Anda di halaman 1dari 12

MUAMALAT (ISLAMIC

COMMERCIAL LAW)
INTRODUCTION TO LAW (DDPF1613)
APA ITU SYARIAH
SYARIAH bermaksud sumber perundangan dalam
agama Islam, yang berteraskan Al-Quran, Sunnah,
Ijmak, qias dan sumber-sumber lain yang disepakati.

Islam agama yang lengkap dan menyeluruh. Islam


merangkumi konsep ibadat (amalan khusus), jinayat
(hukum jenayah) dan muamalat (urusan sesama
manusia seperti perniagaan, sosial, ekonomi dan
sebagainya)

Sistem Muamalat Islam = sistem ekonomi dan


perniagaan berteraskan hukum syariah
ELEMEN DALAM KONTRAK
MENURUT SYARIAH
Secara umumnya, kontrak menurut Syariah adalah
lebih kurang sama dengan kontrak konvensional
atau menurut perundangan sivil.

Kontrak Syariah juga menekankan konsep keadilan


dalam berkontrak, penekanan tentang penulisan
kontrak, kerelaan berkontrak dan tatacara
pengurusan kontrak yang betul.

Kelainan utama adalah kontrak menurut Syariah


menggariskan bersama prinsip-prinsip muamalat
yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
ELEMEN-ELEMEN YANG DILARANG DI
DALAM KONTRAK MENURUT SYARIAH
Islam menekankan keadilan, kesucian, kebaikan,
kesejahteraan dan kerelaan dalam setiap urusan kontrak.

Elemen-elemen yang menindas, tidak bersih @ najis,


merosakkan, melalaikan dan menggalakkan kezaliman
adalah dilarang sama sekali.

Terdapat 3 elemen yang ditegah oleh Syariah daripada


wujud dalam mana-mana kontrak atau transaksi
muamalat :
Riba (Lebihan)
Gharar (Tidak jelas, kabur, ketidaktentuan)
Maisir (Perjudian)
Riba
Terbahagi kepada dua jenis:

Riba Buyu melibatkan urusan pertukaran


barang dalam kategori yang sama

Riba Duyun melibatkan urusan pinjaman wang

* Riba dilarang dalam Islam kerana ia membuka


kepada jalan penipuan dan mengambil
keuntungan atas manfaat kelemahan orang lain
(dari sudut masa, material, atau usaha orang)
Gharar
Tidak jelas, tidak tentu, kabur, tidak pasti

Perkara yang tidak jelas akan membatalkan


proses akad (jual beli) dan transaksi kontrak.

Gharar membuatkan satu pihak yang berkontrak


akan berada dalam keadaan tidak pasti & tidak
terjamin.

Contoh Gharar: menjual barang kemas yang


belum ditempa/disiapkan
Maisir (Judi)
Ia bermaksud unsur taruhan atau
cagaran yang bergantung kepada nasib.

Jika wujud unsur judi dalam kontrak,


maka ia adalah tidak sah dan batal.

Contoh: menjual pelan/polisi insurans


untuk melindungi bayi di dalam
kandungan ibu
JENIS-JENIS KONTRAK
MENURUT SYARIAH
Kontrak dalam muamalat Islam disebut
akad.

Terdapat 3 jenis akad menurut


Syariah:

akad Jual beli


akad perolehan modal
akad sokongan dan perlindungan modal
Akad Jual Beli
Akad jual beli dalam bahasa Arab disebut Al-
Bai.

Contoh Al-Bai:

Al-Bai Bithaman Ajil (Kontrak jual beli dengan


harga bertangguh)
A-Bai al-Salam (Kontrak belian tempahan)
Al-Ijarah Thumma Al-Bai (Kontrak Sewa beli)
Al-Bai al-Dayn (Kontrak Jual Beli Hutang)
Al-Ijarah (Kontrak Sewaan atau Pajakan)
Akad Perolehan atau
pembentukan modal
Akad yang berunsurkan kerjasama,
perkongsian, pemodalan dan
pelaburan.
Contoh :
Al-Musyarakah (Kontrak Kerjasama atau
Perkongsian)
Al-Mudharabah (Kontrak Pelaburan )
Al-Murabahah (Kontrak Dapatan untung)
Akad-akad sokongan dan
perlindungan
Ia bertujuan untuk menampung proses
urusan muamalat sama ada perniagaan,
bantuan pinjaman, simpanan, perlindungan
dan kecemasan.

Contoh:
Al-rahnu (Pajak gadai Islam)
Al-kafalah(Insurans Islam/Takaful)
Al-wakalah (sistem agensi)
Al-Wadiah (Simpanan)
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai