Anda di halaman 1dari 6

Menyingkap Hikmah di Sebalik

Covid-19

1
15 Okt 2021/08 RabiulAwal1443

Khutbah : Menyingkap Hikmah di Sebalik Covid-19

َُ‫حد َه‬ ‫ُ ح‬ ‫ذ‬ ‫ح ُ ح‬ ‫ح ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ذ ح ح‬ ُ ‫ح ح‬


َ ‫َأشهد َأن ََل َإَِل َإَِل َاهلل َو‬.َ ‫اإلسال ِم‬
ِ ‫ان َو‬
ِ ‫َاإليم‬ِ ‫ت‬ِ ‫اَْلمد َهللَِاَّلِي َأنعم َعـليناَبِنِعم‬
‫ُ ذ‬ ِّ ‫ح‬ ِّ ِّ ُ ُ‫ُ ح ُ ذ ُ ذ ً حُُ ُ ح‬ ‫ح‬
َِ‫َامهللَصلَوسلمَلَعَسي ِدناَُممدََولَعَأ َِل‬.َ‫َوَأشهدَأنَُممداَعبدهَورسوَل‬.َ‫َشيكََل‬ ِ ‫َل‬
ُ ‫ح ح ذ ح‬ ‫ح‬
،‫ََفـياعِـبادَاهلل‬،‫َأماَبعد‬،‫وأصحاب ِ ِهَأْج ِعْي‬
ُ ‫حُذ‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ُح ح ُ ح ذ‬ ُ ‫ذ‬
. َ‫إِتـقـواَاهللَأو ِصيكمَوإِيايَبِتـقـوىَاهللَِفـقـدَفازَالمتـقون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ‬
102: ‫آل عمران‬

SAUDARAKU SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang hadirin sekalian, marilah bersama-
sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya
serta menjauhi segala larangan dan tegahan-Nya. Marilah kita menghindari diri daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah dan ibadah kita.
Mudah-mudahan dengan bekalan takwa, kita digolongkan dalam kalangan hambaNya
yang memperolehi keredhaan Allah SWT, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia
dan di akhirat yang kekal abadi.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,


Masa kian berlalu sama ada kita sedar atau tidak, kita sudah berhadapan dengan
Pandemik atau wabak Covid-19 hampir menjengah 2 tahun. Bila ianya akan berakhir
dalam hidup kita hanyalah Allah SWT sahaja yang tahu. Wabak Covid-19 telah banyak
mengubah kehidupan umat manusia di serata dunia termasuk mengubah struktur
pentadbiran negara, bermulanya dari ekonomi, politik, sehinggalah dalam kehidupan
harian.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2021
15 Okt 2021/08 RabiulAwal1443

Pernahkah kita merenung seketika, virus yang berukuran sangat kecil itu ternyata boleh
mengubah manusia untuk hidup dalam norma baru atau dengan hal-hal baru, termasuk
protokol kesihatan dan keselamatan atau dikenali sebagai SOP. Mahu tidak mahu kita
mesti berhadapan dengannya. Namun begitu, setiap kejadian sudah pasti ada hikmah
yang tersirat disebaliknya. Di kesempatan khutbah kali ini, marilah kita menyingkap
hikmah dari berbagai perubahan tersebut, dengan keterikatan diri kita kepada Allah SWT.

Sidang Jumaat sekalian,


Kita seharusnya menyedari bahawa segala yang terjadi dalam kehidupan kita di dunia ini
merupakan takdir dan kehendak-Nya. Tidak ada sesiapa yang boleh mendatangkan
kenikmatan mahupun kesengsaraan kecuali Allah SWT. Dialah yang paling berkuasa atas
kehidupan manusia di bumi ini kerana semuanya berasal daripada Allah dan akan kembali
kepada-Nya. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 156 :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٦٥١ :‫ﭐﱡﭐ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧ ﱨ ﱠ ابلقرة‬

Maksudnya : “Mereka apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa


innaa ilaihi raaji'uun".

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Menurut para ahli dan pakar perubatan, SOP ini dinilai mampu menjadi ikhtiar fizikal
dalam menjaga diri dan orang lain dari virus Covid. Namun jika direnungkan, empat
bentuk protokol kesihatan ini memiliki hikmah dan makna penting yang patut menjadi
renungan kita bersama. Dengan merenungkan hakikat makna disebalik memakai penutup
muka, mencuci tangan, menjaga jarak, dan menghindari khalayak ramai ini, sebenarnya
kita diingatkan kembali, betapa Allah SWT sangat sayang pada umat manusia dengan
mengingatkan kita agar sentiasa mengingatiNya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2021
15 Okt 2021/08 RabiulAwal1443

Protokol kesihatan pertama adalah memakai pelitup muka seolah-olah Allah memberi
peringatan kepada kita untuk sentiasa menjaga mulut atau ungkapan lisan kita.

Lihatlah fenomena baru di zaman moden ini, setiap orang bebas mengatakan apa yang
ada dalam benak dan fikirannya. Hari ini media sosial yang tidak ada lagi batasan waktu
dan jarak ini, menjadikan orang ramai terperangkap dan tidak memikirkan kesan dari apa
yang diucapkan atau ditulis di media sosial. Saat ini kita merasakan sendiri, banyak orang
yang mengungkap fitnah, kebencian, dan propaganda untuk berbagai kepentingan. Kita
juga tidak terlepas dalam kehidupan harian. Kata-kata fitnah umpatan cacian, hasutan,
bohongan menjadi bualan sesama kita.

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita melalui sabdanya

: ‫ل الله صلى الله عليه وسلم قال‬


ُ ‫ ع َنْ رَسُو‬،ُ ‫ع َنْ أَ بِي ه ُر َي ْرَة ِ رَضِي َ الله عَن ْه‬

‫رواه البخاري‬ ‫ُت‬ ِ ‫ن ب ِالله ِ و َال ْيَو ْ ِم اْلآ‬


ْ ‫خر ِ فَليَق ُلْ خَيْر ًا أَ ْو لِي َصم‬ ُ ِ ‫ن يُؤْم‬
َ ‫وَم َنْ ك َا‬

Artinya : “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang
baik atau mendiamkan diri”.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian


SOP yang kedua adalah mencuci tangan. Ini menjadi simbol bagi kita untuk segera
membersihkan diri dari segala dosa yang telah dilakukan. Dalam kehidupan kita, terlalu
mudah berlakunya dosa yang datang dari anggota badan kita. Bagaimana dan ke arah
mana kita gunakan sama ada dalam perkara dosa atau pahala. Oleh itu, bersegeralah kita
bertaubat kepada Allah dari dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 39

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٩٣ :‫ﱡﭐ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡ ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭﱠ املائدة‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2021
15 Okt 2021/08 RabiulAwal1443

Maksudnya : Maka sesiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan
memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

SOP yang ketiga adalah menjaga jarak. Ini juga menjadi renungan kepada kita untuk tetap
menjaga jarak dengan kehidupan dunia. Jangan sampai dunia yang hanya tempat untuk
istirehat ini menjadikan kita lupa kehidupan yang abadi iaitu akhirat. Virus corona ini
seolah-olah diutus oleh Allah untuk mengingatkan bahawa umat manusia saat ini sudah
tenggelam dalam kenikmatan dunia sekaligus lupa dan terpesona dengan kehidupan
dunia yang menggila. Ramai orang yang sudah lupakan agama, saling berlumba mengejar
hal keduniaan sehingga melupakan masa depan akhiratnya. Nilai-nilai keagamaan kian
dipinggirkan dari kehidupan. Soal halal haram tidak dihiraukan lagi. Akhirnya ramai orang
menjadi hamba kepada dunia dan pemuja nafsu dan syaitan. Firman Allah dlm surah
Al-Ana’m ayat 32

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٩٣ :‫ﱡﭐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﱠ األنعام‬

Maksudnya : Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau
belaka. Dan sesungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian


Sebagai SOP terakhirnya adalah menghindari dari bersesak-sesak di tempat tumpuan
orang ramai. Hal ini merupakan simbol bahawa terkadang kita sememang harus
menyendiri dan bermuhasabah diri. Kemungkinan kehidupan yang kita lalui ada yang
terpalit dengan kesalahan dan kesilapan sesama insan, mahupun dosa dan maksiat
kepada Allah SWT.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2021
15 Okt 2021/08 RabiulAwal1443

Sudah tiba masa untuk kita berubah, dan memperbaiki diri ke arah kebaikan dan
bertaubat serta kembali kepada petunjuk Allah SWT

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Setiap kejadian pasti ada iktibar disebaliknya. Hanya mereka yang mukmin dapat
mengambil pengajaran, bagi mereka yang lalai akan terus jauh dari hidayah Allah SWT.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﲾﳀﳁﳂﳃﳄ‬
‫ﲿ‬ ‫ﲶﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬
‫ﲷ‬ ‫ﭐﱡﭐﲳﲴﲵ‬

٣١٣ :‫ﳅﱠ ابلقرة‬

Maksudnya : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada


sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang
diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan
tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang
yang menggunakan akal fikirannya”.

‫ح‬ ُ ‫ح ذ‬ ُ ‫ُ ح‬ ُ ‫بارك‬
َ‫ات‬ِ ‫ َونفع ِِن َوإِياكم َبِما َفِي ِه َ ِمن َاْلي‬،‫يم‬ ِ ‫رآن َالع ِظ‬
ِ ‫َالق‬ ‫َىف‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ل‬ ‫َو‬ ‫ح‬
‫َِل‬
ِ ‫َاهلل‬
ِ
‫ولَقوِلَح‬ ُ ُ ُ ُ ‫ُ ذُ ُ ذ‬ ‫ِّ ح ح ُ ح‬ ‫ذ‬ ‫ح‬ ‫ِّ ح‬
ِ ‫َأق‬.‫َوتقبلَ ِمِنَو ِمنكمَت ِالوتهَإِنهَهوَالس ِميعَالعليِم‬،َ‫كي ِم‬ ِ ‫واَّلك ِرَاْل‬
ُ ‫ُ ح‬ ‫ُ ح‬ ‫ُ ح‬ ‫ح‬ ُ ‫ح ح‬
َ‫ات َوالمؤ ِمنِْي‬ِ ‫هذاَوأستغ ِفر َاهلل َالع ِظيم َِِل َولكم َول ِسائ ِ ِر َالمسلِ ِمْي َوالمسلِم‬
‫ذ‬ ‫ح ُ ح ح‬ ُ ‫ح‬ ُ ‫ح ح‬ ُ
َ‫َفياَفوزَالمستغ ِف ِرينَوياََناةَاتلائِبِْي‬،‫َفاستغ ِفروه‬،‫ات‬ ِ ‫والمؤ ِمن‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Khutbah Jumaat 2021

Anda mungkin juga menyukai