Anda di halaman 1dari 9

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

MENSYUKURI NIKMAT, MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Tarikh Dibaca :

24 Safar 1443H/
1 Oktober 2021M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar

MENSYUKURI NIKMAT, MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


1 Oktober 2021M/ 24 Safar 1443H

ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َع ِي ْن ُه ُ و َنَسْت َغْف ِر ُه ُ وَن َت‬،َ‫ب الْع َالم َي ِن‬


‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

‫َل و َسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬


ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْن‬

‫ي بتَِقْو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
ْ ِ ‫صي ْك ُ ْم و َن َ ْفس‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﯛﯜﯝ ﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤ ﯥﯦﯧ‬
‫ﯨ ﯩﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ‬
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-
Nya. Mudah-mudahan dengan takwa yang kita bangunkan, kehidupan kita
akan menjadi lebih baik, diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjunjung kasih Duli


Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong
atas perkenan penambahan bilangan jemaah mengikut kapasiti sebenar
masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi solat Jumaat, solat
1
Khutbah Jumaat Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar

fardu serta akitiviti pengimarahan. Justeru, marilah kita jadikan peluang ini
untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berdoalah agar
Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya dan negara amnya dibebaskan
daripada wabak COVID-19.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk,


“Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar”.

Sidang Jemaah yang berbahagia,


Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai kepada
kehidupan manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia,
gunung-ganang sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan, hujan sebagai sumber rezeki dan pelbagai lagi
termasuklah sungai-sungai yang mengalir. Semua nikmat ini dijadikan Allah
SWT supaya manusia bertanggungjawab ke atasnya. Firman Allah SWT
menerusi surah Ibrahim ayat 32 yang bermaksud :

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan


hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk
menjadi makanan bagi kamu; dan Dialah yang memberi kemudahan kepada
kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya,
juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat
darinya).”

Justeru, menjaga alam sekitar adalah amanah daripada Allah SWT. Di


samping itu, Allah SWT menjadikan alam ini ada sunnatullah dan sistemnya
yang tersendiri yang mesti dituruti bagi mengelakkan sebarang kerosakan.
Semua perkara ini mengandungi hikmah yang sangat besar.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

2
Khutbah Jumaat Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar

Air merupakan salah satu khazanah alam yang amat bernilai dan menjadi
unsur yang paling penting dalam kitaran kehidupan manusia dan alam
sekitar. Sesungguhnya Islam sendiri mengajar umatnya supaya memastikan
sumber air sentiasa bersih dan suci apatah lagi ianya sangat berkait rapat
dengan ibadah kita. Justeru, Islam sangat menegah sebarang perlakuan
yang boleh mencemarkan dan merosakkan sumber alam sekitar seperti
sungai.

Sebagai muslim, kita seharusnya mensyukuri nikmat sumber air


sungai yang sangat banyak di negara ini bahkan kualiti air yang baik serta
boleh diambil secara berterusan demi menjamin kelestarian alam sekitar
sejak bertahun-tahun lamanya. Kita mestilah akui bahawa sungai-sungai
inilah yang memenuhi keperluan air bagi seluruh rakyat. Namun kita juga
seharusnya sedar dan mengambil peduli dengan masalah kekurangan
bekalan air akibat pencemaran sungai dan penggunaan sumber air yang
tidak terkawal. Sememangnya pencemaran sungai di negara ini adalah
sesuatu yang sangat merugikan kita semua.

Amat malang bagi kita apabila masih ada segelintir masyarakat dan
pihak-pihak yang terlibat dengan perindustrian dan perkilangan yang tidak
bertanggungjawab apabila melakukan perbuatan mencemarkan sungai-
sungai di negara kita dengan membuang sisa, bahan kimia dan sampah
sarap ke dalam sungai. Perbuatan ini jelas suatu kemungkaran yang boleh
membawa kepada kemusnahan alam sekitar bahkan ia turut menjejaskan
kehidupan orang lain.

Ingatlah, sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini kita
bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar dan ekosistemnya.
Lantaran itu, Allah SWT mengurniakan akal kepada manusia sebagai nikmat
yang sangat penting untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Apa sahaja

3
Khutbah Jumaat Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar

yang dilakukan oleh manusia pasti akan memberi kesan kepada alam ini
sama ada baik atau buruk. Inilah intipati firman Allah SWT menerusi surah
al-Rum, ayat 41 :

‫ﯾﯿﰀﰁ ﰂﰃﰄ ﰅﰆ ﰇ ﰈﰉ ﰊ‬
‫ﰋﰌﰍ‬
Bermaksud: “Telah zahir berbagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-
tangan manusia, (timbulnya demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Mimbar ingin mengambil kesempatan bersempena dengan Sambutan


Hari Sungai Sedunia yang bertemakan “Alur Air Dalam Komuniti”, marilah
kita mendokong usaha dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT dan
warganegara yang baik untuk terus berusaha melestarikan khazanah
sumber alam di negara ini dengan sebaik mungkin. Jadilah insan yang
prihatin dengan mengamalkan kehidupan yang bersih, mengambil berat
tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan alam sekitar
serta menjayakan kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,


Mengakhiri khutbah hari ini, renungkan beberapa kesimpulan untuk ingatan
kita bersama :

Pertama: Allah SWT menjadikan alam ini ada sunnatullah dan sistemnya
yang tersendiri yang mesti dituruti bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

4
Khutbah Jumaat Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar

Kedua: Sebagai khalifah Allah SWT kita bertanggungjawab terhadap


pemeliharaan alam sekitar dan ekosistemnya. Gunakan akal dengan
bijaksana untuk mentadbir dan mengurus alam ini.

Ketiga: Jadilah warganegara prihatin dengan mengamalkan kehidupan


yang bersih, memelihara dan memulihara sungai dan alam sekitar serta
jayakan kempen kerajaan dalam melestarikan alam sekitar di negara ini.

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah


al-Mukminun, ayat 18:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ‬
Bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan
yang tertentu, serta Kami tempatkan ia tersimpan di bumi dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”

ِ ‫َات وَالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬


ِ ‫ن الآي‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي ه َذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْعَلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق َب‬ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِي ْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْم ُ ْسل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫وَالأَ مْوَات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ الْغَفُو ْر ُ الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar‬‬

‫خطبه كدوا‬
‫ب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬وَالصلَاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَي ِدِنَا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬
‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر َ ِ‬

‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬


‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫وَأَ ْ‬

‫سيِد َنَا مُح َمدا ع َب ْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ أن َ‬
‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللـه ِ‪ ،‬اِتق ُوا اللـه َ حَق ت ُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم‬

‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬


‫ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬

‫ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا م ُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬

‫ل سَي ِدِنَا مُحَمدٍ كَمَا ب َار َكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬


‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مج ِي ْد‪.‬‬
‫ك حَمِي ْد َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ وَتَابِع ِي‬


‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ ْجم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬
‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َ ْ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات وَالمُؤْم ِن ِينَ و َالمُؤ ْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬

‫الصحة ِ و َالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬


‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬

‫ست َع ِي ْن باللـه‪.‬‬
‫َاج أَ حْم َد شَاه الـم ُ ْ‬
‫ب ِاللـه شَاه ا ب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar‬‬

‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬


‫ْت الـمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَزِي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬

‫اللـه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬

‫ق وَال ْهِد َايَة ِ م َل ِـكَـنَا د ُول ِي يڠ مها موليا سلطان نَزْرِين م ُع ِز الد ِين شَاه‬
‫و َأَ يِدِ الله ُم ب ِالتو ْف ِي ْ ِ‬

‫حو ْ ِم سُلطَان أَ زْلَنْ مُح ِب الد ِين شَاه الم َغْفُو ْر لَه ْ‪ ،‬تيمبالن يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪،‬‬ ‫ا ِب ْ ِن الم َر ْ ُ‬

‫سالِي ْم‪.‬‬
‫ك د ُول ِي يڠ مها موليا راج ڤرمايسوري ڤيرق دار الرضوان توانكو ز َارَا َ‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء رَخ َاء‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬
‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ ن َصَر َ الد ِينَ‪،‬‬

‫ك ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬


‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَأَ ع ْ ِ‬
‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ن الب َرَصِ‪ ،‬وَالْجن ُ ُونِ‪ ،‬وَالْج ُذ َا ِم‪ ،‬و َم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪.‬‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب ِ َ‬

‫يا اللـه‪ ،‬جاديكنله كامي همبا‪-‬همبامو يڠ طاعة ملقساناكن كواجيڤن صالة‪ ،‬ممباير زكاة كڤد‬
‫ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان (‪ )PPZ-MAIWP‬دان مڠينفاقكن‬
‫هرتا ماللوءي عباده وقف‪ .‬بركتيله دان رحمتيله سڬاال اوسها كامي دالم ممنوهي كواجيڤن‬
‫زكاة دان وقف ڤد جالنمو‪ .‬جاديكنله هرتا زكاة دان وقف اين سباڬاي ساهم كامي دأخيرة‬
‫كلق‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬ڤرمودهكنله ‪ MAIWP‬دالم مڠاڬيهكن زكاة كڤد ڤارا اصناف دان مڠوروسكن هرتا‬
‫وقف دڠن سباءيق‪-‬باءيقڽ دمي منفعة اومت إسالم دواليه ڤرسكوتوان‪.‬‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar‬‬

‫يا اللـه‪ ،‬كورنياكنله جوڬ كڤد كامي كسجهتراءن‪ ،‬كأمانن‪ ،‬كسالمتن سرتا ڤرليندوڠن درڤد‬
‫مصيبة‪ ،‬باال بنچان دان وابق ڤڽاكيت بربهاي خصوصڽ ‪.COVID-19‬‬

‫َاب النارِ‪.‬‬
‫حسَن َة و َق ِنَا عَذ َ‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة وَفِي الْآ ِ‬
‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللـه ِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬

‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ ع َلَى نِعَمِه ِ يَز ِ ْدكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ ي ُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai