Anda di halaman 1dari 2

Alkisah seorang anak yatim piatu buta

Namanya Athirah, seorang anak yatim piatu. Athirah marah pada dirinya kerana buta akibat
sebuah kemalangan. Athirah membenci semua di kelilingnya dan sering merungut - mengapa
Allah tidak adil pada dirinya? Mengapa? Mengapa?
Disebabkan rungutan tanpa henti, Athirah bertambah marah dan frust dengan kehidupannya.
Satu hari, seorang jejaka Amin datang ke hidup Athirah disebabkan Amin menjaga beliau
dengan baik, Athirah tidak membencinya, malah merasakan hidupnya bertuah kerana ada
Amin yang selalu melawatnya di rumah anak yatim.
Di dunia Athirah, hanya Amin yang memahaminya namun Athirah enggan berkahwin
dengan Amin kerana kata ia adalah tidak adil untuk Amin untuk mendapat seorang isteri yang
buta Athirah memberitahu Amin, sekiranya saya dapat lihat semula, saya akan berkahwin
dengan Amin.
Satu hari, hospital memanggil Athirah dan berkata ada orang yang sudi mendermakan mata
untuk pembedahannya. Athirah kegembiraan.
Setelah berjaya membuka matanya, Amin bertanya pada Athirah, sekarang Athirah dah boleh
melihat, sudikah Athirah berkahwin dengan Amin?
Athirah terkejut melihat Amin juga seorang yang buta dan enggan berkahwin dengan Amin.
Amin kesedihan, menangis dan beredar daripada bilik hospital Athirah dengan memakai
cermin mata hitam dan tongkat.
Athirah kemudiannya menekan loceng memanggil jururawat untuk memapahnya ke tandas.
Setibanya di tandas, Athirah menjerit tatkala terlihat wajahnya di cermin. Beliau seolah tak
percaya wajahnya hodoh akibat parut kemalangan 6 tahun dahulu.
Setelah tenang kembali, Athirah berkata seorang diri, Kalau Amin tak buta, pasti beliau juga
tak nak berkahwin dengan saya yang hodoh ini.
Doktor pun datang melawat Athirah Doktor, siapa yang menderma mata ini pada Athirah?
Saya nak ucap terima kasih kepadanya.
Dia ada datang tadi Saya lihat dia kesedihan meninggalkan bilik Athirah setelah Athirah
berkata sesuatu kepadanya, kata doktor itu
Athirah terus menangis rupanya Amin yang menderma matanya dan Aminlah orang yang
sanggup mengahwininya walaupun selama ini nampak parutnya yang hodoh itu.
Ya Allah, walaupun saya buta, Allah telah mengutuskan seorang untuk menjaga saya tapi
saya tidak tahu menghargainya. Maafkan saya yang berdosa ini
Athirah terus keluar mencari Amin.
Inilah bagaimana minda manusia bertukar apabila status berubah. Hanya segelintir sahaja

beringat kepada mereka yang di sisi mereka di saat paling sukar.


Sebelum kita berkata sesuatu yang buruk, fikirlah pada mereka yang bisu.
Sebelum kita merungut mengenai rasa makanan, fikirlah pada mereka yang tiada makanan.
Sebelum kita merungut mengenai kehidupan, fikirlah pada mereka yang telah menemui ajal
lebih awal.
Sebelum kita merungut mengenai suami atau isteri, fikirlah pada mereka yang sering berdoa
pada Allah agar ditemukan jodoh.
Dan apabila minda dibelenggu dengan fikiran murung, pandang cermin dan Senyum cepatcepat dan bersyukur pada Allah, kita masih hidup di saat ini.
Panjang sikit malam ini untuk Senyum bersama. Senyum.

Anda mungkin juga menyukai