Anda di halaman 1dari 10

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

IBRAH ISRAK DAN MIKRAJ

Tarikh Dibaca :

26 Rejab 1444H/
17 Februari 2023M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

IBRAH ISRAK DAN MIKRAJ


17 Februari 2023M/ 26 Rejab 1444H

ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َعِي ْن ُه ُ وَنَسْتَغْف ِر ُه ُ وَنَت‬،َ‫ب ال ْع َالم َي ِن‬


‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬


ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن م ُحَمدًا عَبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬

‫ي بتِ َقْو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
ْ ِ ‫صيْك ُ ْم وَن َ ْفس‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘ ﭙ ﭚﭛﭜ ﭝ‬

‫ﭞ ﭟ ﭠ ﭡﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ‬

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Bertakwalah kita semua kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Taati
suruhan Allah SWT di setiap masa dan di mana jua. Mudah-mudahan
rahmat kasih Allah SWT sentiasa memenuhi hidup kita di dunia dan
di akhirat sana.

Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk “Ibrah Israk Dan
Mikraj”,

1
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Israk dan Mikraj merakamkan banyak pengajaran yang dapat kita petik
untuk dijadikan pedoman. Di dalam Kitab Al-Rahiq Al-Makhtum dimuatkan
beberapa tauladan. Antaranya peristiwa Rasulullah SAW ditawarkan untuk
memilih susu atau arak sebagai minuman, lantas Baginda SAW mengambil
susu sebagai pilihan. Maka dikatakan kepada baginda SAW : “Kamu telah
memilih fitrah. Jika kamu memilih arak, nescaya umatmu akan terpedaya.”

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari


Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin. Allah SWT
merakamkan kejadian ini melalui ayatnya yang dibacakan pada permulaan
khutbah di dalam surah Al-Isra ayat pertama:

Maksudnya: “Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya


(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa,
Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-
tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang
Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Manakala mikraj pula adalah perjalanan Baginda dari langit pertama


sehingga ke Sidratul Muntaha sepertimana yang digambarkan oleh Allah
SWT di dalam surah Al-Najm ayat 13 - 18:

‫ﮍﮎ ﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙ ﮚ ﮛ‬
‫ﮜ ﮝﮞﮟﮠﮡﮢ ﮣ ﮤﮥﮦﮧ ﮨﮩﮪﮫﮬ‬

2
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

Maksudnya: Dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah


melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi. di sisi
"Sidratul-Muntaha"; Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa".
(Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya Yang asal pada kali
ini ialah) semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari
alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak
berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat (akan pemandangan Yang
indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-
tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan)
Tuhannya.

Para tetamu Allah yang dimuliakan,


Peristiwa Isra’ dan mikraj yang dialami oleh Rasulullah SAW mempunyai
banyak ibrah, antaranya :

Pertama : Sebelum Rasulullah SAW diangkat untuk mengadap Allah SWT,


dada baginda SAW dibelah dan hatinya disucikan. Ini menunjukkan betapa
pentingnya kita memelihara hati daripada noda dan dosa.

Kedua : Perjalanan baginda SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa


dalam keadaan sedar dan jaga, sebelum diangkat (mikraj) ke langit. Ini
memberi pengertian bahawa masjid merupakan wadah hubungan antara
hamba dengan PenciptaNya. Oleh itu kita harus terus meningkatkan iltizam
dan kesungguhan kita mengimarahkan masjid agar kita tergolong dalam
golongan yang diredhai Allah SWT.

Ketiga : Allah SWT telah menciptakan tunggangan yang mampu bergerak


jauh dengan kelajuan yang tidak mampu dibayangkan oleh manusia.

3
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

Inilah bukti keagungan Allah serta kekayaanNya dalam menjadikan sesuatu


yang tidak dapat dicapai oleh logik akal manusia. Apakah kita masih
meninggi diri di hadapan Allah SWT sedangkan kita tidak mampu
menandingiNya sedikitpun.

Keempat : Dalam perjalanan yang agung ini , Allah SWT memerintahkan


Malaikat Jibril A.S untuk mengiringi Rasulullah SAW sebagai teman
perjalanan. Allah SWT mengisyaratkan bahawa teman merupakan kekuatan
bagi seseorang. Terbukti, hidup manusia memang sukar tanpa teman.
Namun teman yang kita pilih haruslah yang mampu membawa kita menuju
kepada mardhatillah, seperti mana Malaikat Jibril yang menemani
Rasulullah SAW dalam perjalanan ini.

Kelima : Dalam peristiwa ini juga, Rasulullah SAW dibawa menyaksikan


pelbagai gambaran siksaan bagi manusia yang ingkar. Baginda SAW
diperlihatkan siksaan-siksaan yang mengerikan seperti orang yang suka
memakan harta anak yatim secara zalim, pengamal riba dan penzina.
Semua peristiwa ini haruslah menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita
agar kita tidak terjerumus ke lembah dosa dan kebinasaan.

Keenam : Hikmah dari ibrah yang paling besar dalam peristiwa ini adalah
kewajipan solat 5 waktu yang diterima daripada Allah SWT secara terus
tanpa perantaraan malaikat. Ini menggambarkan betapa pentingnya perintah
solat kepada setiap muslim. Namun malang sekali, kita masih mengambil
sikap sambil lewa dan sering mengambill mudah akan kewajipan
menunaikan solat fardu. Justeru, peliharalah solat dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah SWT di dalam surah Al Mukminun ayat 1 dan 2 :

‫ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚ‬

4
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,


Yang khusyuk Dalam sembahyang mereka.”

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Kesimpulan daripada khutbah pada hari ini, khatib ingin menyimpulkan
beberapa perkara yang perlu dititik beratkan:

Pertama : Perjalanan Israk dan Mikraj Rasullullah SAW memberi


pengajaran kepada kita agar sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dalam
kehidupan kerana azab Allah SWT amat pedih bagi mereka yang
menderhaka kepadaNya.

Kedua : Maha suci Allah, bahawa Allah SWT berkuasa yang


memperjalankan hambanya Rasullullullah SAW perjalanan yang jauh dalam
satu malam sebagai tanda kekuasaaan dan kebesaran dalam melakukan
kehendakNya.

Ketiga : Marilah kita, bersungguh-sungguh menjunjung perintah


melaksanakan solat dengan penuh khusyu, berkualiti dan sempurna.

Firman Allah SWT di dalam surah al-‘Ankabut ayat 45:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ‬
‫ﯨﯩ ﯪ ﯫ ﯬﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ‬
Maksudnya: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar

5
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.”

ِ ‫َات وَالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬


ِ ‫ن الآي‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْع َلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق َب‬ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَحْ يَاء ِ م ِ ْنه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات وَال ْمُؤْم ِنِيْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫ال ْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫وَال َأمْو َات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ الْغَف ُو ْر ُ الر‬

‫خطبه كدوا‬
ِ ‫ وَعَلَى آلِه‬،ِ‫ وَالصل َاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِين‬،َ‫ب ال ْع َالم َي ِن‬
ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬


ٍ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬
َ ‫صحَابِه ِ الطاهِرِي‬
ْ َ‫وَأ‬

.ُ ‫ وَأَ شْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدًا عَبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬


َ ْ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي‬

.َ‫ وَلا َ تَمُو ْتُن ِإلا وَأَ ن ْتُم ْ مُسْل ِمُوْن‬،ِ ‫ اِتق ُوا اللـه َ حَق تُق َاتِه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan tahniah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
selaku agensi yang diamanahkan untuk menjaga keamanan perairan
negara, sempena Hari Ulangtahun APMM ke 18, pada 15 Februari 2023.
Sesungguhnya tugas dan peranan agensi ini amatlah besar demi
memastikan keselamatan dan keamanan perairan negara Malaysia sentiasa
terpelihara dan selamat.

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ibrah Israk Dan Mikraj‬‬

‫‪Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama melaporkan‬‬


‫‪kepada APMM sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan berlaku‬‬
‫‪di perairan negara seperti pencerobohan haram atau kemasukan pendatang‬‬
‫‪asing melalui jalan laut. Selain itu, marilah kita berganding bahu‬‬
‫‪menjalankan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan‬‬
‫‪keindahan peraitan negara demi kebaikan ekosistem dan hasil laut yang‬‬
‫‪amat bernilai harganya.‬‬

‫وَاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ل الله ُ‬
‫تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ‬

‫ﭿﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬


‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مجِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ وَت َابِع ِي‬


‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬
‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ ا ْل َأك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن وَ ْ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات وَالمُؤْم ِنِينَ وَالمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم ا ْغفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬

‫الصحة ِ وَالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬


‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْفِي ْ ِ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬

‫َاج أَ حْم َد شَاه الـمُسْت َع ِي ْن باللـه‪.‬‬


‫ن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬
‫ب ِاللـه شَاه اب ْ ِ‬

‫‪7‬‬
Khutbah Jumaat Ibrah Israk Dan Mikraj

،‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‬
َ ِ ‫وَك َذل‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬


ُ ْ ‫ْت الـمَر‬
ِ ‫( حاجه عَزِي ْزَةْ أَ مِي ْنَة ْ مَيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن‬Tunku)‫تُونكو‬

.‫اللـه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‬

،ٍ‫ن وَأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ وَأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬
.َ‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِين‬

،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬


ِ ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْن‬

.ِ‫ك ِإلَى ي َو ْ ِم الد ِيْن‬


َ َ ‫ل كَل ِمَت‬
ِ ْ ‫ وَأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬

.‫ وَم ِنْ س َِي ِئ ا ْل َأسْ ق َا ِم‬،‫ وَالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ وَالْجنُ ُون‬،ِ‫ن البَرَص‬
َ ِ‫ك م‬
َ ِ ‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب‬

Ya Allah, Jadikanlah kami dan keturunan kami hamba-hamba-Mu yang


istiqamah mendirikan solat secara berjemaah di masjid dan surau serta
membayar zakat dan wakaf tunai melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Permudahkanlah MAIWP
dalam mengagihkan zakat kepada asnaf dan menguruskan harta wakaf
dengan sebaiknya demi manfaat umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Ya Allah, satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami daripada


perselisihan yang berpanjangan. Jadikanlah kami orang yang jujur dan
berintegriti dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami.
Peliharalah kami daripada melakukan kejahatan, kemaksiatan, perbuatan
rasuah, pecah amanah dan penyelewengan yang membawa kerosakan
kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan


serta perlindungan daripada fitnah, musibah, bala bencana dan wabak
penyakit berbahaya.

8
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ibrah Israk Dan Mikraj‬‬

‫َاب النارِ‪.‬‬
‫حسَن َة ً وَق ِنَا عَذ َ‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً وَفِي الْآ ِ‬
‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللـه ِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬

‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai