Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

SUBAHAT MAKSIAT

Tarikh Dibaca :

22 ZULHIJJAH 1443H/
22 JULAI 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Subahat Maksiat

SUBAHAT MAKSIAT
22 ZULHIJJAH 1443H / 22 JULAI 2022

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
‫ه‬ َ ْ ‫َ ُ ُ ه َ ه‬
﴾ ‫جيم‬ ِ ‫ان الر‬ ِ ‫﴿ أعوذ بِاَّلل ِ مِن الشيط‬
ُ
َ َٰٓ َ ْ َ َ ُ ‫َ َ ت َ ت َ َ ت‬ ُ ‫ت‬ َ ‫ َ ت ُ َ َ تَ ت َ َ ت ُ ُ َ ت‬ٞ ‫ُ ت ُ ه‬ ُ َ‫َت‬
‫وف وينهون ع ِن ٱلمنكرِِۚ وأولئِك‬ِ ‫ر‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ٱل‬ِ ‫ب‬ ‫ون‬ ‫ر‬‫م‬ ‫أ‬ ‫ي‬‫و‬ ِ ‫ۡي‬ ‫ٱۡل‬ ‫َل‬ِ ‫إ‬ ‫ون‬‫ع‬ ‫د‬‫ي‬ ‫ة‬ ‫م‬‫أ‬ ‫م‬ ‫ِنك‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ك‬ ‫وۡل‬
َ ُ ‫ُ ُ تُت‬
١٠٤ ‫حون‬ ِ ‫هم ٱلمفل‬
ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬
َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم ع َلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬
.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َ َّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dinaungi rahmat dan
kasih sayang Allah SWT di dunia dan di akhirat. Bersedialah dengan bekalan yang
secukupnya bagi diri dan ahli keluarga kita untuk menempuhi kehidupan akhirat yang
kekal abadi. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah takwa. Khutbah pada hari ini
akan membicarakan tajuk: “Subahat Maksiat”.

Sebelum itu, saya ingin menyeru kepada seluruh umat Islam untuk terus mengimarahkan
masjid dan berwaspada dengan ancaman wabak penyakit seperti Covid-19 yang kembali
meningkat, influenza dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain.

1
Khutbah Jumaat Subahat Maksiat

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Islam memerintahkan supaya kita melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar seperti
dinyatakan oleh Allah SWT melalui Surah ali Imraan ayat 104 sepertimana yang saya
bacakan pada awal khutbah tadi yang bermaksud:

“Dan jadilah sebahagian daripada kamu suatu umat yang mengajak kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan”.

Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi, peningkatan kadar jenayah yang
melibatkan kesalahan jenayah Syariah seperti arak, judi, pergaulan bebas, penghinaan
terhadap agama, serta aktiviti tidak bermoral dalam kalangan umat Islam merupakan
cabaran yang harus ditangani secara bersama.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Apabila kita melihat sesuatu perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-
undang, maka ia perlulah ditegah agar dapat memelihara umat Islam daripada terjerumus
ke dalam kerosakan dan kebinasaan. Oleh itu, tanggungjawab mencegah kemungkaran
merupakan suatu tuntutan, sebagaimana sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri RA:

،ِ ‫ ف َِإ ْن ل َ ْم يَسْتَط ِِعْ فَبِق َل ْبِه‬،ِ ‫ ف َِإ ْن ل َ ْم يَسْتَط ِِعْ فَبِلِسَانِه‬،ِ ‫م َنْ ر َأَ ى م ِنْك ُ ْم م ُن ْك َرًا فَل ْي ُغ َي ِرْه ُ بيَِدِه‬

‫ن‬
ِ ‫ك أَ ضْ ع َُف ال ِْإ يمَا‬
َ ِ ‫وَذَل‬

Maksudnya: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat akan kemungkaran maka
hendaklah dia mengubah (menghalang) dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu
maka ubahlah dengan lidahnya (perkataan), sekiranya dia masih tidak mampu maka
ubahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman”.

Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu kejahatan itu perlu ditegah dari
terus berlaku. Tegahan dengan tangan boleh dimaksudkan sebagai kuasa yang telah
diberikan tugas dan tanggungjawab ke atas pemerintah melalui peruntukan undang-
undang. Dalam konteks undang-undang kesalahan jenayah Syariah, Pegawai Penguat
Kuasa Agama di negeri-negeri berperanan memelihara kesucian agama Islam daripada
2
Khutbah Jumaat Subahat Maksiat

dicemari dan sentiasa bersedia serta komited menggalas tanggungjawab sepertimana


yang telah diamanahkan dengan penuh kejujuran agar kemungkaran dan kemaksiatan
dapat dibendung.

Namun begitu, bagi orang awam yang tidak mempunyai autoriti mencegah sesuatu
kemungkaran, maka Rasulullah ‫ ﷺ‬menyuruh untuk mengubah kemungkaran itu dengan
lisan iaitu dengan cara memberi nasihat atau teguran yang berhikmah supaya kejahatan
itu boleh dihalang serta tidak memberi kesan buruk kepada si pelaku dan juga masyarakat
umum. Teguran yang diberikan itu perlulah baik dan berhikmah sepertimana yang telah
dituntut dalam Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl ayat 125:
َ ‫َ َ ت َ ُ ه َه‬
َ‫ك ُهو‬ ‫ه‬ ‫تَ َ َ َ َ ت‬ َ ‫ت‬ ‫ت ت‬ َ َ ‫ع إ َ َٰل‬
ُ ‫ت‬
‫ج ٰ ِدل ُهم بِٱل ِِت ِِه أحسنُۚ إِن رب‬‫يل َربِك بِٱۡل ِك َمةِ َوٱل َم توعِظةِ ٱۡلسنةِِۖ و‬
ِ ِ ‫ب‬‫س‬ ِ ‫ٱد‬

َ َ ‫ت‬ ُ ‫ََُ َ تَُ ت‬ َ َ ‫َ تَُ َ َ ه‬


١٢٥ ‫أعلم بِمن ضل عن سبِيلِهِۦ وهو أعلم بِٱلمهت ِدين‬

Maksudnya: “Ajaklah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan juga dengan
nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka melalui cara yang terbaik”.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH,


Ungkapan “tidak mahu menjaga tepi kain orang” mungkin tidak sesuai untuk hal yang
melibatkan kemungkaran dan kemaksiatan. Kaedah mengubah kemungkaran melalui
lisan ialah kita tidak bersubahat mahupun berdiam diri dengan menyembunyikan
kejahatan yang berlaku di sekeliling kita sehingga mampu mendatangkan kerosakan dan
menggugat keharmonian masyarakat. Sifat seperti ini merupakan suatu dosa besar yang
ditegah sama sekali oleh agama. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ali bin Abi Talib RA:

‫ن‬
َ َ ‫الله ُ م َن لَع‬
َّ ‫ن‬َ َ ‫ و َلَع‬،ِ‫الله ُ م َن سَر َقَ م َنَار َ الأ ْرض‬
َّ ‫ن‬َ َ ‫ و َل َع‬،ِ‫الله ُ م َن ذ َبَ ح َ ل ِغَيْر ِ الله‬
َّ ‫ن‬َ َ ‫لَع‬

‫الله ُ م َن آو َى مُحْدِث ًا‬


َّ ‫ن‬َ َ ‫ و َلَع‬،ُ ‫و َالِدَه‬

Maksudnya: “Allah melaknat sesiapa yang menyembelih untuk selain Allah SWT, Allah
melaknat sesiapa yang mencuri (merampas) sempadan tanah (orang lain), Allah melaknat

3
Khutbah Jumaat Subahat Maksiat

sesiapa yang melaknat ibu bapanya dan Allah melaknat sesiapa yang melindungi orang
yang melakukan kejahatan”.

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa perbuatan menutup atau menyembunyikan
kejahatan yang boleh memudharatkan kesejahteraan adalah haram hukumnya. Kita
berasa amat bimbang, terdapat segelintir individu yang sanggup bersekongkol dalam
menyembunyikan kejahatan malah menjadi pelindung kepada pelaku jenayah. Oleh itu
atas dasar tanggungjawab, umat Islam hendaklah sama-sama mengubah kemungkaran
yang berlaku di hadapan mata kita dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Jika seseorang itu tidak mampu mengubah dengan tangan atau lisannya maka
sewajarnya ada perasaan benci terhadap maksiat dan kejahatan yang berlaku di hadapan
matanya. Inilah yang disebut sebagai selemah-lemah iman. Jika kita tidak berasa apa-apa
dengan sebarang kemungkaran yang berlaku, kita bimbang termasuk dalam kalangan
orang yang tidak memiliki iman seperti yang disebut dalam hadis. Ketika itu, seorang
sahabat bertanya kepada Rasulullah ‫ﷺ‬:

‫ك ف َأَ ن ْتَ مُؤْم ِن‬


َ ُ ‫ك سَي ِئَت‬
َ ْ ‫ وَسَاءَت‬،َ‫حسَنَتُك‬ َ ْ ‫ ِإذ َا س ََّرت‬:َ‫م َا ال ِْإ يمَانُ؟ قَال‬
َ ‫ك‬

“Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ‫ ﷺ‬menjawab:


Sekiranya engkau berasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif)
dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang
beriman”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Nasai’e)

Sehubungan itu, bersempena dengan Kempen Pencegahan Jenayah Syariah


Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula
pada 18 hingga 22 Julai 2022 ini merupakan inisiatif di bawah Pelan Strategik Hal
Ehwal Islam bagi mencapai kesejahteraan sosial Keluarga Malaysia menyasarkan
beberapa objektif iaitu:
Pertama: Mendekatkan masyarakat dengan sistem perundangan Islam di Malaysia.
Kedua: Meningkatkan pengetahuan dan membudayakan sikap cakna masyarakat
terhadap pencegahan perlakuan jenayah Syariah dalam komuniti, dan

4
Khutbah Jumaat Subahat Maksiat

Ketiga: Membantu mengurangkan perlakuan jenayah Syariah melalui pendidikan dan


pencegahan yang berterusan oleh agensi penguat kuasa agama.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam khutbah Jumaat hari ini juga, khatib ingin menzahirkan apresiasi dan penghargaan
kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang meraikan 100 tahun penubuhannya pada 21
Julai 2022. Sesungguhnya, kewujudan Jabatan Imegresen bertepatan dengan kehendak
Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta melalui kawal
selia pintu keluar masuk negara. Bayangkan jika kawalan sempadan negara mudah lolos,
sudah tentu memberi ancaman besar kepada keselamatan dan kedaulatan negara.
Semoga Jabatan Imigresen Malaysia dapat melaksanakan segala amanah, tugas dan
tanggungjawab dengan penuh integriti dan dedikasi bagi memastikan pintu masuk negara
terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan. Tahniah dan syabas Jabatan
Imegresen Malaysia, 100 tahun melakar kejayaan.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, saya ingin menyimpulkan beberapa rumusan:
Pertama: Kita hendaklah berkerjasama sebagai pemantau sukarela yang berperanan
menjadi mata dan telinga pihak berkuasa agama dengan cara menyalurkan maklumat
terhadap sesuatu salah laku yang melibatkan kesalahan jenayah syariah.
Kedua: Menanamkan rasa tanggungjawab, keinsafan dan kesedaran untuk sama-sama
menjamin keselamatan dan ketenteraman demi keamanan dan keharmonian hidup.
Ketiga: Setiap individu dan masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa
agama dalam membanteras jenayah syariah.

Marilah kita merenungi firman Allah SWT dalam Surah al-Maaidah ayat 2:
َ ‫َ َ َ َ ُ ْ َ َ ت َ ه ت َ ٰ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َ ت ت َ ت ُ ت َٰ َ ه ُ ْ ه َ ه ه َ َ ُ ت‬
‫اب‬
ِ ‫ٱۡلث ِم وٱلعدو ِ ِۚن وٱتقوا ٱَّللٰۖ إِن ٱَّلل ش ِديد ٱلعِق‬
ِ ‫ب وٱۡلقوىٰۖ وَل تعاونوا لَع‬
ِ ِ ‫وتعاونوا لَع ٱل‬
Maksudnya: “Dan bertolong-tolonglah kamu semua atas kebajikan dan ketakwaan dan
janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan, dan bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksa-Nya”.

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Subahat Maksiat‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫ات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن الْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي َ ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ َّ‬
‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أَ قُو ْ ُ‬ ‫و َتَق ََّب َ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪،‬‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫حي ْم ُ‪.‬‬ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ َّ‬


‫الر ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Subahat Maksiat‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫اَلْحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َنَا مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ه ه َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱَّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى ن َب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ت‬ ‫ه ََٰٓ َ ُّ َ ه َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ت َ َ ُ ْ َ‬
‫ب ُۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِي ْد‪.‬‬
‫ك حَمِي ْد َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫‪7‬‬
Khutbah Jumaat Subahat Maksiat

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِي ْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
.َ‫ال َّرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan yang
berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya
hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬
.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
َ ُ‫ت ُ ت َٰ َ َ ت َ ٰ َ ت َ ت َ ٓ َ ت‬ َٓ َ ‫ت‬ ‫ه هَ َتُ ُ تَ ت َ ت‬
ٰ
ِ‫۞إِن ٱَّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنكر‬
َ ‫ُ ُ َ ه ُ ََ ه‬ ‫َ تَت‬
٩٠ ‫غ يَعِظك تم ل َعلك تم تذك ُرون‬ ِۚ ِ ‫وٱۡل‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai