Anda di halaman 1dari 7

“BULAN SEJUTA ANUGERAH”

1
22 MAC 2024/11 Ramadan 1445

KHUTBAH : BULAN SEJUTA ANUGERAH

ُ ‫ نَحْمَدُه ُ و َنَسْتَغْف ِرُه ُ و َنَسْت َعِي ْن ُه‬،ِ ‫ل و َجْ هِه ِ وَعَظِي ِْم سُلْطَانِه‬ ُ ْ ‫الحم َْد ُ لِلّه ِ حَمْدًا يلَِي‬
ِ ‫ق بِ جَلَا‬

ِ َ ‫ وَم ِنْ سَي ِّئ‬،‫ و َنَعُوْذ ُ ب ِالل ّه ِ م ِنْ شُر ُ ْورِ أَ نْفُسِنَا‬،ِ ‫و َن َ ْستَهْدِيْه‬
َ ‫ م َنْ يَهْدِه ِ الل ّه ُ فَلا‬،‫ات أَ عْمَالِنَا‬

َ ْ ‫ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬،ُ‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإله َ ِإ َّلّا الل ّه‬،ُ ‫ وَم َنْ يُضْ لل ِْه ُ فَلا َ ه َادِيَ لَه‬،ُ ‫ل لَه‬
‫ك‬ ّ َّ ِ‫م ُض‬

،ِ ‫ صَلَوَاتُ الل ّه ِ وَسَلَام ُه ُ عَلَيْه‬،ُ ‫سو ْلُه‬


ُ َ ‫ن سَيِّد َن َا وَحَبِي ْبَنَا مُح ََّم ّدا ً عَبْدُه ُ وَر‬
ّ َّ َ‫ و َأَ شْهَد ُ أ‬،ُ ‫لَه‬

،ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الّدِيْن‬ َّ ‫ و َت َاب ِِع‬،َ‫َالت ّاب ِعِيْن‬


ٍ ‫الت ّاب ِعِيْنَ لَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ ‫صحَابِه ِ و‬
ْ َ‫و َعَلَى آلِه ِ و َأ‬

،َ‫ فَق َ ْد فَاز َ ال ْم َُّت ّقُوْن‬، ِ ‫صيْك ُ ْم و َِإ َّي ّايَ بتَِقْو َى الل ّه‬
ِ ‫ ُأ ْو‬،َ‫ َّات ّقُو ْا الل ّه‬،ِ‫ فَيَا عِبَاد َ الل ّه‬،ُ ‫أَ َّمّا بَعْد‬
َّ ‫هللا تَ َع َاَل يِف الْ ُق ْرآ ين ْال َك ير ْ يْي ب َ ْعدَ َآ ُع ْو ُذ يِب يهلل يم َن‬
:‫الش ْي َط يان َّالر يج ْ يْي‬ ُ ‫قَا َل‬
ُ ‫اب َآ ْن َزلْنَا ُه ُم َب َاركٌ فَات َّ يب ُع ْو ُه َوات َّ ُق ْوا ل َ َعل َّ ُ ُْك ُت ْر َ َُح ْو َن﴾ َصدَ َق‬
‫هللا الْ َع يظ ْ ُْي‬ ٌ ‫﴿ َوه ََذا يك َت‬

Sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT sekalian,

Mimbar ini ingin mengajak tuan-tuan sekalian, agar marilah kita sentiasa berusaha, untuk
meningkatkan ketaqwaan kehadrat Allah SWT, dengan cara kita melaksanakan segala
titah perintahNya, dan pada masa yang sama kita berusaha sedaya upaya meninggalkan
segala tegahan dan laranganNya. Mudah-mudahan yang demikian itu, Allah SWT
menggolongkan kita semuanya, dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh insya
Allah, hamba-hambaNya yang bersyukur dan bertaqwa, yang selamat dan bahagia di
dunia dan akhirat insya Allah.. Allaahumma aamiin ya rabbal aalamiin.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024
22 MAC 2024/11 Ramadan 1445

Sidang Jamaah rahimakumullaah…

Alhamdulillaah…pada hari ini, hari jumaat penghulu segala hari, kita masih diberikan
ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah
SWT ini, dan yang lebih utama, Allah mengizinkan tubuh badan kita sihat untuk
melakukan amal ketaqwaan kepadaNya, mengucapkan keampunan dariNya setiap masa
ketika berpuasa di bulan Ramadan bulan mulia, dan mudah-mudahan amalan yang kita
lakukan, diterima dan dirahmati serta diberkati oleh Allah SWT insya Allah.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Bulan Ramadan adalah suatu bulan di mana turunnya Al-Quran kepada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW. Jesteru itu, sayugianya bagi kita menghargai Al Quran dalam
seluruh kehidupan seharian kita supaya kita sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran adalah
dicadangkangkan beberapa perkara berikut :

PERTAMA: MENCINTAI AL-QURAN AL-KARIM

Antara tanda-tanda seorang itu cinta pada Allah ialah mereka mencintai Al-Quran.
Lihatlah cucunda Rasul SAW yang bernama Al-Hasan bin Ali yang berpesan : maksudnya,

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menggangap Al-Quran sebagai satu Rasail


(yakni perutusan dari tuhan mereka, mereka mentadabburnya (yakni menghayati dan
mendalaminya) pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.”

Sikap cinta terhadap Al-Quran telah melahirkan generasi yang mengutamakan al-Quran
dari segala-galanya. Pernah berlaku di zaman Rasul SAW seorang sahabat nabi yang
dipanah ketika menunaikan solat, meneruskan bacaan satu surah al-Quran yang panjang
iaitu surah al-Kahfi. Setelah selesai solat, beliau ditanya mengapa beliau melakukan
demikian, sahabat tersebut menjawab:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024
22 MAC 2024/11 Ramadan 1445

“Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak suka menghentikannya.”

Beginilah sikap para sahabat terhadap Al-Quran Al-Karim.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT sekalian,

KEDUA : MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK

Allah SWT memerintahkan kita membaca al-Quran dengan betul dan mengikut hukum
tajwid. Firman Allah SWT:

‫سورة املزمل‬ ))‫(( َو َر يت يل الْ ُق ْرآ َن تَ ْريت ْي اًل‬‎


Maksudnya : “Dan Bacalah Al-Quran dengan tartil yakni perlahan-lahan”.
Surah Al-Muzammil ayat 4

Rasul SAW dalam banyak hadith menggalakkan kita membaca Al-Quran dan
memperbanyakkanya dan menjelaskan bahawa Allah SWT memberikan ganjaran
membaca setiap huruf dengan sepuluh ganjaran serta mendapat kedudukan yang tinggi
di dalam syurga.

Orang yang membaca Al-Quran akan mendapat syafaat Allah SWT di akhirat kelak. Dari
Abi Umamah Al-Bahili R.A berkata : Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

َ ْ ‫ فَان َّ ُه يَأ يِت ي َ ْو َم الْ يق َيا َم ية َش يفيع اا َأل‬،‫ ْق َر ُآ ْوا الْ ُق ْرآ َن‬‎‫ “ ا‬‎
”‫ْصا يب يه‬
ِ
Mafhumnya: “Bacalah Al-Quran, maka sesungguhnya ia datang pada pada hari kiamat
nanti sebagai syafaat (penolong) kepada tuan yang membacanya…..”
Hadith Riwayat Imam Muslim

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4


Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024
22 MAC 2024/11 Ramadan 1445

Sidang Jumaat yang Berbahagia,

KETIGA: MEMAHAMI AL-QURAN

Allah SWT menurunkan al-Quran bukan untuk dibaca semata-mata tetapi lebih jauh dari
itu, Allah SWT menurunkan al-Quran untuk dihayati dan difahami. Firman Allah Taala di
dalam Surah al-Zumar 23 yang bermaksud :

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu-
mutu ayatnya) lagi berulang-ulang hukum-hukum, pelajaran dan kisah-kisah, gementar
kerana Al-Quran kulit-kulit orang yang takut kepada tuhan-Nya, kemudian menjadi tenang
kulit dan hati mereka diwaktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu dia
memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakinya. Dan barangsiapa yang disesatkan
Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.”

Justeru itu Al-Quran perlu dijadikan kitab petunjuk dalam seluruh kehidupan kita. Kita
wajib memahami dan meyakini segala isi kandungan Al-Quran tanpa syak dan ragu-ragu
lagi. Kita tidak boleh ragu-ragu dengan hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran,
seandainya kita ragu dengan satu ayat yang ada di dalam Al-Quran dan hukum-hukumnya
maka ianya boleh menjejaskan keimanan kita kepada Allah SWT atau dengan kata lain
boleh membatalkan iman kita. Kalau Al-Quran menyebut sesuatu itu haram kita wajib
percaya dan yakin bahawa itu adalah haram, begitu juga kalau Al-Quran mengatakan
bahawa itu adalah halal, maka kita yakin dan percaya bahawa ianya halal.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat sekalian,

Cara keempat menghargai nikmat Al-Quran iaitu beramal dengan kandungannya. Antara
tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah untuk diamalkan sama ada dalam diri, keluarga,
masyarakat mahupun negara. Janganlah Al-Quran itu hanya dibaca pada hari kematian
atau sebagai pembukaan kepada sesuatu majlis semata-mata bahkan hendaklah sentiasa
menjadi kelaziman seharian kita. Sepatutnya Al-Quran menjadi amalan dalam kehidupan
umat Islam. Al-Quran adalah kitab penyelesaian kepada masalah manusia.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024
22 MAC 2024/11 Ramadan 1445

Janganlah kita menjadi seperti golongan yang mencabar Al-Quran secara teori dan amali.
Cuba kita lihat kejahilan dan kerendahan nilai manusiawi hari ini, sehingga anak tidak
melayan ibu bapa, suami tidak menghiraukan rumah tangga, berlaku krisis jiwa dan moral
yang terlalu parah, kes-kes bunuh diri, maksiat-maksiat yang merebak, menyebarkan
penyakit-penyakit berbahaya yang tidak mampu diubati oleh perubatan moden, jenayah
yang merebak, maksiat tidak dianggap maksiat di atas nama kebebasan, jenayah berlaku di
barat mengikut perkiraan saat, bukan lagi perhitungan hari,bulan dan tahun. Setiap saat
berlaku jenayah rompakan, pembunuhan dan perjudian, hiburan dibawa ke mana-mana,
berlaku keruntuhan nilai yang parah, walaupun negara barat itu terdapat negara yang kaya,
namun kekayaan itu memusnahkan mereka sendiri, kekayaan yang membakar diri sendiri .

Justeru itu tidak ada jalan penyelesaian melainkan dengan kembali dan beramal dengan
Al-Quran. Marilah kita mengambil peringatan dari pesanan Nabi SAW yang bermaksud:

“Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman nanti, mereka membaca Al-Quran tetapi
al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke hati.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah sekalian,

Sebagai kesimpulannya marilah kita buktikan keimanan kita kepada Al-Quran Al-Karim
dengan menghargai Al-Quran yang menjadi mukjizat agung nabi Muhammad SAW yang
pastinya membahagiakan hidup sepanjang zaman, Berusahalah melaksanakan segala
tuntutan Al-Quran dan meninggalkan segala larangan di dalamnya. Marilah kita
melaksanakan amanah Al-Quran yang akan menyelamatkan kita di alam dunia, alam
barzakh dan alam akhirat Insya Allah.

Aamin ya rabbal aalamiin.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024
22 MAC 2024/11 Ramadan 1445

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞﱟﱠ‬
٩ :‫الإسراء‬

Maksudnya : “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada( jalan) yang lurus dan
memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amalan soleh,
dan sesungguhnya bagi mereka pahala yang amat besar.”

ََ ْ َ َ ُ َّ َ ْ ‫َ َ َ َ ى‬ َ ُ ‫ُ ْ ََ ُ ى‬ َ ََ
‫ات‬ ‫ي‬
ِ َُ ‫اْل‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫يه‬ ‫ف‬
ِ ِ ِ ِ ‫ما‬ ‫ب‬ ‫اكم‬‫ي‬ ‫إ‬
ِ ‫و‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ِ ‫ع‬ ‫ف‬‫ن‬ ‫و‬ ، ‫يم‬
ِ ‫ظ‬ ‫الع‬
ُِ ْ ِ ‫رآن‬ ‫الق‬ ‫ف‬ِ ‫كم‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ل‬‫ي‬ ِ ‫هللا‬ ‫ك‬ ِّ ‫بار‬
ُ ‫ أق‬.‫العلي ُم‬ َ ‫يع‬ ُ ‫السم‬ َّ َ َ
َّ ‫ن َومنك ْم تَل َوت ُه إن ُه ُه َو‬ ْ َ
ِّ‫َ ْ َ َّ َ ى‬ َ ْ َ
‫ول‬ ِ َ َ ِ َ ِ َ ُ َ َِ ِ ‫َ ِ ي‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ب‬‫ق‬ ‫ت‬ ‫و‬ ، ‫م‬ ‫ي‬ ‫ك‬ ‫الح‬
ِ َِ َ َ ِ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫الذ‬ ‫و‬َ
َ ْ ُ ‫ى‬ ْ ُ َ ْ ْ َ َ ُ ْ َ ْ َ ْ
‫ات‬ ‫الع ِظيم ِ يل ولك َم و ِل َس ِائ ِر المس ِل ِمي والمسلم‬ ‫ول هذا وأستغ ِفر هللا‬ ‫َق ِ ُ ي‬
َِ َ َِ ََ َ َْ ْ ُ َْ َ ُ ْ ُ َْ ْ َ َ ُ َ َ‫ى‬
‫ فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا نجاة‬،‫ فاستغ ِفروه‬،‫ات‬ ِ ‫ؤمن‬ ِ ‫ؤم ِني والم‬ َِ ‫و َّالم‬
.‫ي‬‫الت ِائب ى‬
ِ

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 7 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2024

Anda mungkin juga menyukai