Anda di halaman 1dari 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

KESATUAN UMAT ISLAM SUATU


TUNTUTAN

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 2 DISEMBER 2022)

1
KESATUAN UMAT ISLAM SUATU TUNTUTAN

ُ‫لل ُ َحَن َمدهُ ُ َونَ حستَعهحي نهُ ُ َونَ حستَ حغ هفره ُ َونَعوذُ ُبهالل ُ هم حُن ُشروهُر ُأَنحف هسنَا ُ َوهم حُن‬ ُ‫اْلَ حمدُ ُ ه‬‫ح‬
ُُ‫ُأَ حش َهد‬،‫يُلَه‬ َُ ‫لُ َه هاد‬ َُ َ‫ضلهحلهُُف‬‫ضلُُلَهُُ َوَم حُنُي ح‬ ‫لُم ه‬ َُ َ‫ُ َم حُنُيَ حه هدهُهُاللُُف‬،‫اتُأ حَع َمالهنَا‬ ُ‫َسيِّئَ ه‬
ُُ‫ُاللُهم‬.ُ‫ُ َوأَ حش َهدُُأَنُُُمَم ًداُ َعحبدهُُ َوَرس حوله‬،‫ك ُلَه‬ َُ ‫أَنُّلُُإهلهُهَُإهّلُُاللُُ َو حح َدهَُُُّلُ َش هريح‬
ُ‫ل ُيَ حوهُم‬
َُ ‫َص َحابههُه ُ َوَم حُن ُتَبه َعه حُم ُبهاه حح َسانُ ُإه‬ ‫هه‬
‫ص ُِّل ُ َو َسلِّ حُم ُ َعلَى ُُمَمدُ ُ َو َعلَى ُآل ُه ُ َوأ ح‬ َ
ُ.‫ين ُ َآمنوُاحُاتُّقوُاحُاللُّهَ ُ َحقُ ُت َقاتههُه ُ َوَُّل ََُتوت ُّن ُإهّلُ ُ َوأَنحت حُم ُ ُّم حسلهمو َُن‬َُ ‫ يَأَيّ َها ُال هذ‬.‫الدِّيحن‬
ُ‫صلى‬ َ ُ ُ‫ي ُ َه حديُ ُُمَمد‬ ُ‫ ُ َو َخحي َُر ُا حْلَحد ه‬،‫ث ُكهتَابُ ُالل‬ ُ‫ق ُاْلَ هديح ه‬ َُ ‫َص َد‬‫ ُفَهإنُ ُأ ح‬،‫أَما ُبَ حعد‬
‫ه‬
ُ،ٌ‫ض َللَة‬ َ ُُ‫ُ َوكلُُبه حد َعة‬،ٌ‫ُ َوكلُُ حُم َدثَةُُبه حد َعة‬،‫ُ َو َشرُُاألم حوهُرُ حُم َدثَات َها‬،‫اللُُ َعلَحي ُهُ َو َسل َم‬
ُ ‫ض َللَةُُ ه‬
.‫فُالنا هُر‬ َ ُُ‫َوكل‬
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ‘Azza
Wa Jalla dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan,
kita menjadi insan yang soleh serta memperoleh kebaikan dan keberkatan hidup di
dunia dan di hari akhirat kelak. Tajuk khutbah pada hari ini ialah;“KESATUAN
UMAT ISLAM SUATU TUNTUTAN”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Permusuhan dan perpecahan sesama umat Islam merupakan suatu musibah yang
besar. Kita akan menjadi umat yang semakin lemah dan hilang kekuatan jika kita
tidak bersatu dan berkerja sama. Terdapat banyak dalil-dalil yang ada dalam al-Quran
mahupun al-Sunnah yang memerintahkan kita supaya bersatu padu dan jangan
berpecah belah. Antaranya ialah, sepertimana Allah SWT berfirman:

2
       

Maksudnya:“Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah (ugama


Islam) dan janganlah kamu berpecah belah”. (Surah Ali Imraan, ayat 103)

Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah telah menjelaskan ayat ini dalam kitab tafsirnya,
maksudnya:“Iaitu janganlah kamu berpecah belah di dalam agama kamu seperti
berpecahnya golongan Yahudi dan Nasrani dalam agama mereka’’. Kemudian
beliau berkata lagi: ‘’Boleh juga ia membawa erti janganlah kamu berpecah belah
dengan mengikuti hawa nafsu dan kehendak-kehendak yang berbeza, dan jadilah
bersaudara di dalam agama Allah. Maka yang demikian itu akan menghalang
kamu dari berpecah belah dan saling bermusuhan’’.

Dan Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫اجشوا ُ َو ُّلَُتَبَا َغضوا ُ َو ُّلَُتَ َدابَروا ُ َو ُّلَُيَبه حُع ُبَ حعضك حُم ُ َعلَى ُبَحي هُع‬
َ َ‫اسدوا ُ َو ُّلَُتَن‬ َ َ‫ُّلَُ ََت‬
َُ‫ُالحم حسلهمُُأَخوُالحم حسله هُمُ ُّلَُيَظحلهمهُُ َو ُّلَُ ََيحذلهُُ َو ُّل‬،‫ادُالل هُهُإه حخ َوانًا‬ َُ َ‫بَ حعضُُ َوكونواُ هعب‬
ُ‫بُ حام هرئُُ هم َُنُالشُِّر‬ ُ‫ثُ َمراتُ هِبَ حس ه‬ َُ َ‫ص حد هرهُُثَل‬ َُ ‫ُ َوي هشيُُإه‬،‫ُالت حق َوىُ َهاُهنَا‬،ُ‫َحَي هقره‬
َ ُ‫ل‬
.ُ‫َخاهُُالحم حسله َُمُك ُُّلُالحم حسله هُمُ َعلَىُالحم حسله هُمُ َحَر ٌُامُ َدمهُُ َوَمالهُُ َو هعحرضه‬ ‫أ‬
َ َ‫ح‬ ُ ُ
‫ر‬ ‫أَ حُنُ ََي ه‬
‫ق‬
Ertinya:“Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan
jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual
beli atas jual beli sebahagian yang lain, dan jadilah kamu semua sebagai hamba-
hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama
Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak
boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu letaknya di sini -
sambil Nabi s.a.w. menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah
kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim
ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan
kehormatannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

3
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Baginda Rasulullah SAW amat mengambil berat terhadap kesatuan umat Islam, dan
melarang umatnya dari berpecah belah sesama mereka. Oleh itu kita sebagai umatnya
hendaklah melakukan beberapa tindakan penting untuk mengembalikan semula
kesatuan ummah ini, sepertimana yang telah dilakukan dan diperintahkan oleh
baginda Rasulullah SAW. Antaranya ialah:

Yang Pertama: Baginda Rasulullah SAW berulang-kali menekankan supaya kita


mengukuhkan pegangan tauhid atau iman kita, kerana ia merupakan suatu asas yang
kuat untuk penyatuan umat ini. Kita juga diperintahkan supaya hidup bersatu-padu,
dan mengutamakan persaudaraan sesama umat Islam yang seakidah. Sepertimana
Allah SWT berfirman:

           

Ertinya:“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah Al-Hujuraat, ayat
10)

Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat Radiyallahu An’hum juga telah berjaya
mempereratkan hubungan persaudaraan sesama mereka yang bertunjangkan akidah,
berakhlak yang mulia dan menyuburkan kasih sayang dikalangan mereka. Contohnya
ialah seperti, Bilal bin Rabah RA dari bangsa Habsyah, Abu Bakar Al-Siddiq RA dari
bangsa Arab Quraisy dan Salman Al-Farisi RA dari bangsa Parsi disatukan atas dasar
aqidah Islam yang kukuh dalam jiwa mereka.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Yang Kedua: Rasulullah SAW dan para sahabat Radiyallahu An’hum sentiasa
bersegera memadamkan anasir-anasir yang boleh membawa kepada perpecahan umat
Islam, iaitu dengan cara mendamaikan pihak yang bertelingkah. Ini kerana,

4
perselisihan yang tidak dibendung dengan segera akan mengundang kepada musibah
perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam. Allah SWT berfirman;

           

             

       

Maksudnya: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka
damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang
lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah
Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil
(menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara);
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al-
Hujuraat, ayat 9)

Disamping itu, Nabi SAW juga sentiasa memaafkan segala kesalahan sesama
manusia, dan tidak menyimpan dendam. Sebagai contoh, dalam peristiwa
Pembukaan Kota Makkah, Nabi SAW memaafkan segala kesalahan penduduk
Makkah yang pernah menindas dan menyakiti baginda dan para sahabatnya. Sikap
Nabi SAW yang mulia ini telah menundukkan kesombongan orang-orang kafir
Quraisy, hingga mengubah hati mereka untuk menerima dan memeluk Islam secara
beramai-ramai.

Yang Ketiga: Baginda Rasulullah SAW mengukuhkan kesatuan umat Islam, dengan
menyatu padukan pelbagai bangsa sebagai tunjang terpenting dalam Piagam Madinah.

Dalam beberapa fasal Piagam Madinah ada dinyatakan:”Bahawasanya penduduk


Madinah, sama ada orang Islam atau bukan Islam adalah mereka yang menerima
Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Negara Madinah dan wahyu Allah (Al-
Quran) sebagai sumber rujukan. Allah SWT berfirman:

5
            

         

Maksudnya:“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu


dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Untuk Mengakhiri khutbah pada hari yang mulia ini, khatib ingin menyeru dan
mengajak diri sendiri dan para jemaah supaya menghayati dan mengamalkan
beberapa pengajaran dari khutbah yang telah disampaikan sebentar tadi, dan
menjadikan nasihat tersebut, sebagai pedoman hidup kita. Sebagai umat Islam yang
seakidah kita wajib bersatu, dan jangan berpecah belah, ianya sebagai mematuhi titah
perintah Allah dan Rasulnya SAW.

Setiap pemimpin mestilah meletakkan agenda penyatuan ummah sebagai keutamaan,


dengan mengikis segala keegoan dan kepentingan peribadi. Hubungan antara muslim
dengan muslim yang lain adalah bersaudara. Maka tidak selayaknya diantara kita
terdapat masalah yang boleh merosakkan atau memutuskan hubungan persaudaraan
Islam sesama kita. Rasulullah SAW bersabda:

‫ُاْلس هد ُإه َذاُا حشت َك ه‬


ُ‫ىُمحنه‬ ‫ح‬ ‫ل‬‫ث‬
َ ‫ُم‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫اُح ه م ُوتَعاط ه‬
‫ف‬ ‫مثَل ُالحم حؤهمنهني هُف ُتَو ِّاد ههم ُوتَر ه‬
َ ََ َ ‫َ ح ََ ح َ َ ح‬ َ َ
‫ُاْلَ َس هدُبهالس َه هر َُو ح‬
‫اْلمى‬ ‫ُسائهر ح‬
َ ‫اعىُلَه‬
َ ‫ض ٌوُتَ َد‬
‫عح‬
Maksudnya:“Orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi,
dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang

6
sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan demam
(turut sama merasakan sakitnya)”.

Seperti yang digambarkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam hadis ini, bahawa
muslim yang beriman itu bagaikan satu tubuh, yang apabila saudaranya merasa sakit
maka dia juga akan turut merasa penderitaan tersebut. Mereka juga akan turut merasai
kebahagian ataupun kesengsaraan saudara mereka yang lain. Begitulah sebenarnya
keadaan muslim yang sebenar.

Jika kita ingin menjadi umat yang bersatu, maka segala bentuk api
kebencian sesama saudara Islam perlu dipadamkan dengan segera, agar ianya tidak
terus merebak. Setiap individu muslim perlu berazam ke arah penyatuan ummah
dengan cara berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar.

Sebagai umat Islam kita perlu menghidupkan kembali semangat bersatu padu,
mengutamakan saudara kita yang lain, iaitu saling bantu-membantu sesama kaum
muslimin seperti membantu dalam menyokong ekonomi umat Islam, membina
jaringan sosial, banyak melakukan kebajikan dan sebagainya.

‫آن ُالحع هظي هم ُونَ َفع هِن ُوإهياكم هُِبَا ُفهي هه هُمن ُاآلي ه‬
‫ه‬
ُ‫ات‬َ َ ‫ح‬ ‫ُِف ُالحقحر َ ح َ َ ح َ ح‬ ‫ُِل َُولَك حم ه ح‬
‫بَ َارَك ُالل ه ح‬
ُ.‫ُاْلَ هكحي هُم‬ ِّ ‫َو‬
‫الذ حك هر ح‬

7
KHUTBAH KEDUA

ُ‫ُص ِّل َُو َسلِّ حم َُوبَا هرحك‬ ‫ه‬ ‫ا حْلمدُلهل ههُال هذيُأَنحزَلُعلَ ه ه ه‬
َ ‫ُاَللهم‬.‫َُي َع حلُلَهُع َو ًجا‬
‫اب َُوََلح َح‬
َ َ‫ىُعحبدُهُالحكت‬ َ َ َ ‫َح‬
ُ‫ُحق‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫علَىُُممد ُوعلَىُآلههه ُوصحبه هه ُأ ح ه‬
َ َ‫ُات ق حواُالل‬،‫ُفَيَاُأَيُّ َهاُالحم حسلم حو َن‬،‫ُأَماُبَ حعد‬،‫ني‬ َ ‫َْجَع ح‬ ‫ََح‬ ََ َ َ
.‫ت َقاتههه َُوَُّلََُت حوتنُإهّلُ َُوأَنحت حمُم حسُلهم حو َُن‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Sesungguhnya kita tidak layak untuk menghina, memandang rendah serta menyakiti
saudara muslim kita yang lain, kerana seorang muslim yang sebenar dan yang
sempurna imannya adalah seorang yang menjaga lisannya dan anggota badannya
daripadanya menyakiti saudara muslim yang lain. Nabi SAW bersabda:

‫الحمسلهمُمنُسلهمُالحمسلهمو َن هُمنُلهسانهههُوي هدُهه‬


ََ َ ‫ح‬ ‫ح َح َ َ ح‬
Maksudnya:“Seorang muslim (yang sebenar) adalah seorang yang mana, muslim
yang lain terselamat dari (gangguan) lidahnya dan tangannya”. (Hadis Riwayat Al-
Bukhari)

Oleh itu, hendaklah kita menjaga hubungan persaudaran kita dengan muslim yang
lain, semoga kita sebagai umat Islam terus maju dan melangkah kehadapan bersama-
sama, dan hendaklah kita berpegang dengan tali Allah iaitu agama Islam dan
janganlah kita berpecah belah.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

            

 

8
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih, daripada Anas Bin Malik RA;

ُ‫ُخ هطحيئَات‬ ‫منُصلىُعلَيُو هاح َد ًةُصلىُاللُعلَي ه‬


َ ‫ُع حشَر‬
َ ‫ُعحنه‬
َ ‫ُو َحط‬،ُ
َ ً‫ا‬
‫ر‬ ‫ش‬
‫ح‬ ‫ُع‬
َ ‫ه‬ ‫َح‬ َ َ َ َ َ
Yang bermaksud;“Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah
membalasnya (dengan merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala
kepadanya sebanyak) 10 kali dan (Allah) menghapuskan dosa-dosanya”.(Hadis
Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabulmufrad)

‫ُعلَىُإهب ر هاهيم ُو َعلَ ه‬


ُ‫ىُآل‬ ‫ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬ َ ‫اُصلحي‬
َ ‫ُعلَىُُمَمد َُو َعلَىُآل ُُمَمد ُ َك َم‬ َ ‫ُص ِّل‬
َ ‫اَللّهم‬
‫ُعلَىُإهب ر هاهيمُو َعلَ ه‬
ُ‫ىُآل‬ ‫ه‬ ‫ه‬
َ ‫إهبح َراهحي َم َُوبَا هرحك‬
َ َ َ‫ت َ ح‬ َ ‫ُعلَىُُمَمد َُو َعلَىُآلُُمَمدُ َك َماُبَ َارحك‬
‫ أَللّهم ُا حغ هفر ُلهحلمسله هُمني ُوالحمسلهم ه‬.‫َُمي ٌُد‬
ُ‫ات‬ ‫ُُحي ٌد َه‬
‫ك َه‬ َ ‫ن‬‫ني ُإه‬ ‫إهب ر هاهيم هُف ُالحعالَ ه‬
‫م‬
َ ‫َ ح‬ َ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ َ ‫ح‬ َ َ ‫حَ ح‬
‫َُسيع ُقَ هريب ه‬
ُ‫َُمحيب‬ ‫ك َه‬ َ ‫ن‬‫ه‬‫إ‬ ُ . ُ‫ ُاألَحي هاء هُمحن هم ُواألَمو ه‬،‫ات‬
‫ات‬ ‫والحمؤهمنهني ُوالحمؤهمنَ ه‬
ٌ ‫حٌ ح‬ َ‫ح َ ح‬ َ‫ح‬ ‫َ ح حَ َ ح‬
ُ‫اج ه‬
ُ.‫ات‬
َ َ‫ُاْل‬
‫اض َى ح‬ ‫اتُوقَ ه‬
َ َ‫ح‬
‫الدعو ه‬
Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang
telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian
hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin
Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan
sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua
dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang
telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang adil
lagi diredhai olehMu.

9
Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan
diri sebagai hambaMu, Engkau indahkanlah akhlak kami, Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas
pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau


tambahkanlah nikmatmu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

ُ‫ ُإهنُ ُاللَُيَأحمر‬.‫اب ُالنا هُر‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫َرب نَاُآتهنَ ه‬


َ ‫اُع َذ‬ َ ‫اُح َسنَةً َُوهِف ُاآلخَرهة‬
َ َ‫ُح َسنَةً َُوقن‬ َ َ‫اُِف ُالدُّنحي‬
ُ،‫ىُع هن ُالح َف حح َش هاء َُوالحمحن َك هر َُوالحبَ حغ هُي‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬
َ ‫بهالح َع حد هل َُوا هإل حح َسان َُوإهيحتَاء ُذيُالحقحرََب َُويَحن َه‬
.‫يَعهظك حمُلَ َعلك حمُتَ َذكرحو َُن‬

10

Anda mungkin juga menyukai