Anda di halaman 1dari 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

“TUNTUTAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN”

Tarikh Dibaca :

1 RABI’ULAWWAL 1443H/
8 OKTOBER 2021M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan‬‬

‫‪TUNTUTAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN‬‬


‫‪1 RABI’ULAWWAL 1443H / 8 OKTOBER 2021‬‬

‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ ِ ِ‬


‫ل‪:‬‬

‫سهمۡ‬ ‫ُ َّ َ ۡ َ ۡ َ ُ ْ َ َ َٰ َ ُ ْ َ ۡ َ َٰ ۡ َ َ ُ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ َ ۡ ُ ۡ ُ َ َّ َ َ َ ُ ْ َّ‬


‫ولِۦ ثم لم يرتابوا وجهدوا بِأمول ِ ِهم وأنف ِ ِ‬ ‫إِنما ٱلمؤمِنون ٱَّلِين ءامنوا ب ِٱّللِ ورس ِ‬

‫َّ ُ ْ َ َٰٓ َ ُ ُ َّ َٰ ُ َ‬ ‫َ‬


‫يل ٱّللهِ أولئِك هم ٱلص ِدقون ‪١٥‬‬‫ِِف سب ِ ِ‬

‫ل وَل َا شَب ِيه َ وَل َا ضِد وَل َا نِد لَه ُ‪،‬‬


‫ك لَه ُ وَل َا م َث ِي َ‬
‫أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإلَه َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي ْ َ‬

‫سو ْلُه ُ وَصَف ُِّيه ُ وَحَب ِيب ُه ُ م َنْ بَع َث َه ُ الله ُ ر َحم َة لِلْع َالم َي ِنَ‬
‫و َأَ شْهَد ُ أَ ن سَيِد َن َا و َنَب ِينَا مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَر َ ُ‬

‫ح ال ُّأمة َ وَج َاهَد َ فِى الله ِ حَق ِ‬


‫جه َادِه ِ‬ ‫ص َ‬
‫ه َادِيا وَم ُبَش ِرا و َنَذِيرا بلَ َغ الر ِسالَة َ و َأَ دى الأَ م َانَة َ و َن َ َ‬

‫ك عَلَى سَيِدِن َا مُحَمدٍ‬ ‫فَجَزَاه ُ الله ُ ع َنا خَي ْر َ م َا جَز َى نَب ًِّيا م ِنْ أَ نب ِيَائِه ِ‪ .‬اَلله ُم ص ِ‬
‫َل وَسَل ِ ْم و َب َارِ ْ‬

‫خ َات َ ِم الان َ ْب ِيَاء ِ و َال ْمُرْسَلِيْنَ و َعَلى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ أَ جْم َع ِيْنَ‪ .‬أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ الله ِ اتق ُوا اللهَ‪،‬‬

‫ُّأ ْوصِيْك ُ ْم و َِإيايَ بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َل ك ُ ْم تُرْحَمُوْنَ‪.‬‬

‫‪SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,‬‬


‫‪Khatib ingin mengingatkan diri sendiri dan menyeru sidang jemaah sekalian untuk sama-‬‬
‫‪sama kita mengukuhkan keimanan dan meningkatkan ketakwaan dengan melaksanakan‬‬
‫‪segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi‬‬
‫‪1‬‬
Khutbah Jumaat Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan

insan yang berjaya dan beruntung di dunia dan di akhirat. Pada hari ini, khatib akan
menyampaikan khutbah yang bertajuk: “Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan”.

Khatib juga ingin mengingatkan untuk kita terus berdisiplin mematuhi garis panduan dan
SOP pencegahan penularan wabak Covid-19. Jagalah kesihatan dan keselamatan diri
dan keluarga. Kelonggaran yang telah diberikan bukan bermaksud kita sudah bebas dari
wabak. Ingatlah bahawa kita masih lagi berjuang untuk mengeluarkan negara dari kemelut
pandemik Covid-19 dengan selamat. Khatib juga ingin menyeru kepada seluruh umat
Islam, marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid pada setiap waktu. Rasulullah
SAW menyatakan bahawa Allah SWT menyediakan tempat di syurga bagi orang-orang
yang istiqamah berulang-alik ke masjid menunaikan solat secara berjemaah sebagaimana
disebut dalam sebuah hadis:

‫ح‬
َ ‫ح أَ ع َد الله ُ لَه ُ فِي الْجنَة ِ ن ُز ُلا ك ُلمَا غَد َا أَ ْو ر َا‬
َ ‫جدِ أَ ْو ر َا‬
ِ ‫س‬
ْ َ ‫م َنْ غَد َا ِإلَى ال ْم‬

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya
tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Ajaran Islam merupakan ajaran rabbani, yakni ajaran yang datang daripada Allah SWT
sendiri dan bukan ciptaan akal manusia yang sangat terbatas. Oleh sebab ia datang
daripada Pencipta manusia, maka ia amat sesuai dengan fitrah manusia di setiap tempat
dan zaman. Tonggak utama ajaran Islam ialah terletak pada Islam, Iman dan ihsan
sebagaimana terkandung dalam hadis yang menceritakan perihal ketiga-tiga elemen ini.
Sebagaimana terkandung dalam hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa: “Islam itu
ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawasanya
Muhammad itu merupakan Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, berpuasa pada Bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah
jika kamu mampu mengerjakannya”.

