Anda di halaman 1dari 11

Tarikh Dibaca: 18 OGOS 2023M l 01 SAFAR 1445H

Tajuk:

“KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”

***

Terbitan:
Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
0
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

“KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”


ََ َ َّ َّ َّ َ ُّ َ َ َ ْ َّ ُ َ ْ
‫يأيها ٱنلاس ٱتقوا ربكم ٱَّلِي خلقكم مِن‬ َ َّ َٰٓ :‫الحمد ِلل ِه القا ِئل‬ ْ
‫ث م ِۡنه َما ر َج ااٗل َكث ِ ا‬
‫ريا َون َِسآءا‬ َّ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َ َ َ َٰ َ
‫حدة ٖ وخلق مِنها زوجها وب‬ ِ ‫نف ٖس و‬
ۡ َّ
ٗۚ ِ
‫ّلل ََك َن َعلَ ۡيك ۡم َرقِيباا‬ َ َّ ‫ام إ َّن ٱ‬ َۡ َ
َ ‫ۡل ۡر َح‬ َ َٓ ََ َّ َ َّ َّ َ
ِ ٗۚ ‫ٱ‬‫و‬ ‫ۦ‬ِ ‫ه‬ِ ‫ب‬ ‫ون‬ ‫ل‬‫ء‬‫ا‬ ‫س‬ ‫ت‬ ‫ِي‬ ‫َّل‬ ‫ٱ‬ ‫ّلل‬ ‫ٱ‬ ‫وا‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ‫وٱ‬
1
١
ً‫يك َل ُه َو َأ ْش َه ُد َأ َّن ُم َح َّمدا‬
َ ‫َأ ْش َه ُد َأ ْن ََّّل إ َل ََه إ ََّّل ا َّلل ُه َو ْح َد ُه ََّل َشر‬
ِ ِ ِ
َ َ َ َّ َ ُ َ َ َ َ َ َ َّ ُ َّ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ
‫ اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى‬.‫عبده ورسوله‬
َ.‫ص ْحب َه َأ ْج َمع ْي َن‬ َ ‫آل َه َو‬
ِ ‫ِ ِے‬ ‫ِ ِے‬
َ ْ َ َ َّ َ ْ ُ ْ ُ َ َّ ْ ُ َّ َ ُ ْ ُ ْ َ ُّ َ َ َ ُ ْ َ َّ َ
‫ أو ِصيكم وِإياي ِبتقوى‬،‫ فيآ أيها اْلس ِلمون ِاتقوا الله‬،‫أما بعد‬
َ‫َ َ ْ َ َ ْ ُ َّ ُ ن‬
َ . ‫للا فقد فا اْلتقو‬ َِ
ََ َ َّ َ َ َّ َّ َ َّ َ ُّ َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ
‫يأيها ٱَّلِين َءامنوا ٱتقوا ٱّلل حق تقاتِهِۦ وٗل‬ َ َٰٓ :‫قال الله تعالى‬
َ ۡ ُّ َ َ َّ َّ َ
2
١٠٢ ‫تموتن إِٗل وأنتم مسلِمون‬
Muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat pada hari ini menyeru sidang Jumaat sekalian agar
sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-
sungguh melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita semua selamat dari murka dan azab neraka Allah
SWT.

1
al-Nisa : 1.
2
ali-Imran : 102.

1
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

Marilah kita menghayati khutbah pada hari ini yang bertajuk


“KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM.”

Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Pendekatan menjaga hubungan, silaturahim, kesepakatan dan


perpaduan dalam masyarakat perlu dibuat menerusi amalan memelihara
hubungan baik bagi menjamin kehidupan harmoni dan sejahtera. Nabi
Muhammad SAW banyak memberi teladan dalam bab menjaga hubungan
hingga orang yang membenci Islam juga mengakui keperibadian Baginda
dalam melayani mereka ketika menyebarkan ajaran Islam. Menyambung tali
persaudaraan sesama Muslim menjadi satu kewajipan buat setiap umat
Islam. Apabila tali kasih sayang bertaut, maka hubungan kekeluargaan,
persaudaraan serta persahabatan dapat dibina dengan baik.

Islam menekankan kasih sayang dan perdamaian kerana mukmin yang


baik sentiasa menjalinkan persaudaraan dan menghidupkan silaturahim
seperti sering bertegur sapa, menziarahi individu yang sakit dan kematian,
menderma, kunjung-mengunjung dan memenuhi jemputan. Menyedari
kepentingan serta besarnya memperkukuhkan persaudaraan, maka dalam
Islam seseorang Muslim itu tidak dikira sempurna imannya apabila dia
merosakkan hubungan persaudaraan sesama Islam.

Ukhwah Islamiah merupakan nikmat dari kekuatan iman dan


ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa
saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang
terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini
melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling menolong,
berkasih sayang, saling memaafkan, setia kawan, penyabar dan sentiasa
bersikap mulia. Ini jelas tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan
begitu juga sebaliknya.

2
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

Begitu pentingnya bagi kita menjaga persaudaraan dalam Islam.


Malah, Allah menjanjikan ganjaran besar kepada orang-orang yang sentiasa
menjaga dan mengutamakan hubungan berkenaan. Hadis daripada Abu
Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

َّ َ َ ُ ُ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ
ً‫الله َإ ْخ ََوانا‬
ِ ِ ‫ َوكونوا ِع َباد‬،‫ َو ََّل ت َدابروا‬،‫ َو ََّل ت َباغضوا‬...
“..dan janganlah saling membenci, dan janganlah memutuskan
hubungan persaudaraan (atau berkonspirasi) akan tetapi jadilah kamu
semua sebagai hamba Allah yang bersaudara.”
(Riwayat al-Bukhari).

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengambil kesempatan pada pertembungan dua kumpulan yang


saling mengumpat, mencela dan menghina semasa kempen yang lalu,
khatib ingin mengajak hadirin Jumaat sekalian supaya dari saat ini berhenti
dari melakukan tindakan dan percakapan yang dilarang oleh agama dalam
apa juga keadaan. Eratkan kembali tautan ukhuwah sesama saudara se-
Islam, bak kata pepatah ‘air dicincang tidak akan putus’. khatib juga
menasihatkan semua jemaah supaya dapat menjaga adab, tatasusila dan
saling menghormati antara satu sama lain walaupun kepada mereka yang
berbeza ideologi politik dengan kita. Utamakan ukhuwah Islamiah
berbanding ketaksuban yang melampau sehingga sanggup mengetepikan
hubungan persaudaraan sesama Islam dek kerana perbezaan pandangan
dan haluan dalam politik kepartian.

Manakah yang lebih utama, mempertahankan hubungan silaturahim


dan ukhuwah Islamiahkah atau melebih-lebihkan politik yang tidak matang?
Seharusnya, mempertahankan persaudaraan Islam itu adalah lebih utama
daripada mempertahankan sikap berpolitik yang tidak matang. Bahkan, jika
berbeza pegangan akidah sekalipun, hubungan persaudaraan sesama

3
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

manusia tetap perlu diteruskan dan dipelihara. Inilah keutamaan adab dan
akhlak ajaran Islam yang mulia. Jangan pula kita sesama keluarga, sanak
saudara dan jiran tetangga jadi porak peranda kerana sikap dan pendirian
politik yang berbeza. Politik sebenarnya adalah indah dan cantik, tetapi telah
dicacatkan oleh individu-individu tertentu maka kelihatanlah jijik, kerana
menghancurkan persaudaraan, menghilangkan adab dan akhlak yang baik
bahkan mencetuskan gejala fitnah dan tipu daya.

Hadirin yang berbahagia,

Umat Islam diajar berlapang dada dan belajar menerima kenyataan


dalam semua perkara termasuklah berpolitik yang mana ianya tidak boleh
terlalu berlebihan hingga lupa adab sebagai seorang Muslim. Perbezaan
pendapat lumrah dalam kehidupan kerana Allah SWT menciptakan manusia
dengan akal fikiran berbeza. Dalam menangani perbezaan pendapat ini,
perkara utama perlu dilakukan adalah meraikan perbezaan pendapat atau
pandangan orang lain dengan adab utama atau sikap tasamuh, iaitu
berlapang dada. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 13:

َ‫سني‬ ُّ َ َّ َّ َ َ َ َ
ِ ِ ‫فاعف عنهم واصفح ۚٗ إِن اّلل ُيِب المح‬
“Maka maafkanlah mereka dan lapangkanlah dada kerana
sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang melakukan kebaikan.”

Jangan kita membenci sesuatu pihak atas kekalahan tetapi tetap


menjaga persaudaraan Islam sepanjang masa kerana banyak faedah dan
ganjaran dijanjikan Allah SWT.

Abdullah bin Salam Radiallahuanhu meriwayatlan bahawa Rasulullah


SAW bersabda:

4
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

َ،‫ام‬ َ َّ ُ ْ َ َ َ َ َّ ُ ْ َ ُ َّ َ ُّ َ َ
َ ‫ وأط ِعموا الطع‬،‫اس! أفشوا السَل َم‬ َ ‫يا أيها الن‬
َ َّ َ ْ ُ ُ ْ َ َ ُ َّ َ ْ َّ ُّ َ َ َ َ ْ َ ْ ُ َ
‫ تدخلوا الجنة‬،َ‫ وصلوا ِباللي ِل والناس ِنيام‬،‫ام‬َ ‫و ِصلوا اْلرح‬
ََ
‫ِبس ََل ٍ َم‬
“Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berikanlah makanan,
jalin silaturahim, dan solatlah pada malam hari ketika orang lain tengah tidur.
Maka kalian semua akan masuk surga dengan selamat.”
(Riwayat Ibnu Majah).

Pemerintah ada akhlak yang perlu dicontohi, rakyat juga ada akhlak
yang perlu dilazimi. Akhlak yang utama ialah memelihara persaudaraan
Islam. Sejauh mana pun kita berbeza, adab dan akhlak akan menyatukan
kita. Itulah tujuan utama Nabi SAW dibangkitkan. Hilang pengikut sesebuah
parti, pengikut boleh dicari. Namun, putus hubungan silaturahim dan
persaudaraan Islam, ia akan hilang dan tidak mungkin dapat diganti.

Hadis daripada Abu Bakrah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW


bersabda:

َ َ َ َ ُ َّ َ َ ُ ْ َ ُ َ ْ َ ْ َ ْ
‫َما ِمن ذن ٍب أجدر أن يع ِجل الله تعالى ِلص ِاح َِب ِه‬
ْ َْ ُ ْ َ ُ َ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ ُّ ََ ُُْ
‫ ِمثل البغ ِى‬- ‫اآلخر َِة‬
ِ ‫ مع َما يد ِخر له ِفي‬- ‫العقوبة ِفي الدنيا‬
َّ َ ََ
‫وق ِطيع ِة الر ِح ِ َم‬
“Tidak ada dosa yang lebih pantas disegerakan balasannya bagi para
pelakunya di dunia bersama dosa yang disimpan untuknya di akhirat;
daripada perbuatan zalim dan memutus silaturahim.”
(Riwayat Abu Daud).

Hadirin Jumaat yang dikasihi sekalian,

5
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil beberapa inti
pati khutbah sebagai panduan kita bersama iaitu:

1. Umat Islam hendaklah mengetahui bahawa menjaga hubungan


persaudaraan Islam adalah perkara yang sangat dituntut dan salah satu
daripada cabang iman.
2. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa orang yang sentiasa
menjaga persaudaraan Islam diberikan kelebihan dan keutamaan di sisi
Allah SWT.
3. Umat Islam hendaklah mengambil pengajaran bahawa orang
yang memutuskan hubungan persaudaraan Islam tidak akan masuk ke
dalam syurga.

َ َّ َ َّ َ
‫يم‬ ِ ‫ج‬ َّ
ِ ‫ان الر‬
ِ ‫أعوذ بِاّللِ مِن الشيط‬
َّ َ َ َ َّ َّ َ َ َ َ َ َ ََ ٌ
َ َ َ َّ
‫إِنما المؤمِنون إِخوة فأصلِحوا بي أخويكم ۚٗ واتقوا اّلل لعلكم‬
َ َ
‫ترَحون‬
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu
damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan
takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.
(Al-Hujurat : 10).

6
‫”‪Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫للا ل ْي َو َل ُك ْم في ْال ُق ْرآن ْال َع ِظ ْيم‪َ ،‬و َن َف َعن ْي َوإ َّي ُاك ْم بماَ‬ ‫َبا َر َك ُ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫اآليات َوالذ ْكر ْال َحك ْيم َو َت َق َّب َل من ْي َوم ْن ُك ْم تَل َو َته‪ُ،‬‬ ‫ف ْيه م َن َ‬
‫ِ‬ ‫ِِ ِ‬ ‫ِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ ِ‬
‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َّ ُ ُ َ َّ ْ ُ ْ‬
‫ِإنه هو الس ِميع الع ِليم‪َ .‬‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ُ ُ َ ْ ْ َ َ ََ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ََ ُ‬
‫أقول قو ِل َي هذا وأستغ ِفر للا الع ِظيم ِلي ولكم وِلس ِآئ ِر‬
‫اس َت ْغ ِف ُر ْو ُه إ َّن ُه ُه َو ْال َغ ُف ْو ُر َّ‬
‫الر ِح ْيم‪ُ.‬‬ ‫ات‪َ ،‬ف ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُْ ْ ْ َ َ ُْ‬
‫ِ‬ ‫اْلس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬

‫‪7‬‬
‫”‪Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬
‫َ‬ ‫ْ َ ْ ُ َّ َّ ْ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ ْ َ َ َ َ َ َ َ َّ‬
‫ن اْلس ِل ِمين‪ ،‬ور قنا ِمن الط ِيب ِ َ‬
‫ات‪.‬‬ ‫الحم َد ِلل ِه ال ِذي جعلنا ِم َ‬
‫للا َو ْح َد ُه َََّل َشرْي َك َل ُه‪َ ،‬و َأ ْش َه ُد َأنَّ‬
‫َأ ْش َه ُد َأ ْن ََّّل إ َل َه إ َّ ََّل َُ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُ َ َّ ً َ ْ ُ ُ َ َر ُ ْ ُ ُ َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ‬
‫محمدا عبده و سوله‪ .‬اللهم ص ِل وس ِلم وبا ِرك على س ِي ِدنا‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ ْ ََ ْ َ‬ ‫ُ َ َّ َ َ َ‬
‫محم ٍد وعلى ِآل َِه وصح ِب ِ َه ومن ت ِبعهم ِب ِإحس ٍان ِإلى يو ِم‬
‫يك ْم َوإ َّيايَ‬‫ُ‬ ‫َّ ُ ْ َّ َ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َّ َ ْ ُ َ‬
‫ِ‬ ‫وص‬
‫للا‪ِ ،‬اتقوا الله‪ ،‬أ ِ‬ ‫الدي ِن‪ .‬أما بعد‪ ،‬فيا ِعباد ِ‬ ‫ِ‬
‫َ َ ْ َ َ ْ ُ َّ ُ ْ نَ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫للا فقد فا اْلتقو ‪.‬‬ ‫ِبتقوى ِ‬
‫‪Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,‬‬

‫‪Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan‬‬


‫‪melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan‬‬
‫‪keji dan maksiat.‬‬
‫َ‬
‫لَع ٱنلَّب َيَٰأ ُّي َها ٱ ََّّل َ‬
‫ِين َء َامنوا َص ُّلوا َعلَيهِۡ‬ ‫َ ُّ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َّ َّ َ َ َ َ َٰٓ َ‬
‫إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون‬
‫ِ ِ ۚٗ‬
‫ۡ‬ ‫َ‬
‫َو َسلِموا تسليما ‪٥٦‬‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ ُ َ َّ َ َ َ‬
‫اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى ِآل ِه َوأصح ِاب ِه‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫أجم ِعي َن‪َ .‬‬
‫َ‬ ‫َ ُْْ ْ َ َ ُْْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ ُ َّ ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ ُ‬
‫ات واْلؤ ِم ِنين واْلؤ ِمن ِ َ‬
‫ات‬ ‫اللهم اغ ِفر ِللمس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َّ َ َ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َ ُْ ْ َ َ‬
‫ات‬‫ات‪ِ ،‬إنك س ِميع ق ِريب م ِجيب الدعو ِ‬ ‫اْلحيا َِ ِمنهم واْلمو ِ َ‬ ‫َ‬

‫‪8‬‬
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

ْ ََ َ ْ ْ ُْ َ ْ َّ َ َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ ََ
‫ وأه ِل ِك‬،‫س َِل َِم َي َن‬ َ ‫اْل‬ َ ‫السَلم َو‬ َ ‫ َا َلل َه َم َأ َِع َز‬.‫ات‬ ِ ‫اض ي الحاج‬ ِ ‫ويا ق‬
َ ْ ْ ُْ َ َ َ َ ُْْ َ َ َ َ َ ْ
َ .‫الكفرة واْلبت ِدعة واْلش ِر ِكين‬
َ‫ َو َن ْس َأ ُلك‬،‫اْلم ْين‬ َ َ َ َ ْ َ ُ َّ َ َ َ َ َ ُ َ ْ َ َّ َّ ُ َّ َ

ِ َِ َ ‫ك‬ َ ‫اللهم ِإنا نسألك ونتوسل ِإليك ِبن ِب ِي‬


ْ َ َ َْ َ ْ َ ْ ُْ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ
‫ أن تحفظ ِبعي ِن‬،‫ و ِصفا ِتك العظمى‬،‫ِبأسمآ ِئك الحس َنى‬
َ‫ َج َََل َل َة َملكنا‬،‫الص َم َدان َّية‬ َّ َ‫ َوبح ْفظ و َق َايتك‬،‫الرَّبان َّي َة‬ َّ َ‫ع َن َايتك‬
ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ
ُ َ َ َ ُْ ُ َ ْ ُ َّ َ ُ ْ
‫الدين ادريس شاه‬ ِ ‫ سلطان شرف‬،‫ سلطان س ََل َڠور‬،‫اْلعظ ِ َم‬
ُ َ َ َ ُْ
‫الدين عبد العزيز شاه‬ ِ ‫الحج ابن اْلرحوم سلطان ص ََلح‬
َ َّ َ َ ْ ْ َّ َ ََ َ ْ َ َ َْْ َ َّ ُ َّ َ
‫الصحة‬ ِ ‫ و‬،‫ اللهم أ ِد ِم العون وال ِهداية والتو ِفي َق‬.‫الحج‬
ْ َ ُ ْ َ َ َ ْ َّ ‫َو‬
‫ تڠكو أ ِمير شاه ِاب ِن‬،‫ ِلو ِل ِى عه ِد س ََل َڠور‬،‫السألمة ِمنك‬
َ َ َ َْ ْ ُ َ َ َ ْ ُّ
‫ َِف َي أ َم ٍن وص ََل ٍح‬،‫الدين ادريس شاه الحج‬ ِ ‫السلطان شرف‬
ْ‫ َا َّلل ُه َّم َأ ِطل‬.‫اال َجَلل َوال ْك َرام‬ ْ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ
‫وعا ِفي ٍة ِبم ِنك وكرمک يا ذ‬
ِ ِ ِ
ْ‫ َوبلغ‬،‫الرع َّية َو ْالب َََلد‬ َّ َ‫صل َح ْين ل ْل ُم َو َّظف ْي َن و‬ ِْ ‫ُع ْم َر ُه َما ُم‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َّ َ َ ُ ْ َ َُ َ ََ
َ .‫اصدهما ِلط ِر ِيق اله َدى والرش ِاد‬ ِ ‫مق‬ َ

Ya Allah! Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat


fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga
Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan
menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI)
dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan


iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan kami termasuk

9
Khutbah Jumaat 18 Ogos 2023M /01 Safar 1445H: “KEUTAMAAN PERSAUDARAAN ISLAM”
Jabatan Agama Islam Selangor

dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan


negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Serahkan tanggungjawab memimpin
negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta tegas lagi
berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan
syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Negeri Selangor rumah-
rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah.

َ‫ ِا ْد َف ْع َع َّنا َه َذا ْال َو َبا َ َو ْال َب ََل ََ َو ْاْلَ َرض‬، ِ ‫الل ُه ََّم َيا َدا ِف َع ْال َب ََل‬
َّ
ٍْ ‫ف إ َّن َك َع َلى ُكل َش ى‬ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ َّ َ
ِ ِ ‫ ِبلط ِفك يا ل ِطي‬،‫والشدا ِئ ْد و ِاْلحن‬
ْ َ َ َ َ ْ َ
.‫الجاب ِة ج ِدير‬ ِ ‫ق ِدير و ِب‬
َ َ َّ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َ َّ َ َّ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َّ َ
ٖ ‫جنا وذرِيَٰتِنا قرة أع‬
‫ي وٱجعلنا ل ِلمتقِي إِماما‬ ِ َٰ ‫ربنا هب نلا مِن أزو‬
٧٤
َّ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َا‬ َ ‫ُّ ۡ َ َ َ َ ا‬ َ َ ٓ َ َّ َ
٢٠١ ِ‫خرة ِ حسنة وق ِنا عذاب ٱنلار‬ ِ ‫ربنا ءات ِنا ِِف ٱدلنيا حسنة و ِِف ٱٓأۡل‬
ََٰ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ۡ َٓ ََٰ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ ۡ َ َ َّ َّ َّ َ َ
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينه‬ ِ ‫ إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و‬،ِ‫عِباد اّلل‬
َ َّ َ َ ۡ َّ َ َ ۡ َ َۡۡ َ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َۡ َ
٩٠ ‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ِۚ ِ ‫ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل‬
ْ،‫اش ُك ُر ْو ُه َع َلى ِن َعم ِه َيز ْد ُكم‬ْ َ ْ ُْ ُ َْ َ ْ َ ْ َ‫َف ْاذ ُك ُرو ْا للا‬
َِ ِ ‫الع ِظيم يذكركم و‬
َّ َ ُ َ ْ َ
َ‫الل َُه َي ْعل ُم ما‬ ُ ْ ََ ْ ُ ْ ُ ْ َ ْ‫اس َأ ُل ْو ُه من‬
ْ ‫َو‬
‫للا أكبر و‬ ِ ‫فض ِل ِه يع ِطكم ول ِذكر‬ ِ
َ َُْ َ
‫ن‬
. ‫ت ص نع و‬

10

Anda mungkin juga menyukai