadi sebab untuk saling membenci sehingga
mendedahkan keaiban masing-masing. Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis
daripada Ibn Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ْ‫ضحْه ُ وَلَو‬
َ ‫ وَم َنْ تَتَب َع الله ُ عَو ْرَتَه ُ ي َ ْف‬،ُ ‫سل ِ ِم تَتَب َع الله ُ عَو ْرَتَه‬
ْ ُ ‫م َنْ تَتَب َع عَو ْرَة َ أَ خِيه ِ ال ْم‬

.ِ ‫ْف رَحْلِه‬
ِ ‫جو‬
َ ‫فِي‬

Bermaksud: “Sesiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan)


saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya, dan
sesiapa yang Allah buka aibnya tentulah Allah akan mendedahkannya
walaupun dia berada di dalam rumahnya.”

Marilah kita menjauhi sifat taasub dan tanamkan sikap keterbukaan


dalam menerima teguran atas nama kebenaran. Sifat taasub dan fanatik
boleh menyebabkan seseorang itu sukar menerima pandangan orang lain
yang bertentangan walaupun pandangan tersebut lebih tepat dan benar.
Sikap hormat dan kagum dengan kebaikan dan keilmuan individu atau
kumpulan tertentu tidak ditegah oleh syarak namun janganlah keterlaluan
sehingga sukar berlapang dada untuk menerima teguran.

Ketika menghadapi pelbagai situasi dalam kehidupan, kembalikanlah


niat untuk mengutamakan kepentingan ummah dan keredaan Allah SWT
dalam setiap amalan yang dilakukan. Hanya dengan sifat toleransi, berkasih
sayang dan menjauhi perselisihan, agenda membela kebajikan ummah
dapat dijayakan.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

3
Khutbah Jumaat Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan

Pertama: Kita mestilah memainkan peranan di dalam usaha penyatuan


umat dan mengelakkan diri daripada memarakkan api permusuhan sesama
insan.

Kedua: Amalkan adab Islam dalam pergaulan, jauhi perbuatan fitnah,


mengumpat, menghina orang lain dan mengadu domba terutama ketika
berinteraksi di media-media sosial.

Ketiga: Jauhi sikap taasub secara membuta tuli dan tanamkan sikap
keterbukaan serta berlapang dada dalam menerima teguran atas nama
kebenaran.

Marilah kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 46:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘﭙ ﭚﭛ ﭜ ﭝ ﭞ‬
‫ﭟﭠ‬
Bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan
janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi
lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi
segala kesukaran dengan cekal hati), sesungguhnya Allah berserta orang-
orang yang sabar.”

ِ ‫َات وَالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَن َفَع َنِي و َِإياك ُ ْم ب ِمَا فِيْه ِ م‬
ِ ‫ن الآي‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي ه َذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَم ِنْك ُ ْم تِلاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْعَلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق َب‬ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِي ْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْم ُ ْسل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫وَالأَ مْوَات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ الْغَفُو ْر ُ الر‬

4
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan‬‬

‫خطبه كدوا‬
‫ب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬وَالصلَاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَي ِدِنَا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬
‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر َ ِ‬

‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬


‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫وَأَ ْ‬

‫سيِد َن َا مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ أن َ‬
‫أَ شْه َد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللـه ِ‪ ،‬اِتق ُوا اللـه َ حَق ت ُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم‬

‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬


‫ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬

‫ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا م ُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬

‫ل سَي ِدِنَا مُحَمدٍ كَمَا ب َار َكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬


‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مج ِي ْد‪.‬‬
‫ك حَمِي ْد َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ وَتَابِع ِي‬


‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ ْجم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬
‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َ ْ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات وَالمُؤْم ِن ِينَ و َالمُؤ ْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬

‫الصحة ِ و َالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬


‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬

‫ست َع ِي ْن باللـه‪.‬‬
‫َاج أَ حْم َد شَاه الـم ُ ْ‬
‫ب ِاللـه شَاه ا ب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬

‫‪5‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan‬‬

‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬


‫ْت الـمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَزِي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬

‫اللـه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬

‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء رَخ َاء‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬
‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ ن َصَر َ الد ِينَ‪،‬‬

‫ك ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬


‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَأَ ع ْ ِ‬
‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ن الب َرَصِ‪ ،‬وَالْجن ُ ُونِ‪ ،‬وَالْجُذ َا ِم‪ ،‬و َم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪.‬‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب ِ َ‬

‫يا اللـه‪ ،‬جاديكنله كامي همبا‪-‬همبامو يڠ طاعة ملقساناكن كواجيڤن صالة‪ ،‬ممباير زكاة‬
‫كڤد ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان (‪ )PPZ-MAIWP‬دان‬
‫مڠينفاقكن هرتا ماللوءي عباده وقف‪ .‬بركتيله دان رحمتيله سڬاال اوسها كامي دالم‬
‫ممنوهي كواجيڤن زكاة دان وقف ڤد جالنمو‪ .‬جاديكنله هرتا زكاة دان وقف اين سباڬاي‬
‫ساهم كامي دأخيرة كلق‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬ڤرمودهكنله ‪ MAIWP‬دالم مڠاڬيهكن زكاة كڤد ڤارا اصناف دان مڠوروسكن‬
‫هرتا وقف دڠن سباءيق‪-‬باءيقڽ دمي منفعة اومت إسالم دواليه ڤرسكوتوان‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬كورنياكنله جوڬ كڤد كامي كسجهتراءن‪ ،‬كأمانن‪ ،‬كسالمتن سرتا ڤرليندوڠن درڤد‬
‫مصيبة‪ ،‬باال بنچان دان وابق ڤڽاكيت بربهاي خصوصڽ ‪.COVID-19‬‬

‫ب النارِ‪.‬‬
‫حسَن َة و َق ِنَا عَذ َا َ‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة وَفِي الْآ ِ‬
‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا َ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Cintakan Perdamaian Hindarkan Persengketaan‬‬

‫عِبَاد َ اللـه ِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬

‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ ع َلَى نِعَمِه ِ يَز ِ ْدكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ ي ُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai