Anda di halaman 1dari 6

MUDIK KE SYURGA ILAHI

1
02 Sept 2022/05 Safar 1444

Khubah : Mudik ke Syurga Ilahi

‫ذ‬ َ َ َ ‫َ َ َ ح َ ح َ َ ح َ َ َ َ ح ُ َ ُ ح ُّ ُ ح ح َ ُ َ َ ا َ ح َ ُ َ ح‬ ‫ذ‬ ُ ‫َ حَ ح‬
‫ أشهد أن ال ا ِلـه إِال‬،‫اْلمد ِهللِ اَّلِى خلق الموت واْلياة ِِلبلوكم أيكم أحسن عمل‬
َ َ ‫ُ َ ح َ ُ َ َ ح َ َ ُ َ َ ح َ ُ َ ذ َ ِّ َ َ ُ َ ذ ا َ ح ُ ُ َ َ ُ ح ُ ُ َ ذ ُ ذ َ ِّ َ َ ِّ ح‬
‫ اللهم ص ِل وسلِم َع‬،‫ وأشهد أن سيِدنا ُممدا عبده ورسوَل‬،‫َشيك َل‬ ِ ‫اهلل وحده ال‬
َ ُّ َ َ َ ُ ‫َ َ ح ِّ ح َ ذ َ ح‬ َ ‫َ َ ح َ َُح ح‬ َ ‫ََ ح‬ َ َ َ ‫َ ِّ َ ُ َ ذ‬
‫ فيا أيها‬،‫ أما بعد‬.‫لي ِن‬ ِ
ِ ‫ان إَِل يوم ا‬ ٍ ‫آَلِ وأصحاب ِ ِه ومن تبِعهم بِإِحس‬ ِ ‫سيِ ِدنا ُمم ٍد وَع‬
َ ‫ََ ح َ َ حُذُ ح‬ َ ‫َ ُ ح ُ ح َ ذ َ َح‬ ُ‫حُ ح ُح َ ذ‬
.‫وصيكم وإِياي بِتقوى اهللِ فقد فاز المتقون‬ ِ ‫أ‬ ‫اهلل‬ ‫وا‬ ‫ق‬‫ ا ِت‬،‫المسلِمون‬

‫ﭧﭐﭨﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐ‬

٢٠١ :‫ﭐﱡﭐ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ آل عمران‬

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada
Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Laksanakanlah segala perintah Allah
dan tinggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan
orang yang bertaqwa.

Sidang Jumaat sekalian,


Kematian adalah suatu perkara yang pasti. Setiap yang hidup akan merasai kematian,
bahkan tidak ada satu pun yang bernyawa akan terlepas daripada kematian.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 57

‫ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐ‬

٧٥ :‫ﭐﱡﭐ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱠ العنكبوت‬

Maksudnya: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada
Kami kamu dikembalikan”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
02 Sept 2022/05 Safar 1444

Kematian semakin hari semakin dekat dan hampir dengan kita. Bahkan tiada jarak antara
hidup dan ajal kematian. Cuba renungkan, sudah banyak rakan taulan kita yang sudah
musafir jauh ke alam barzakh. Alam yang tidak pernah kita kunjungi melainkan melalui
kematian. Apabila berlaku kematian kepada kita nikmat harta, pangkat dan kedudukan
tiada ertinya lagi. Begitulah juga berakhirnya kewajipan beribadat dan beramal soleh. Be-
gitu juga ujian hidup yang membuatkan kita menangis kesedihan dan juga nikmat hidup
yang membuat kita tersenyum bahagia. Ibadah dan amalan soleh kita semasa hidup
sahajalah menjadi teman di alam barzakh.

Saudara - saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Alam barzakh atau alam kubur adalah alam penantian yang merupakan pintu gerbang
menuju akhirat atau batas antara alam dunia dan akhirat. Sesungguhnya kesedihan dan
keperitan menjalani ajal maut akan ditambah dengan perjalanan yang panjang di akhirat.
Ianya bermula sebaik sahaja masuk ke liang lahad sehinggalah hari perhitungan kelak.
Sebagai orang beriman hendaklah kita jadikan kehidupan di dunia adalah masa untuk
mempersiapkan diri mengumpulkan bekalan untuk melanjutkan perjalanan panjang.

Apa yang lebih menakutkan ialah kelalaian dalam menghadapi kematian, sedikit
mengingati kematian serta meninggalkan daripada beramal soleh. Sedangkan ia
merupakan bekalan setelah kematian. Kematian juga bukanlah kemusnahan
selama-lamanya seperti yang dipercayai oleh orang yang sesat dan jahil. Hakikat
sebenarnya kematian adalah satu perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Satu
persinggahan ke satu persinggahan seterusnya. Mayat yang hidup di alam kubur, samaada
akan menerima nikmat atau merasai seksaannya sebagai permulaan kepada kehidupan
akhirat yang abadi.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
02 Sept 2022/05 Safar 1444

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,


Al-Quran telah menjelaskan tentang azab dan siksa di alam kubur manakala ulamak tafsir
seperti al-Qurtubi dan Ibnu Kathir menyebut bahawa perkara tersebut merupakan satu
kewajipan beriman dengannya. Setelah meninggal dunia, semua amalan yang dilakukan
di dunia terputus serta merta kecuali kecuali doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat
dan amal jariah. Justeru kehidupan di dunia yang diberikan oleh Allah kepada kita adalah
merupakan anugerah yang terbesar yang jarang kita syukuri. Alangkah baiknya dan
beruntung sekiranya kita memanfaatkan kehidupan dunia kita dengan melakukan
perintah Allah dan menjauhi segala larangannya serta beramal soleh. Ianya merupakan
ruang dan peluang terbaik untuk kita mencari bekalan menuju alam akhirat yang abadi.

Firman Allah dalam surah al-Munafikun ayat 10

‫ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐ‬

‫ﱡﭐﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ‬
٢٠ :‫ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﱠ املنافقون‬
Maksudnya : “Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu
sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya
Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat,
yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

Muslimin yang dirahmati sekelian


Allah SWT telah merakamkan penyesalan golongan orang yang tidak beriman dengan
alam akhirat dalam al-Quran melalui surah Fathir ayat 37

‫ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐ‬

‫ﱡﭐ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴﲵ ﲶ ﲷ ﲸ‬

٧٥ :‫ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾﲿ ﳀ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅ ﱠ فاطر‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
02 Sept 2022/05 Safar 1444

Maksudnya : Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah
kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami
kerjakan". Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk
berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi
peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim
seorang penolong pun.

Golongan yang tidak beriman mereka meminta agar mereka dikembalikan ke dunia untuk
mengerjakan amalan dan perbuatan yang berlainan dengan apa yang telah mereka lakukan
di masa lalu. Namun Allah SWT tahu seandainya mereka dikembalikan semula ke alam
dunia, mereka akan kembali melakukan apa yang dilarang. Mereka juga enggan menerima
nasihat dan kebaikan semasa hidup mereka. Sebaliknya setelah berada di alam kubur
barulah datang penyesalan kepada mereka. Segala-galanya sudah berakhir dan tidak
bererti lagi pada mereka.

Muslimin yang dirahmati sekelian,


Di alam kubur atau barzakh roh manusia akan diperlakukan sesuai dengan amalan yang
dilakukan selama hidup didunia. Jika mereka berlaku baik, maka alam barzakh menjadi
penantian yang pendek. Kita juga perlu merancang untuk mendapatkan pahala berterusan
walaupun sudah meninggal dunia. Pahala yang berpanjangan itu boleh diperolehi dengan
mudah antaranya dengan cara mengajak orang lain melakukan kebaikan.

Muslimin yang dirahmati sekalian,


Cinta sesama manusia dengan tidak saling menyakiti, berakhlak dan bersosial dengan
mereka. Cinta kepada diri sendiri dengan tidak menzalimi diri sendiri. Maka apabila semua
disikapi dan ditatahi dengan cinta, Maka itulah sebenarnya husnulkhatimah iaitu
pengakhiran hidup yang baik. Itulah yang dicita-citakan oleh orang yang beriman. Mungkin
diawal hidup tidak berapa baik tetapi di hari-hari yang tersisa diisi dengan cinta Allah,
taubat dan ikhtiar hidup kita akan berakhir dengan husnul khatimah.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022
02 Sept 2022/05 Safar 1444

Perjalanan hidup kita diatas dunia ini akan berakhir dengan kematian. Sesiapa yang
merindui untuk bertemu Allah SWT maka Allah akan lebih rindu lagi untuk menemuinya.
Ini bererti kematian bagi seseorang mukmin itu merupakan tanda kecintaan dalam
perjalanan keimanan seseorang menuju Ilahi Rabbul jalil. Justeru marilah kita berusaha
dengan sisa-sisa nyawa kita yang berbaki untuk melipat gandakan amalan soleh dan ibadah
kita kepada Allah SWT.

‫ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭐ‬

‫ﲂﲄﲅﲆﲇ‬
‫ﲃ‬ ‫ﭐﱡﭐﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁ‬

٧٥ :‫ﲈﲉﲊﱠ انلحل‬

Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari
apa yang mereka telah kerjakan”.

ََ ‫َ ح‬ َ ُ ‫َََ َ َ ذ‬
‫ح‬ َ ُ ُ ََ ‫ََ َ ُ ح‬
‫ـات‬
ِ ‫ ونفع ِِن وإِياكم بِما فِيـ ِه ِمـن اْلي‬،‫يم‬ ِ ‫رآن الع ِظ‬
ِ ‫ىف الق‬ ِ ‫بارك اهلل ِِل ولكم‬
َ ُ ُ َ ُ َ ُ ‫ح َ َ َ ذ َ ِّ َ ح ُ ح َ َ َ ُ ذ ُ ُ َ ذ‬ ‫َ ِّ ح‬
‫ أقـوُ قـوْح‬.‫ِن و ِمنكم ت ِلوته إنه هو الس ِميع العليم‬ ‫ح‬ ‫ وتقبل ِم‬،‫كي ِم‬ َ
ِ ‫واَّلك ِر اْل‬
ِ ِ ِ
َ‫المؤمـنـني‬ُ َ َ ‫َ َ ُ ح‬ ‫َُ ح‬ َ َ ‫َ َ ََ ح َ ح ُ َ َ َ ح َ َ ُ ح‬
ِ ِ ‫ات و‬ِ ‫هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ولكم ول ِسائ ِ ِر المسلِ ِمني والمسلِم‬
َ ََ َ َ َ
َ.‫اة اتلذائبني‬ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح َ ُ ح َح‬ َ ُ َ
ِِ ‫ فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا َن‬،‫ فاستغ ِفروه‬،‫ات‬ ِ ‫والمؤ ِمن‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2022

Anda mungkin juga menyukai