Beriman kepada Allah SWT tidak hanya terikat pada ungkapan lisan dan tuturan kata
semata-mata. Iman juga bukanlah sesuatu yang diukur pada zahir penampilan dan
sebagainya. Akan tetapi iman itu menuntut kita untuk menyemai kepercayaan yang utuh

2
Khutbah Jumaat Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan

kepada Allah SWT di dalam hati bahawa Allah Maha Pencipta, pemilik dan pentadbir alam
ini dan hanya Allah yang berhak disembah. Pada waktu yang sama keyakinan ini
diterjemahkan melalui pengakuan lisan yang disempurnakan dengan kepatuhan menerusi
amalan dan perbuatan yang diredhai Allah SWT. Hal ini diterangkan Allah SWT melalui
firman-Nya dalam Surah al-Hujurat ayat 15 yang dibacakan pada awal khutbah tadi yang
bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman itu hanyalah orang-orang


yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya)
tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada
jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,


Dalam era kemajuan dan pemodenan dunia hari ini, kita turut tidak terlepas dengan isu
pengabaian soal agama yang berhubung kait dengan nilai keimanan. Kini, sudah tiba
masanya kita memainkan peranan penting dalam memastikan ajaran Islam, kemantapan
akidah dan sifat ihsan menjadi agenda utama dalam memimpin dan memandu kita ke
jalan yang selamat .

Sesungguhnya orang yang beriman akan mencetuskan sifat kehambaan yang tulus
kerana Allah SWT. Rasa takut mereka kepada Allah SWT menyebabkan segala amalan
dilakukan dengan penuh keikhlasan bahkan lidah dan hati mereka tidak putus mengingat
dan menyebut keagungan Allah SWT. Kemuncaknya, timbul rasa kecintaan yang mutlak
kepada Allah SWT sehingga sanggup mentaati segala perintah-Nya dan berkorban
kerana Allah SWT.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Setiap Muslim bukan sahaja dituntut untuk berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat,
puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan,
kemasyarakatan, kebudayaan dan politik. Konsep ihsan menjurus kepada dua matlamat
utama iaitu ihsan dalam beribadah kepada Allah dan ihsan dalam menjalankan hak
sesama makhluk.

3
Khutbah Jumaat Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan

Pertama, ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT iaitu seolah-olah yang melakukan
kebaikan itu melihat Allah SWT dan dalam hatinya menyakini Allah SWT melihat
perbuatannya sepertimana sabda Rasulullah SAW :

‫ ف َِإ ْن ل َ ْم تَكُنْ ت َر َاه ُ ف َِإنه ُ ي َر َاك‬،ُ ‫أَ ْن تَعْبُد َ الله َ ك َأَ نك ت َر َاه‬

Maksudnya: “….hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika


kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia (Allah) melihat kamu”. (Hadis Riwayat Imam
Muslim)

Kedua, ihsan dalam menjalankan hak sesama makhluk ialah dengan menjalankan hak-
hak mereka. Antaranya berbuat baik kepada mereka yang paling hampir iaitu ibu bapa
kita. Hal ini selari sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Israa’ ayat 23:

َ‫ِند َك ٱلۡك َِب‬


َ ‫س ًنا ه إ َّما َي ۡبلُ َغ َّن ع‬
َٰ َ ۡ ۡ َ َ ۡ َ ُ َّ ٓ َّ ْ ٓ ُ ُ ۡ َ َّ َ َ ُّ َ َ َ َ
ِ ‫َض ربك أَّل تعبدوا إَِّل إِياه وب ِٱلو َٰ ِِلي ِن إِح‬ َٰ ‫۞وق‬

‫ا‬ َ ‫َ َ ُ ُ َ ٓ َ ۡ َ ُ َ َ َ َ ُ َّ ُ َ ٓ ُ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ َ َ ُ َّ ُ َ َ ۡ ا‬
٢٣ ‫أحدهما أو ِلِكهما فَل تقل لهما أ ّٖف وَّل تنهرهما وقل لهما قوَّل ك ِريما‬

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah


selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia”.

Selain daripada ibu bapa, kita juga dituntut untuk berlaku ihsan atau berbuat baik kepada
kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin serta jiran tetangga. Amalan berbuat baik
(ihsan) kepada warga emas sama ada dengan ibu bapa sendiri atau pun orang lain secara
tidak langsung melahirkan masyarakat yang penyayang, harmoni dan diberkati
sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu
pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,

4
Khutbah Jumaat Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan

orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat,
ibnu sabil dan hamba sahayamu”. (Surah al-Nisaa’ ayat 36)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bersempena dengan sambutan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2021 juga, khatib ingin
mengajak para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita menanam tekad dan
keazaman untuk menjadi individu dan masyarakat yang sentiasa berusaha istiqamah
memelihara ajaran Islam, mengukuhkan keimanan dan berlaku ihsan terhadap ibu bapa
dengan sering bertanya khabar dan mendoakan mereka serta berlaku ihsan terhadap
golongan warga emas dengan sentiasa menghormati dan membantu sama ada mereka
yang mempunyai pertalian hubungan atau tidak. Semoga dengan itu, mendidik diri kita
menjadi hamba yang sentiasa bersyukur seterusnya memperkukuh ketakwaan kepada
Allah SWT.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, antara intipati yang boleh diambil pengajaran bersama ;
Pertama: Islam, Iman dan ihsan merupakan tiga elemen yang menjadi asas kepada
kesempurnaan Islam.
Kedua: Ketekunan menunaikan ajaran Islam akan mengukuhkan tahap keimanan
seseorang Muslim dan seterusnya akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT .
Ketiga: Setiap umat Islam mesti berpegang teguh dengan ajaran Islam dan memelihara
iman di samping berlaku ihsan dengan Allah SWT dan ihsan sesama makhluk.

Hayatilah firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’ ayat 24 iaitu:

‫ا‬ َ َ َّ َ َ َ َ َُۡۡ َّ ُ َ َ ۡ َّ َ ُّ َ َ َ َ ُ َ ۡ ۡ َ
٢٤ ‫اِن صغِريا‬
ِ ‫ب ٱرۡحهما كما ربي‬ ِ ‫وٱخفِض لهما جناح ٱَّل ِل مِن ٱلرۡحةِ وقل ر‬
Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫َات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن ال ْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَف َعَن ِ ْي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬


‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أَ قُو ْ ُ‬
‫و َتَق َب َ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪،‬‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫حي ْم ُ‪.‬‬
‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأَ ْ‬

‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ ن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫َّ َّ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َّ ََٰٓ َ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب ه يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫سي ِدِنَا‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى َ‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬


‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬
‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬


‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬

‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عز يزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan‬‬

‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ لِ جَلال ََة ِ ن َائ ِِب م َلِكِ ماليز يا‬


‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫ك الله ُم دَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫وَكَمَا نَسْأَ ل ُ َ‬
‫دولي يڠ مها موليا ڤدوك سري سلطان نزرين م ُع ُِّزالد ِين شاه ابن المرحوم سلطان ازلن‬
‫مُح ُِّب الد ِين شاه اَل ْمَغْف ُور لَه ُ وَك َذل ِ َ‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا راج ڤرمايسوري ڤيراق‬
‫توانكو زارا سليم‪.‬‬

‫ات‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُم وَوُزَر َاءَه ُم و َقُضَاتَه ُم و َع ُمالَه ُم وَر َعَاي َاه ُم م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫ك ي َا أَ ْر َ‬
‫ب ِرَحْمَت ِ َ‬

‫ن و َأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء رَخ َاء‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأَ ْم ٍ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬‫ل كَل ِمَت َ َ‬‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأَ ع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أَ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬

‫‪Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang‬‬
‫‪Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu kepada-Mu‬‬
‫‪agar Engkau ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan selama ini. Engkau angkat‬‬
‫‪dan hilangkanlah wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda kami agar dapat kami‬‬
‫‪melaksanakan syiar-Mu dengan sempurna. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat kami‬‬
‫‪mengadu dan memohon pertolongan.‬‬
‫‪Ya Allah! Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan‬‬
‫‪solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya hanya‬‬
‫‪kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.‬‬
‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tuntutan Ihsan Dalam Kehidupan‬‬

‫حسَن َة و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬


‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُّ‬
‫الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ َ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ َّ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ‬
‫َٰ‬
‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنكرِ‬
‫ُ ُ َ َّ ُ َ َ َّ َ‬ ‫َ َۡۡ‬
‫غ يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون ‪٩٠‬‬ ‫وٱۡل ِ ي‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai