Anda di halaman 1dari 9

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

MEMILIH YANG LAYAK DAN BERWIBAWA

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 18 NOVEMBER 2022)

1
MEMILIH YANG LAYAK DAN BERWIBAWA

ُ‫لل ُ َحَن َمدهُ ُ َونَ حستَعهحي نهُ ُ َونَ حستَ حغ هفره ُ َونَعوذُ ُبهالل ُ هم حُن ُشروهُر ُأَنح ف هسنَا ُ َوهم حُن‬ ُ‫اْلَ حمدُ ُ ه‬
‫ح‬
ُُ‫ُأَ حش َهد‬،‫يُلَه‬ َُ ‫لُ َه هاد‬ َُ َ‫ضلهحلهُُف‬‫ضلُُلَهُُ َوَم حُنُي ح‬ ‫لُم ه‬ َُ َ‫ُ َم حُنُيَ حه هدهُهُاللُُف‬،‫اتُأ حَع َمالهنَا‬ُ‫َسيِّئَ ه‬
ُُ‫ُاللهم‬.ُ‫ُ َوأَ حش َهدُُأَنُُُمَم ًداُ َعحبدهُُ َوَرس حوله‬،‫ك ُلَه‬ َُ ‫أَنُّلُُإهلهُهَُإهّلُُاللُُ َو حح َدهَُُُّلُ َش هريح‬
ُ‫ل ُيَ حوهُم‬
َُ ‫َص َحابههُه ُ َوَم حُن ُتَبه َعه حُم ُبهها حح َسانُ ُإه‬ ‫َ ح‬ ‫أ‬
‫و‬ ُ ‫ص ُِّل ُ ُوسلِّ ُم ُعلَى ُُممدُ ُوعلَى ُآلهه‬
ُ
‫ه‬ ََ َ َ ‫َ َ َ ح‬
ُ.‫ين ُ َآمنوُاحُاتُّقوُاحُاللُّهَ ُ َحقُ ُت َقاتههُه ُ َوَُّل ََُتوت ُّن ُإهّلُ ُ َوأَنحت حُم ُ ُّم حسلهمو َُن‬َُ ‫ يَأَيّ َها ُال هذ‬.‫الدِّيحن‬
‫ث ُكه‬ ‫ق ُاْل هدي ه‬
ُ‫صلى‬ َ ُ ‫د‬
ُ ‫م‬ ‫ُم‬
َ ُ ‫ي‬
ُ ‫د‬‫ح‬ ‫ه‬ ُ ُ
‫ي‬‫ه‬
َ َ َ‫َ َح‬ ‫د‬
‫ح‬ ‫ْل‬
‫ح‬ ‫ا‬ ُ ُ
‫ر‬ ‫ي‬ ‫خ‬ ‫و‬ ُ ،‫الل‬ ُ ‫اب‬
ُ ‫ت‬
َ ُ ‫َص َد َُ َ ح‬ ‫ ُفَهإنُ ُأ ح‬،‫أَما ُبَ حعد‬
‫ه‬
ُ،ٌ‫ض َللَة‬ َ ُُ‫ُ َوكلُُبه حد َعة‬،ٌ‫ُ َوكلُُ حُم َدثَةُُبه حد َعة‬،‫ُ َو َشرُُاألم حوهُرُ حُم َدثَات َها‬،‫اللُُ َعلَحي ُهُ َو َسل َم‬
.‫فُالنا هُر‬ُ ‫ض َللَةُُ ه‬ َ ُُ‫َوكل‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ‘Azza
Wa Jalla dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan,
kita menjadi insan yang soleh serta memperoleh kebaikan dan keberkatan di dunia
dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah;“MEMILIH YANG LAYAK DAN
BERWIBAWA”.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Pada tahun ini, kita sekali lagi diberi hak untuk memilh mereka yang mampu
melaksanakan tugas untuk rakyat dengan penuh amanah, jujur dan bertanggungjawab.
Pada asasnya, perkara yang dituntut oleh Islam ialah melantik mereka yang benar-
benar berkelayakan untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan, serta
berwibawa adalah suatu perkara yang sangat penting. Allah SWT berfirman dalam
Surah al-Nisa ayat 58:

              

        

2
Maksudnya:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada
yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia
maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan
pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu”.

Dalam masa yang sama, Allah SWT melarang pengkhianatan terhadap amanah yang
dipikul oleh seseorang. Melantik mereka yang tidak layak bererti terlibat dalam
pengkhianatan terhadap amanah. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfal ayat 27:

           

Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati


(amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-
amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mereka yang dipilih adalah yang berpotensi untuk mewujudkan suatu kebaikan untuk
masa depan rakyat dan negara, serta menjadi tonggak kepada kejayaan sebuah
pentadbiran negara yang cemerlang. Mereka yang dipilih hendaklah memiliki
keupayaan melaksankan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh, dan amanah.
Allah SWT berfirman;

       

Maksudnya:“Sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai


pekerja ialah orang yang kuat dan dapat dipercayai (amanah)”. (Surah Al Qashash
ayat 26)

Seorang yang kuat ini merujuk kepada keupayaannya menunaikan tugasan tersebut.
Sementara amanah adalah kualiti atau nilai kejujuran yang ada dalam diri seseorang.
Amanah dalam diri biasanya dapat dilihat pada latar sejarah diri dan prestasi kerja
seseorang, di sudut kebertanggungjawaban. Sementara aspek keupayaan pula boleh
dilihat dari sudut yang berbeza, berdasarkan pencapaian dalam menggalas
tanggungjawab. Jika kita salah memilih calon maka negara akan menjadi tidak stabil
dan kucar kacir.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Untuk memastikan negara kita yang tercinta ini sentiasa aman, makmur, maju dan
stabil, maka hendaklah kita memilih mereka yang benar-benar sesuai, layak dan
berwibawa. Oleh itu, hendaklah kita memastikan bahawa, kita tidak akan memilih
mereka yang tidak layak disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah;

Yang Pertama: Mereka yang menzahirkan permusuhan dengan Islam. Sikap anti
Islam itu boleh dilihat atau dikenal pasti melalui kenyataan atau tindakan yang pernah
di buat sebelum ini. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 118:

3
              

               

 

Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil


orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi bitanah (orang penting
yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan
bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun
nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang dada
mereka sembunyikan itu lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan
kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) berakal”.

Golongan ini tidak akan mewujudkan ketenteraman sebaliknya akan mencetuskan


ketegangan dalam masyarakat yang boleh membawa huru hara dan merosakkan
keamanan serta keharmonian hidup bernegara. Memilih mereka bererti mengkhianati
agama dan negara.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Yang Kedua: Mereka yang pernah melakukan jenayah rasuah atau salah guna kuasa
atau yang di lihat berpotensi untuk terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Mereka yang seperti ini termasuk dalam golongan yang zalim. Memilih mereka
bererti memberikan kuasa kepada orang yang akan berbuat zalim dalam negara. Allah
SWT berfirman dalam Surah Hud ayat 113:

       

Maksudnya:“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat


zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka”.

Yang Ketiga: Mereka yang menzahirkan sikap zalim dalam pengurusan atau
pentadbiran, kerana mengutamakan kepentingan diri, atau keluarga ataupun puak
tertentu ataupun bangsa yang tertentu. Mereka yang memiliki sikap yang seperti ini
tidak boleh dipilih kerana mereka juga termasuk dalam golongan yang zalim.
Demikian juga mereka yang bersikap perkauman, berpuak-puak dan taksub kepada
sesuatu aliran, sehingga cenderung untuk berlaku ketidak adilan dan kezaliman ke
atas pihak yang lain. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 8:

4
           

                

 

Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa


menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu membawa kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan”.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Yang Keempat: Mereka yang mempunyai rekod perkhidmatan yang buruk. Ini
seperti mereka yang selalu ponteng ketika parlimen bersidang, tidak memperdulikan
tugasan yang diamanahkan kepadanya, gagal menyampaikan hasrat rakyat di
kawasannya, sukar mendapatkan khidmatnya, sombong dan sebagainya. Nabi SAW
bersabda:

‫ّلَُي حل َدغُاملُ حؤهمن هُمنُجحرُو ه‬


‫احد َُمرتَ ح ه‬
ُ‫ي‬ َ ‫ح ح‬
Ertinya:“Seorang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis ini adalah seorang mukmin tidak akan tertipu buat kali kedua dengan
penipuan yang sama. Jika kali pertama mungkin suatu kesilapan, kerana kita tidak
mengenali sikap calon berkenaan. Namun setelah kita mengetahui rekod
perkhidmatannya yang bermasalah, maka kita tidak boleh tertipu untuk kali yang
kedua.

Yang Kelima: Mereka yang suka berbohong. Sikap buruk ini dapat kita mengenal
pasti dengan melihat kepada latar belakangnya sebelum ini, seperti suka menipu
dengan menggunakan nas-nas agama, menipu dalam perniagaan, menipu sijil, menipu
di tempat kerja, menipu orang lain dalam berurusan dan seumpamanya. Nabi SAW
bersabda:

ُ‫ُوإهن ُالحفج َور ُيَ حه هديُإه َل‬،


َ
‫ب ُيَ حه هديُإه َل ُالحفجوه‬
‫ر‬ َ
‫ُفَهإن ُالح َك ه‬،‫وإهياكم ُوالح َك هذب‬
‫ذ‬ َ َ ‫َ ح‬
‫ُوماُي زالُالرجلُي حك هذبُوي تَحرىُالح َك هذبُحَّتُي حكتَب ه‬،‫النا هر‬
‫ُعحن َد ه‬
‫ُاللُ َكذابًا‬ َ َ َ َ ََ َ ََ َ َ

5
Ertinya:“Jauhilah kamu daripada berbohong. Sesungguhnya pembohongan
membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka.
Seseorang itu selalu berbohong dan berusaha untuk berbohong sehingga ditulis di
sisi Allah sebagai pembohong”. (Hadis riwayat Muslim)

Nabi SAW menyebut bahawa pembohongan akan membawa kepada kejahatan dan
kejahatan akan membawa kepada neraka. Melantik pemimpin yang suka berbohong
hanya akan merosakkan negara.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Untuk mengakhiri khutbah pada hari yang mulia ini, khatib ingin membuat
kesimpulan tentang apa yang telah disampaikan sebentar tadi. Jika mereka yang ada
pada sesuatu tempat itu, semuanya termasuk dalam apa yang telah disebutkan di atas,
maka kita hendaklah mengkaji kadar bahaya atau mudarat setiap mereka yang ada,
kemudian kita memilih yang paling kurang mudaratnya antara mereka, secara
perbandingan.

Kita hendaklah menyedari bahawa memilih dan mengangkat mereka yang jujur,
amanah dan berkerja dengan bersungguh-sungguh untuk kebaikan rakyat dan negara
adalah penting untuk menjadikan negara ini aman, damai dan sejahtera serta
mendapat keredhaan Allah SWT.

Kekuatan ekonomi dan kesejahteraan negara hanya boleh dicapai dengan sebab
kestabilan politik, sikap pemimpin dalam melaksanakan amanah, saling hormat
menghormati, mengetahui dan mengiktiraf hak orang lain dan dalam masa yang sama
menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan baik. Allah SWT
berfirman:

           

Maksudnya;“Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang


membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka
bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-
ayat keterangan kami”. (Surah al-Sajdah, ayat 24)

‫آن ُالحع هظي هم ُونَ َفع هِن ُوإهياكم هُِبَا ُفهي هه هُمن ُاآلي ه‬
‫ه‬
ُ‫ات‬َ َ ‫ح‬ ‫ُِف ُالحقحر َ ح َ َ ح َ ح‬ ‫ُِل َُولَك حم ه ح‬
‫بَ َارَك ُالل ه ح‬
ُ.‫ُاْلَ هكحي هُم‬ ِّ ‫و‬
‫الذ حك هر ح‬ َ

6
KHUTBAH KEDUA

ُ‫ُص ِّل َُو َسلِّ حم َُوبَا هرحك‬ ‫ه‬ ‫ا حْلمدُلهل ههُال هذيُأَنحزَلُعلَ ه ه ه‬
َ ‫ُاَللهم‬.‫َُي َع حلُلَهُع َو ًجا‬
‫اب َُوََلح َح‬
َ َ‫ىُعحبدهُالحكت‬ َ َ َ ‫َح‬
ُ‫ُحق‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫علَىُُممد ُوعلَىُآلههه ُوصحبه هه ُأ حُ ه‬
َ َ‫ُات ق حواُالل‬،‫ُفَيَاُأَيُّ َهاُالحم حسلم حو َن‬،‫ُأَماُبَ حعد‬،‫ي‬ َ ‫َجَع ح‬ ‫ََح‬ ََ َ َ
.‫ت َقاتههه َُوَُّلََُت حوتنُإهّلُ َُوأَنحت حمُم حسلهم حو َُن‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Kepimpinan merupakan suatu tugas yang amat besar dan berat, sekiranya seorang
individu itu lemah dan tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas kepimpinan
tersebut, maka janganlah diberi amanah dan tanggungjawab kepimpinan kepadanya.
Abu Zar RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW;

َُ َ‫ىُمحن هكهِب ُُث ُق‬ ‫ال ُفَضر ه ه‬ ‫ه‬ ‫ياُرس َ ه‬


ُ‫ال؛ ُيَاُأَبَاُ َذٍّر‬ َ ‫ب ُبهيَده‬
َ َ‫ُعل‬ َ َ َ َ َ‫ول ُالله ُأَّلَُتَ حستَ حعملُ هِن ُق‬ َ َ
‫ه ه ه‬ ‫ُضعه ٌ ه‬
َ ‫ى َُونَ َد َامةٌ ُإهّل َُم حن ُأ‬
ُ‫َخ َذ َها‬ ‫ه‬
ٌ ‫يف َُوإن َها ُأ ََمانَةٌ َُوإن َها ُيَ حوَم ُالحقيَ َامة ُخحز‬ َ ‫ك‬ َ ‫إهن‬
‫ىُعلَحي ههُفه َيها‬ ‫ه‬
َ ‫اُوأَدىُالذ‬ ‫ِّه‬
َ َ ‫ق‬ ‫ِب‬
َ
‫ه‬
Ertinya:“Wahai Rasulullah kenapa engkau tidak memberi jawatan kepada saya?
maka (lalu Rasulullah SAW) menepukkan tangannya di atas bahuku, kemudian
bersabda, “Ya Aba Zar, sesungguhnya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah,
pada hari kiamat (kelak) ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi
orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang
menjadi kewajipannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini juga menunjukkan bahawa ketokohan seseorang calon dalam bidang agama
bukanlah suatu penanda aras yang menunjukkan bahawa dia layak dilantik untuk
memegang sesuatu jawatan. Sekiranya dia seorang yang lemah, atau tidak mampu
untuk melaksanakan amanah tersebut dengan sebaik mungkin maka tidak boleh
diberikan kepadanya jawatan tersebut.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

7
            

 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih, daripada Anas Bin Malik RA;

ُ‫ُخ هطحيئَات‬ ‫اح َد ًةُصلىُالل ه‬


‫منُصلىُعلَيُو ه‬
َ ‫ُع حشَر‬
َ ‫ُعحنه‬
َ ‫ُ َو َحط‬،ًُ‫ُع حشرا‬
َ ‫ُعلَحيه‬
َ َ َ َ َ َ
Yang bermaksud;“Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah
membalasnya (dengan merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala
kepadanya sebanyak) 10 kali dan (Allah) menghapuskan dosa-dosanya”.(Hadis
Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabulmufrad)

‫ُعلَىُإهب ر هاهيم ُو َعلَ ه‬


ُ‫ىُآل‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫ل‬‫اُص‬ ‫م‬ ‫ك‬ ُ ‫د‬ ‫م‬ ‫ُُم‬ ‫ُعلَىُُمَمد ُو َعلَ ه‬
‫ىُآل‬ َ ‫ُص ِّل‬
ََ َ ‫ح‬ َ َ ‫ح‬ َ َ َ َ َ َ ‫اَللّهم‬
‫ُعلَىُإهب ر هاهيمُو َعلَ ه‬
ُ‫ىُآل‬ ‫ت‬ ‫ك‬
‫ار‬
‫ح‬ ‫اُب‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ُ ‫د‬ ‫م‬َ‫ُُم‬ ‫ه‬
‫ىُآل‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬‫ُو‬ ‫د‬ ‫م‬ ‫ىُُم‬
َ ‫ل‬
َ ‫ُع‬ ‫ك‬‫ح‬ ‫ه‬
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ُو‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫إهب ر ه‬
‫اه‬
َ َ َ‫َ َ َ َ َ ح‬ ََ َ َ َ َ ‫حَ ح‬
‫ أَللّهم ُا حغ هفر ُلهحلمسله همي ُوالحمسلهم ه‬.‫َُمي ٌُد‬
ُ‫ات‬ ‫َُحي ٌد َه‬
‫ك َه‬ ‫ن‬‫ي ُإه‬ ‫إهب ر هاهُيم هُف ُالحعالَ ه‬
‫م‬
َ ‫َ ح‬ َ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ َ َ ‫ح‬ َ َ ‫حَ ح‬
‫َُسيع ُقَ هريب ه‬
ُ‫َُمحيب‬ ‫ك َه‬ ‫ن‬‫ه‬‫إ‬ ُ . ُ‫ ُاألَحي هاء هُمحن هم ُواألَمو ه‬،‫ات‬
‫ات‬ ‫والحم حؤهمنهي ُوالحم حؤهمنَ ه‬
ٌ ‫حٌ ح‬ َ َ‫ح َ ح‬ َ‫ح‬ َ َ‫ح‬ َ
ُ‫اج ه‬
ُ.‫ات‬
َ َ‫ُاْل‬
‫اض َى ح‬ ‫اتُوقَ ه‬ ‫ه‬
َ ‫الد حع َو‬
Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang
telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian
hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin
Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan
sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua

8
dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang
telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang adil
lagi diredhai olehMu.

Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan


diri sebagai hambaMu, Engkau indahkanlah akhlak kami, Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas
pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau


tambahkanlah nikmatmu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

ُ‫ ُإهن ُاللَ ُيَأحمر‬.‫اب ُالنا هُر‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬


َ ‫اُع َذ‬ َ ‫اُح َسنَةً َُوهِف ُاآلخَرهة‬
َ َ‫ُح َسنَةً َُوقن‬ َ َ‫َرب نَاُآتنَا ُهِف ُالدُّنحي‬
ُ،‫ىُع هن ُالح َف حح َش هاء َُوالحمحن َك هر َُوالحبَ حغ هُي‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬
َ ‫بهالح َع حد هل َُوا هإل حح َسان َُوإهيحتَاء ُذيُالحقحرََب َُويَحن َه‬
.‫يَعهظك حمُلَ َعلك حمُتَ َذكرحو َُن‬

Anda mungkin juga menyukai