Anda di halaman 1dari 8

Nabi Muhammad Teladan

Sepanjang Zaman
Oleh :

Syeikh Mohd Sa’di Bin Md Said

1
23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zaman

ْ ُ ُْ َ َ ُُ ُ َْ َ ْ َْ َْ َ َ َ َ َ َُ َ ْ ُ ُ ُ ََْ َ ْ َ ْ َّ
ٌ‫ ونعْذ ةِاهللِ ِي‬،‫ِِن اْلًد هللِ َنًده ستداٍُ وتعاَل ونستّ ِدي ُِ ونشمره‬ ‫إ‬
ْ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ ُ َ َ ُ َْ َ َ ْ َ َ ّ َ ْ َ َ َُْ ْ ُ ُ
‫ يٌ يّ ِد اهلل فَل م ِضن َل ويٌ يضوِن‬،‫اِلا‬ ِ ً‫ات أع‬ ِ ‫ُشو ِر أنف ِسَا و ِيٌ سـيِـئ‬
َّ ََ َُ َْ َ ََ َُ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َّ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ َ َ َ
‫ُشيك َل وَل يثِين َل وَل ِضد‬ ِ ‫ وأشّد أن َل هلإ إَِل اهلل وخده َل‬،‫فَل ِا ِدي َل‬
َ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ِّ َ َّ ُ َ ْ َ َ ُ َ َّ َ َ
ُ‫ُم ًَّ ًدا َع ْت ُدهُ َو َر ْس ْْ َُل‬ ‫ وأشّد أن سيدٍا وختِيتَا وعظيًَا وقائِدٍا‬،‫وَل ٍ ِد َل‬
َ‫اهلل َع ََّا َخ ْْي‬ُ ُ‫وأدى ْاْلَ َياٍَ َث َوٍَ َص َح اْلُ َّي َث َف َج َزاه‬ َّ َ َ ّ َ َّ ُ ُ ْ َ َ ُ ُّ َ َ
‫الرساهث‬
ِ ‫ ةوغ‬،ُ‫وص ِفيُ وختِيت‬
َ َ َ َ ْ َ ً َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ّ َ ْ َ ْ ًّ َ َ َ َ
‫صن لَع سي ِدٍا ُمً ٍد صَلة تق ِِض ةِّا خاجات َِا‬ ِ ‫ امهلل‬.ُِ ِ ‫يا جزى ٍبِيا ِيٌ أٍبِيائ‬
ً َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ّ َ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ ْ ْ َ َ َ َ ُ ُ َ ُ ّ َ ُ َ
‫ وسوِى عوي ُِ ولَع ء ِاَلِ سَليا‬،‫وتف ِرج ةِّا لربات َِا وتك ِفيَا ةِّا ُش أعدائَِا‬
ْ ِّ ْ َ َ ً
.ٌِ ‫لثْيا إَِل يْ ِم ادلي‬
َ َ ْ ََ َ ْ َ َ َّ َ ْ ُ ْ ْ ُ َ ُ َّ َ َ َ َ ُ ْ َ َّ َ
‫ فيا ِعتاد اهللِ ا ِتقْا اهلل أو ِصيكى وإِياي ةِتقْى اهللِ فقد فاز‬،‫أيا بعد‬
َ ْ ُ َّ ُ ْ
. ‫الًتقْن‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada sidang jemaah
sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT,
dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
Mudah-mudahan kita sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT serta
mendapat perlindunganNya di dunia mahu pun di akhirat.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2018
23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Perayaan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun jelas merupakan satu
penzahiran rasa cinta dan hormat kita kepada Nabi Muhammad SAW. Bukan sahaja
dimuliakan oleh umatnya, malahan Allah SWT sendiri telah pun memuliakan
Baginda, meninggikan kedudukan dan menyematkan nama Baginda SAW di dalam
lafaz syahadah, azan, iqamat, bacaan dalam solat, serta namanya tersemat indah di
dalam kitab al-Quranul Karim. .

Nama Baginda sering disebut dan disanjung oleh segenap kaum muslimin, di dalam
dan di luar ibadat. Sanjungan dan doa sesungguhnya melebihi segala bentuk
penghormatan dan penghargaan. Martabat dan kedudukan Nabi SAW yang mulia
dan tinggi itu bukan sesuatu yang dapat dicapai dengan ikhtiar dan usaha. Tidak
juga mungkin diperolehi melalui didikan dan latihan. Tetapi, martabat itu adalah
semata-mata hibah Ilahiyyah, iaitu anugerah daripada Allah SWT kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW.

Justeru, dalam memperingati bulan atau hari ulang tahun kelahiran Baginda Nabi
SAW, ia hendaklah diperingati dan dirayakan dengan penuh bererti, dengan tujuan
untuk menghidupkan sunnah, budi pekerti dan menghayati perjuangan Baginda
dalam membela hak dan kebenaran, serta memisahkan perkara batil dan kedustaan.

Para tetamu Allah yang berbahagia,

Usaha menghidupkan sunnah nabi dan ajaran-ajaran Baginda hendaklah dibuktikan


dengan menzahirkan kesetiaan dan kecintaan terhadap Baginda melebihi kecintaan
terhadap yang lain. Hal ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

َ َ ْ َ َّ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َّ َ َ َ ُ َ َّ َ ْ ُ ُ َ َ ُ ْ ُ َ
1 ‫اس أْج ِعني‬ ِ ‫ادله ِ وو‬
ِ ‫دله ِ واِل‬ ِ ِ ‫ خَّت أكْن أخب إَِل ُِ يٌِ و‬،‫َل يؤيٌِ أخدكى‬

____________________________________
1) Sahih al-Bukhari, No. 15. Sahih Muslim, No.70.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2018
23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Maksudnya: “Tidak dianggap beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia


mencintaiku melebihi kecintaannya terhadap bapanya, anaknya dan manusia
keseluruhannya”.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW yang kita ingati, menjadi tokoh idola sepanjang zaman, disambut
ulang tahun kelahirannya setiap tanggal 12 Rabiul Awwal, bukan hanya pandai
berkata-kata dan banyak bicaranya, tetapi Baginda lebih suka bertindak dan
melaksanakan sesuatu. Perbuatan dan tindakan Baginda melebihi tutur katanya,
memandangkan Allah SWT sangat murka kepada orang yang hanya pandai berkata-
kata tetapi tidak mampu untuk menyempurnakannya. Allah SWT berfirman dalam
Surah al-Saff, ayat 3:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

٣ :‫الصف‬ ‫ﭽﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﭼ‬

Maksudnya : “Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan


sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.

Umat Islam yang cemerlang adalah insan yang hebat dalam pengurusan masa.
Mereka tidak akan membuang masa dengan bercakap tentang perkara yang sia-sia
atau bertengkar sesama sendiri, tetapi kita dituntut agar banyak bekerja dan
berusaha sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah, ayat 105:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭽ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ‬
٥٠١ :‫اتلوبة‬ ‫ﯫ ﯬﯭﯮ ﯯﯰﭼ‬
4
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala


yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman
akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Setiap apa yang kita kerjakan pasti akan dinilai untuk diberi ganjaran dan balasan.
Amalan bertengkar sesama sendiri, apatah lagi sehingga membawa kepada
permusuhan adalah dilarang oleh agama Islam kerana agama yang suci ini
menganjurkan supaya umat Islam bersatu padu”.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 103.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭽ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ‬

٥٠٣ :‫آل غىران‬ ‫ﭾﭿﮀ ﮁ ﮂﮃﮄﭼ‬

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada
kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang
bersaudara”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2018
23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Firman Allah SWT lagi :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭽ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿﮀ ﮁ‬

٥٣ : ‫احلجرات‬ ‫ﮂ ﮃ ﮄ ﮅﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﭼ‬

Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu


dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan
keadaan dan amalan kamu)”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Jelaslah, agama yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW,
menganjurkan umat manusia supaya saling mengenal di antara satu sama lain,
berusaha mencari titik persefahaman dan berbaik-baik di antara satu sama lain,
bukan dengan beza-membeza, rendah-merendah, atau hina-menghina. Malahan,
hendaklah memandang semua insan adalah sama. Kita semua merupakan makhluk
Allah SWT yang berketurunan daripada satu bapa iaitu Nabi Adam AS yang asalnya
dijadikan oleh Allah SWT dari tanah. Hanyasanya orang yang mulia di sisi Allah
SWT adalah mereka yang banyak berbakti. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-
Ma’idah, ayat 2:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Khutbah Jumaat 2018
23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭽ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶﯷ ﯸ ﯹﯺ ﯻ ﯼ‬

‫ﯽﯾﯿ ﭼ‬

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan


dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya
Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Sempena memperingati bulan yang berkat ini, iaitu bulan Rabiul Awwal yang
dimulakan dengan sejarah kelahiran seorang utusan Allah SWT, hendaklah kita
memperbanyakkan mengingati Nabi SAW dengan berselawat kepadanya, melakukan
kerja-kerja mulia yang mendatangkan faedah dan kebajikan demi menjamin
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, dilimpahi berkat, di bawah naungan
rahmat Allah SWT.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭽﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ‬
٦٩ :‫األغراف‬ ‫ﭝﭞ ﭟﭠﭡ ﭢﭣﭼ‬

Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman
serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan
(Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang
mereka telah usahakan”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 7 Khutbah Jumaat 2018
‫‪23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440‬‬

‫اك ْه ب َىا ِفي ٍِ ِويَ‬ ‫َ َ َ َ ْ َ َّ ُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ََ َ ُ ْ ََ ُ‬


‫ِ‬ ‫يه‪ ،‬ونفػ ِِن وإِي‬ ‫رآن امػ ِظ ِ‬ ‫ىف امق ِ‬ ‫بارك اهلل ِِل ومكه ِ‬
‫السىيعُ‬ ‫ك ْه ت ََل َوتَ ٍُ إًَّ ٍُ َُ َو َّ‬
‫َ ْ َ َ َ َّ َ ِّ ْ َ ْ ُ‬ ‫َ ِّ ْ‬ ‫َ‬ ‫َْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫كي ِه‪ ،‬وتقبل ِوِن و ِوٌ‬ ‫ات واذلك ِر احل ِ‬ ‫األي ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ َ َ ْ ََ ُ‬ ‫ُ‬ ‫َ ُ َُ ُ َ ْ َ َ ََ ْ َْ‬
‫وِل َذا وأستغ ِفر اهلل امػ ِظيه ِِل ومكه ولِسائِ ِر‬ ‫نيه‪ .‬أقول ق ِ‬ ‫امػ ِ‬
‫استَ ْغف ُر ْو ُه‪َ ،‬فيَا فَ ْوزَ‬
‫الىؤوٌَات‪ ،‬فَ ْ‬ ‫ني َو ُ‬ ‫الىؤوٌ َ‬‫الى ْسن َىات َو ُ‬ ‫ني َو ُ‬ ‫ال ْ ُى ْسنى َ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِِ‬
‫يي َو َيا ََنَ َاة َِّ‬
‫اتلائبني‪َ.‬‬ ‫الى ْستَ ْغفر َ‬
‫ُ‬
‫ِ‬ ‫ِِ‬

‫‪Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah‬‬ ‫‪8‬‬ ‫‪Khutbah Jumaat 2018‬‬

Anda mungkin juga menyukai