Anda di halaman 1dari 7

SUSAH DAN SENANG,

ALLAH DISISI

1
29 DIS 2023/16 Jamadil Akhir 1445

Khutbah Jumaat
SUSAH & SENANG, ALLAH DISISI

ُ َ ‫ذ ح َ ُّ ح َ ح َ ُ َ ح َ ه َ ذ ه ُ ذ ُ ح ُ ذ ُ ح ُ َ َ ح‬ َ َ ‫َ حَ ح ُ ه ذ ح َ ح‬
‫ أشهد ان َل ا ٰٰل ا َٰل اّلِل الصبور الشكور وأشهد‬.‫ْب والشك ٰر‬ ٰ ‫اْلمد ّٰلِلٰ اَّلٰي أعطانا بٰالص‬
ُّ َ َ َ َ ‫َ ذ َ ِّ َ َ َ َ ح َ َ ُ َ ذ ً َ ح ُ ُ َ َ ُ ح ُ ُ ذ ح َ ح‬
‫ اَللذ ُهمذ‬،‫الظلُ َمات ا ََٰل انلُّ حور‬
ٰ ٰ ‫ان سيدنا وحبٰيبنا ُممدا عبده ورسوٰل اَّلٰي أخرجنا مٰن‬
َ.‫آٰلٰ َو َص ححبه َأ حْجَع حْي‬ َ َ َ ‫َ ِّ َ َ ِّ ح َ َ َ ِّ َ ُ َ ذ‬
ٰ ‫صل وسلم لَع سي ٰدنا ُمم ٍد ولَع‬
ٰ ٰٰ
َ ‫ََ ح َ َ حُذُ ح‬ َ ‫َح‬ ‫ُح ح ُ ح ََح‬ َ َ ََ ُ ‫َذ َح‬
.‫ فيا عٰباد اهلل أو ٰصيكم ونف ِٰس بٰتقوى اهللٰ فقد فاز المتقون‬،‫أما بعد‬

‫ﭧﭐﭨﭐ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ‬

٢٠١ :‫ﱡﭐ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ آل عمران‬

Hadirin Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan hadirin jemaah sekalian supaya kita bersama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintahNya dan pada masa yang sama berusaha meninggalkan segala laranganNya.
Sesungguhnya Allah SWT amat menyayangi hamba-hambaNya yang beramal soleh dan
melakukan amal kebajikan.

Sidang Jumaat Sekalian,

Perjalanan hidup ini bagaikan kembara yang menyelusuri waktu yang berlalu, ada masa
kita rasa bahagia pun begitu ada waktunya diuji dengan rasa sedih dan duka. Oleh itu,
kewarasan akal sewajarnya dapat memandu kita untuk menguruskan kehidupan bersama
kurniaan atau dugaan yang diberikan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 DIS 2023/16 Jamadil Akhir 1445

Secara asasnya manusia bergembira dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT
samada kecil atau besar. Bahkan nikmat ini kalau dihitung pasti tidak akan mampu
dilakukan dengan kedhaifan kita sebagai hamba dek kerana besar dan banyaknya nikmat
tersebut. Firman Allah SWT didalam Surah An-Nahl ayat yang ke 18:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٢١ :‫ﱡﭐ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧ ﱠ انلحل‬

Maksudnya: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada
kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Ma-
ha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Adalah menjadi kewajipan sebagai seorang hamba untuk mensyukuri segala kurniaan dan
nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini. Dalam Islam terdapat tiga cara yang boleh
digunakan untuk menunjukkan rasa syukur dan menggabungkan ketiga-ketiga cara
tersebut adalah syukur yang paling sempurna. Tiga cara tersebut adalah:

Yang Pertama : Syukur dengan hati


Yang Kedua : Syukur dengan lisan
Yang Ketiga : Syukur dengan perbuatan atau anggota badan
Syukur dengan hati adalah dengan mengakui bahawa segala nikmat tersebut datang dari
Allah dan atas keutamaanNya.

Syukur dengan lisan pula iaitu dengan selalu memuji kepada Allah SWT, menyebut nikmat
itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut.

Manakala syukur dengan perbuatan pula iaitu menggunakan nikmat tersebut untuk
tujuan ketaatan kepada perintah Allah SWT dan berwaspada dari menggunakan nikmat
tersebut untuk kemaksiatan dan kemungkaran kepadaNya. Allah SWT berfirman dalam
Surah Saba’ ayat yang ke 13:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 DIS 2023/16 Jamadil Akhir 1445

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻﲼ ﲽ ﲾ‬

٢١ :‫ﲿ ﳀﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅ ﳆ ﱠ سبأ‬

Maksudnya: “Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari
bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan
yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya.
(Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk
bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Sesungguhnya nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini tidak dijamin kekal pada
seseorang hamba. Mungkin sahaja kesenangan yang dinikmati seseorang pada siang hari
akan hilang pada waktu malamnya, mungkin sahaja seseorang yang mempunyai
pasangan hidup didepan mata akan tetapi sekelip mata juga kehilangannya, mungkin
sahaja ketika sedang menikmati kekayaan dunia akan tetapi terus lenyap kerana dijemput
oleh Maha Pencipta ke alam sana. Maha Suci Allah SWT dari segala kekurangan dan
kebergantungan pada sesiapa.

Oleh kerana itu, mengingati Allah SWT dan mensyukuri akan nikmatnya bukanlah sekadar
ketika waktu senang sahaja akan tetapi juga ketika waktu didalam kesusahan atau ketika
diuji. Tanda seseorang yang bertaqwa dan para solihin itu adalah dengan melakukan
kebaikan dikala susah dan senang.
Firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran ayat yang ke 134:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗﱘ‬

٢١١ :‫ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱠ آل عمران‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4


Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 DIS 2023/16 Jamadil Akhir 1445

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,
dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan
kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-
perkara yang baik.

Walaupun secara zahirnya kita melihat ujian itu adalah musibah bagi kita sebagai manusia,
ujian itu juga adalah sebenarnya adalah salah satu jalan Allah SWT memberi peringatan
dan menegur kita sebagai HambaNya. Kita diberikan kepayahan dan kesusahan agar kita
lebih mengerti dan mensyukuri erti kesenangan dan kenikmatan yang kita kecapi sebelum
ini. Janganlah kita menjadi seperti golongan munafik atau yang kufur pada Allah SWT yang
mana hanya gembira sekiranya memperoleh nikmat dan bersedih serta mengingkari
perintah Allah SWT apabila sebaliknya. Firman Allah SWT di dalam Surah Hud ayat yang ke
9 dan 10 :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٩ :‫ﭐﱡﭐ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﱠ هود‬
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian
rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia
amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Ingatlah Allah SWT dimana dan ketika sekalipun kerana pasti Allah SWT akan bersama
dengan kita pada tiap waktu dan ketika. Inilah yang dianjurkan oleh Sayyiduna Muhammad
‫ﷺ‬kepada ummatnya seperti yang telah disampaikan melalui lisan Baginda Nabi ‫ﷺ‬yang
mulia :

َ ْ ‫الرخ َاء ِ يَعْرِف‬


ِ ‫ك فِي الش َِّدة‬ َّ ‫ف ِإلَى الله ِ فِي‬ َ َ ‫اِحْ ف َظِ الله‬
ْ ‫ تَع ََّر‬،َ‫تج ِ ْده ُ أَ م َامَك‬
Maksudnya: “Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Allah
dihadapanmu.Ingatlah Allah ketika kamu berada didalam kesenangan nescaya Allah akan
mengingatimu ketika kamu dalam kesusahan”. (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 DIS 2023/16 Jamadil Akhir 1445

Maksud ‘peliharalah Allah’ disini adalah dengan melakukan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala laranganNya. Manakala erti ‘Allah SWT berada dihadapanmu’ pula
bermaksud Allah akan bersamanya, membantu, memelihara, menguatkan serta memberi
taufik kepadanya.

Oleh kerana itulah seseorang yang sentiasa mengingati Allah SWT ketika susah ataupun
senang, nescaya akan diberkati seluruh kehidupannya. Ia jadikan masa yang lalu sebagai
iktibar dan panduan, manakala masa yang akan datang dijadikan sebagai medan keazaman
bagi mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan amal soleh demi melayari kehidupan
yang dipenuhi keredhaan Allah, manakala diakhirat mendapat rahmat Allah dengan
balasan syurgaNya.

Justeru sekaligus terus melakukan perubahan yang positif dan anjakan ke arah
mempersiapkan masa depan agar lebih baik dari hari ini. Langkah ini boleh menjadi titik
tolak perubahan diri dan sentiasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup
di dunia ini sampai dengan penghujung tahun ini. Mudah-mudahan dengan syukur ini,
nikmat Allah akan terus ditambahkan kepada kita, manakala dipanjangkan umur kita oleh
Allah sehingga kita masih teguh dan kuat beribadah dan berbuat baik dalam kehidupan
di dunia ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Oleh itu hadirin sekalian, sangat beruntung insan-insan yang mana hati dan anggota tubuh
badannya hanya mengingati dan mentaati Allah SWT dalam apa jua keadaan dan masa.
Sifat tawakkal dan beriman dengan qada’ dan qadar Allah SWT ini menjadikan hati-hati
mereka tenang dengan ketetapan Allah SWT Yang Maha Bijaksana.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
29 DIS 2023/16 Jamadil Akhir 1445

Firman Allah SWT didalam Surah At-Taubah ayat ke 51:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱾ ﱿﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ‬

١٢ :‫ﲅ ﱠ اتلوبة‬

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami


sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman bertawakal”.

ََ ‫َ ح‬ َ ُ ‫َََ َ َ ذ‬
‫ح‬ َ ُ ُ ََ ‫ََ َ ُ ح‬
‫ات‬ٰ ‫ ونفع ِٰن وإٰياكم بٰما فٰي ٰه ٰمن اْلي‬،‫يم‬ ٰ ‫رآن الع ٰظ‬ٰ ‫ىف الق‬ ٰ ‫بارك اهلل ِٰل ولكم‬
‫ول َقوِلح‬ُ ُ َ ُ َ ُ ‫َ ح َ َ َ ذ َ ِّ ح َ ح ُ ح َ َ َ ُ ذ ُ ُ َ ذ‬ ‫َ ِّ ح‬
ٰ ‫ أق‬.‫ وتقبل ٰمِن و ٰمنكم ت َٰلوته إٰنه هو الس ٰميع العليٰم‬،‫كي ٰم‬ ٰ ‫واَّلك ٰر اْل‬
َ‫المؤمنْي‬ ُ َ َ ‫َ َ ُ ح‬ ‫َُ ح‬ َ َ ‫َ َ ََ ح َ ح ُ َ َ َ ح َ َ ُ ح‬
ٰٰ ٰ ‫هذا وأستغ ٰفر اهلل الع ٰظيم ِٰل ولكم ول ٰسائ ٰ ٰر المسلٰ ٰمْي والمسلٰم‬
‫ات و‬
َ ََ َ َ َ
َ.‫اة اتلذائبْي‬ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح َ ُ ح َح‬ َ ُ َ
ٰٰ ‫َن‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫و‬ ‫ين‬ ‫ر‬
ٰٰ‫ف‬ ‫غ‬ ‫ت‬‫س‬ ‫الم‬ ‫ز‬ ‫و‬‫ف‬ ‫ا‬ ‫ي‬‫ف‬ ، ‫ه‬‫و‬ ‫ر‬ ‫ف‬
ٰ ‫غ‬ ‫ت‬‫اس‬ ‫ف‬ ، ‫ات‬
ٰ ‫والمؤ ٰم‬
‫ن‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 7 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023

Anda mungkin juga menyukai