Anda di halaman 1dari 6

AL-QURAN PENASIHAT

TERBAIK

1
15 APRIL 2022/13 RAMADAN 1443

Al-QURAN PENASIHAT TERBAIK

ُُْ َ َْ َ ُُ َْ َْ َ ُ ُ ََْ َْ ُ ْ َ َ ْ َ ََ ُْ َ ًَْ ُ َْ


‫ َنمده ونستغ ِفره ونست ِعينه‬،‫احلمد هللِ َحدا يلِيق ِِبَل ِل وج ِه ِه وع ِظي ِم سلطان ِ ِه‬
َ َ ُ َْ ْ َ َ َ ْ َ َ ِّ َ ْ َ َ ُ ْ َ ْ ُ ُ ْ ََُُْ ْ َْ َْ َ
‫ من يه ِد اهلل فَل‬،‫اِلا‬ ِ ‫ات أعم‬
ِ ‫ ومِن سيئ‬،‫ ونعوذ بِاهللِ مِن ُشو ِر أنف ِسنا‬،‫ونسته ِدي ِه‬
ُ َ ْ ََ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َّ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ ْ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ ُ
‫ وأشهد‬،‫ُشيك َل‬ ِ ‫ وحده َل‬،‫ أشهد أن َل إَِل إَِل اهلل‬،‫ ومن يضلِل فَل هادِي َل‬،‫م ِضل َل‬
َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ْ ِّ َ َ ِّ َ َّ ُ َّ َ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً َّ َ ُ َ َ ْ َ َ َ َ ِّ َ َّ َ
ِ‫آَل‬ِ ‫ اللهم ص ِل وسلِم لَع سيِ ِدنا ُمم ٍد ولَع‬،‫أن سيدنا وحبِيبنا ُممدا عبده ورسوَل‬
َ َ َ َ ُ ْ َ َّ َ ْ ِّ ْ َ َ َ ْ ْ ُ َ َ ْ َّ َ َ َ ْ َّ َ َ ْ ََ
،ِ‫ فيا عِباد اهلل‬،‫ أما بعد‬،‫ان إَِل يو ِم اّلِي ِن‬ ٍ ‫ وتاب ِ ِع اتلاب ِ ِعْي لهم بِإِحس‬،‫وأصحاب ِ ِه واتلاب ِ ِعْي‬
َ ْ ُ َّ ُ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ ِّ َ ْ َ ْ َ ْ ْ َ َ ْ ُ ْ ْ ُ َ ْ ُ َّ
،‫ فقد فاز المتقون‬،‫ أو ِصيكم ونف ِِس بِتقوى اهللِ الع ِ ِل الع ِظي ِم‬،‫اتقوا اهلل‬
ْ َ ْ ْ ُْ َ ََ ُ َ َ
: ‫آن الك يري يم‬
‫قال اهلل تعاَل يِف القر ي‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑﲒﲓ‬
٥٨١ :‫ﱠ ابلقرة‬
Sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT sekalian,
Mimbar ingin mengajak sekalian tuan-tuan yang hadir, agar marilah kita semua
berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kita kehadrat Allah SWT, dengan cara kita
melaksanakan segala titah perintahNya, dan pada masa yang sama kita berusaha sedaya
upaya meninggalkan segala tegahan dan laranganNya. Mudah-mudahan yang demikian
itu, Allah SWT menggolongkan kita semua, dalam kalangan hamba-hambanya yang
soleh InsyaAllah, dimasukkan dalam kalangan hamba-hambanya yang bersyukur, hamba-
hambanya yang bertaqwa, yang selamat dan bahagia di dunia ini, dan bahagia di alam
akhirat Insya-Allah.. Allaahumma aamiin ya rabbal alamiin.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
15 APRIL 2022/13 RAMADAN 1443

Sidang Jamaah Rahimakumullaah…


Alhamdulillah… pada hari jumaat yang merupakan sayyidul ayyam ini, iaitu penghulu
segala hari, tambahan pula dibulan Ramadan al-mubarak yang merupakan penghulu
segala bulan, kita masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan
kehidupan di atas muka bumi Allah SWT ini, dan yang lebih besar lagi, Allah mengizinkan
sekalian anggota badan kita untuk melakukan amal ketaqwaan kepadaNya. Mudah-
mudahan amal ibadah yang kita kerjakan ini, diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab
layaknya kita untuk mendiami syurga Allah SWT di hari akhirat kelak insya Allah.

Sidang Jumaat yang Berbahagia…

Allah SWT telah berfirman di dalam al Quran menerusi surah yunus ayat 57 :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ‬
١٥ :‫ﱾ ﱿ ﱠ يونس‬
Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kalian
Al- quran yang menjadi nasihat pengajaran dari tuhan kamu, dan yang menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Dalam kita menelusuri perjalanan menuju ke negeri abadi, berpaksikan kiblat redha Ilahi,
setiap kita akan pasti diuji, seorang pun tidak mampu berlepas diri, sehingga ada yang
berjaya, ada yang kecewa, lemah longlai meneruskan perjalanannya. Namun kasih sayang
Allah SWT pada hambanya amatlah luas, keimanan dan tenaga hamba-hambanya
sememangnya terbatas. Jesteru Dia menurunkan Al Quran, melaluinya hambaNya insan
pilihan, Nabi termulia di antara makhluk yang diciptakan sebagai panduan dalam
kehidupan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
15 APRIL 2022/13 RAMADAN 1443

Sidang Jamaah Sekalian,


Hati hamba Allah yang lemah akan sentiasa berbicara dan mempersoalkan banyak
perkara dalam kehidupan. Kadangkala terlontar berbagai-bagai persoalan, lalu Allah SWT
menjawab menerusi Al-quran. Di saat kita melontarkan persoalan, “Ya Allah, kenapakah
aku diuji sebegini?. Lantas Al-Quran menasihati kita melalui surah al-Ankabut ayat 2-3,
yang bermaksud : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya
kami (Yakni Allah) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka (dengan ujian yang
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya
beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Manakala apabila terlintas pula difikiran kita “Ya Allah, kenapakah ujianMu kepadaku
seberat ini.. Aku tidak kuat Ya Allah” Percayalah wahai saudaraku, Al-Quran sentiasa ada
untuk memberikan semangat, agar kita sentiasa kuat, mencari cinta Yang Maha Hebat.
Surah Al-Baqarah ayat 286, Allah menyebutkan penawarnya yang bermaksud : “Allah
tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya”.

Allah SWT juga menerangkan di dalam surah An-Nahl ayat 33, yang bermaksud : “Dan
Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambanya akan tetapi merekalah (yakni
hamba-hamba tersebutlah) yang menzalimi akan diri mereka sendiri”.

Kadangkala terlintas dihati kita mengatakan “Kenapa aku tidak mendapat apa yang selalu
aku inginkan”? Jesteru Al-Quran menjawab “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk
bagimu. Dan sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui”. (Al-Baqarah, ayat 216)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
15 APRIL 2022/13 RAMADAN 1443

Manakala saat seorang hamba dirundung kesedihan, lalu Al-Quran menyejukkan


perasaannya menerusi ayat : “Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang
beriman dan berbuat kebaikan, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang
mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki yang melimpah ruah dan
mereka memakan buah-buahan syurga”. (Al-Baqarah, ayat : 25)

Tidak dinafikan juga, bahawa kita manusia yang lemah, seringkali membuat salah, tewas
diulit nafsu serakah, maka segeralah kembali kepada fitrah, noda diinsafi tangan ditadah.
“Ya Allah…Dosaku terlalu banyak Ya Allah” lalu Allah berfirman yang bermaksud :

“Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah
kamu berputus asa untuk mendapatkan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya dan sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang”. (surah Azzumar : 52)

Setiap persoalan dan permasalahan kita sentiasa ada solusinya dari Al-Quran, kerana
Al-Quran adalah dustur kehidupan manusia. Sentiasalah mendampinginya. Katakanlah
“Al-Quran sentiasa disisi dan dihati”.

Sidang Jamaah yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian,


Sebagai akhir kalam pada khutbah kali ini, ambillah saudaraku kesempatan yang diberi,
terutamanya di bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran ini, jadikanlah
Al-Quran peneman diri, basahi lidahmu dengan kalam Ilahi, pasti dirimu akan dicintai, oleh
Yang Maha Mengasihi, bacalah Al-Quran seikhlas hati, kerana ia mukjizat nabawi,
bahagialah dirimu duniawi dan ukhrawi.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﱠ‬
٨٨ :‫ابلقرة‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
15 APRIL 2022/13 RAMADAN 1443

Maksudnya: “Dan sesungguhnya orang-orang yang beriman dan melakukan amalan yang
soleh, mereka adalah penghuni syurga Allah SWT dan mereka mendapat nikmat yang
berpanjangan, berkekalan di dalamnya untuk selama-lamanya”.

ََ ْ َ َ ُ َّ َ ْ َ َ َ َ َ ُ ْ ُ ََ ْ ُ َ ََ
‫ات‬ِ ‫ ونفع ِِن وإِياكم بِما فِي ِه ِمن اْلي‬،‫يم‬ ِ ‫رآن الع ِظ‬
ِ ‫ىف الق‬
ِ ‫بارك اهلل ِِل ولكم‬
ْ‫ول َقوِل‬ُ ُ َ ُ َ ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ ْ ِّ َ َّ َ َ َ ْ َ ْ ِّ َ
ِ ‫ أق‬.‫ وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع العليِم‬،‫كي ِم‬ ِ ‫واذلك ِر احل‬
َ‫المؤمنْي‬ ُ َ َ ْ ُ َ َ ْ َُ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ ْ ََ َ َ
ِِ ِ ‫هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ولكم ول ِسائ ِ ِر المسلِ ِمْي والمسلِم‬
‫ات و‬
َ ََ َ َ َ
َ.‫اة اتلَّائبْي‬ َْ ْ ُ َ َْ ََ ُْ ُ َْ ْ َ َ ُ َ
ِِ ‫ فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا َن‬،‫ فاستغ ِفروه‬،‫ات‬
ِ ‫والمؤ ِم‬
‫ن‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022

Anda mungkin juga menyukai